Menbina Generasi Ammar (Ahmad Ammar)
Saya
langsung tidak pernah mendengar tentang Allahyarham Ahmad Ammar (Ammar)
sebelum ini. Namun saat mengetahui berita kematiannya, saya
tertanya-tanya sendiri, siapakah Ammar?
Saya tunjuk video itu
kepada isteri, dan dia turut asyik melihatnya berulang kali. Masa saya
menonton video Ammar lebih kurang 500 ribu sudah menontonnya. Kini angka
tersebut mungkin sudah melebihi 1 juta. Apakah rahsia yang ada pada
diri Ammar melayakkan beliau diberi penghormatan sebegitu rupa?
Bukan setakat surat khabar dan laman sosial, majalah dalam dan luar
negara turut membuat liputan mengenai beliau. Kisah Ammar betul-betul
sudah jadi fenomena luar biasa. Banyak ibubapa mengimpikan agar dapat
melahirkan lebih ramai anak muda seperti Ammar.
Tak banyak
maklumat yang saya perolehi dari komen-komen pada post terdahulu
(13/12/2013), maka saya terpaksa menyelidik sendiri untuk mengetahui
lebih lanjut berkaitan rahsia diri Ammar untuk dikongsikan dengan fans
ibubapa cemerlang.
Berikut adalah rumusan saya:-
1.
Semua orang bersetuju bahawa ibubapa beliaulah yang memainkan peranan
dalam mendidik beliau sehingga menjadikan beliau sebegitu rupa.
Menurut Ibunya, Nur Azlina Abdul Aziz, Ammar merupakan anak yang cukup
mudah dijaga. Malah sukar untuk mengingati bila kali terakhir beliau
memarahi anaknya itu."Anak saya seperti remaja-remaja lain, cuma beza
Ammar ialah akhlaknya. Ketika orang sibuk bertanya tentang keperibadian
arwah, saya cuba ingat kembali, berapa kali saya meninggikan suara atau
jika pernah terdetik perasaan marah kepadanya."Baru saya tersedar, tidak
pernah sekali saya melakukan semua itu kepadanya. Dia anak yang mudah
dijaga dan tidak pernah merungut," cerita Nur Azlina yang aktif dalam
badan kebajikan amal kepada akhbar itu.Malah ujarnya, Ammar merupakan
seorang yang pendiam dan hanya bercakap apabila perlu sahaja sama ada
bersama teman mahu pun ahli keluarganya. Sehinggakan kata Nur Azlina,
guru sekolahnya pernah menelefon beliau semata-mata mahu memberitahu
Ahmad Ammar tergelak di dalam kelas. Masa kecilnya, ujar Nur Azlina,
dahi arwah sudah mempunyai garis-garis halus. Optimis wanita itu,
anaknya mungkin berfikir tentang umat Islam di seluruh dunia.
Dalam isu yang sama bapanya Ahmad Azzam berkata “Di sini saya ingin
berkongsi sedikit tips yang mungkin berguna dalam medidik
anak-anak.“Bagi saya antara tips yang penting ialah mengajar anak-anak
dengan visi wawasan ummati, iaitu kita terapkan kepada anak-anak supaya
satu hari nanti mereka menjadi salah seorang manusia yang dapat memberi
kebahagian serta kemuliaan kepada Islam.“Memberi nama yang baik supaya
mereka mengikut contoh kepada individu tersebut, misalnya nama Muhammad,
ajari mereka mengenai ketinggian adab kepada ALLAH, Rasul, ulama, guru,
ajari mereka al-Quran."Wajibkan mereka solat, ajari mereka sejarah
Islam supaya mereka bersemangat ntuk memperjuangkan agama ALLAH ini
serta yang terakhir ajari mereka supaya mempelajari bahasa asing (sebab
itu saya hantar Ammar ke Turki supaya dia faham sejarah Islam Uthmaniah
dan dapat memberi sumbangan pada Islam satu hari nanti, namun ALLAH
lebih menyayangi beliau, saya reda dengan ketentuan-NYA ,” katanya.
(Rujukan Akhbar Kosmo)
2. Walaupun ada faktor lain yang mempengaruhi keperibadian Ammar
seperti rakan seperjuangan dalam ABIM, gerakan amal dan misi dakwah yang
disertai oleh beliau semasa hayat beliau ke merata tempat dan pelbagai
pelusuk dunia, namun faktor yang paling menarik minat saya ialah faktor
Madrasah Yayasan Hayrat yang berkait rapat dengan Sheikh Badiuzzaman
Said Nursi dan Risalah An-Nur.
Hal ini diperakui sendiri oleh
bapa beliau "Ammar adalah permata yang belum bergilap, Madrasah Hayrat
telah menggilap dia sehingga menjadi orang muda yang sangat baik...saya
berterima kasih kepada Madrasah Hayrat Vakfi kerana menjadikan beliau
seorang lelaki yang baik. Madrasah Hayrat melakukan tugas yang sangat
baik!"
Dan beliau menambah "On behalf of my family, I wish to
express my profound thanks and gratitude to Hoca Said Nuri, leader of
Hayrat Vakfi , a Foundation that propagates the teaching of Imam
Badiuzzaman Said Nursi through his book, Risalah i Nur for personally
giving his respect and honour to my beloved son, the late Ahmad Ammar
during his funeral in Istanbul last 4th of November 2013.I was deeply
touched by his love for students of Risalah i Nur. His concern and care
for Ahmad Ammar while he was his student at Hayrat Madrasah will be
cherished in my memories till eternity. Hayrat Vakfi had transformed
Ahmad Ammar into a dedicated student of Risalah i Nur, polished his
character into an examplery model for Muslim youth, selfless and willing
to sacrifice anything for the good cause of Islam."
Imam
Badiuzzaman Said Nursi said that one of the essence of Iman is al Faqr -
the understanding that human being does NOT own anything in this world.
The ultimate owner and creator of everything in this world is ALlah
Subhanahu wa ta'ala.
3. Oleh itu mana-mana individu yang ingin
mengikut jejak langkah Ammar wajib berusaha memiliki tahap iman yang
sebenar, ikhlas dan diredhai Allah yang menjadi isi dan rahsia utama
Kitab Risalah An-Nur. Iman tahap yang tertinggi yang mencapai tahap ilmu
faqir yang mengakui sebenar-benarnya bahawa makhluk tiada kuasa dan
daya upaya sedikitpun, hanya Allah yang sebenar-benar berkuasa. Ilmu
faqir sebenarnya adalah ilmu yang menjadi pegangan para wali dan kekasih
Allah dan orang yang makrifat kepada Allah. Ammar sangat beruntung
kerana dalam usia yang sangat muda beliau sudah benar-benar dapat
memahami dan menghayatinya dalam kehidupan beliau. Sesungguh benarlah
sebagai mana kata bapa Ammar ia adalah sebuah "kematian yang
menghidupkan."
Untuk menurut jejak Ammar ibubapa perlu
keberanian luarbiasa untuk berhijrah dari keadaaan yang biasa kepada
keadaan yang luar biasa. Tanpa keberanian kita akan tetap kekal dalam
keadaan lama. Seperti yang disebut oleh Hafiz ahli puisi terkenal "i
have to be brave tracking God into the unknown" Muga Allah membukakan
jalan.
Memang ramai ibubapa yang sudah bertanya-tanya dan ingin mengetahui berkenaan Risalah berkenaaan.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk:-
https://www.facebook.com/ahmad.ammar.9659
https://www.facebook.com/letsfollowammar
https://www.facebook.com/ahmad.a.rahman.5
https://www.facebook.com/nur.azlina.54
https://www.facebook.com/abuakhyar.alqudsi
Pihak kami mohon maaf andai apa yang kami rumuskan tidak menepati yang
sepatutnya. Ia hanyalah pandangan kami sendiri dan bukan bertujuan untuk
menidakkan sumbangan mana-mana pihak.
~ ibubapa cemerlang
No comments:
Post a Comment