Tuesday, July 2, 2013

Semoga yang terbaik untuk Mesir dan umat ini





Semoga yang terbaik untuk Mesir dan umat ini

Negara Mesir atau bumi Kinaanah adalah bumi istimewa yang telah menempatkan para anbiya dan pengorbanannya. Bumi ini juga merupakan bumi yang menempatkan firaun dan hasil kekejamannya.

Bumi ini kaya dengan generasi pewaris para nabi yang soleh dan bumi ini juga sarat dengan generasi pewaris genetik firaun yang sombong lagi zalim.

Negara Mesir juga adalah 'abang sulung' kepada negara-negara Arab dan negara-negara umat Islam di dunia antarabangsa. Jatuh dan bangunnya Islam di bumi istimewa ini sangat mengesani kehangatan perjuangan dan semangat perubahan umat Islam sejagat.

Sejak kejatuhan regim zalim Hosni 'Ghaira Mubarak dan pemilihan Ir Dr Muhammad Mursi sebagai pemimpinnya, pihak musuh tidak pernah senang diri daripada berbuat pelbagai perancangan bersama demi untuk menjatuhkannya. Kedutaaan AS, Israel, puak sekularis, puak liberal, syiah, Qibti dan sebagainya tekun berkeringat bagi mencari titik noktah bersama.

Semoga Allah memberikan ketabahan kepada rakyat Mesir dalam mengharungi situasi sukar ini. Moga-moga Allah berikan kemenangan kepada Morsi dan pendokong kebenaran dalam melepasi pertembungan di antara hak dan yang bathil.

Doa kami bersama kalian....



No comments:

Post a Comment