Saturday, December 14, 2013

KDN Dedah Pemimpin No. 2 Syiah ?


PAS Meroyan KDN Dedah Pemimpin No. 2 Syiah ?????
~~~~ tolong pakat baca , tepuk minda tanya iman

Secara logiknya apabila seseorang pemimpin itu disyaki berfahaman sesat seperti Syiah maka para pemimpin PAS yang kononnya “warak” dan “alim” perlu menjalankan siasatan kerana ini berkait rapat dengan akidah dan pegangan.

Ia merupakan isu yang terlalu sensitif. Tambahan pula PAS mendabik dada kononya pejuang Islam. Namun kita cukup kecewa dengan tindakan pemimpin PAS yang memilih untuk menyerang KDN dalam isu Syiah ini.

Sebelum ini mereka pernah “melepaskan” pemimpin no.2 ini dari tuduhan khalwat atas sebab “teknikal”. Kesederhanaan yang menjadi amalan Rasulullah tidak lagi menjadi pegangan segelintir manusia yang memilih untuk terpesong dari ajaran Islam. Wujudlah mereka yang sesat seperti pengikut Syiah, Ayah Pin dan terbaru Tuhan Harun.

Kita masih keliru bagaimana golongan mereka ini memilih untuk sesat sedangkan telah ada Al Quran dan Hadis yang cukup lengkap untuk dijadikan panduan kehidupan kita. PAS pula memilih memanipulasikan AlQuran dan Hadis demi kepentingan politik dan nafsu serakah mereka.

Sebelum ini Haji Hadi pernah menolak bukti dalam bentuk video atas alasan ia besi bukan saksi. Hakikatnya video itu merupakan saksi lebih dari empat orang kerana beribu malahan berjuta manusia boleh tonton dan menjadi saksi.

Ajaran dan fahaman Syiah telah diistiharkan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Oleh itu fahaman Syiah tidak mempunyai persamaan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.

Dakyah Syiah sebagai sebuah mazhab berasaskan aliran Syiah Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah atau Imam Dua Belas mula aktif di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979 bercanggah dengan ajaran Islam. Kita perlu faham bahawa penyelewengan aliran Syiah Imam Dua Belas itu adalah:

* Meyakini imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada sebarang dosa.
* Mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW
* Tidak ada Solat Jumaat.
* Mengharuskan jamak solat fardu dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab.
* Menghalalkan nikah Muta’ah.
* Menolak Ijmak Ulama.
* Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali sehingga disamatarafkan dengan Rasulullah SAW
* Menambah nama Saidina Ali dalam kalimah syahadah selepas nama Nabi Muhammad SAW .

Nikah Muta’ah yang menjadi amalan Syiah bukan satu pernikahan dalam Islam malah merupakan amalan jahiliah yang amat jelas bertentangan dengan al-Quran, hadis Rasulullah SAW dan Ijmak Ulama. Ia telah diharamkan oleh Nabi Muhammad SAW buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadis-hadis sahih sebelum baginda wafat dan salah seorang perawi hadis itu ialah Saidina Ali sendiri.

Maka jelas ajaran mahupun fahaman Syiah ini bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak sebagaimana yang digariskan dalam undang-undang Islam.

Kementerian Dalam Negeri telah mendedahkan 10 bukti orang nombor dua Pas terlibat dengan fahaman Syiah. Beberapa bukti yang dikumpulkan pihak berkuasa daripada percakapan lisan, penulisan dan video di Internet telah menjurus kepada penglibatan beliau.

Pemimpin itu tersebut telah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini. Bukti tersebut boleh dilihat melalui tulisannya bertajuk ‘Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini’ dalam ruangan Fikrah terbitan lidah rasmi Pas, Harakah terbitan 5 hingga 15 Julai 2008.

Pemimpin tersebut turut secara terang-terangan memuji pemimpin Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau serta isterinya bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.

Tuan Guru Abd Rahim dari Sungai Jagung, Pendang, Kedah juga mengesahkan pemimpin itu merupakan salah seorang penganut Syiah apabila kerap kali melihatnya menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya.

Malahan pemimpin berkenaan dikatakan pernah melafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan pengikut Syiah dalam satu ceramah Pas di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada 2005.

Berdasarkan temuramah antara pegawai KDN, Ustaz Zamihan Mat Zin dengan Dr Abdul Aziz Hanafi pada 11 Disember lalu, Dr Hanafi mengesahkan beliau melafazkan selawat tersebut. Beliau juga didapati telah beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada 2011.

Kelas pengajian tersebut dikendalikan oleh dua ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di salah sebuah sekolah berfahaman Syiah di Gunung Semanggol, Perak. Tambahan pula kata-kata, penulisan, rakaman ceramah dan aktiviti beliau yang disertainya sama ada dalam dan luar negara mengaitkan beliau dengan Syiah.

Sementara itu Veteran Pas yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi mendakwa sepuluh bukti yang dikemukakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengatakan Timbalan Presiden Pas, Mohd Sabu pengikut Syiah dianggap lebih bersifat dakwaan kerana tiada bukti kukuh.

Beliau turut mendakwa maklumat yang diperoleh daripada beberapa individu itu tidak boleh menjurus kepada tindakan perundangan. Kononnya seseorang individu itu tidak boleh dikaitkan berfahaman kiri hanya sekadar mengkagumi pemimpin seperti Khomeini.

Beliau turut menyarankan Mat Sabu mengambil tindakan perundangan terhadap mereka yang mendakwa beliau Syiah untuk membersihkan namanya yang tercalar. Sumber KDN yang memetik kenyataan CN Afghani turut dipertikaikan . Ia berhubung dengan dakwaan bekas Yang DiPertua Pas kawasan Pendang, Tuan Guru Haji Abd Rahim dari Sungai Jagung, Pendang bahawa Mat Sabu penganut Syiah atas alasan beliau pernah melihat Mat Sabu menunaikan solat menggunakan batu kecil leper di tempat sujud, yang sinonim dengan amalan Syiah.

Difahamkan, CN Afghani atau Zainol Ismail adalah bekas ahli Pas yang dipecat oleh parti ketika menganggotai Pemuda Pas, sekitar era 80-an. Beliau juga dikenali sebagai Cikgu Non pernah bersahabat baik dengan Mat Sabu hampir 20 tahun, namun selepas peristiwa Memali 1985, hubungan antara mereka tegang, sehingga beliau menulis buku ‘Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali’.

Persoalannya dari segi perundangan, sejauh mana kita boleh mendakwa perilaku berdasarkan segala bukti yang telah dikumpulkan oleh KDN. Ini amat penting dalam memastikan rakyat faham bahawa fahaman Syiah yang seolah-olah didokong oleh parti yang kononnya memperjuangkan Islam ini merupakan fahaman yang sesat nyata. Syiah bakal merosakkan akidah umat Islam dan seterusnya menggugat keamanan Negara. Tindakan yang tegas dan bijak perlu bagi menangani isu ini. Jangan sampai isu ini menjerat leher kita dengan manipulasi perundangan yang selama ini dijuarai oleh pakatan pembangkang.

###JANGAN MAIN-MAIN ATAU MEMANDANG REMEH KPD ISU SYIAH INI JIKA TIDAK MAHU UMAT ISLAM NEGARA INI MENERIMA NASIB SEPERTI SUNNI DI IRAN, IRAQ, SYRIA DLL.
  

No comments:

Post a Comment