Bangunlah Melayu sebelum melayu
(Sinar Harian 21 Okt 2013)
Saya hairan kenapa ada kalangan orang Melayu yang memandang rendah
kepada kedudukan Bahasa Melayu (BM), sedangkan bahasa ini pernah menjadi
bahasa lingua franca suatu masa dahulu, dipertuturkan begitu ramai
sekali. Lebih hebat lagi BM sebagai bahasa perpaduan kalangan bukan
Melayu.
Bayangkan ketika interaksi antara dunia luar dengan
dunia Melayu. Bahasa apakah yang digunakan? Terutama interaksi antara
pedagang (pendakwah) Arab, China dan India yang datang ke alam Melayu.
Mustahil sama sekali Cina, India atau Arab saling bertemu, mereka
bertutur bahasa masing-masing. Sudah tentu bahasa pengantaranya adalah
bahasa Melayu. Jika tidak, susah mereka nak cari makan di Alam Melayu.
Kenapa mereka boleh memaksa diri mereka belajar BM? Kenapa rakyat negara
kita, sekian lama tinggal, begitu liat, sehingga ada yang tidak boleh
faham dan bertutur? Silapnya di mana?
Justeru, saya amat kagum
dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang beriltizam untuk
meningkatkan penggunaan BM dengan memberi insentif kepada pengamalnya
seperti kenaikan pangkat dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu, BM
hendaklah dijadikan dasar sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.
Tidak ada sesiapa yang menolak kepentingan bahasa lain, terutama Bahasa
Inggeris (BI). Bodohlah sesiapa yang menolak bahasa antarabangsa ini.
Tetapi jangan sampai BM seperti hidup segan mati tak mahu. Inilah
hakikat yang berlaku sekarang.
Boleh dikatakan seluruh IPTA
sedangkan mengalami proses pengInggerisan, termasuk universiti saya
bekerja. Lebih malang lagi, semua profesor dan pensyarah diwajibkan
menduduki ujian BI untuk menguji level bahasanya. Adakah ini wajar?
IPTS usahlah diceritakan. Telah lama mengalami proses peInggerisan dan
pemandarinan seratus peratus. Peliknya kenapa proses pemandarinan boleh
berjalan? Adakah kerana kebangkitan kuasa besar China? Bila kuasa India
bangkit pula nanti, adakah berlaku proses pengIndiaan? Begitu juga
Thailand, Vietnam dan lain-lain.
Alasan yang diberikan, kita
menuju proses pengantarabangsaan. Wajarkah identiti negara dikorbankan
untuk proses pengantarabangsaan tersebut? Adakah kemajuan sesebuah
negara itu bergantung kepada sikap warganya atau kebolehan mereka
berbahasa Inggeris?
Jika BI itulah yang menjadi penentu, sudah
tentu negara Filipina dan India sudah berjaya kerana negara ini amat
mementing bahasa ini. Nasihat saya, betulkan sikap kita dahulu.
Negara lain seperti Cina, Korea, Jepun, Jerman dan sebagainya, termasuk
juga Thailand, teramat kuat semangat kebangsaan dan kecintaan terhadap
bahasa mereka. Negara-negara ini tetap maju tanpa mengalami proses
peInggerisan. Produk-produk mereka, termasuk kereta tetap berkualiti
tinggi.
Mereka yang bekerja di Proton, Perodua dan lain-lain
GLC, termasuk Tabung Haji, bahasa Inggeris mereka cair, tetapi kualiti
produk masih dipertikaikan.
Jika pandai bahasa Inggeris, lebih
Inggeris dari Inggeris sekalipun, selagi sikap dan perangai tidak
berubah, tidak ke mana-mana juga.
Kita perlu ada dasar yang
jelas demi masa depan jati diri negara. Generasi muda ultra kiasu hari
ini, sudah langsung tidak memperdulikan kepentingan BM. Mereka hanya
mahukan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris sahaja.
Justeru,
kenyataan TPM tepat pada masanya. Minta DBP perincikan untuk dimaktubkan
sebagai dasar dan beri kuasa kepada DBP untuk melaksana.
Saya mohon ucapan TPM ketika melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 diperhalusi.
Beri keutamaan kepada golongan pensyarah di IPTA dan IPTS menghasilkan
karya ilmiah dalam bahasa Melayu. Nilai dan insentif yang tinggi perlu
diberikan terhadap hasil karya mereka.
Malangnya, ketika
menggubal dasar universiti baru-baru ini, markah yang diberikan kepada
penerbitan BM amat sedikit berbanding penerbitan BI. Bila saya
membangkitkan perkara ini, mereka berkata, BM bersifat lokal, BI
bersifat internasional. Apa-apapun BI mesti diberi keutamaan termasuk
menjadi bahasa rasmi universiti. Inilah pemikiran Melayu hari ini. Bukan
Melayu usahlah cerita. Kalau boleh perkataan Melayu itu sendiri mereka
tidak mahu lihat.
Lihatlah apa sudah jadi dengan Universiti
Malaya (UM). UM sedang mengalami proses pembaratan. Malah lebih barat
daripada universiti barat. KPI atau SOP mereka bukan lagi Malaysia,
tetapi barat. Maklumlah mahu jadi internasional. Malangnya, ranking
tidak juga naik-naik. Universiti Islam Antarabangsa, sejak awal
penubuhannya menggunakan BI, masih lagi merangkak-rangkak mengejar
ranking dunia. Begitu juga dengan UiTM yang begitu kuat semangat
Melayunya juga menggunakan BI.
Universiti di China, Jepun,
Korea, Jerman dan sebagainya, tidak pula mengikuti proses pembaratan dan
peInggerisan. Bahasa yang digunakan tetap bahasa ibunda mereka. Kita,
yang melanjutkan pelajaran di sana, mesti belajar bahasa mereka. Ranking
dunia mereka tetap berada dalam kedudukan amat membanggakan.
Salah di mana sebenarnya? Ikut barat? Atau kembali melihat kualiti dan
kekuatan jati diri. Bangunlah wahai semua naib Canselor dan profesor.
Sahutlah cabaran TPM tersebut. Kembalilah menghayati sejarah Melayu!
Melayu pernah jadi hebat dengan semangat Melayunya. Wahai para Melayu!
Kamu tidak akan ke mana-mana sekadar pandai berbahasa Inggeris, jika
perangai kamu tidak berubah dan tidak yakin dengan kekuatan diri.
Saya amat mengharapkan TPM dapat menggariskan satu dasar agar BM tidak menjadi bahasa tumpangan sahaja di universiti.
Posted by RIDHUAN TEE
~Faridah Daud
(Sinar Harian 21 Okt 2013)
Saya hairan kenapa ada kalangan orang Melayu yang memandang rendah kepada kedudukan Bahasa Melayu (BM), sedangkan bahasa ini pernah menjadi bahasa lingua franca suatu masa dahulu, dipertuturkan begitu ramai sekali. Lebih hebat lagi BM sebagai bahasa perpaduan kalangan bukan Melayu.
Bayangkan ketika interaksi antara dunia luar dengan dunia Melayu. Bahasa apakah yang digunakan? Terutama interaksi antara pedagang (pendakwah) Arab, China dan India yang datang ke alam Melayu.
Mustahil sama sekali Cina, India atau Arab saling bertemu, mereka bertutur bahasa masing-masing. Sudah tentu bahasa pengantaranya adalah bahasa Melayu. Jika tidak, susah mereka nak cari makan di Alam Melayu. Kenapa mereka boleh memaksa diri mereka belajar BM? Kenapa rakyat negara kita, sekian lama tinggal, begitu liat, sehingga ada yang tidak boleh faham dan bertutur? Silapnya di mana?
Justeru, saya amat kagum dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang beriltizam untuk meningkatkan penggunaan BM dengan memberi insentif kepada pengamalnya seperti kenaikan pangkat dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu, BM hendaklah dijadikan dasar sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.
Tidak ada sesiapa yang menolak kepentingan bahasa lain, terutama Bahasa Inggeris (BI). Bodohlah sesiapa yang menolak bahasa antarabangsa ini. Tetapi jangan sampai BM seperti hidup segan mati tak mahu. Inilah hakikat yang berlaku sekarang.
Boleh dikatakan seluruh IPTA sedangkan mengalami proses pengInggerisan, termasuk universiti saya bekerja. Lebih malang lagi, semua profesor dan pensyarah diwajibkan menduduki ujian BI untuk menguji level bahasanya. Adakah ini wajar?
IPTS usahlah diceritakan. Telah lama mengalami proses peInggerisan dan pemandarinan seratus peratus. Peliknya kenapa proses pemandarinan boleh berjalan? Adakah kerana kebangkitan kuasa besar China? Bila kuasa India bangkit pula nanti, adakah berlaku proses pengIndiaan? Begitu juga Thailand, Vietnam dan lain-lain.
Alasan yang diberikan, kita menuju proses pengantarabangsaan. Wajarkah identiti negara dikorbankan untuk proses pengantarabangsaan tersebut? Adakah kemajuan sesebuah negara itu bergantung kepada sikap warganya atau kebolehan mereka berbahasa Inggeris?
Jika BI itulah yang menjadi penentu, sudah tentu negara Filipina dan India sudah berjaya kerana negara ini amat mementing bahasa ini. Nasihat saya, betulkan sikap kita dahulu.
Negara lain seperti Cina, Korea, Jepun, Jerman dan sebagainya, termasuk juga Thailand, teramat kuat semangat kebangsaan dan kecintaan terhadap bahasa mereka. Negara-negara ini tetap maju tanpa mengalami proses peInggerisan. Produk-produk mereka, termasuk kereta tetap berkualiti tinggi.
Mereka yang bekerja di Proton, Perodua dan lain-lain GLC, termasuk Tabung Haji, bahasa Inggeris mereka cair, tetapi kualiti produk masih dipertikaikan.
Jika pandai bahasa Inggeris, lebih Inggeris dari Inggeris sekalipun, selagi sikap dan perangai tidak berubah, tidak ke mana-mana juga.
Kita perlu ada dasar yang jelas demi masa depan jati diri negara. Generasi muda ultra kiasu hari ini, sudah langsung tidak memperdulikan kepentingan BM. Mereka hanya mahukan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris sahaja.
Justeru, kenyataan TPM tepat pada masanya. Minta DBP perincikan untuk dimaktubkan sebagai dasar dan beri kuasa kepada DBP untuk melaksana.
Saya mohon ucapan TPM ketika melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 diperhalusi.
Beri keutamaan kepada golongan pensyarah di IPTA dan IPTS menghasilkan karya ilmiah dalam bahasa Melayu. Nilai dan insentif yang tinggi perlu diberikan terhadap hasil karya mereka.
Malangnya, ketika menggubal dasar universiti baru-baru ini, markah yang diberikan kepada penerbitan BM amat sedikit berbanding penerbitan BI. Bila saya membangkitkan perkara ini, mereka berkata, BM bersifat lokal, BI bersifat internasional. Apa-apapun BI mesti diberi keutamaan termasuk menjadi bahasa rasmi universiti. Inilah pemikiran Melayu hari ini. Bukan Melayu usahlah cerita. Kalau boleh perkataan Melayu itu sendiri mereka tidak mahu lihat.
Lihatlah apa sudah jadi dengan Universiti Malaya (UM). UM sedang mengalami proses pembaratan. Malah lebih barat daripada universiti barat. KPI atau SOP mereka bukan lagi Malaysia, tetapi barat. Maklumlah mahu jadi internasional. Malangnya, ranking tidak juga naik-naik. Universiti Islam Antarabangsa, sejak awal penubuhannya menggunakan BI, masih lagi merangkak-rangkak mengejar ranking dunia. Begitu juga dengan UiTM yang begitu kuat semangat Melayunya juga menggunakan BI.
Universiti di China, Jepun, Korea, Jerman dan sebagainya, tidak pula mengikuti proses pembaratan dan peInggerisan. Bahasa yang digunakan tetap bahasa ibunda mereka. Kita, yang melanjutkan pelajaran di sana, mesti belajar bahasa mereka. Ranking dunia mereka tetap berada dalam kedudukan amat membanggakan.
Salah di mana sebenarnya? Ikut barat? Atau kembali melihat kualiti dan kekuatan jati diri. Bangunlah wahai semua naib Canselor dan profesor. Sahutlah cabaran TPM tersebut. Kembalilah menghayati sejarah Melayu! Melayu pernah jadi hebat dengan semangat Melayunya. Wahai para Melayu! Kamu tidak akan ke mana-mana sekadar pandai berbahasa Inggeris, jika perangai kamu tidak berubah dan tidak yakin dengan kekuatan diri.
Saya amat mengharapkan TPM dapat menggariskan satu dasar agar BM tidak menjadi bahasa tumpangan sahaja di universiti.
Posted by RIDHUAN TEE
No comments:
Post a Comment