IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga. Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Monday, May 13, 2013
Adakah PAS menggadaikan agama?
Soalan: Adakah PAS menggadaikan agama?
Jawapan:
Bismillah.
Saya lebih suka untuk perhalusi kenyataan tersebut agar lebih selamat dalam mengungkapkan sesuatu perkataan. Untuk mengatakan secara mutlak PAS menggadaikan agama mungkin tidak adil. Dalam hal-hal tertentu UMNO juga menggadaikan agama contohnya dalam isu-isu gejala sosial, itu juga dikategorikan sebagai menggadaikan agama. Perkara ini perlu dilihat dalam isu apa ia dikatakan sedemikian.
Dalam hal bekerjasama dengan DAP, mengikut telunjuk DAP, berdiam diri dalam isu-isu prinsip seperti murtad, plural, liberal, LGBT, dan seumpamanya ia memang boleh dikategorikan sebagai menggadaikan agama.
Sebab itu apabila Menteri Besar Terengganu berani buat tajuk forum ‘PAS: Parti Ajaran Sesat’ mereka tidak berani saman kerana kerajaan Negeri Terengganu mengatakan jika PAS saman, mereka akan buktikan satu persatu untuk membuktikan PAS parti ajaran sesat.
Tawaran pahala kepada orang yang pangkah PAS
Ada orang PAS menghubungi saya dan cuba berdiskusi dengan saya di dalam telefon meminta bukti dari mana kita mendengar PAS mengatakan undi PAS dapat pahala. Banner-banner yang dipasang dalam pilihan raya di tempat tertentu ada padanya rajah yang menunjukkan bahawa pangkah PAS masuk syurga. Dan saya pasti TG Nik Aziz ada menyebut pangkah PAS dapat pahala. Dapat pahala untuk apa jika bukan untuk masuk syurga?
Apabila kita mengatakan pangkah PAS dapat pahala, ini yang dikatakan sebagai menjual agama. Mengapa dikatakan menjual agama adalah kerana pahala dan dosa bukan milik manusia tetapi adalah hak Allah SWT.
Bagaimana dengan hadis Nabi SAW yang mengatakan bahawa Allah SWT berhak untuk menggandakan pahala hamba-Nya sehingga disebut dalam satu riwayat Allah berhak menggandakan pahala sehingga 700 kali ganda daripada amalan yang kecil. Maknanya pemberi pahala adalah Allah SWT.
Nabi sendiri tidak pernah menjanjikan pahala untuk amalan-amalan tertentu kepada sesiapa, apa yang Nabi SAW sampaikan semuanya adalah wahyu daripada Allah SWT. Kalau kita mengatakan melakukan apa yang Nabi lakukan akan mendapat pahala itu tidak ada masalah.
Kalau kita katakan menyokong Islam dapat pahala tidak ada masalah. Tetapi jika kita mengatakan sokong parti dapat pahala, ini masalah besar.
Saya bertanya kembali kepadanya, bolehkah UMNO membuat banner sokong UMNO dapat pahala? Katanya tidak boleh kerana UMNO tidak menyeru kepada Islam yang kaaffah. Saya bertanya kembali, apakah seruan PAS kepada Islam yang menyeluruh? Saya melihat PAS selama puluhan tahun hanya bercakap bab hudud sahaja, adakah PAS bercakap tentang menegakkan akidah, syariah, ibadah?
PAS tidak menyeru kepada Islam yang kaaffah. UMNO juga tidak menyeru kepada Islam yang kaaffah. Masing-masing ada kelemahan dan kekurangan.
Nabi menceritakan kelebihan orang yang membuat masjid di dalam hadis, UMNO membuat masjid, program-program Islami, program mempertahankan akidah, pemurniah akidah, kewujudan majlis fatwa, institusi agama dalam negara, bukankah itu usaha-usaha Islami yang UMNO buat?
Bolehkah menolak semua itu, tidak dapat pahalakah semua itu? Adakah boleh selepas ini UMNO berkempen undi UMNO dapat pahala, dan kesan dapat pahala masuk syurga?
Jadi kita tidak mahu kenyataan-kenyataan umum seperti itu disebar luaskan agar kita lebih adil dalam mengeluarkan hukum.
Wallahua’lam.
Teks disalin berdasarkan rakaman berikut:
UFB – PAS Menggadaikan Agama..??
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
http://www.youtube.com/watch?v=DN1OqxUk2Hw
Labels:
Nasihat iman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment