Friday, February 14, 2014

Lim, kekufuran adalah ekstrim sebenar


Lim, kekufuran adalah ekstrim sebenar

Lim Kit Siang
 

BANGI, 13 Feb – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman mengingatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa kekufuran adalah ekstrim yang sebenar.
Disebabkan kekufuran, hakikat kewujudan tuhan tidak dirasai dan ia membawa kepada rasa tidak bersyukur.
“Lim, kekufuran itulah yang sebenarnya ekstrim. Orang kafir yang tidak beriman dan tidak percaya hakikat Allah, Tuhan yang mencipta tidak akan tahu bersyukur. Itulah punca kepada ketegangan yang berlaku di dalam negara ini,” katanya kepada wartawan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas seruan Lim Kit Siang kepada golongan moderat untuk sama-masa melawan kumpulan pengkhianat negara yang telah mencetuskan kekacauan dan ketegangan kaum.

Sebaliknya ujar Ustaz Abdullah, kekacauan berlaku apabila orang kafir yang tidak tahu bersyukur mula menuntut dan mencabar pelbagai perkara termasuk kedaulatan Islam dan perlembagaan.

“Mereka tidak tahu menghargai nikmat. Tidak bersyukur. Sebab itu mereka mencabar Allah, rasul, perlembagaan dan kontrak sosial yang telah dipersetujui selama ini.

“Mereka mencabar agama Allah dan mahu sistem yang berasaskan kepada athies sebagai cara hidup,” jelasnya lagi.

Tambahnya, tuntutan-tuntutan melampau yang diperjuangkan oleh DAP dan puak-puak di dalam PR adalah kemungkaran besar yang patut dihalang.

“Ia (perjuangan DAP dan PR) tidak ada kena mengena dengan kesederhanaan. Kalau itu dianggap moderat maka ia merupakan seburuk-buruk kekufuran,” ujarnya lagi.

Lim Kit Siang menyatakan dirinya dan DAP adalah kumpulan moderat yang menentang ketegangan kaum semasa berucap di Forum Legasi Tunku Abdul Rahman di Kolej New Era, Kajang pada Isnin lalu.
 http://www.ismaweb.net/v4/2014/02/lim-kekufuran-adalah-ekstrim-sebenar/

~http://www.ismaweb.net/v4/2014/02/lim-kekufuran-adalah-ekstrim-sebenar/

No comments:

Post a Comment