IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga. Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Wednesday, February 26, 2014
Zaman "Berhala" Handphone...
Zaman "Berhala" Handphone...dan yang seumpamanya
Kata guru:
Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu...
Hingga ianya menjadi permainan saat
berada di majlis ilmu di hadapan gurumu..
Hingga kamu tergamak melewatkan
solatmu kerananya...
Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia...
Hingga Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya...
Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu...
Kerana ia telah menjadi salah satu alat
untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu...
Kerana ia telah menjadi satu alat supaya
kamu lalai dari Tuhan mu...
Kerana ia adalah alat yang digunakan
syaitan untuk mengancurkan penghambaan mu...
Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin
lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan
nya...
Bukan salah handphone itu, tapi salah
kamu kerana tak dapat menjauhkan
handphone menjadi alat pada syaitan
untuk menyesatkan mu...
[Teguran ini menyusuk sungguh..]
Labels:
berhala
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment