Wednesday, June 22, 2011

Tahukah Anda Siapakah PENYEMBAH KUBUR ?


Sesungguhnya antara fitnah yang paling besar yang telah diperingatkan oleh Nabi Muhammad sallallahu`alaihiwasallam adalah fitnah yang berkaitan dengan kubur dan pemuja-pemujanya,dan fitnah ini sangat banyak berlaku di kalangan mereka yang bergelar orang-orang soleh dan sebagainya di kalangan kaum muslimin,ianya menyerupai apa yang berlaku di kalangan kaum terdahulu iaitulah daripada kaum Nabi Nuh dan generasi yang datang selepasnya.Hakikat ini disebut oleh Allah Ta`ala di dalam firmanNya:


وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا


Dan mereka berkata: "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwaa', yaghuts, ya'uq dan nasr".


[ Nuh:23 ]


Para Ulama Hadith dan Tafsir muktabar seperti Al-Imam Bukhari, Ibnu Jarir At-Tabari Ibnu Kathir,Ibnu Abi Hatim,Al-Baghawi membawakan riwayat daripada para sahabat seperti Ibnu `Abbas dan selainya yang menjelaskan bahawasanya kelima-lima berhala yang disembah itu asalnya ialah orang-orang soleh yang dihormati di antara selepas zaman Nabi Adam dan Nabi Nuh,apabila mereka meninggal dunia syaitan memerintahkan mereka agar membuat gambar dan memahat ukiran patung orang-orang soleh tersebut.


Di dalam riwayat Ibnu Abi Hatim (wafat 327H) menyebut bahawasanya Wadd adalah antara tokoh yang terbesar dikalangan mereka dan dia ialah seorang yang soleh dan mempunyai ramai pengikut,pengikutnya sangat mengagumi dan menyintainya,apabila Wadd meninggal mereka mendirikan khemah di sekeliling kuburnya dan bersedih terhadap kematiannya,apabila syaitan melihat kesedihan mereka,dia menyerupai menjadi seorang manusia lalu berkata kepada mereka: " Sesungguhnya aku sangat bersimpati dengan kesedihan kamu semua,bukankah kamu boleh membuat gambarnya lalu ianya akan mengingatkan kamu dan mengubat kerinduan kamu terhadapnya?, lalu mereka menerima cadangan syaitan tersebut lalu mereka membuat gambar yang menyerupai Wadd, apabila syaitan melihat mereka membuat gambar Wadd lalu syaitan mencadangkan pula agar diukir patung yang menyerupai Wadd di setiap rumah mereka sehingga ianya boleh mengurangkan kerinduan mereka terhadap Wadd,lalu mereka mengukir patung yang menyerupai Wadd dan hampir setiap rumah mempunyai patung Wadd dan akhirnya mereka menyembah patung tersebut,dan dikatakan ianya merupakan sembahan pertama yang disembah selain Allah.


[ Rujuk Tafsir Ibnu Abi Hatim hlm 571,Tafsir Ibnu Kathir jilid 8 hlm 234-235 ]


Berdasarkan penjelasan para Ulama tersebut maka jelaslah di sini bahawasanya sebab yang paling besar membawa kepada kesyirikan sama ada pada zaman dahulu mahupun sekarang adalah sifat ghuluw( melampau ) terhadap orang-orang soleh,disebabkan terlampau mengagungkan mereka maka membawa kepada mengagungkan kubur,gambar-gambar mereka dan patung-patung mereka.Hal ini dikukuhkan lagi dengan peringatan yang sangat keras daripada Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam di saat belian nazak sebagaimana diriwayatkan daripada `Aisyah dan Ibnu `Abbas Radiallahu`anhuma:


لَمَّا نَزَلَ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَفِقَ يَطْرَحُ خَمِيصَةً لَهُ عَلَى وَجْهِهِ، فَإِذَا اغْتَمَّ بِهَا كَشَفَهَا عَنْ وَجْهِهِ، فَقَالَ وَهُوَ كَذَلِكَ: «لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى اليَهُودِ وَالنَّصَارَى، اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ» يُحَذِّرُ مَا صَنَعُوا


Ketika Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam ditimpa nazak,baginda mula meletakkan selimut lalu menutup ke atas wajahnya,apabila dia merasa gelap diwajahnya dia membuka selimut tersebut daripada wajahnya,lalu beliau bersabda dalam keadaan tersebut:

" Laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani,mereka menjadikan kubur-kubur para Nabi mereka sebagai masjid(tempat ibadah) maka beringatlah(wahai umatku) terhadap apa yang mereka lakukan."


[ HR Bukhari no:435 ,Kitab As-Solat, Muslim no:531,bab Larangan Membina Masjid(tempat ibadah) di atas kubur ]


Dalam riwayat lain daripada Jundub Radiallahu`anhu bahawasanya beliau mendengar Nabi Sallalallahu`alaihiwasallam bersabda ketika lima hari sebelum baginda wafat:


ألا وإن من كان قبلكم كانوا يتخذون قبور أنبيائهم وصالحيهم مساجد, ألا فلا تتخذوا القبور مساجد, إني أنهاكم عن ذلك.


Maka ketahuilah sesungguhnya orang-orang yang sebelum kamu menjadikan kubur para nabi mereka dan orang-orang soleh dikalangan mereka sebagai masjid(tempat ibadah),maka ketahuilah janganlah kamu mengambil kubur sebagai masjid-masjid(tempat ibadah),sesungguhnya aku melarang kamu daripada hal tersebut.


[ HR Abu Daud no:4252 ,Kitab Al-Fitan, Bab menyebut fitnah-fitnah dan tanda-tandanya ]


Di dalam As-Shahihain daripada `Aisyah Radiallahu`anha, bahawasanya Ummu Salamah Radiallahu`anha menyebut kepada Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam kanisah( gereja) yang dia melihatnya di bumi Habsyah dan apa yang terdapat di dalamnya daripada gambar-gambar, lalu Nabi Sallallahu`alaihiwasallam bersabda:


أولئك إذا مات فيهم الرجل الصالح, أو العبد الصالح ,بنوا على قبره مسجدا وصوّروا فيه تلك الصور , أولئك شرار الخلق عند الله.


Mereka itu apabila matinya dikalangan mereka lelaki yang soleh, atau hamba yang soleh,mereka membina masjid( tempat ibadah) di atas kuburnya,dan mereka membuat gambar padanya dengan gambar-gambar tersebut, mereka itulah seburuk-buruk makhluk di sisi Allah.


[ HR Bukhari no:1341, Bab Membina masjid(tempat ibadah) di atas kubur, Muslim no:528, Bab Larangan Membina Masjid di atas kubur ]


Apakah yang dimaksudkan dengan Menjadikan Kubur sebagai Masjid( tempat ibadah)?


Kubur juga boleh menjadi wathan( sesuatu yang tidak diukir yang disembah) disebut oleh Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam sebagai berhala yang boleh disembah,hal ini jelas sebagaimana doa baginda Sallallahu`alaihiwasallam:


اللهم لا تجعل قبري وثنا يعبد, اشتد غضب الله على قوم اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد


Ya Allah,janganlah Engkau jadikan kuburku sebagai berhala yang disembah,Allah sangat murka keatas kaum yang menjadikan kubur para nabi mereka sebagai masjid( tempat Ibadah ).


[ HR Ahmad no:7358 ]


Para Ulama menyebutkan bahawasanya contoh perbuatan menyembah kubur tidak terhad kepada sujud kepadanya malah ianya merangkumi segala jenis ibadah baik ibadah hati mahupun perbuatan seperti mengagungkannya,meyakini orang yang mati tersebut mampu memberi manfaat dan menolak manfaat,memohon rezeki,keampunan,memohon pertolongan kepadanya,menyembelih untuk si mati atau kubur,bertabarruk( memohon keberkatan) daripadanya,tawaf di sekelilingnya,menyapu-nyapu padanya,dan bersungguh-sungguh melakukan perjalanan atau ziarah padanya dan selainnya merupakan syirik akbar kerana perbuatan tersebut merupakan bentuk mengalihkan ibadah yang sepatutnya hanya khusus untuk Allah Ta`ala.


[ Rujuk Iqtidho` Shiratal Mustaqim, Ibnu Taimiyyah 2/ 168-176 ]


Begitu juga perbuatan menjadikan kubur atau makam-makam atau dinamakan masyahid( tempat-tempat berkumpul ) atau tempat mengadakan upacara perayaan seperti peringatan dan sebagainya maka ianya merupakan sesuatu yang sangat terlarang dalam agama, daripada Abu Hurairah Radiallahu`anhu bahawasanya Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda:


لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قُبُورًا، وَلَا تَجْعَلُوا قَبْرِي عِيدًا، وَصَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّ صَلَاتَكُمْ تَبْلُغُنِي حَيْثُ كُنْتُمْ


Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti kuburan,dan janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan, dan berselawatlah kamu semua ke atasku, maka sesungguhnya selawat kamu sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada.


[ Hadith Shahih Riwayat Abu Daud no:2042, bab Ziarah Kubur ]


Al-Imam Darul Hijrah Malik bin Anas Rahimahullah menjelaskan bahawasanya perbuatan berhenti lama di kubur Nabi sallallahu`alaihiwasallam merupakan perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh para Sahabat dan generasi awal dari kalangan Salafussoleh,mereka tidak melakukan hal tersebut kerana takut perbuatan tersebut termasuk di dalam kategori menjadikan kubur baginda sebagai `eid (perayaan), dan merupakan saddu zari`ah ( menghalang wasilah) daripada berlaku kesyirikan.Jika kubur Nabi Sallallahu`alaihiwasallam pun dilarang darpada melakukan sedemikian bagaimana kubur-kubur yang selainnya?.


[ Rujuk As-Syifa` bi Ta`rif Huquq Al-Mustafa 2/88, dan Al-Manasik `Ala Mazhab Malik Al-Khalil hlm 148 ]


Al-Imam As-Syafi`i Rahimahullah di dalam kitabnya Al-Umm menyebut:


وأكره أن يعظم أحد من المسلمين, يعني: يتخذ قبره مساجدا


Dan dibenci perbuatan seseorang mengagungkan seseorang dari kalangan kaum muslimin,iaitulah: mengambil kuburnya sebagai masjid(tempat ibadah).


[ Al-Umm, 2/633 , Bab apa yang berlaku selepas ditanam ]


Kesemua perbuatan ini sebagaimana disebut oleh Imam Muhammad At-Tamimi dalam kitabnya At-Tauhid adalah berpunca daripada sikap ghuluw(melampau) dalam mengagungkan para Nabi dan orang-orang soleh dan ianya merupakan sebab utama berlakunya kesyirikan di atas muka bumi ini.


Maka jelaslah disini perbuatan kaum Syiah mengadakan perayaan di makam Saidina Ali dan Hussein radiallahu`anhuma di Iraq atau Makam al-Musyrik Khomenei di Iran dan selainyya merupakan kesyirikan, begitu juga perbuatan kaum Sufiyyah di Hadramaut yang dikepalai oleh Habib Al-Jufri dan para habaib yang lain berkemah serta tawaf dan mengelilingi kubur Nabi Hud di Hadramaut Yaman, perbuatan sebahagian kaum Asya`irah yang bersungguh-sungguh menziarahi makam Ar-Rifai` dan Abul `Ula, Sayyidah Nafisah,Ahmad Badawi dan makam Imam Syafi`i dan makam-makam orang soleh yang lain di Mesir,di Singapura makam Habib Nuh di Indonesia maka wali songo dan selainnya.Perbuatan mengaggap kubur-kubur serta makam-makam tersebut mempunyai fadhilat dan kelebihan tertentu merupakan sunnah jahiliyyah dan ianya merupakan sunnah kaum Yahudi dan Nasrani sebagaimana perbuatan tersebut dilaknat oleh Nabi sallallahu`alaihiwasallam.


Hakikat umat Islam akan mengikuti sunnah kaum jahiliyyah dan Yahudi dan Nasrani disebut oleh Nabi Sallallahu`alaihiwasallam:


لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ مَنْ قَبْلَكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ، وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ، حَتَّى لَوْ سَلَكُوا جُحْرَ ضَبٍّ لَسَلَكْتُمُوهُ» ، قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ: اليَهُودَ، وَالنَّصَارَى قَالَ: «فَمَنْ


Kamu pasti akan mengikuti sunnah( jalan atau jejak langkah) orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal sehasta demi sehasta sehinggalah kalau mereka memasuki lubang biawak sekalipun kamu akan turut ikut memasukinya. Kami( sahabat ) bertanya: " Adakah Yahudi dan Nasrani? " jawab Nabi: siapa lagi( kalau bukan mereka).


[ HR Bukhari no:3456 , Muslim no:7320 ]


Maka umat Islam harus berwaspada dengan syubhat-syubhat golongan penyembah kubur ini,mereka digelar oleh para Ulama Salaf sebagai Quburiyyun iaitulah mereka yang taksub terhadap kubur dan menyembahnya.



Pautan yang perlu dilihat:


1) Bukti Yahudi Menyembah Kubur: Sila klik di sini: jewsprayatthegrave


2) Fatwa Ulama` Salaf tentang makam di Masjid Nabawi dan syubatnya:sila klik sini:


http://ibnabiashim89.blogspot.com/2011/03/fatwakubur-di-masjid-nabawi.html


dan sini:

http://ibnabiashim89.blogspot.com/2011/03/fatwasolat-di-masjid-nabawi.html


3) Bukti video Habaib Yaman dan kaum Sufiyyah mengerjakan ziarah( umpama haji) dan tawaf di Kubur Nabi Hud di Hadramaut Yaman: sila klik di sini:


http://www.youtube.com/watch?v=3Nmcri_Umhg


http://www.youtube.com/watch?v=zRo7P5gKnm8&feature=related



4) Kuburan atau Bilik Pengantin?, gambaran Kubur dan Makam Sufiyyah di Indonesia:


https://www.facebook.com/note.php?note_id=10150190502736712


5) Gambar-gambar Kubur dan Makam Yang disembah Yahudi,Nasrani,Syiah dan Sufiyyah:


" Laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani,mereka menjadikan kubur-kubur para Nabi mereka sebagai masjid(tempat ibadah) maka beringatlah(wahai umatku) terhadap apa yang mereka lakukan."


[ HR Bukhari no:435 ,Kitab As-Solat, Muslim no:531,bab Larangan Membina Masjid(tempat ibadah) di atas kubur ]



Upacara Beribadah Yahudi membaca Taurat di atas Kubur salah satu Rabbi (ulama`)mereka.


Makam Saidina Hussein di Iraq, disembah oleh Syiah Rafidhah


Penganut Sufiiyyah paling banyak mereka-reka makam dan kononnya ini adalah makam Nabi terntentu

Makam Wali Sufi Jalaluddin Ar-Rumi, yang sangat dipuja dan diagung oleh kaum sufiyyah kemudian mereka membuat pendustaan kononnya ini adalah makam Rasulullah..
[ Laknat Allah ke atas mereka ]

[ Makam Ahli Sufi di Pakistan atau India ]


[ Sufi lagi ]



Ahmadinejad Ar-Rafidhi Al-Musyrik sedang meminta sesuatu dan memohon berharap kepada Makam Ayatussyaitan Khomenei al-khabits al-musyril

Sabda Nabi sallallahu`alaihiwasallam : "Mereka itu apabila matinya dikalangan mereka lelaki yang soleh, atau hamba yang soleh,mereka membina masjid( tempat ibadah) di atas kuburnya,dan mereka membuat gambar padanya dengan gambar-gambar tersebut, mereka itulah seburuk-buruk makhluk di sisi Allah".


[ HR Bukhari no:1341, Bab Membina masjid(tempat ibadah) di atas kubur, Muslim no:528, Bab Larangan Membina Masjid di atas kubur ]



" Laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani,mereka menjadikan kubur-kubur para Nabi mereka sebagai masjid(tempat ibadah) maka beringatlah(wahai umatku) terhadap apa yang mereka lakukan."


[ HR Bukhari no:435 ,Kitab As-Solat, Muslim no:531,bab Larangan Membina Masjid(tempat ibadah) di atas kubur ]



Dah buat Makam cantik-cantik orang ramai datang ziarah,dan fulus terus masuk..

Pemimpin Rafidhi Iran Khamenei Al-Khabits sedang namaz( solat ) di Kubur Khomenei Al-Khabits

Nabi melarang meratap di atas kubur tapi inilah syiar kaum Rafidhah

No comments:

Post a Comment