Wednesday, February 26, 2014

APA YANG BANGSA MELAYU WAJIB TAHU?



1. Sayangkan bangsa itu bukan assobiyah. Sayangkan bangsa itu FITRAH!

Seorang Sahabat bertanyakan kepada Rasulullah saw, "apakah yang dimaksudkan dengan "Assobiyah itu ? Apakah kecintaannya seseorang terhadap bangsanya dikatakan assobiyah ?"

Rasulullah saw menjawab "Tidak! Yang dikatakan `assobiyah’ ialah apabila seseorang itu menolong kaumnya dalam melakukan kezaliman”.{riwayat Abu Daud. }

2. Melayu itu ialah bangsa PEDAGANG. Sejarahwan mengatakan bahawa Melayu antara bangsa di dunia yang mempunyai sixth sense dalam ilmu pelayaran selain daripada Phoenicia, Norseman dan Viking. Dalam erti kata lain, Melayu mempunyai ilmu pelayaran yang tinggi. Sebagai bukti, ambil kisah Magellan sebagai pendoman.

Bukan lelaki orang putih ini yang menjadi orang pertama berjaya mengelilingi bumi tetapi Palinglima Awang Hitam atau Enrique yang dilantik sebagai nahkoda kapal selepas kematian Magellan. Setiap orang Melayu yang lain, Panglima Hitam mewarisi ilmu pelayaran seperti mengetahui arah mata angin dan jalan laut yang betul banyak membantu Magellan memandu kapalnya sehingga berjaya mengelilingi dunia. Dan yang paling penting untuk orang Melayu tahu ialah Palinglima Awang Hitam itu ialah BANGSA MELAYU.

Tidak cukup dengan itu, tahukah anda bahawa orang Melayu kita pernah sampai ke Madagascar dan walaupun bangsa itu hanyalah minoriti di negara yang berdekatan dengan Benua Afrika itu, mereka merupakan rulling class di sana dengan panggilan Bangsa Malagasy, salah satu daripada rumpun Melayu pada hari ini.

3. Tamadun Bangsa Melayu tidak bermula di Melaka seperti mana yang didakwa oleh Buku Teks Sejarah Malaysia. Tamadun Bangsa Melayu kalau mengikut sejarah kontemporari dan telah dibuktikan mengatakan sekurang-kurangnya telah wujud pada abad pertama masihi lagi. Kerajaan Funan dan Champa sebagai contoh. Mahu pergi lebih dalam, sekiranya Teori Punt dapat dibuktikan (artikel mengenai Punt akan menyusul), maka sekurang-kuranya usia Tamadun Bangsa Melayu berusia lebih kurang 4000 Tahun! Sezaman dengan Tamadun Indus di Utara India.

4. Bangsa Melayu ialah jurutera yang hebat. Candi Borubudur dibina oleh Dinasti Sailendra, pernah dnobatkan salah satu daripada 7 Keajaban Zaman Purba. (Gambar di bawah)

Link gambar: https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/s720x720/525551_443690062327255_1381052386_n.jpg

Candi Mỹ Sơn di Vietnam sebenarnya dibina oleh orang Melayu Champa. (Gambar di bawah)

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/547291_443689975660597_809856847_n.jpg

Pakar-pakar perkapalan Eropah telah menemui kapal-kapal Melayu dengan teknik pembuatan kapal 'sewn-plank and lashed-lug' di mana teknik ini hanya digunakan oleh orang Melayu sahaja ketika era Sriwijaya.Pakar arkeologi maritim, Pierre-Yves Manguin merasa amat terkejut ketika era Sriwijaya, pembina kapal Nusantara telah mencipta teknik pembuatan kapal yang amat maju, jauh dibandingkan dengan contoh-contoh tongkang China sezaman dengannya. (Gambar di bawah)

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/s720x720/560146_443691445660450_274555865_n.jpg

5. Orang Melayu tewas menentang Portugis ketika era kejatuhan Melaka bukannya disebabkan teknologi orang Melayu itu ketinggalan zaman. Sesungguhnya, orang Melayu telah belajar mengenai senjata api ini sudah sekian lama daripada pedagang-pedagang sehingga mempunyai senjata sendiri seperti Meriam Sri Pattani serta Pemuras dan Karga. (Gambar di bawah)

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/542282_443688542327407_1577002322_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/292566_443688822327379_1964275455_n.jpg

Lihat catatan Portugis (dalam gambar). Mereka menggambarkan bahawa tentera Melaka mempunyai angakatn senjata api dan Meriam mereka sendiri. Saya difahamkan bahawa tewasnya orang Melayu kerana orang dalam yang membocorkan maklumat keselamatan Melaka serta tipu daya Portugis. (Gambar di bawah)

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/546405_443688472327414_1739603482_n.jpg

6. Hang Tuah Lima Bersaudara tetap bangsa Melayu dan selamanya Melayu. Mereka mendakwa bahawa legenda orang Melayu ini cina ialah mereka yang BUTA SEJARAH. Apakah hanya kerana nama Hang Li Po itu, maka kita sesenang itu membuat kesimpulan bahawa nama Hang itu ialah nama keluarga cina, dan nama Hang Tuah sebenarnya ialah mengikut lidah orang Melayu, dan nama cinanya ialah Hang Too Ah. Rakan-rakan semua, ketahuilah bahaw aitu ialah pendapat yang paling dangkal daripada orang yang dangkal pengetahuan.

Sebenarnya nama Hang ialah gelaran daripada Sultan Melayu di Melaka. Bukan Hang Tuah Lima bersaudara sahaja yang mendapat gelaran Hang tetapi Hang Mamat, Hang Ali, Hang Isap, Hang Iskandar? Hang Ali tu dipanggil Hang A.Lee ? Jangan terpenggaruh dengan taktik Chauvanist dan Kiasu yang cuba membunuh jati diri MELAYU.

7. Melayu itu terkenal dengan gelaran Bani Jawi daripada bangsa Arab yang berdagang ke Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu ini. Hal ini kerana mereka percaya bahawa orang Melayu ialah daripada keturunan isteri ketiga Nabi Ibrahim iaitu Siti Keturah/Qenturah. Hal ini sesuai dengan pendapat seorang sejarahwan Arab iaitu Ibnu Attir.

8. Bangsa Melayu mempunyai tulisan asli mereka sendiri. Palavi, Kawi dan Jawi hanya sebahagian daripada aksara orang Melayu namun aksara ini mempunyai penggaruh kuat daripada India dan Arab. Lain dengan Rencong yang dikatakan masih misteri lagi asal usulnya, sesungguh tulisan ini pernah digunakan oleh orang Melayu terutama dalam prasasti mereka.

(Gambar:https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/11778_443692228993705_1505748430_n.jpg)

9. Bangsa Melayu merupakan bangsa yang kaya dengan emas. Catatan Al-Masudi mengenai kekayaan emas Melayu. Catatan ini ialah mengenai Maharaja Empayar Melayu Srivijaya.

"...setiap pagi, kami diberitahu, perbendaharaan kerajaan dibawa, seketul jongkong emas dalam bentuk batu-bata, ke hadapan maharaja yang mana untuk dilontarkan ke sebuah tasik berdekatan istana. Ketika maharaja masih hidup, tiada siapa yang berani mengusik jongkong-jongkong emas di dalam tasik itu. Apabila maharaja mangkat, penggantinya memerintahkan semua jongkong emas di dalam tasik dikeluarkan. Selepas dikeluarkan, emas-emas tadi dikira dan ditimbang, kemudiannya dibahagi-bahagikan di antara kaum kerabat diraja,para jeneral tentera,para hamba dan orang miskin. Bilangan jongkong emas dan beratnya dicatit ke dalam rekod istana dan prestij seseorang raja ditentukan berdasarkan jumlah jongkong emas yang mereka tinggalkan."

10. Empayar Melayu Sriwijaya ialah kerajaan yang paling kuat yang pernah dibina oleh orang Melayu setakat ini yang diketahui dan dibuktikan dalam sejarah. Sebagai contoh, Sriwijaya telah berjaya menyatukan seluruh alam melayu ini daripada Madagascar hingga ke selatan Taiwan berdasarkan catatan Nehru (1963) yang merupakan seorang sejarahwan India.

(Gambar: https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/379208_443694802326781_180753595_n.jpg)

11. Perkara 160 (2) dalam Perlembagaan mentakrifkan Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap dalam bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu.

The Patriots
 

No comments:

Post a Comment