Sunday, May 26, 2013

Sikap terhadap penguasa


 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku, dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah mereka orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam bentuk manusia.” Aku (Hudzaifah) bertanya, “Apa yang perlu aku lakukan jika aku menemuinya?” Beliau menjawab, “(Hendaklah) kamu mendengar dan taat kepada amir (pemerintah), walaupun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu, tetaplah mendengar dan taat.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1847)

Dalam riwayat yang lain disebutkan:

“Siapa sahaja yang datang kepada kamu sedangkan urusan kamu telah berada di tangan seorang pemimpin, kemudian dia bertindak menggugat kedudukan pemimpin kamu atau memecah-belahkan perpaduan di antara kamu, maka bunuhlah orang tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1852)

Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menjelaskan bahawa:
“Di dalamnya terdapat perintah untuk membunuh orang yang keluar melakukan penentangan kepada seseorang imam (pemerintah), atau hendak memecah-belah kesatuan (perpaduan) umat Islam dan selainnya. Orang tersebut hendaklah ditegah dari meneruskan perbuatannya, sekiranya ia tidak mahu menghentikannya maka hendaklah diperangi. Apabila kejahatannya tidak dapat dihalang melainkan dengan cara demikian, maka membunuhnya adalah perkara yang dihalalkan.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/241)

Imam ash-Shan’ani menyebutkan perkara yang sama dengan katanya:
“Hadis di atas dengan pelbagai bentuk lafaz dan susunannya telah menunjukkan bahawa sesiapa yang keluar (tidak mentaati) seseorang pemimpin yang telah disepakati oleh umat Islam dalam sesebuah wilayah (kawasan atau negara), maka dia berhak dibunuh kerana akan menimbulkan kerosakan kepada manusia sama ada pemimpin tersebut seorang yang adil ataupun yang zalim selagi mana mereka masih menegakkan solat sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis atau dalam hadis yang lain disebutkan, “Selagi kamu tidak melihat kekufuran yang nyata”.” (ash-Shan’ani, Subulus Salam, 3/261)

Begitu juga dengan Imam asy-Syaukani rahimahullah. Beliau berkata, “Apabila terdapat segolongan pihak yang cuba merampas kuasa daripada seseorang pemerintah yang telah memiliki kedaulatan (kuasa) dan juga diberi bai’ah (kepercayaan dan ketaatan) oleh penduduknya, maka pada ketika itu, hukuman ke atas golongan tersebut ialah dibunuh jika ia tidak bertaubat.” (asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar, 1/941 – Maktabah Syamilah)
 
 Panduan daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bagi menyelamatkan diri dari pemimpin yg membuat kemungkaran:

Daripada Ummi Salamah berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Akan datang (pada suatu masa) para penguasa yang kalian mengenal mereka namun kalian mengingkari (perbuatan mereka). Barangsiapa yang tahu (kemungkarannya) hendaklah berlepas diri, dan barangsiapa mengingkari maka ia telah selamat. Tetapi bagi yang reda dan mengikuti (kemungkaran tersebut)”, para sahabat menyelah, “Bagaimana jika kita perangi sahaja mereka?” Baginda menjawab: “Tidak, selama mereka masih solat.” ( Hadis Riwayat Muslim no.3445)

Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad-Daary radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Agama itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Hak siapa (nasihat itu)?”. Beliau menjawab, “Nasihat itu adalah hak Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemerintah kaum muslimin dan rakyatnya (kaum muslimin)”. (Hadis Riwayat Muslim no. 55 dan no. 95.)

dari hadis yang lain,

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Barang siapa yang ingin menyampaikan nasihat kepada penguasa, hendaklah jangan menyampaikannya di depan umum, akan tetapi genggamlah tangannya dan menyendirilah dengannya. Jika ia mahu menerima nasihat tersebut, maka itulah (yang diharapkan), jika tidak maka sesungguhnya ia telah melaksanakan kewajibannya.” (Hadis Riwayat Ahmad (III/403) dan Ibnu Abi ‘Ashim (II/737 no: 1130, 113
 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memberi peringatan yang sangat tegas sebagaimana hadis berikut:

“Sesiapa yang melihat pada amirnya (pemerintah) sesuatu yang dibencinya, hendaklah dia tetap sabar dengan sebab tersebut. Sesungguhnya tidaklah seseorang itu keluar dari al-Jama’ah (tidak mentaati pemerintahnya) walaupun sejengkal lalu ia mati dalam keadaan tersebut (keluar dari ketaatan terhadap pemerintah), maka matinya itu adalah mati dalam keadaan jahiliyah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Ahkam, no. 7143)

Bersabar dengan kezaliman para pemimpin adalah salah satu prinsip yang dipegang oleh Ahlus Sunnah wal-Jama’ah. Perkara ini disebutkan oleh Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) dengan katanya:

“Sabar dengan kezaliman dan kekejaman para pemimpin adalah salah satu prinsip (ushul) dari prinsip-prinsip Ahlus Sunnah wal-Jama’ah sebagaimana yang diperintahkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui hadis-hadis yang masyhur.” (Majmu’ al-Fatawa, 28/179 – Daar al-Wafaa’)
 
 
 Jika kita mengambil contoh zaman Hajjaj Ibn Yusuf, pemerintah yang kejam, tegas, malah membunuh sahabat-sahabat Nabi dan membunuh ramai umat Islam, apa yang dilakukan oleh sahabat yang lain pada zamannya? Sahabat Nabi, Abdullah Ibn Abbas ra tetap bersolat di belakang Hajjaj Ibn Yusuf. Adakah Ibn Abbas ra yg terkenal di dalam sejarah Islam sebagai sebaik2 pentafsir memahami Al-Quran dan Hadis2 taat pemerintah secara literal?

Oleh yang demikian, Manusia (hamba) ini akan terbahagi pada 3 golongan secara amnya. Sama ada menurut jalan yang betul (lurus) ataupun sesat dari jalan Islam. Hanya dengan Al-Kitab dan Al-Hikmah (ilmu) taraf manusia (hamba) itu akan dinilaikan sama ada , 1-BerIman, 2-Jahil atau 3-Degil.

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (
Al-Israa' 17:36)

Bagi yang BerIman:

الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُوْلَئِكَ هُمْ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ
Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. (Az-Zumar 39:18)

Bagi yang Jahil:

وَإِذَا جَاءكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ كَتَبَ رَبُّكُمْ عَلَى نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ أَنَّهُ مَن عَمِلَ مِنكُمْ سُوءًا بِجَهَالَةٍ ثُمَّ تَابَ مِن بَعْدِهِ وَأَصْلَحَ فَأَنَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Al-An'aam 6:54)

Bagi yang Degil:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُواْ كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُواْ أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاء أَلا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاء وَلَـكِن لاَّ يَعْلَمُونَ
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Al-Baqarah 2:13)
~Abu Aisyah Haidir Hamzah

~
Abu Aisyah Haidir Hamzah Prinsip al wala wal bara (prinsip ketaatan dan berlepas diri). Ia tiada di dalam rukun Islam. Adakah al wala wal bara di dalam rukun iman? Tidak ada. Tetapi al wala wal bara merupakan satu ushul yang penting dalam prinsip akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Begitu juga dengan isu berkaitan pemerintahan, kerajaan dan pentadbiran. Cara para ulama Ahlus sunnah wal Jamaah sejak zaman berzaman mereka meletakkan topik berkenaan dengan pemerintahan ini di dalam perbincangan ushul iaitu dasar-dasar akidah.

Nabi mewasiatkan secara jelas agar bertakwa kepada Allah dan kemudian dengar dan taatlah kepada pemerintah walaupun yang memerintah adalah hamba Habsyi yang berkulit hitam. Ini menggambarkan bahawa hubungan dengan manusia yang paling utama kedudukannya adalah hubungan dengan pemerintah, dan ia merupakan satu urusan penting di dalam akidah.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, beliau menyatakan bahawa mentaati pemimpin adalah salah satu sebab mendapat jaminan Syurga. Ini adalah sebagaimana kata beliau:

سمعت رسول الله وخطبنا في حجة الوداع، وهو على ناقته الجدعاء، فقال: أيها الناس. فقال رجل في آخر الناس: ما تقول أو ما تريد؟ فقال: ألا تسمعون: إنه لا نبِي بعدي، ولا أمة بعدكم، ألا فاعبدوا ربكم، وصلوا خمسكم، وصوموا شهركم، وأدوا زكاة أموالكم، طيبة بِها أنفسكم، وأطيعوا أمراءكم تدخلوا جنة ربكم

Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyampaikan khutbah pada haji al-Wida’ dalam keadaan baginda menunggang untanya yang kepenatan. Sabda beliau, “Wahai manusia!” Kemudian, seorang lelaki di belakang berkata, “Apakah yang engkau perkatakan atau mahukan?” Sabda Rasulullah, “Adakah kamu tidak mendengar, sesungguhnya tiada lagi nabi selepasku dan tiada lagi ummat selepas kamu. Ketahuilah, hendaklah kamu sentiasa mengabdikan diri kamu kepada Tuhan kamu, solatlah lima waktu, berpuasalah kamu pada bulannya, tunaikanlah zakat dengan harta kamu, berbuat baiklah terhadap diri kamu, dan taatilah pemimpin kamu, pasti kamu akan memasuki Syurga Tuhan.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 36/487, no. 22161. Tahqiq Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya sahih berdasarkan syarat Imam Muslim. Diriwayatkan juga oleh at-Tirmidzi dan katanya hasan sahih)
 
 
Ibnu Hasan Al-Amin Wajib bagi kita untuk kumpulkan semua nas mengenai ta'atkan pemimpin itu untuk dapatkan gambaran sebenar ta'at yang bagaimanakah yang dikehendaki oleh syara'.

Terdapat sekumpulan hadis yang menambah bahawa tidak boleh angkat senjata atau menggulingkan
pemimpin yang menyeleweng itu, namun Nabi sollollohu 'alaihi wa aalihi wa sallam telah letakkan satu had akan keta'atan tersebut dengan had selagi pemimpin itu solat di kalangan (kamu yaitu orang yang bertanya dalam hadis itu) dan dalam satu lagi riwayat selagi pemimpin itu tidak melakukan kufron bawahan.

Nah, dua had itu :

1. Selagi solat bersama kaum muslimin yang sudah tentulah dia sebagai imam poltik akan jadi imam solat jama'ah.

2. Selagi tidak jatuh kepada kufron bawahan.

Nampaknya golongan di Malaysia/Indonesia yang beria-ia sangat suruh supaya taat kepada pemimpin melupakan atau sengaja tidak membincangkan secara serius akan dua jenis had keta'atan itu, kalau mereka jujur membincangkan maka sudah pasti mereka akan dapati tiada lagi keta'atan dengan berdalilkan semua ahadis ta'at itu kerana pemimpin kesayangan mereka :

1. Tidak konsisten bersolat jama'ah menjadi imam solat jama'ah bersama rakyat di tempatnya menetap.

2. Pemimpin itu telah lakukan kufron bawahan yang jelas dengan menolak dengan angkuh sombong takabbur akan perlaksanaan hudud Alloh* bukan sekadar melakukan dosa yang tidak menjadikannya kafir.

* apalagi syariat Alloh secara syumul.

No comments:

Post a Comment