Showing posts with label kitab al Barzanji. Show all posts
Showing posts with label kitab al Barzanji. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Membongkar kandungan kitab al -Barzanji



Sedikit maklumat tentang "kitab al-Barzanji" yg kandungannya sering dilagukan dan dinyanyikan masyarakat Melayu, terutamanya kaum jawa di negeri Johor. Ramai yg mungkin tidak tahu bahawa kandungan kitab-kitab Berzanji ini sebenarnya dipenuhi dgn kesyirikan, kepercayaan-kepercayaan karut, dongengan, kisah-kisah dusta, dan palsu.

Tetapi malangnya, ramai masyarakat kita hari ini seronok melagukannya dan menganggapnya sebagai sebahagian dari bentuk-bentuk bacaan yang apabila dibaca akan beroleh pahala dan kebaikan sebagaimana membaca al-Qur'an! Sedangkan mereka sendiri jahil tentang erti dan makna setiap kata yg mereka lagukan tersebut. Subhanallah...
Berikut adalah sebahagian nukilan dari teks kitab berzanji:

السلام عليك يا ماحي الذنوب

Salam ke atasmu wahai penghapus dosa,

يا كهفا ومقصد السلام عليك
Salam ke atasmu wahai tempat bernaung dan meminta,

السلام عليك يا جالي الكروب
Salam ke atasmu wahai penghapus bencana'

السلام عليك يا كل المرام
Salam ke atasmu wahai tempat memohon hajat,

يا مجيب االسائلين
Wahai pengabul setiap permohonan


Perlu ditegaskanskan bahawa : Setiap bait teks ini ditujukan kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Persoalannya :Adakah Rasulullah memiliki sifat-sifat ketuhanan sehingga boleh menghapuskan dosa, memohonkan doa/hajat, dan menahan bencana???

Di antara lafaz2 syair yang biasa turut dilagukan sama ketika majlis-majlis berzanji dan marhabanan diadakan ialah :

طَلَعَ البَدْرُ علينا مَن ثَنيَّاتِ الوَدَاعِ
“Purnama telah terbit di atas kami, dari Tsaniyatil Wada’…”
وجبَ الشُّكرُ علينا مَا دعا للهِ داعِ
“Dan kami wajib bersyukur, atas apa yang diserukan oleh penyeru kepada Allah...”

Sedangkan lafaz2 ini adalah tidak sahih sama sekali utk disandarkan kpd Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Ikuti perbahasan kelemahan sandaran bait-bait syair ini di sini,

Malah ketika mereka melaungkan bait-bait syair ini dalam majlis2 berzanji dan marhabanan, para peserta biasanya akan bangun dan berdiri utk menyanyikannya.

Di antara i'tiqad di sebalik perbuatan tersebut adalah mereka percaya bahawa Rasulullah sedang hadir ke dalam majlis mereka ketika itu. Sebab itu mereka berdiri.*

Bahkan banyak lagi kritikan-kritikan ke atas kitab tersebut jika mahu disebutkan di sini.


----------------
-teruskan perjuangan membongkar kesyirikan dan amalan2 nenek moyang yg sukar dihakis ini dgn ilmu dan hujah yg benar dari Al-quran dan Sunnah..terus sampaikan walau ramai menolak namun tidak kurang yg menerima dan mendapat kesedaran dari artikel2 dan tulisan akhi yg banyak membantu..

-sambut Maulud adalah salah satu cara perangkap umat Islam bergelumang dengan berbagai amalan bid'ah, syirik, sufi, syi'ah, ta'asub, taklid buta atas nama cinta nabi.

macam kaum syi'ah musuh dalam selimut, cuba korupsi Islam dengan pura2 nangis konon cinta ahli bayit, agar umat yg jahil tidak nampak tembelang syi'ah agama majusi hakikatnya = http://youtu.be/obYYyDv9Y4g

hari wafat nabi syi'ah promosi hari lahir nabi = http://binsajen.blogspot.com/2011/02/maulud-sambut-hari-lahir-atau-hari.html


-elok sangat jika disusun satu buku khas tentang pendedahan kitab berzanji sekira dilihat berbahaya dari sudut aqidah. Aqidah yg terpesong mesti dibetulkan.

(tulisan ini adalah petikan dari perbincangan di status fb Abu Numair Nawawi Subandi berkenaan kitab al Brzanji)
:http://www.facebook.com/abunumair
Semoga bermanafaat.

-----------------------------------------------

Sedikit pengenalan kitab al barzanji :

Al Barzanji adalah sebutan lain dari kitab ilqd al-Jawahir (Kalung Permata), sebuah karya tulis seni sastra yang memuat kehidupan Nabi Muhammad SAW. Karya sastra ini di baca dalam berbagai upacara keagamaan di dunia Islam, sebagai bagian yang menonjol dalam kehidupan agama tradisional. Dengan membacanya diharapkan dapat meningkatkan keimanan dan kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Dalam kitab ini, sejarah hidup Rasullullah SAW tergambar. Mulai dari silslah keluarganya, kehidupannya semasa anak-anak, remaja, dan pemuda hingga diangkat menjadi nabi dan rasul. Al-Barzanji juga mengisahkan sifat yang dimiliki Rasulullah dan perjuangannya dalam menyiarkan Islam dan menggambarkan kepribadiannya yang agung untuk dijadikan teladan umat manusia.

Kitab iqdl al-Jawahir ditulis oleh Syekh Jafair Al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim yang lahir di Madinah tahun 1690 dan meninggal di sana tahun 1766. Nama Al-barzanji dibangsakan kepada nama penulisnya, yang juga diambil dari tempat asal keturunannya yaitu didaerah Barzinj atau Kurdistan.

Nama Al-Barzanji menjadi populer tahun 1920-an ketika Syekh Mahmud al-Barzanji memimpin pemberontakan nasional Kurdi terhadap Inggeris yang pada waktu itu menguasai Irak. Kitab Al-Barzanji ditulis dengan tujuan untuk meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dan meningkatkan semangat umat. Dalam kitab itu riwayat Nabi SAW dilukiskan dengan bahasa yang indah dalam bentuk puisi dan prosa (nasr) dan kasidah yang sangat menarik.

Secara garis besar, paparan Al-Barzanji dapat diringkas sebagai berikut:

(1) Sislilah Nabi adalah: Muhammad bin Abdullah bin Abdul muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Q

(2) Pada masa kecil banyak kelihatan luar biasa pada dirinya.

(3) Berniaga ke Syam (Suraih) ikut pamannya ketika masih berusia 12 tahun.

(4) Menikah dengan Khadijah pada usia 25 tahun.

(5) Diangkat menjadi Rasul pada usia 40 tahun, dan mulai menyiarkan agama sejak saat itu hingga umur 62 tahun. Rasulullah meninggal di Madinah setelah dakwahnya dianggap telah sempurna oleh Allah SWT.

Kitab Al-Barzanji dalam bahasa aslinya (Arab) dibacakan dimana-mana dalam berbagai kesempatan, antara lain peringatan Maulid, Upacara pemberian nama, Khitanan, Pernikahan, dan berbagai syukuran.

Dalam acara itu, Al-Barzanji dibawakan dalam berbagai macam lagu;

rekby (dibaca perlahan),

hejas (dibaca lebih keras dari rekby),

ras (lebih tinggi dari nadanya dengan irama yang beraneka ragam),

husein ( memebacanya dengan tekanan suara yang tenang),

nahwan membaca dengan suara tinggi tapi nadanya sama dengan nada ras,

dan masyry, yaitu dilagukan dengan suara yang lembut serta dibarengi dengan perasaan yang dalam.

-tri/Ensklopedia Islam