Sunday, December 29, 2013

Syiah Sudah Menjadi Isu Dalaman PAS Sejak 2 Tahun Lepas -Ustaz Ashiq Elahi


Syiah Sudah Menjadi Isu Dalaman PAS Sejak 2 Tahun Lepas -Ustaz Ashiq Elahi

AIDCNews – 28/12/13- Bekas Ahli Mesyuarat Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Ashiq Elahi berkata aliran Syiah sudah menjadi isu dalaman parti itu sejak dua tahun lepas (2011).

Ustaz Ashiq Elahi yang juga bekas Penolong Setiausaha Lajnah Tarbiah PAS Pendang berkata ketika mula-mula pendedahan dibuat, ahli-ahli parti yang pro Syiah menjawab Syiah tidak salah kerana ia adalah mazhab kelima dalam Islam.

Pegangan Syiah sebagai mazhab kelima disebut sendiri oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) dalam ceramah beliau.

“Peringkat awal, di kawasan ini (Pendang), sayalah dikatakan pertama menentang dan menyebarkan tentang bahayanya Syiah, lebih kurang dua tahun lepas.

“Di awal-awal itu ramai di kalangan orang PAS cakap dengan saya, ada yang cakap di belakang saya dan sampai kepada saya kata bahawasanya (dia kata) ‘Syiah ini tidak salah, Syiah ini tidak sesat. Jadi Ustaz Ashiq dok cakap menipu kata Syiah ni sesat.. Sebenarnya Syiah ni mazhab kelima.

“Mereka ambil dalam ucapan Mat Sabu dalam ceramah dia yang mengatakan Syiah ini mazhab kelima, mazhab yang diterima pakai,” katanya.

Ustaz Ashiq berkata walaupun mendapat penentangan daripada pengikut aliran Syiah dalam PAS, namun beliau meneruskan pendedahan itu kepada orang ramai.

“Jadi saya pun terus menjawab, Allahmudillah selepas daripada itu, saya pun berdoa kepada Allah swt dan akhir-akhir ini, kemuncak dalam bulan Ramadhan baru-baru ini, hampir semua ustaz-ustaz lain bangun mengatakan Syiah ini sesat dan kafir.

“Dan paling kemuncak, pada pertengahan bulan Ramadhan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) mengatakan Syiah ini penipu besar. Penipu dan tak boleh pakai Syiah ini, memang aliran mereka ini sangat sesat dan menyimpang.

“Semenjak daripada bulan Ramadhan baru-baru ini, barulah kita nampak orang-orang PAS yang dahulunya menerima kata Syiah ini mazhab kelima, barulah menolak ajaran Syiah apabila disokong oleh Tuan Guru Nik Aziz dan ramai pemimpin PAS yang lain.

Berbeza dengan dahulu, kata Ustaz Ashiq, penerangan beliau dicerca oleh ahli PAS sendiri kerana menentang Hassan Nasrullah dan Imam Khomeini seumpama menentang Mat Sabu, Timbalan Presiden parti.

“Kalau dulu, peringkat bawahan, saya seorang sahaja, macam-macam lah saya kena. Dihamun oleh orang, seolah-olahnya, saya menentang Mat Sabu lah, sebab dulu Mat Sabu dalam ceramahnya cerita tentang Hassan Nasrullah, Imam Khomeini.

“Saya pula menentang Hassan Nasrullah, Imam Khomeini, jadi nampaknya saya macam berlawan dengan Mat Sabu, jadi ramai orang PAS yang mencerca saya.

“Tapi ada orang PAS yang cerdik pandai, dia dapat fikir dengan elok, hari ini Alhamdulillah ramai orang PAS dah terima kata Syiah ini ajaran sesat.”

Pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) Mat sabu bertanding di Parlimen Pendang, namun beliau tewas kepada calon BN, Datuk Othman Abdul dengan majoriti 2,638 undi.

Mat Sabu mendapat 29,527 undi manakala Othman Abdul mendapat 32,165 undi.

Parlimen Pendang merupakan kubu kuat PAS yang dimenangi parti itu sejak dari tahun 1999. Ketika itu Datuk Fadzil Md. Noor, Presiden PAS memenangi parlimen tersebut menewaskan Othman Abdul dengan majoriti 2,939 undi.

Pemimpin PAS Gagal Jawab Isu Mat Sabu Syiah – Ustaz Ashiq Elahi



 ~ Farid KP
-----------------------------------------
Papaju Maat Pas parti politik yg sesat sejak sekian lama.. dianggotai ahli2 yg jahil maka mudah ketua2 mereka pusing2 mcm2 ..keji! Kenapa keji? Sebab guna ajaran Islam demi nikmat duniawi! Ustaz politik dijulang sebagai ulama wali spt nik aziz yg terang2 sesat dgn fatwa2 nya sesatnya seperti Baginda SAW digelar nya sbgai mamat2 kampung yg tak tahu apa2 dan setelah di intai2 oleh Allah maka Allah setuju utk lantik mamat Baginda SAW sebagai Nabi... kata2 nik aziz WAJIB dipatuhi sesiapa yg tak bersetuju akan dibuang di maki sebagai ejen Umno...politik ternyata adalah agama sebenar Pas bukanlah Islam... Hal syiah ni hal kecil sahaja buat mereka kerana mereka memang sesat sejak lama dahulu..

No comments:

Post a Comment