WAHABI TIDAK PERNAH DIFATWA SESAT!!!
Label:
Isu-isu ASWJ
Itu kenyataan Timb. Menteri Di JPM...lihat di sini Wahabi tidak pernah difatwa sesat
Majlis
Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman Wahabi sebagai
salah dan sesat di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim. "Kalau
kita kata sesat, maknanya kalau kita pergi Mekah, kita tak bolehlah
sembahyang dengan tok imam di Mekah... tak sah, habislah jemaah haji
kita. "Dia
(Wahabi) tak sesat, cumanya ia bergantung kepada kesesuaian di negara
kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendidikan
Fatwa Peringkat Kebangsaan bertajuk 'Pendermaan Organ dari Perspektif
Islam' di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.
Antara
ajaran fahaman Wahabi ialah tidak mengamalkan bacaan doa qunut dan
Yaasiin selain tidak mengadakan tahlil dan tidak berzikir selepas solat
seperti amalan biasa umat Islam di negara ini. Mashitah
yang menyifatkan isu mengenai Wahabi ini sebagai "sensitif", berkata
setakat ini fahaman tersebut masih boleh dibendung dari terus berkembang
ke seluruh negara. "Kita
juga perlu menjaga (sensitiviti) beberapa negeri, negara dan masyarakat
kita. Jadi kalau kita timbulkan banyak isu ini, masyarakat akan jadi
keliru.
"Sekarang ini kita tekankan di Malaysia ialah kita berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. "Perbezaan
dalam aliran ini selagi tidak menyentuh mengenai akidah, maka ia adalah
fahaman yang boleh diterima tetapi kalau sentuh soal akidah, contohnya
Allah itu duduk ke tak duduk ke, maka kita akan ambil satu pendekatan
yang lebih serius. "Tetapi setakat ini fahaman Wahabi itu kita masih dapat bendung," katanya.
Mashitah
ketika ditanya pemberita sama ada fahaman tersebut boleh dikategorikan
sebagai berbahaya, berkata: "Kerajaan dan Majlis Fatwa sedang melihatnya
dengan berhati-hati supaya tidak menimbul ketegangan dalam kalangan
orang agama mahu pun masyarakat yang melihat. "Kita
di Malaysia ini mengambil pendekatan yang halus dan berdiplomasi.
Sensitiviti kebanyakan orang itu, kita kena jagalah. Itu yang kita nak
jaga supaya perpaduan sesama kita terpelihara."
Ulasan:
Bagi
penulis isu ini telah seringkali diperkatakan. Di sini penulis
perturunkan Dasar Kerajaan Pusat Berkenaan Fahaman Wahhabiyyah melalui
perbincangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan keputusan Panel Kajian
Aqidah JAKIM :-
"Mengenai
kumpulan Wahhabiyyah, pendirian JAKIM dan kerajaan adalah jelas,
Wahhabiyyah tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh
membawa kepada perpecahan umat Islam. Itu merupakan hasil daripada
perbincangan beberapa kali di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16
(1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998). Ia
juga dibincangkan berkali-kali di dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah
JAKIM pada kali ke-14 tahun 2000, kali ke-20 tahun 2002 dan kali ke-23
tahun 2003. Kesemua keputusan adalah menyekat penularan fahaman
Wahhabiyyah atas alasan isu-isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan
boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia. Bagaimanapun keputusan
tersebut tidak memutuskan Wahhabiyyah sebagai ajaran sesat".
No comments:
Post a Comment