Menjawap Tuduhan 'Ulama "WAHABI" Arab Saudi Boneka British
Siapa Sebenarnya Boneka dan Hamba Kepada British?
Antara fitnah yang lahir dari lidah suci pihak yang mendakwa sebagai Ahlus Sunnah Wal Jamaah Sebenar dan pendokong pihak ini adalah mereka menfitnah bahawa Ulama di Makkah dan Madinah adalah Wahabi. Bahkan menurut si pe'masuk bakul, angkat sendiri' (Ketua Ahlus Sunnah Wal Jamaah Malaysia(lah sangat)), Wahabi
adalah sesat, terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah, bahkan pernah
juga menyatakan Wahabi adalah berakidah Yahudi dan mereka Kafir. Betapa riaksi mereka panas dan tidak senang duduk apabila Imam al-Haramain datang ke negara kita, terpancar.
Antara lain tuduhan pihak yang bijaksana, bijaksini, bijak'there' (suka memandai-mandai) ialah Ulama Saudi yang kononnya Wahabi ini juga merupakan tali barut, boneka dan hamba Barat.
Menuduh Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab melakukan gerakannya
semata-mata untuk membantu keluarga Su’ud agar dapat menguasai
tanah-tanah yang banyak dan keluar dari kekuasaan Daulah ‘Utsmaniyah.
Mereka juga mengatakan bahawasanya beliau adalah agen inggeris di
Baghdad. Selalu juga mereka mengeluarkan foto beberapa orang Arab yang
bergambar bersama Sir Percy Cox, yang kemudian mengatakan salah seorang
dari mereka adalah Muhammad Bin Abdul Wahhab bagi menyatakan tuduhan
mereka adalah berdasarkan bukti. Persoalannya apakah bukti ini benar? Apakah tuduhan ini benar? Apakah
ini sejarah yang sebenar atau ciptaan khayalan kepeningan pihak yang
gemar berzikir sambil ber'Spinning'? Sehinggakan kesan Spinning zikir mereka terkesan juga dalam perkataan mereka yang juga gemar Spin! Telah banyak ilmuan Salafi yang menjawap tohmahan ini. Salah satunya ialah apa yang akan dipaparkan dalam blog ringkas ini.
Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab lahir pada tahun 1703 M, dan Wafat : 1792 M
Teknologi fotografi pertama kali ditemukan pada tahun 1822 oleh Joseph Nicéphore Niépce.
Teknologi fotografi pertama kali ditemukan pada tahun 1822 oleh Joseph Nicéphore Niépce.
Syeikh
Muhamad bin Abdul Wahab berfoto? Bagaimana mungkin foto manusia yang
telah pun meninggal dunia sebelum teknologi kamera dicipta boleh
dikeluarkan. Ajaibnya hal ini dan penjelasannya yang berasas mengenainya
tidak lain ialah ia adalah fitnah.
Untuk merungkai fitnah yang menyatakan Ulama 'Wahabi' Saudilah yang menjadi talibarut atau boneka Barat, beberapa persolan berkaitan sejarah akan dikemukan untuk kita berfikir.
Inilah gambar saat sebelum Penguasa Asyaariyah ditabal oleh British!
Anak Sharif Makkah yang ditabal sebagai Raja, bersama Lawrance of arabia!
Syeikh Abdul Ghaffar atau Snock Hagronje, murid KECINTAAN DAN KESAYANGAN AHMAD ZAINI DAHLAN!
Spy British St Philby yang dihantar ke Saudi
terpaksa jadi MUNAFIK dengan besyahadah dan menukar nama menjadi
Abdullah. Tetapi akhirnya dihalau dan dibuang negara ke Beirut setelah
didapati dia adalah MUNAFIK dan SPY British. Bandingkan nasib Spy
British seorang lagi, Lawrance yang bercium mulut dan berpelukan dengan
Sharif Makkah tanpa tukar nama daan tanpa jadi munafik agama!
Sharif Hesein mengetuai Revolusi Arab. Muftinya bernama Ahmad Zaini Dahlan
Mesranya Lawrance dengan Putera Abdullah, Anak Sharif Makkah!
Lawrance bersama dengan anak Sharif Makkah
Lawrance bersama tentera British dalam Revolusi Arab bagi menjatuhkan Turki.
Siapa Sebenarnya Boneka dan Hamba Kepada British? Kaum Asyaariyah patut jawap!
Pelajari
sejarah fotografi dan tarikh fotografi sampai ke Hijaz. Dan pelajari
juga apakah Lawrance dan Snock adalah merupakan antara orang terawal
membawakan teknologi foto. Lalu
mohon jangan membodohkan diri kalian dengan mengambil sekeping gambar dan
berkata "ini gambar Muhammad Bin Abdul Wahhab". Kesimpulannya,
janganlah melaung sana-sini melabelkan Saudi dengan ejen Barat lagi, jika
pada hakikatnya kalian sendiri yang sebegitu.
Kerajaan Arab Saudi Teruk?
Tidak dinafikan sememangnya kerajaan Arab hari ini tidak sempurna (terdapat kelemahan dan kekurangan di sana sini.) Tetapi yang dijawap disini ialah tuduhan yang tidak benar, yang dilemparkan pada Saudi. Yang kelihatannya ada pihak yang mengambil kesempatan atas kelemahan kerajaan Saudi pada hari ini.
Berkata Maulana Asri Yusoff:~ https://www.youtube.com/watch?v=0gcKGsB0K-I
“..kito tahu doh lo ni dunio Islam ni setakat mana? Semua terok. Doh nok lebih setaro mano? Nok suruh setaro zaman khulafa ar Rasyidin? Kito tu sendiri setara mana? Kito? Dengan sebab itu, kito bersederhanalah dalam perkaro ni, jangan dok lebih-lebih. Dan orang yang ghoyak tu cubo pikir molek, cubo pikir molek..”
“..kito tahu doh lo ni dunio Islam ni setakat mana? Semua terok. Doh nok lebih setaro mano? Nok suruh setaro zaman khulafa ar Rasyidin? Kito tu sendiri setara mana? Kito? Dengan sebab itu, kito bersederhanalah dalam perkaro ni, jangan dok lebih-lebih. Dan orang yang ghoyak tu cubo pikir molek, cubo pikir molek..”
Terjemahan:
"Bukankah kita telah tahu (jelas), bahawa dunia Islam hari ini setakat (ditahap) mana? Semuanya teruk (apabila menjelang akhir zaman). Nak suruh setaraf zaman Khulafah ar-Rasyidin (di ketika akhir zaman ini)? Keadaan diri kita sendiri pula bagaimana (kesempurnaan individu dan kerajaan/parti kita)? Dengan sebab itu, kita bersederhanalah dalam perkara ini. Jangan berlebih-lebihan. Dan pihak yang mengkhabarkan itu (Wahabi sesat, Arab Saudi talibarut Barat) Cubalah fikir dengan baik.” (Maulana Muhamad Asri Yusoff, Youtube/maulanaasri2/Jangan melampau membenci Wahabi, nanti memakan diri, Minit 8:13/10:59, 19/Dhu al-Hijjah/1430)
p/s:Semua maklumat ini berdasarkan kajian dan perkongsian Abu Amru Radzi Othman. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan dunia dan akhirat. Ameen.
http://mahaguruprime.blogspot.com/2013/12/menjawap-tuduhan-ulama-wahabi-arab.html
http://mahaguruprime.blogspot.com/2013/12/menjawap-tuduhan-ulama-wahabi-arab.html
No comments:
Post a Comment