Monday, July 22, 2013

"Penularan Syiah Lemahkan Islam"-Tun Dr Mahathir Mohamad


KATA TUN MAHATHIR MOHAMAD : "PENULARAN SYIAH LEMAHKAN UMAT ISLAM"

ALOR SETAR 22 Julai - Pengembangan ajaran Syiah di negara ini akan memecahbelahkan lagi umat Islam yang pada ketika ini sudahpun lemah kerana perbezaan fahaman politik, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, ajaran berkenaan perlu disekat agar tidak menular dalam masyarakat Islam kerana amat berbahaya sehingga boleh mencetuskan permusuhan seperti mana berlaku di beberapa negara luar.

"Kita tidak menyoal agama mereka tetapi yang kita tahu apabila ada fahaman Sunni dan Syiah, maka selalu berlaku permusuhan sehingga berperang dan membunuh, ini boleh dilihat berlaku di beberapa buah negara seperti Pakistan serta Iran.

"Sebaliknya, di sini kita bernasib baik kerana kita Ahli Sunnah Wal Jamaah, orang Sunni dan pengikut Imam Shafie," katanya kepada pemberita ketika membeli-belah di Pekan Rabu di sini hari ini.

Beliau mengulas langkah kerajaan Kedah yang akan mewartakan sekatan penyebaran Syiah dalam usaha membendung penularan ajarannya di negeri itu.

Menurut Dr. Mahathir, sepatutnya tidak ada perbezaan fahaman agama dalam kalangan umat Islam Malaysia yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kata beliau, jika fahaman agama Islam yang berbeza tidak disekat daripada berkembang dalam negara ini, akan wujud pembahagian yang menyaksikan pengikut fahaman masing-masing berpecah.

SUMBER: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130723/dn_03/Penularan-Syiah-lemahkan-umat-Islam---Dr-Mahathir#ixzz2ZoUFDRX2
 
~!Penularan Syi'ah lemahkan Islam Persatuan Al-Islah Perlis

No comments:

Post a Comment