Friday, January 9, 2015

Paris attacks, Sheikh. Waleed Abdulhakeem explain,,,




Now here we go again! In regards to the Paris attacks, while I did not anticipate that the next incident will happen in France, the laws of probability dictate that every few months, based on the size of our world and the oppression that exists, an attack is bound to happen somewhere on this planet, and this same terrible cycle will keep repeating itself (make sure to read number 10):
1- Some fanatics somewhere will kill civilians in the name of a religion, ideology, or just out of pure anger.
2- The international media will either call it "an isolated incident by a lunatic fanatic" or a "terrorist attack" depending on who did it.
3- In the first case (anyone other than Muslims), the media will mention it either briefly or largely, depending on the size of the incident and the juicy details, but people will mourn for a few days then move on shortly after.
4- In the second case where the attackers happen to be Muslims (regardless of their belief being the cause), the news will make it to every front page and the highlight of the breaking news segment.
5- Muslim religious leaders (including myself) will come out in large to condemn the attacks, but since their access to mainstream media is limited, their voices will not reach too far (Leaders of other religions however, rarely apologize, even when the attackers quote their religion, because people don't generalize about others).
6- People in large will be outraged against Muslims, and will split between those who are just and won't generalize, and those who have been conditioned by society to spread hate and overgeneralize, or are simply confused by false information.
7- A backlash will happen in which Muslim looking people (or anyone with "their" skin colour, as if they have one!) will be attacked in the streets and near the Mosques. Right wing extremists will take every chance to pass their agenda and spread even more hate. That hate, will breed more hate among some Muslims who will feel more oppressed and targeted.
8- Laws will be passed to make life more difficult for peaceful practicing Muslims (and everyone else de facto), both in Western countries and even in some Muslim majority countries. Those laws will include more surveillance powers for those who are hungry for power and have an agenda, slowly justifying more mass spying and mass discrimination.
9- After a few months, somewhere in this huge world, another uncontrolled and unpreventable incident will happen somewhere else, and the whole cycle of hate will repeat, but the intensity of the cycle will gradually increase, because as long as oppression and hate exists, violence (justified or not) will co-exist too!
10- Number 10, and this is the most dangerous of all, is that at some point, the outrage will reach a critical point, where people who have been feed hate by the media will feel that enough is enough and will start to act irrationally and violently on a wide scale, calling for mass harm against Muslims. History shows us that this has happened many times before to many ethnicities, and not so long ago!
Therefore, the question for all Muslim leaders and people of justice is: how do we plan to break this vicious cycle before it reaches the dangerous critical point? It's time to hold the wheel of a sinking ship and steer it in the right direction to prevent the storm from flipping the entire ship. And for that to happen, we all need to put our hands together, and draft and implement systematic and well researched long term solutions beyond just the typical, usual, and automatic condemnation!
If we want humanity to learn that Islam is the religion of mercy (out of honour and respect, not out of apologies and weakness like we say it today), then we need to move beyond words and into action. Humanity needs to see it, not hear it. Lets move beyond slogans. At the same time, hate from the other side has to stop too, and the media needs to grow up and be more responsible.
While nothing justifies any violence on civilians, if you keep referring to attacks on Muslims as "freedom of speech", and attacks on all other religions and races as "hate speech", then this duality and double standards will increase the hate, and hate breeds hate. We will do our part to educate people and stop (or at least minimize) the hate and violence, but in order for us to succeed, you need to help us and do your part to stop the seeds of hate by being more consistent and balanced in your loose definition about freedom of speech. Otherwise, we all loose. Peace!


_ Sheikh. Waleed Abdulhakeem

NABI S.A.W. TAK TAHU APA YANG DILAKUKAN OLEH UMATNYA SETELAH KEWAFATAN BAGINDA







عَنْ سَهْل يَقُولُ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ " أَنَا فَرَطُكُمْ، عَلَى الْحَوْضِ مَنْ وَرَدَ شَرِبَ وَمَنْ شَرِبَ لَمْ يَظْمَأْ أَبَدًا
Sahl (bin Sa'd) berkata, "Aku telah mendengar Nabi s.a.w. bersabda, 'Aku akan mendahului kalian menuju ke Kolam (al-Kautsar). Sesiapa yang tiba (ke kolam itu), dia akan meminum (air darinya). & sesiapa yang meminum (air dari kolam itu), dia tak akan dahaga selama-lamanya.
وَلَيَرِدَنَّ عَلَىَّ أَقْوَامٌ أَعْرِفُهُمْ وَيَعْرِفُونِي ثُمَّ يُحَالُ بَيْنِي وَبَيْنَهُمْ
& akan datang kepadaku beberapa kaum yang aku kenal mereka & mereka juga mengenaliku. Kemudian, akan dihadang antara aku dengan mereka.'
فَيَقُولُ إِنَّهُمْ مِنِّي
Kemudian, baginda akan bersabda, 'Sesungguhnya, mereka adalah dari kalangan (umat)ku.'
فَيُقَالُ إِنَّكَ لاَ تَدْرِي مَا عَمِلُوا بَعْدَكَ
Lalu, akan dikatakan kepada baginda, 'Sesungguhnya ENGKAU TAK TAHU APA YANG TELAH MEREKA LAKUKAN SELEPAS (KEWAFATAN)MU.'
فَيَقُولُ سُحْقًا! سُحْقًا لِمَنْ بَدَّلَ بَعْدِي!
Maka, baginda pun akan bersabda, 'Berambus! Berambus sesiapa yang menukar (agamanya) selepas (kewafatan)ku!'"
[Sahih Muslim (43/31)]
@ http://sunnah.com/muslim/43/31
PENJELASAN:
1) Di dalam hadits lain, Nabi s.a.w. menjelaskan bahawa kolam tersebut bernama al-Kautsar & AIRNYA BOLEH DIMINUM OLEH SEMUA UMATNYA YANG BERAGAMA ISLAM, sebagaimana yang diriwayatkan di dalam hadits berikut:
عَنْ أَنَسٍ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَتَدْرُونَ مَا الْكَوْثَرُ ؟ فَقُلْنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ
Dari Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Adakah kalian tahu apakah al-Kautsar?" Lalu, kami menjawab, "Allah & Rasul-Nya lebih mengetahui."
قَالَ فَإِنَّهُ نَهْرٌ وَعَدَنِيهِ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ هُوَ حَوْضٌ تَرِدُ عَلَيْهِ أُمَّتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ آنِيَتُهُ عَدَدُ النُّجُومِ
Baginda pun menjawab, "Demi sesungguhnya, ia adalah sebuah sungai yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepadaku. Ia mempunyai kebaikan yang banyak. Ia adalah sebuah kolam (besar) yang akan didatangi oleh umatku pada Hari Qiyamat. Bejana-bejana (bekas-bekas air) yang ada di sekelilingnya sebanyak bintang-bintang."
[Sahih Muslim (4/56)]
@ http://sunnah.com/muslim/4/56
2) NABI S.A.W. MENGENALI UMATNYA kerana terdapat cahaya pada anggota wudhu' mereka, sebagaimana sabda baginda:
إِنَّ أُمَّتِيْ يُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ غُرًّا مُحَجَّلِيْنَ مِنْ آثَارِ الْوُضُوْءِ
“Sesungguhnya, ummatku akan diseru pada Hari Qiyamat sebagai Ghurran Muhajjalin (yang bercahaya anggotanya) kerana kesan dari wudhu’nya”
[Sahih al-Bukhari (136)]
@ http://sunnah.com/bukhari/4/2
3) Di dalam hadits lain riwayat Ummu Salamah r.a.ha, Nabi s.a.w. menjelaskan bahawa golongan ini DIHALANG dari mendatangi al-Kautsar KERANA mereka MELAKUKAN BID'AH semasa hayat mereka dahulu, sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadits berikut:
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهَا قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي لَكُمْ فَرَطٌ عَلَى الْحَوْضِ
Dari Ummu Salamah, isteri Nabi s.a.w. bahawa beliau berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku akan pergi ke Kolam (al-Kautsar) sebelum kalian."
فَإِيَّاىَ لاَ يَأْتِيَنَّ أَحَدُكُمْ فَيُذَبُّ عَنِّي كَمَا يُذَبُّ الْبَعِيرُ الضَّالُّ
Oleh itu, berwaspadalah, jangan sampai ada salah seorang dari kalian yang akan diheret dariku, sebagaimana diheretnya unta yang sesat.
فَأَقُولُ فِيمَ هَذَا
Kemudian, aku akan bertanya, 'Kenapa ni?'
فَيُقَالُ إِنَّكَ لاَ تَدْرِي مَا أَحْدَثُوا بَعْدَكَ
Lalu, akan dikatakan kepadaku, 'Sesungguhnya engkau tak tahu apa yang telah mereka CIPTAKAN (BID'AH) selepas (kewafatan)mu.'
فَأَقُولُ سُحْقًا!
Maka, aku pun berkata, 'Berambus!'"
[Sahih Muslim (43/35)
@ http://sunnah.com/muslim/43/35
4) Hadits ini juga menjadi petunjuk bahawa ADA BID'AH YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA MURTAD kerana jika mereka masih Islam, mereka tidak akan dihalang dari mendatangi al-Kautsar.
5) Hadits ini juga menjadi petunjuk bahawa NABI S.A.W. TIDAK MENGETAHUI APA YANG DILAKUKAN OLEH UMATNYA selepas kewafatan baginda.
Wallahu a'lam.

Pelepah Kurma: Dalil amalan membaca al-Qur'an di kuburan?


Pelepah Kurma: Dalil amalan membaca al-Qur'an di kuburan?
Hujah # 1:
“Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah telah mendengar suara dua orang manusia yang sedang diazab di dalam kubur. Kemudian baginda meminta sebatang pelepah tamar lalu ia dibelah dua dan diletakkan ke atas setiap kubur itu. Akhirnya baginda berkata: “Moga-moga kedua-duanya diringankan azab oleh Allah, selagi kedua-dua pelepah tamar tersebut tidak kering.” Berdasarkan hadis ini, para ulamak menyatakan bahawa al-Qur’an yang dibacakan di sisi kuburan akan memberi manfaat kepada penghuninya.”
Jawapan:
Hadis di atas adalah sahih, diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, no. 216. Akan tetapi, tidak benar menjadikannya sebagai dalil untuk menganjurkan amalan membaca al-Qur’an di kuburan. Ini kerana:
1. Para ulamak menjelaskan bahawa peristiwa tersebut hanyalah bertujuan untuk menzahirkan kemukjizatan yang dikurniakan oleh Allah kepada baginda. Ini bererti kebolehan untuk meletakkan pohon tamar di atas kuburan bagi mengurangkan azab ke atas penghuninya hanyalah merupakan kekhususan untuk baginda sahaja dan bukan untuk selainnya.
2. Jika dikaji seluruh sirah perjalanan hidup Rasulullah, maka akan didapati bahawa perbuatan tersebut dilakukan oleh baginda hanyalah sekali sahaja. Seandainya ia merupakan amalan yang disyariatkan di sisi agama, pastilah baginda akan melakukan hal yang sama ke atas lain-lain kuburan yang wujud pada zaman baginda.
3. Tidak ada seorang pun dalam kalangan sahabat yang meletakkan pelepah tamar di atas kuburan selepas berlakunya peristiwa tersebut. Padahal tidak tersembunyi lagi dari pengetahuan setiap orang Islam mengenai sikap para sahabat yang amat rakus dalam mengikuti jejak langkah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
4. Demikian juga, tidak ada seorang pun dalam kalangan para sahabat yang memahami bahawa tindakan baginda tersebut merupakan dalil kepada anjuran untuk membaca dan menghadiahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada penghuni kuburan. Amatlah mustahil untuk dianggap mereka cuai dan jahil mengenai manfaat hadis ini dan umat akhir zaman lebih memahami manfaatnya berbanding mereka.
5. Tujuan Rasulullah meletakkan pelepah kurma di atas kuburan tersebut adalah kerana hendak mengurangkan azab yang sedang dialami oleh penghuninya. Pengetahuan mengenai berlakunya azab ini diperolehi oleh baginda melalui wahyu Allah Subahanahu wa Ta’ala. Adapun kita, tidaklah boleh mengetahui sama ada seseorang mayat itu sedang diazab atau sebaliknya kerana wahyu tidak diturunkan lagi setelah kewafatan baginda.
6. Berdasarkan poin di atas, maka dapat perhatikan bahawa seseorang yang membaca al-Qur’an di atas kuburan dengan niat mengurangkan azab penghuninya, dia sebenarnya sedang menaruh sangka buruk bahawa mayat di dalam kuburan tersebut sedang diazab oleh Allah.
7. Akhir sekali, jika ditinjau dari segi dalil aqliyyah (logik), alangkah baiknya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menggunakan pohon tamar atau lain-lain pohon yang lebih besar kerana ia lebih kuat dan bertahan lebih lama berbanding pelepah tamar. Maka azab si penghuni kuburan pun akan menjadi ringan untuk tempoh waktu yang lebih lama.
Wallahu a'lam.

~ Mohd Hairi Nonchi



  • Mohd Hairi Nonchi Norazrin Nordin: Bezakan dua perkara berikut:

    1) Mendoakan kebaikan ke atas penghuni kuburan (Ini sunnah dan dibolehkan)


    2) Berdoa (meminta) kepada penghuni kuburan agar dia mengabulkan hajat, memberi pertolongan dan keselamatan (Ini syirik akbar yang mengeluarkan seseorang daripada Islam. Seluruh pahala amalannya terbatal dan dia kekal di dalam neraka sekiranya tidak bertaubat sebelum ajal).

 __________________________



j adi..tawassul thru someone dead?permissible?


_Of course the answer is "not permissible," because "someone dead" is also a makhluq, isn't?

That's why no sahabah ever did it before. While a hadits narrated by the name of Bilal bin (not remeber), it's not a Sahih hadits. It's a ma'lul (defected) hadits.

Its major fault can be easily detected from its contradiction in matan (text of the hadits) with other authentic nusus.

While its hidden fault can only be detected by looking at its sanad (chain of narrations).

& in fact, the first nation who ever take "dead scholars" as a way to make a du'a before Allah is the nation of Nuh a.s.

Please refer Tafsir ath-Thabari or Tafsir Ibn Katsir on surah Nuh, verse 23 for further detail.

Wallahu a'lam.

 



  TAN KAM BENG-Jelaskan "Tawassul"?
وقوله: ( وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى )


FIRMANNYA: "Orang-orang yang mengambil wali-wali (pelindung-pelindung) selain Dirinya (Allah), (mereka berkata,) 'Kami TIDAK MENYEMBAH mereka (wali-wali itu) kecuali supaya mereka dapat mendekatkan kami kepada Allah sedekat-dekatnya." [az-Zumar (39):3]

Dalam menjelaskan ayat ini, al-Imam ath-Thabari berkata di dalam Tafsirnya:

يقول تعالى ذكره: والذين اتخذوا من دون الله أولياء يَتَوَلَّوْنَهُم, ويعبدونهم من دون الله, يقولون لهم:

"Ertinya, Allah Ta'ala mengingatkan bahawa orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah (dengan) meminta perlindungan (dari) mereka & menyembah mereka, mereka berkata kepada mereka (wali-wali itu):

ما نعبدكم أيها الآلهة إلا لتقربونا إلى الله زُلْفَى, قربة ومنـزلة, وتشفعوا لنا عنده في حاجاتنا

'KAMI TIDAK MENYEMBAH KALIAN wahai sekalian sembahan melainkan SUPAYA KALIAN DAPAT MENDEKATKAN DIRI KAMI KEPADA ALLAH SEHAMPIR-HAMPIRNYA (iaitu dengan menjadi) penghampir & perantara, & (supaya) kalian meminta syafa'at (pertolongan) bagi pihak kami di sisi-Nya (Allah) dengan (menyampaikan) hajat-hajat kami'."

[Tafsir ath-Thabari, Surah az-Zumar, ayat ke-3]

Di dalam Tafsir al-Qurthubi pula, al-Imam al-Qurthubi meriwayatkan dari Qatadah:

قال قتادة : كانوا إذا قيل لهم من ربكم وخالقكم ؟ ومن خلق السماوات والأرض وأنزل من السماء ماء ؟

Qatadah berkata, "Biasanya, apabila ditanya kepada mereka, 'Siapakah Tuhan kalian & Pencipta kalian? & siapakah yang mencipta langit-langit & bumi & menurunkan hujan dari langit?'

قالوا : الله ،

Mereka menjawab, 'Allah.'

فيقال لهم : ما معنى عبادتكم الأصنام ؟

Kemudian, (apabila) ditanya kepada mereka, 'Apakah makna (tujuan) bagi 'ibadah kalian terhadap berhala-berhala itu?'

قالوا : ليقربونا إلى الله زلفى ، ويشفعوا لنا عنده

Mereka akan menjawab, 'Supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya & meminta syafa'at bagi pihak kami di sisi-Nya (Allah)'."

[Tafsir al-Qurthubi, Surah az-Zumar, ayat ke-3]

Di dalam Tafsir al-Quran al-'Azim pula, al-Imam Ibnu Katsir menjelaskan bahawa berhala-berhala yang ada di sekitar Kota Makkah pada Zaman Jahiliah dinisbahkan oleh Kaum Musyrikin sebagai para malaikat.

Dengan kata lain, Kaum Musyrikin beri'tiqad bahawa apabila berdoa kepada para malaikat, malaikat-malaikat inilah yang kemudiannya akan membawa doa-doa mereka kepada Allah s.w.t.

Maka, perhatikanlah wahai Kaum Muslimin, betapa Kaum Musyrikin juga mendakwa bahawa mereka hanya menyambah Allah.

Tetapi, Allah telah menganggap mereka sebagai Musyrikun (orang-orang yang mensyirikkan Allah) apabila mereka menyeru nama makhluq & berdoa kepadanya dengan harapan supaya makhluq tersebut berdoa pula kepada Allah bagi pihak mereka.

Bukankah ini juga maksud "TAWASSUL" yang difahami oleh Kaum Syi'ah & Sufi? Iaitu menjadikan makhluq sebagai perantara untuk membawa doa mereka kepada Allah, sedang di hati mereka masih beriman hanya Allah saja yang dapat menunaikan hajat?

Ya akhi, itulah hakikat syirik, itulah hakikat MENYEMBAH & BER'IBADAH kepada selain Allah, & bukan begitu cara bertawassul yang diajar oleh Nabi s.a.w.

Tawassul yang diajar oleh baginda hanyalah:

1) meminta supaya orang soleh yang masih hidup supaya berdoa kepada Allah bagi pihak kita (hadits 'Uwais al-Qarni)

2) meminta kepada Allah supaya perkenankan hajat-hajat kita kerana kita pernah melakukan amal soleh tertentu (hadits 3 orang soleh terperangkap di dalam gua)

3) meminta kepada Allah dengan menyebut Asma'ul Husna (Surah al-A'raf, ayat ke-180)

Wallahu a'lam.(
Husnul Fikri Ahmad)

Wednesday, January 7, 2015

BINGKISAN BUAT MEREKA YANG MASIH PUNYA HATI NURANI DALAM MENCARI ISLAM SEBENAR



Fikirkan hubungan ini:
JAKIM <--- Nizam Qubrusi ---> Habib Syech ---> Malam Cinta Rasul
Penjelasan:
Golongan Ustaz Selendang Hijau seperti Habib Syech dan teman-temannya yang banyak mengisi slot agama dalam TV, adalah orang yang mengambil ilmu dari urid utama Hisyam Kabbani, mkepada Nizam Qubrusi.
Para Habaib ini menganggap Hisyam Kabbani sebagai ulama Rabbani, guru mursyid, alim terulung, pemegang aqidah shahihah.
Maka mereka bersama-sama duduk dalam majlis Ilmu dan mendengar syarahan Hisyam dan mengambil setiap butir ajarannya.
Lihat pada program Malam Mega Maulid 2013 Dambaan Cinta Rasul anjuran di Stadium Shah Alam Selangor pada Sabtu 1 Jun 2013, bagaimana para ustaz Selendang Hijau menyanjung tinggi Hisyam Kabbani.
Namun peliknya adalah JAKIM telah memfatwakan bahawa Aliran Naqshabandiyah Haqqani ini SESAT dan Terkeluar Dari AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH.
Lihat fatwa JAKIM:
KEPUTUSAN FATWA MUZAKARAH JAW. MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL ISLAM 3 APRIL 2000
http://www.e-fatwa.gov.my/jakim
Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani
a)Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.
b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar
Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48
Tarikh Keputusan : 3 April 2000Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000.
Semua ini buat kita berfikir:
(1) Jika Nizam Qubrusi dan Hisyam Kabbani sesat, lalu mereka yang sesat ini dipuja dan dijadikan ulama serta diambil ajarannya oleh para ustaz selendang Hijau, maka bukankah bermakna para ustaz selendang Hijau itu pun memiliki pemikiran sesat?
(2) Bagaimana mungkin Hisyam Kabbani yang sesat tetapi para muridnya dari ustaz Selendang Hijau tidak sesat malah dianggap sebagai pejuang Ahlul Sunnah dan pencinta Nabi?
(3) Atau mungkin lah JAKIM yang "sesat" sebab memfatwakan "kesesatan Nizam Qubrusi" padahal Nizam adalah ulama Asyaariyah yang ulung?
Jadi segala "kesesatan" Nizam adalah kebenaran pada pandangan Ustaz Selendang Hijau?

Kesimpulan:
Inilah gambaran ajaran Islam pada zaman ini dimana agama Islam dikuasai oleh mazhab Asyaariyah yang hanya dicipta sekitar kurun ke 4, yang dipiawaikan oleh Al Baqillani.
Islam di bawah penguasaan mereka menjadikan ia sebagai "bahan lawak jenaka", dan caca-merba.
Islam telah terkontaminasi (tercemar) dengan pelbagai ajaran "tokok-tambah" dari para ustaz dan ustazah Asyaariyah.
Lalu kita sebagai orang awam pun menganggap Islam yang tercemar ini sebagai Islam yang tulen. Bertambah kita yakin apabila kesemua ustaz dan ustazah yang kita jumpa dan belajar, turut mendokong dan memperjuangkan "Islam yang tulen" tersebut.
Padahal kita tidak sedar bahawa kesemua ustaz dan ustazah itu adalah satu golongan yang serupa, iaitu penganut Mazhab Asyaariyah.

Mazhab Asyaariyah dapat dikenal dengan beberapa ciri:
- menggunakan ilmu kalam dalam disiplin Tauhid. Maknanya mereka menjadikan rasio dan penalaran logik dalam membahas tentang Alam Ghaib dan Sifat Tuhan.
- mengajarkan sifat 20. Sifat 20 ini adalah sebuah ajaran yang membingungkan umat Islam. Tanyakan kepada masyarakat Islam di Malaysia, apakah mereka faham tentang perbahasan sifat 20?
- sering menganggap sesuatu hal baharu sebagai Bid'ah Hasanah. Sehingga dengan demikian, mustahil akan wujud Bid'ah Dhalalah (bid'ah yang sesat) sebab semuanya sudah dianggap Hasanah (baik).
Tandaan:
Hampir 90% para ustaz dan ustazah di Malaysia adalah penganut Mazhab Asyaariyah.
Maknanya yang mengajar di pusat pendidikan, yang menjadi imam di masjid dan surau, yang keluar TV dan Radio dalam memberi ceramah; hampir semuanya adalah Asyaariyah.

Like · ·

Nabi SAW yang melarang memuji baginda berlebih-lebihan



 Nak Selawat kpd Nabi pun salah ke? Kecoh betul la korang ni...... Org buat konsert smpi nampak pusat tu korang X bising pulak?


SOALAN:
Assalamualaikum saya ingin bertanya kepada ustaz apakah maksud hadis nabi tentang kita dilarang untuk memuji baginda berlebihan seperti orang Nasrani berlebihan dalm memuji nabi isa as. Bolehkah ustaz jelaskan pada saya dengan lebih lanjut tentang hadis ini. Terima kasih
JAWAPAN:
Sememangnya terdapat hadis Nabi SAW yang melarang memuji baginda berlebih-lebihan. Antaranya yang masyhur ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari RH di dalam Sahihnya, daripada Ibn ‘Abbas yang berkata beliau pernah mendengar ‘Umar RA berkata di atas mimbar: Saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda:
لَا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ
Mafhumnya: “Jangan kamu semua berlebih-lebihan memujiku, seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasara (Kristian) terhadap Ibn Maryam (Nabi ‘Isa AS), sebaliknya saya hanyalah hambaNya. Maka kamu sebutlah (kepada Saya) Hamba Allah dan RasulNya.”
Perkataanتُطْرُوْنِيْ adalahالإِطْرَاءُ bermaksud berlebihan dalam memuji sehingga sampai ke tahap tidak sepatutnya. Orang Arab apabila berkata فلان أَطْرَى فلانا iaitulah seseorang memuji seseorang yang lain dalam bentuk melampau dan berlebihan dari sepatut yang diterimanya. Oleh yang demikian Nabi SAW melarang umatnya memuji baginda dalam bentuk berlebihan melampaui dari batas yang diizinkan oleh Allah SWT untuk baginda. Termasuk dalam berlebihan memuji Nabi SAW adalah berlebihan meletakkan baginda di tempat yang tidak selayakkan seperti menganggap baginda mengetahui perkara ghaib, baginda memperkenankan doa, menghilangkan kesusahan, menolong orang yang meminta pertolongan, mengetahui perkara yang diketahui oleh Allah, dapat memasukkan sesiapa sahaja ke dalam syurga atau neraka dan seumpamanya.
Sebaliknya umat Islam disuruh untuk berinteraksi dengan Nabi SAW dalam ruang baginda sebagai HAMBA dan UTUSAN Allah SWT. Oleh yang demikian sesiapa yang mengasihi dan mencintai Nabi Muhammad SAW, maka hendaklah dia meletakkan baginda pada kedudukan utusan Allah (rasulullah) dengan mengikut dan berpegang teguh dengan Sunnah baginda SAW. Allah SWT berfirman:
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ
Mafhumnya: “Katakanlah sekiranya kamu mencintai Allah, maka hendaklah kamu semua mengikutiku (Nabi Muhammad SAW).” (Ali ‘Imran: 31). Dalam masa yang sama menjauhi dari melampau-lampau atau berlebihan dalam memuji baginda kerana baginda adalah seorang Hamba kepada Allah SWT. Tidak boleh meletakkan baginda ditempat yang tidak dibenarkan seperti beranggapan baginda merupakan sebab diciptakan alam semesta, kononnya Nur baginda merupakan asal-usul penciptaan kesemua makhluk termasuk Nabi Adam AS, para Malaikat dan alam keseluruhannya. Semua ini termasuk di dalam الإِطْرَاءُ iaitu berlebih dan melampau-lampau dalam memuji dan memuliakan Nabi Muhammad SAW yang dilarang oleh Nabi SAW sendiri.
Wallahu a’lam

~ Abu Hanim Mohd Riza

 

7 KEMUNGKARAN SEBAHAGIAN MAJLIS QASIDAH


Soalan

Tujuan kami berqasidah adalah untuk memohon syafaat atau pertolongan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dari bermacam malapetaka yang menimpa manusia, baik di dunia mahupun yang bakal berlaku di akhirat kelak. Adakah perbuatan kami ini bercanggah dengan ajaran Islam?”

Jawapan

Betul, perbuatan kamu adalah bercanggah dengan ajaran Islam jika ditinjau daripada beberapa sisi. Antaranya:

PERTAMA

Bercanggah dengan Sunnah Rasulullah. Terdapat banyak cara yang diajarkan oleh Rasulullah untuk kita umat Islam mendapatkan syafaatnya pada hari kiamat. Salah satu daripadanya ialah dengan memperbanyakkan selawat ke atas baginda. Imam ath-Thabrani meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda :

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ حِيْنَ يُصْبِحُ عَشْرًا، وَحِيْنَ يُمْسِيَ عَشْرًا، أَدْرَكَتْهُ شَفَاعَتِيْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

Sesiapa yang berselawat kepadaku pada pagi hari sepuluh kali dan ketika petang sepuluh kali, dia akan mendapat syafaatku pada Hari Kiamat.

Adapun memohon syafaat baginda melalui qasidah, ia bukanlah ajaran Allah dan Rasul-Nya, bukan juga ajaran para Sahabat radhiallahu ‘anhum dan para Imam ridhwanullah ‘alaihim ajma’in terkemuka umat ini.

KEDUA

Menggubal syariat Islam. Sebagaimana yang telah ditegaskan di atas bahawa qasidah bukanlah selawat yang disyariatkan di sisi ajaran Islam. Ia hanyalah bait-bair syair yang direkacipta oleh manusia berdasarkan akal dan perasaan mereka lalu mendakwanya sebagai selawat. Dakwaan mereka ini jelas satu pembohongan atas nama agama dan merupakan perombakan ke atas syariat Allah dan Rasul-Nya.

KETIGA

Berbaur syirik. Terdapat sebahagian lirik-lirik qasidah pada masa kini yang dilihat berunsur mempersekutukan Allah dengan selain-Nya. Antaranya ialah meminta pertolongan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, padahal baginda telah pun wafat. Ini jelas menyalahi ajaran Islam yang memerintahkan umatnya agar berdoa dan memohon pertolongan secara terus kepada Allah, bukannya kepada makhluk yang sudah meninggal dunia. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

إِذَا سَأَلْتَ فَسْأَلِ اللهَ وَإِذَا سْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ.

Apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan apabila engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan Allah. [Hadis riwayat at-Tirmidzi dalam Sunan at-Tirmidzi, no. 2516]

Larangan memohon pertolongan kepada selain Allah yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada perkara yang berada di luar kemampuan manusia. Ini seperti permohonan agar dimurahkan rezeki, diselamatkan daripada azab kubur dan neraka, dipanjangkan usia, ditunaikan segala hajat dan sebagainya.

KEEMPAT

Memiliki unsur-unsur khurafat, antaranya keyakinan hadirnya roh Nabi ke dalam majlis qasidah. Keyakinan mereka inibercanggah dengan sekian banyak ayat al-Qur’an atau hadis Nabi yang mengesahkan kewafatan baginda dan baginda hanya dibangkitkan pada Hari Kiamat kelak. Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَوَّلُ مَنْ يَنْشَقُّ عَنْهُ الْقَبْرُ.

Akulah penghulu anak Adam kelak pada Hari Kiamat. Akulah orang yang pertama kali kuburnya terbelah (untuk dibangkitkan).

Berdasarkan ini, tidak mungkin lagi baginda hadir ke dunia, lebih-lebih lagi ke dalam majlis yang tidak disyariatkan oleh Allah seumpama majlis-majlis qasidah.

KELIMA

Melakukan amalan yang dibenci oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Atas keyakinan roh Nabi hadir ke dalam majlis qasidah, kita dapati para penggemar majlis qasidah ini akan berdiri beramai-ramai sebagai tanda penghormatan mereka terhadap baginda shallallahu ‘alaihi wasallam. Ini jelas bersalahan dengan hadis dan atsar berikut:

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَمْثُلَ لَهُ عِبَادُ اللهِ قِيَامًا، فَلْيَتَبَوَّأْ بَيْتًا مِنَ النَّارِ

Sesiapa yang (merasa) senang dihormati dan diagungkan oleh hamba-hamba Allah dengan berdiri, maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya di neraka. [Hadis riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad, no. 977 dan Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, no. 5229]

Imam Ahmad dan Imam at-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Anas bin Malik radhiallahu’anhu berkata:

لَمْ يَكُنْ شَخْصٌ أَحَبَّ إِلَيْهِمْ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَكَانُوْا إِذَا رَأَوْهُ لَمْ يَقُوْمُوْا لِمَا يَعْلَمُوْنَ مِنْ كَرَاهِيَتِهِ لِذَلِكَ.

Tidak ada seorang pun yang lebih mereka (para sahabat) cintai daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, tetapi jika mereka melihat baginda, mereka tidak berdiri (untuk menghormati baginda) kerana mereka tahu, baginda membenci hal yang demikian.

KEENAM

Menyerupai tatacara ibadah orang kafir. Memohon doa kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sambil diiringi dengan muzik merupakan tasyabbuh (penyerupaan) kepada tatacara ibadah orang kafir yang berdoa kepada Nabi Isa ‘alaihi wasallam secara bernyanyi-nyanyi sambil diiringi alunan muzik di gereja. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا، لَا تَشَبَّهُوا بِالْيَهُودِ وَلَا بِالنَّصَارَى.

Bukan dari golongan kami sesiapa sahaja yang menyerupai orang-orang selain kami. Janganlah kamu menyerupai orang-orang Yahudi dan tidak juga orang-orang Nasrani. [Hadis riwayat at-Tirmidzi dalam Shahih Sunan at-Tirmidzi, no. 2965]

KETUJUH

Bercanggah dengan amalan para Salaf. Berselawat dengan cara berqasidah adalah bercanggah dengan amalan para Salaf, khususnya generasi para Sahabat yang mendapat pengiktirafan oleh Rasulullah sebagai sebaik-baik generasi. Mereka ialah barisan manusia yang paling mencintai baginda shallallahu ‘alaihi wasallam. Disebabkan kecintaan yang mendalam terhadap Rasulullah, mereka sanggup mengorbankan harta dan seluruh jiwa dan raga mereka.

Namun sehingga kini tidak ditemui satu jua dalil yang sahih bahkan yang maudhu’ (palsu) bahawa mereka melakukan qasidah dengan diiringi muzik serta menganggapnya sebagai selawat untuk menunjukkan rasa cinta mereka kepada baginda.


~ Mohd Hairi Nonchi

Tuesday, January 6, 2015

SOLAT ISTISQA’ (SOLAT MEMOHON HUJAN)


[ADMIN]
Tuan Guru DrZMAB ada menyatakan kehairanan kerana ada masjid yang mengadakan solat hajat bagi memohon hujan. Sedangkan Rasulullah SAW telah menunjukkan kaedah yang terbaik iaitu solat Istisqa'. Berikut ialah tatacara solat Istisqa' sebagaimana yang diterjemahkan oleh guru kita, Tuan Guru
Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri daripada kitab Fiqh al-Manhaji.

SOLAT ISTISQA’ (SOLAT MEMOHON HUJAN)
Pengertiannya
Solat Istisqa’ ialah solat yang disyariatkan apabila berlaku kemarau. Ia sunat dilakukan apabila ada sebab tersebut, dan tidak sunat lagi apabila hujan turun atau mata air mengalir kerana sebab-sebabnya telah luput.
Cara Solat Istisqa’
Istisqa’ dilakukan dengan dengan tiga cara, iaitu:
Pertama: Sekurang-kurangnya dengan berdoa pada bila-bila masa yang dikehendaki.
Kedua: Cara yang sederhana ialah berdoa selepas ruku’ pada rakaat yang akhir solat fardhu dan selepas bersolat.
Ketiga: Cara yang paling sempurna ialah melakukannya seperti berikut:

i. Imam atau penolongnya hendaklah meminta orang ramai bersama-sama melakukan perkara-perkara berikut:
• Bertaubat dengan sebenar-benarnya.
• Bersedekah kepada fakir miskin, meninggalkan kezaliman dan mendamaikan persengketaan.
• Berpuasa selama empat hari berturut-turut.
Perkara tersebut sunat dilakukan kerana ia memberi kesan kepada termakbulnya doa sebagaimana yang thabit dalam beberapa hadith yang sahih.

ii. Pada puasa hari keempat, imam bersama-sama orang ramai keluar ke kawasan lapang, berpakaian biasa, merendah diri dan bersopan santun. Kemudian mereka melakukan solat sebanyak dua rakaat sama seperti solat sunat hari raya.
Hal ini berdasarkan hadith, daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya:
خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَاضِعًا مُتَبَذِّلاً مُتَخَشِّعًا مُتَرَسِّلاً خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَاضِعًا مُتَبَذِّلاً مُتَخَشِّعًا مُتَرَسِّلاً مُتَضَرِّعًا فصلى رَكعَتَينِ في العَيدِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW keluar dengan tawadhu’, berpakaian biasa, khusyu’, berlemah-lembut dan merendah diri. Kemudian Baginda bersolat dua rakaat sebagaimana Baginda bersolat pada hari raya.”
Riwayat Ibn Majah (1266)

iii. Apabila selesai bersolat, imam berkhutbah sebagaimana khutbah hari raya. Akan tetapi, apabila dia memulakannya dengan beristighfar sebanyak sembilan kali pada khutbah yang pertama dan sebanyak tujuh kali pada khutbah yang kedua sebagai ganti pada solat hari raya.
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: Sehingga Aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya adalah ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu.
(Surah Nuh: 10-11)
Setelah berlalu sepertiga khutbah yang kedua, khatib hendaklah berpaling menghadap kiblat dan membelakangi para jemaah.
Seterusnya, dia mengubah kedudukan selendangnya yang bahagian atas ke bawah dan yang bahagian bawah ke atas, diikuti bahagian kanan diubah ke kiri dan bahagian kiri diubah ke kanan. Semua ini dilakukan untuk menzahirkan rasa rendah diri yang teramat sangat kepada Allah SWT. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA, katanya:
خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا يَسْتَسْقِى فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ بِلاَ أَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ ثُمَّ خَطَبَنَا وَدَعَا اللَّهَ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ نَحْوَ الْقِبْلَةِ رَافِعًا يَدَيْهِ ثُمَّ قَلَبَ رِدَاءَهُ فَجَعَلَ الأَيْمَنَ عَلَى الأَيْسَرِ وَالأَيْسَرَ عَلَى الأَيْمَنِ
Maksudnya: “Pada suatu hari Rasulullah SAW keluar untuk melakukan solat Istisqa’. Kemudian Baginda bersolat bersama-sama kami sebanyak dua rakaat tanpa azan dan iqamah. Seterusnya Baginda berkhutbah dan berdoa kepada Allah sambil memalingkan mukanya ke kiblat dan mengangkat kedua-dua belah tangan tangannya. Kemudian Baginda membalikkan selendangnya yang kanan ke kiri dan yang kiri ke kanan.”
Riwayat Ibn Majah (1268)
Orang ramai juga sunat membalikkan selendang mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW.
Dalam hal ini sunat bagi khatib membanyakkan istighfar, berdoa, bertaubat, merendah diri dan bertawassul dengan orang yang soleh dan yang bertakwa.
Hal ini berdasarkan hadith, daripada Anas RA apabila berlaku kemarau, Umar bin al-Khattab RA memohon hujan dengan perantaraan Abbas bin Abdul Muttalib dengan berkata:
اللَّهُمَّ إِنَّا كُنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّنَا فَتَسْقِينَا وَإِنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِعَمِّ نَبِيِّنَا فَاسْقِنَا. قَالَ فَيُسْقَوْنَ
Maksudnya: “Ya Allah! Dahulu kami bertawassul kepada-Mu dengan Nabi kami maka Engkau menurunkan hujan ke atas kami. Dan sekarang kami bertawassul pula kepada-Mu dengan bapa saudara kami, maka turunkanlah hujan ke atas kami. Anas berkata: Mereka pun diturunkan hujan.”
Riwayat al-Bukhari (964)
iv. Sunat dibawa bersama-sama ke kawasan bersolat kanak-kanak, orang tua dan binatang ternakan. Ini adalah kerana bencana yang menimpa turut mengenai mereka semua. Begitu juga ahli zimmah tidak wajar dihalang untuk turut hadir bersama.
Doa untuk Memohon Hujan
Doa yang dianjurkan untuk memohon hujan, antaranya:
اللَّهُمَّ اجْعَلْهَا سُقِيَا رَحْمَةٍ وَلاَ تَجْعَلهَا سُقْيَا عَذَابٍ وَلاَ مَحْقٍ وَلاَ بَلاَءٍ وَلاَ هَدَمٍ وَلاَ غَرْقٍ اللَّهُمَّ عَلَى الظِّرَابِ والآكَامِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ وبُطُونِ الأودية، اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثاً مُغِيْثا،ً هَنِيْئاً مَرِيْئاً مَرِيْعاً، سحًّا عامًا غَدَقاً طَبَقًا مُجَلَّلاً، دَائِماً إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ اللَّهُمَّ اسْقِنَا الغَيْثَ وَلاَ تَجْعَلْنَا مِنَ القَانِطِيْنَ اللَّهُمَّ إِنَّ بِالعِبَادِ وَالبِلاَدِ مِنَ الجُهْدِ وَالجُوْعِ وَالضَّنْكِ مَا لاَ نَشْكُوْ إِلاَّ إِلَيْكَ اللَّهُمَّ أَنْبِتْ لِنَا الزَّرْعَ وَأَدِرَّ لَنَا الضَّرْعَ وأَنْزِل علينا مِنْ بَرْكَاتِ السَّمَاءِ وَأَنْبِتْ لَنَا مِنْ بَرْكَاتِ الأَرْضِ وَاكْشِفْ عَنَّا مِنَ البَلاَءِ مَا لاَ يَكْشِفُهُ غَيْرُكَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ كُنْتَ غَفَّاراً فَأَرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْنَا مِدْرَاراً
Maksudnya: “Ya Allah! Jadikanlah hujan itu rahmat, bukan azab, bukan kemusnahan, bukan bala, bukan kehancuran dan bukan kebanjiran. Ya Allah! Turunkanlah hujan ke atas bukit, kawasan berpasir, kawasan tumbuh-tumbuhan dan kawasan lembah. Ya Allah! Turunkanlah hujan di sekeliling kami bukan di atas kami. Ya Allah! Turunkanlah hujan yang menyelamatkan kami daripada kegetiran. Hujan yang menyegarkan dan menyuburkan, hujan yang turun lebat di merata bumi, hujan yang sentiasa mendatangkan manfaat sehingga hari kiamat. Ya Allah! Siramilah kami dengan hujan dan janganlah Engkau jadikan kami golongan yang berputus asa. Ya Allah! Sesungguhnya hamba-hamba-Mu dan negara ini telah didatangi kesukaran, kesempitan hidup dan kelaparan. Kami tidak mengadu melainkan kepada-Mu. Ya Allah! Tumbuhkanlah tanam-tanaman kami, banyakkanlah susu ternakan kami, turunkanlah kepada kami keberkatan daripada langit, dan tumbuhkanlah bagi kami dari bumi tanaman yang berkat. Hindarkanlah bala bencana daripada kami yang tiada sesiapa yang boleh menghindarkannya selain-Mu. Ya Allah! Kami memohon ampun kepada-Mu kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, maka turunkanlah hujan yang lebat ke atas kami.”
Riwayat al-Bukhari (967), Muslim (897), Abu Daud (1169), al-Syafie (al-Umm 1/222) dan yang la


 Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri