Tuesday, October 29, 2013

Tafsir Surah Al-'Ankabut Ayat 48


Tafsir Surah Al-'Ankabut Ayat 48

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT :

وَمَا كُنْتَ تَتْلُو مِنْ قَبْلِهِ مِنْ كِتَابٍ وَلَا تَخُطُّهُ بِيَمِينِكَ إِذًا لَارْتَابَ الْمُبْطِلُونَ (48) 

Maksudnya : "Dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya (Al quran) sesuatu Kitabpun dan kamu tidak (pernah) menulis suatu Kitab dengan tangan kananmu; andaikata (kamu pernah membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang yang mengingkari (mu)".
(Surah al-An-'Ankabut (29) ayat 48)


Huraiannya :

Ayat ini menerangkan bahawa sebelum al-Quran diturunkan, orang Arab telah mengetahui dengan sesungguhnya bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pandai menulis dan membaca. Seakan-akan ayat ini menerangkan: Muhammad yang diutus itu adalah Muhammad yang telah dikenal dengan baik oleh kaumnya. la telah lama hidup di tengah-tengah mereka sebelum diangkat menjadi Rasul. Semua orang Arab waktu itu mengakui bahawa Muhammad SAW mempunyai budi pekerti yang tinggi, seorang kepercayaan, tidak pernah berdusta dan disegani oleh kawan-kawannya. Mereka mengetahui dengan sebenar-benarnya bahawa Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, apalagi mengarang buku atau cerita.

Di samping orang-orang Arab, orang-orang Yahudi dan Nasrani pun mengetahui dari kitab-kitab mereka bahawa Muhammad SAW adalah seorang yang tidak pandai menulis dan membaca. 

Berkata Mujahid, "Ahli Kitab mengetahui dari kitab-kitab mereka bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pandai menulis dan membaca, kerana itu turunlah ayat ini. 

Dalam ayat yang lain pun Allah SAW menegaskan yang demikian. 

Allah SWT. berfirman: 

الذين يتبعون الرسول النبي الأمي الذي يجدونه مكتوبا عندهم في التوراة والإنجيل يأمرهم بالمعروف وينهاهم عن المنكر ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث ويضع عنهم أصرهم والأغلال التي كانت عليهم 

Maksudnya : "(Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi, yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada pada sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka (Surah al-A'raf (7) ayat 157) 

Dalam keadaan yang demikian, Allah SWT menurunkan al-Quran kepada Muhammad, yang memuat akidah yang sangat tinggi nilainya, dilengkapi dengan bukti-bukti yang meyakinkan, mempunyai gaya bahasa yang sangat indah tidak ada seorangpun yang dapat menandinginya, sekalipun di waktu itu di kalangan bangsa Arab banyak pujangga-pujangga sastra yang kenamaan dan seni sastra sedang berkembang pula. Namun demikian sedikit sekali mereka yang beriman di waktu itu. 

Seandainya Muhammad SAW dapat membaca dan menulis, pernah belajar kepada Ahil Kitab, atau ia bukan seorang kepercayaan, tidak memiliki budi pekerti yang luhur dan tidak pula seorang yang disegani, tentulah orang-orang kafir Mekah itu akan lebih mudah lagi mengatakan bahawa al-Quran itu adalah buatan Muhammad, bukan berasal dari Tuhan. 

Dari ayat ini dapat dipahami bahawa orang-orang kafir Quraisy pada permulaan Islam, berdasarkan pengetahuan mereka kepada Muhammad SAW, dan berdasarkan nilai sastra al-Quran itu sendiri, sebenarnya hati dan fikiran mereka telah mempercayai al-Quran dan kerasulan Muhammad SAW. Oleh kerana dalam hati mereka ada penyakit dan takut kedudukan mereka dalam kaumnya akan jatuh, maka mereka menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan hati dan fikiran mereka sendiri. 

Yang dimaksud dengan ummi dalam ayat ini ialah tidak pandai menulis dan membaca, tidak termasuk di dalamnya "tidak berilmu pengetahuan". Mengenai ilmu pengetahuan, maka Allah SWT telah mengajarkan kepadanya ilmu pengetahuan yang tinggi, bahkan mungkin ilmu pengetahuan yang belum pernah diajarkan Nya kepada manusia biasa, sekalipun beliau adalah orang yang alim dan bijaksana. Allah SWT berfirman: 

وأنزل الله عليك الكتاب والحكمة وعلمك ما لم تكن تعلم وكان فضل الله عليك عظيما 

Maksudnya : "Dan (juga kerana) Allah telah menurunkan Kitab dan hikmah kepadamu dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui. Dan adalah karunia Allah sangat besar atasmu. (Surah  an-Nisa(4) ayat 153)

Wednesday, October 30, 2013

Saturday, October 26, 2013

Salahkah Bermazhab?



Salahkah Bermazhab?

Tidak salah bermazhab. Apa yang salah adalah taksub kepada mazhab sehingga mazhab dianggap sebagai satu agama yang wajib dianuti dan menganggap sesat orang lain yang mengikut ajaran mazhab lain dalam perkara tertentu.

Masyarakat Islam di Malaysia misalnya mengaku mengikuti mazhab Syafie, tetapi banyak juga fiqh Imam Syafie mereka tinggalkan. Contoh mudah:

1- Imam Syafie kata bayar zakat dengan makanan asasi dan menolak penggunaan nilai (wang), mereka guna wang.

2- Imam Syafie suka azan sekali Jumaat, mereka buat dua kali.

3- Imam Syafie kata pahala bacaan al-Qur'an kepada si mati tidak sampai, mereka kata sampai.

4- Imam Syafie kata wajib ikut sunnah Nabi, mereka tetap mengunggulkan amalan dan perkataan tok guru mengatasi sunnah Nabi yang jelas sahih.

5- Imam Syafie haramkan binaan di atas kubur, kuburan tok guru yang dikeramatkan mereka kelihatan megah dengan binaan mewah. Ini sebagaimana kebanyakan kuburan tok-tok guru orang tareqat sufi yang dijadikan lokasi ibadah mereka.

Dan banyak lagi.

P/S: Saya bimbang bila mati kelak, kita akan ditanya: "Kamu mazhab apa? Silalah pilih satu mazhab sahaja." - Tempelak kepada pentaksub mazhab.

~Mohd Hairi Nonchi

Cukai Barang & Perkhidmatan (GST)


Kerajaan cadang cukai jualan & cukai perkhidmatan dimansuhkan & digantikan dengan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) #Bajet2014 ~RETI BEZAKAN KE 2 PERKARA TU? KALAU TAK RETI TOLONG BELAJAR(TANYA ORG YG RETI)..
 
 
  •  GST akan hapuskan Tax pada barangan keperluan dan kenakan tax pada barangan mewah... jadi sapa lagi untung sekarang ni?
    Org kaya ker org miskin?

    (^___^)v
    Mesti pakar ekonomi pr tgh hentak kepala kat dinding...
    Tokey2 plak mesti tgh garu kepala takleh naikkan harga barang...

  •  Meskipun Najib mengumumkan perlaksanaan GST, namun ia adalah tertakluk kepada perkara berikut:-

    *Perlaksanaan hanya berkuatkuasa pada 1 April 2015.


    *Penghapusan cukai jualan dan cukai perkhidmatan dan menggantikan dengan GST

    *Kadar GST 6% (berbanding cukai jualan dan cukai perkhidmatan antara 5% - 10%)

    *Mengecuali barangan asas (keperluan) seperti beras, gula, garam, minyak masak, malah budu dan belacan dari dikenakan GST

    *Penggunaan elektrik dan air untuk 200 unit pertama dikecuali dari GST.

    Selain dari perkara-perkara di atas, pengangkutan awam dan perkhidmatan kewangan juga turut dikecualikan dari GST.

    Insentif RM300 juga turut dicadangkan kepada mereka yang telahpun sedia ada tersenarai dalam penerima BR1M bagi bantuan bila GST berkuatkuasa.
     
    Disebabkan subsidi gula dimansuhkan, percayalah.. kroni kroni Robert Kuok dan tauke tauke kilang gula yang terdiri daripada cina DAP akan menyalak di tepi pagar parlimen nanti sambil berguling guling atas jalan
     Demi melayu. Subsidi gula dikurangkan sedikit dan diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Padan Muka DAP !
     

Bernikah Lagi..


Bernikah Lagi..

Pada suatu hari, ada seorang pemuda bertanya kepada Syeikh Ibnu Uthsaimin, "Saya sudah berkahwin, tetapi mahu bernikah untuk kali kedua dengan niat mahu menjaga kehormatannya."

Syeikh menjawab, "Berikan hartamu kepada seorang pemuda yang memerlukan, sehingga dia boleh menikahi wanita tersebut. Kamu akan mendapat dua pahala; pertama, pahala menjaga kehormatan wanita tersebut. Kedua, pahala membantu orang bernikah." 
 
~Profesor Akidah dan Perbandingan Mazhab Universiti Kerajaan Saudi.
 
 
 ----------------------------------
  •  
    Jika dibincangkan lebih lanjut, akan muncul beberapa poin penting kisah ini.
    - Niat menjaga kehormatan wanita. Sudah tentu wanita ini wanita yang mulia sebab itu mahu dijaga.
    - Wanita yang mulia, maka lelaki yang memerlukan kahwin dan mahu direkomend
    asikan itu mestilah lelaki yang mulia juga. Barulah niat menjaga kehormatan wanita itu tercapai.
    - Apatah lagi ia melibatkan maruah kita sebagai orang tengah. Jika kita tersilap pilih lelaki yang memerlukan (desparate, tapi akhlak tidak bagus), maruah kita pun akan tercalar, kehormatan wanita itu tidak terjaga, dan hanya dapat bantu orang kahwin.
    - Pentingnya fungsi orang tengah dalam melamar wanita mulia. Kerana wanita mulia ini, statusnya tidak sama dengan wanita biasa. Jadi, jika ada wanita mulia yang disukai oleh lelaki, pastikan ada orang tengah yang dipercayai.
    - Soalan ini boleh diterbalikkan untuk mewujudkan situasi di pihak wanita pula :
    Soalan : "Saya sudah berkahwin, tetapi saya mahu suami saya bernikah untuk kali kedua dengan niat mahu menjaga kehormatan kawan saya."
     
    Jawapan : "Kongsikan suamimu kepada kawanmu yang memerlukan, sehingga dia boleh menikahi wanita tersebut. Kamu akan mendapat dua pahala; pertama, pahala menjaga kehormatan wanita tersebut. Kedua, pahala membantu orang bernikah."

Friday, October 25, 2013

DALIL Kenduri TAHLIL, Doa Selamat,Kenduri Arwah, ADALAH AMALAN HINDU!!!

Imam Syafie Haramkan Kenduri Arwah, Tahlil (7/7)

Penjelasan Tentang Bid'ah

Inilah ‘gharar’ dan ‘Jahalah’ dalam harga perkhidmatan.



807. Soalan : Saya pernah membuat rawatan di Pusat Perubatan Swasta kerana sakit tulang belakang. Sebelum berjumpa doktor saya telah dipinta membayar wang pendaftaran. Ujian air kencing dan darah di jalankan dahulu baru ujian X-ray di jalankan. Doktor pakar tulang telah membuat pemereksaan terdapat sedikit keretaakan tidak perlu menjalani pembedahan hanya makan beberapa ubat untuk memulihkan keretakan tersebut. Ubat-ubatan yang berbagai jenis dan terpaksa diambil di farmasi hospital tersebut.


Soalan saya adakah cara hospital tersebut mengenakan cas dan kos yang tinggi di setiap rawatan yang dijalankan adakah halal darisegi syarak kerana saya tidak diberitahu kos setiap rawatan, perundingan kesihatan , X-Ray dan ubat-ubatan?


Adakah terdapat gharar dalam perniagaan tersebut?



Jawapan :

Inilah ‘gharar’ dan ‘Jahalah’ dalam harga perkhidmatan.

Definisi Gharar menurut istilah Shariah ialah:




ما يكون مستور العاقبة أو الخطر الذي يستوي طرفاه , أي الوجود والعدم

Ertinya: Apa yang terlindung penghujungnya dan risiko yang sama tahap mungkin wujud atau tidak. (Bada’i As-Sonai’e, Al-Kasani, 5/263 ; Al-Mabsut, Al-Sarakhsi, 3/194)


Nabi Muhammad SAW menegaskan:



نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن بيع الغرر

Ertinya: “Nabi melarang daripada mengurus perniagaan dengan Gharar” (Hadis Riwayat Muslim, 5/3 )



Jahalah pula bermaksud ketidaktahuan dengan jelas samada barang dibeli, atau harga barang yang perlu bayar. Justeru, secara ringkas, soalan saudara di atas termasuk dalam kategori ‘jahalah’ dan boleh juga dikategorikan sebagai ‘gharar’ atau ketidaktentuan.

Para doktor perlu sedar, pendapatan mereka yang dihasilkan dengan cara ini adalah ‘syubhah’ manakala sebahagiannya boleh dianggap tidak sah menurut Shariah.

Cara perniagaan seperti ini tidaklah haram, tetapi cara ini kurang baik, syubhah dan adakalanya boleh membawa kepada gharar fashiyh atau gharar besar yang merosakkan aqad.Barangkali orang ramai telah biasa dan rela dengan cara ini, maka isu gharar dan kezaliman cara pengiraan ini tidak begitu ketara. Cuma adalah terlebih baik jika ia dapat diperbaiki.

Ini kerana disebutkan oleh ulama islam ketika menerangkan tentang gharar bahawa :-



باع ما لم ير ولم يوصف له فلم يصح

Ertinya : Kerana ia adalah jualan barang yang tidak dilihat dan tidak disifatkan, maka ia tidak sah ( AL-Mughni , 4/15 )

Apabila tidak diberitahu harga dan juga tidak ada dimaklumkan cara kiraan yang dikenakan keatas pesakait ianya boleh menjadi gharar yang besar.
 

Apa yang perlu dilakukan adalah mereka PERLU mendedahkan dengan jelas sebarang kos rundingan atau rawatan sebelum ianya dilakukan. Jika perlu letak gantung di depan pintu atau di papan kenyataan senarai harga untuk rundingan atau rawatan.

Cara ini dapat mengelakkan dari Jahalah (ketidaktahuan) dan Gharar (ketidaktentuan) yang besar (gharar fashisyh) dari berlaku dalam pendapatan mereka.

Selain kos perundingan, kos ubat-ubatan yang diberikan juga menjadi ‘jahalah’ dan ‘gharar’ kedua.

Isunya adalah ubat-ubatan tersebut mempunyai harga yang pelbagai. Adakalanya kita tidak boleh memilih, sedangkan mungkin wujud ubat yang sama fungsinya tetapi lebih murah. Malangnya, doktor telah menulis kepada farmasi untuk diberikan ubat tertentu, maka pesakit tiada kuasa melihat harga, berbincang harga dan fungsi ubat. Jika boleh berbincang, maka masalah ‘jahalah’ dapat dielakkan.

Pesakit sememangnya jarang bertanya, semuanya seolah-olah redha dengan apa juga harga yang diletakkan tanpa banyak soal. Itu bagi yang berkemampuan, bagaimana jika tidak berkemampuan.? Redha begini adalah tidak begitu menepati kehendak Shariah.

Ringkasnya, bagi mengelakkan jahalah dan gharar :-

1) Harga rundingan doktor perlu di nyatakan sebelum rundingan bermula.

2) Jenis ubat dan harga setiap ubat yang ingin dicadangkan kepada pesakit perlulah diberitahu.

3) Semua harga rawatan, pembedahan dan yang berkaitan perlu dimaklumkan sebelum ianya dilakukan.


Sesetengah hospital swasta telah mensyaratkan atau seolah mensyaratkan perkhidmatan ini dengan ubat ditempatnya sahaja. Ini sekali lagi membawa masalah Shariah di dalam industri perubatan apabila pesakit seolah dipaksa secara pakej untuk berubat dan membeli semua ubat yang dicadangkan tanpa sebarang soal. Biasanya pesakit memang tidak menyoal kerana mereka sakit dan hanya ingin sembuh secepat mungkin. Oleh kerana bimbang hasrat ingin sembuh ini menyebabkan mereka dinafikan hak untuk mengetahui harga ubat dan hak memilih.

~Abu Basyer

Thursday, October 24, 2013

Umat Islam diminta sokong MuslimUPRo tangkis tuntutan Comango di PBB – Mufti Pahang




 


KUANTAN, 23 Okt – Umat Islam di negara ini diminta berdoa agar delegasi Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro) dapat menjelaskan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa

Bersatu (PBB) berhubung tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).

Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman berkata tuntutan-tuntutan yang dibuat Comango bukan sahaja boleh menjatuhkan imej Islam dan memecahbelahkan umatnya malah boleh menggugat perpaduan kaum di negara ini.

“Kita berharap semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masyarakat dan rakyat di negara ini menyokong delegasi MuslimUPro.

“Tindakan Comango itu melalui tuntutan mereka boleh memecahbelahkan umat Islam, kita takut kalau di negara seperti di negara Arab, Syiah menjadi ancaman dan kita bimbang kumpulan ini seperti itulah (Syiah) yang boleh memecahbelahkan umat Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas hadir dalam perbincangan bersama beberapa NGO-NGO Islam dan Melayu dengan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung pendirian kerajaan negeri Pahang mengenai tuntutan Comango.

Antara tuntutan yang dikemukakan Comango adalah hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini.

Abdul Rahman berkata, situasi di negara ini kini amat menyedihkan apabila terdapat usaha-usaha pihak tertentu yang cuba menghapuskan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan iaitu agama Islam sebagai agama rasmi.

Katanya, agama Islam jelas menyebut misalnya tentang pengharaman homoseks yang bertentangan dengan Islam dan perkara seperti inilah yang tidak dipersetujui pihak-pihak yang menentang agama Islam.

“Mereka cuba untuk menyamaratakan bahawa Malaysia ini adalah bukan sebuah negara beragama Islam, mereka cuba untuk menghapuskan dan menjadikan negara ini seolah-olah negara sekular,” katanya. - BERNAMA

 http://www.ismaweb.net/v4/2013/10/umat-islam-diminta-sokong-muslimupro-tangkis-tuntutan-comango-di-pbb-mufti-pahang/

Misi kristianisasi di sebalik penggunaan kalimah Allah


Misi kristianisasi di sebalik penggunaan kalimah Allah



 

BANGI, 23 Okt – Desakan terus-menerus pihak Kristian untuk menterjemahkan God kepada Allah dalam penerbitan berbahasa Melayu adalah satu misi kristianisasi yang halus dan licik.

Menurut Naib Presiden I Ikatan Muslimin Malaysia, misi kristianisasi ini cukup jelas apabila mereka bersungguh-sungguh mahu menggunakan perkataan Allah hanya dalam terbitan bahasa Melayu.

“Mereka tidak mahu menukarnya dalam bahasa Inggeris, Cina mahupun Tamil.  Sedangkan pembaca Bible dalam bahasa Melayu tidak ramai.

“Maknanya terbitan itu ditujukan kepada orang Melayu. Ini kita lihat satu niat yang cukup jelas dalam misi kristianisasi oleh pihak mereka,” ujarnya.

Katanya dalam satu rancangan DIMENSI terbitan TV ISMA, beliau bercakap  berasaskan pada bukti, berdasarkan kepada sejarah di India, berdasarkan kepada pengakuan paderi sendiri bahawa mereka tidak mahu umat Islam terus menolak di peringkat awal, mereka nak orang Melayu terus membaca.

“Kita melihat pengalaman yang berlaku di India, di benua India dalam kurun ke-19.  Apabila Kristian datang ke sana, mereka menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Benggal.

“Masyarakat di Benggal mempunyai Tuhan tempatan orang bernama Ishwar. Mereka menterjemahkan God kepada Ishwar. Mengapa diterjemahkan God kepada Ishwar?

“Itu maknanya strategi untuk mengkristiankan orang tempatan iaitu dengan menggunakan nama tuhan orang tempatan. Hal ini kerana orang Kristian sendiri mengakui bahawa masalah mereka dalam kristianisasi, adalah masalah linguistik.

“Apabila mereka menukarkan kepada Ishwar, maka orang tempatan akan merasakan bahawa kitab yang dibaca itu kitab mereka dan  tidak menolak pada peringkat awalnya dan terus membaca,” jelasnya.

Oleh itu  ujar Ustaz Fauzi, taktik yang sama juga digunakan kepada orang Islam dengan menukarkan God kepada perkataan Allah.

Orang Islam yang muda-muda tidak akan terus menolak, malah mereka akan terus membaca. Samaada terkesan atau tidak terkesan itu bergantung kepada iman seseorang.

“Begitu juga jika di Indonesia, kenapa ramai murtad di Indonesia?
“Antara puncanya di sebelah sini rumah Allah masjid, di sebelah lagi rumah Allah gereja. Orang melihat agama itu sudah sama. Akhirnya orang pergi kepada agama yang sama,” terangnya lagi.

Justeru tambah Ustaz Fauzi, melihat kepada kesungguhan orang Kristian untuk menggunakan kalimah Allah menggantikan perkataan God, ia adalah kesungguhan yang cukup luar biasa seolah-olah ada udang di sebalik batu.

 http://www.ismaweb.net/v4/2013/10/misi-kristianisasi-di-sebalik-penggunaan-kalimah-allah/

Cina 'China' hentam Cina 'Malaysia'.. !

Cina 'China' hentam Cina 'Malaysia'..

BACA APA PENULIS KATA BERKENAAN CINA MALAYSIA:

1.Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari china tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong dan Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat.

Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu. Tetapi orang Cina di Malaysialah yang paling tidak bersyukur, kejam, serta mengkhianati perjanjian ataupun dipanggil perlembagaan. Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye Lin-Sheng menulis:

2.Pengiktirafan orang cina:

"Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu. Mana mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

3.Keangkuhan orang cina:

"Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini.

 Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini. Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka. Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

4.Perkauman orang cina:

"Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu. Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial. Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia kepada orang Melayu. Apa yang ada diminda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini kerana orang Cina. Sebab itu orang cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim ini. Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

5.Penghinaan orang cina:

"Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun. Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan ‘masuk Melayu’. Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu. Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu termasuklah penggunaan membersihkan diri menggunakan tisu dianggap lebih bertamadun. Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘ketuanan orang putih’ kerana menganggap tamadun dan budaya Barat lebih bagus, tapi tidak terhadap orang Melayu-Bumiputera." -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

6.Sikap negatif orang cina:

"Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu dimana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang cina berniaga. Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka. Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

7.Isu Tuan Rumah:

"Siapakah tuan rumah negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku tuan rumah , dan orang Cina dan India sebenarnya hanyalah tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat. Orang cina Malaysia sepatutnya malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas diberi kerakyatan akhirnya mereka hendak merampas serta menindas tuan rumah. Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar serta. Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan sosial kontrak dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

8.Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah cina:

"Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan seorang penyabar. Sudahlah mereka bersusah payah berjuang untuk membebaskan diri dari jajahan barat. Sekarang mereka perlu bersusah payah untuk merampas dari orang Cina yang memegang ekonomi pula. Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana sudah diberi peluang mendapat kerakyatan, tetapi saya selaku orang asal dari China berasa malu dengan sikap bangsa saya yang tinggal di Malaysia.

 Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang cina terlalu keras, ekstrim serta perkauman. Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis. Sebenarnya jujur saya mengatakan orang cina Malaysia sedang menjajah orang Melayu, mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh yang nyata" 

-(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

 http://maelpengerang.blogspot.com/2013/10/cina-china-hentam-cina-malaysia-klik.html

Tuesday, October 22, 2013

Kenapa christian nak sgt guna kalimah allah didalam bible



Kenapa christian nak sgt guna kalimah allah didalam bible di semenanjung malaysia? Jawapannya disini..

Sumber : http://www.christianitytoday.com/ct/2009/august/14.15.html?start=4




Bangunlah Melayu sebelum melayu


Bangunlah Melayu sebelum melayu
(Sinar Harian 21 Okt 2013)

Saya hairan kenapa ada kalangan orang Melayu yang memandang rendah kepada kedudukan Bahasa Melayu (BM), sedangkan bahasa ini pernah menjadi bahasa lingua franca suatu masa dahulu, dipertuturkan begitu ramai sekali. Lebih hebat lagi BM sebagai bahasa perpaduan kalangan bukan Melayu.

Bayangkan ketika interaksi antara dunia luar dengan dunia Melayu. Bahasa apakah yang digunakan? Terutama interaksi antara pedagang (pendakwah) Arab, China dan India yang datang ke alam Melayu.

Mustahil sama sekali Cina, India atau Arab saling bertemu, mereka bertutur bahasa masing-masing. Sudah tentu bahasa pengantaranya adalah bahasa Melayu. Jika tidak, susah mereka nak cari makan di Alam Melayu. Kenapa mereka boleh memaksa diri mereka belajar BM? Kenapa rakyat negara kita, sekian lama tinggal, begitu liat, sehingga ada yang tidak boleh faham dan bertutur? Silapnya di mana?

Justeru, saya amat kagum dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang beriltizam untuk meningkatkan penggunaan BM dengan memberi insentif kepada pengamalnya seperti kenaikan pangkat dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu, BM hendaklah dijadikan dasar sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Tidak ada sesiapa yang menolak kepentingan bahasa lain, terutama Bahasa Inggeris (BI). Bodohlah sesiapa yang menolak bahasa antarabangsa ini. Tetapi jangan sampai BM seperti hidup segan mati tak mahu. Inilah hakikat yang berlaku sekarang.

Boleh dikatakan seluruh IPTA sedangkan mengalami proses pengInggerisan, termasuk universiti saya bekerja. Lebih malang lagi, semua profesor dan pensyarah diwajibkan menduduki ujian BI untuk menguji level bahasanya. Adakah ini wajar?

IPTS usahlah diceritakan. Telah lama mengalami proses peInggerisan dan pemandarinan seratus peratus. Peliknya kenapa proses pemandarinan boleh berjalan? Adakah kerana kebangkitan kuasa besar China? Bila kuasa India bangkit pula nanti, adakah berlaku proses pengIndiaan? Begitu juga Thailand, Vietnam dan lain-lain.

Alasan yang diberikan, kita menuju proses pengantarabangsaan. Wajarkah identiti negara dikorbankan untuk proses pengantarabangsaan tersebut? Adakah kemajuan sesebuah negara itu bergantung kepada sikap warganya atau kebolehan mereka berbahasa Inggeris?

Jika BI itulah yang menjadi penentu, sudah tentu negara Filipina dan India sudah berjaya kerana negara ini amat mementing bahasa ini. Nasihat saya, betulkan sikap kita dahulu.

Negara lain seperti Cina, Korea, Jepun, Jerman dan sebagainya, termasuk juga Thailand, teramat kuat semangat kebangsaan dan kecintaan terhadap bahasa mereka. Negara-negara ini tetap maju tanpa mengalami proses peInggerisan. Produk-produk mereka, termasuk kereta tetap berkualiti tinggi.

Mereka yang bekerja di Proton, Perodua dan lain-lain GLC, termasuk Tabung Haji, bahasa Inggeris mereka cair, tetapi kualiti produk masih dipertikaikan.

Jika pandai bahasa Inggeris, lebih Inggeris dari Inggeris sekalipun, selagi sikap dan perangai tidak berubah, tidak ke mana-mana juga.

Kita perlu ada dasar yang jelas demi masa depan jati diri negara. Generasi muda ultra kiasu hari ini, sudah langsung tidak memperdulikan kepentingan BM. Mereka hanya mahukan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris sahaja.

Justeru, kenyataan TPM tepat pada masanya. Minta DBP perincikan untuk dimaktubkan sebagai dasar dan beri kuasa kepada DBP untuk melaksana.

Saya mohon ucapan TPM ketika melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 diperhalusi.

Beri keutamaan kepada golongan pensyarah di IPTA dan IPTS menghasilkan karya ilmiah dalam bahasa Melayu. Nilai dan insentif yang tinggi perlu diberikan terhadap hasil karya mereka.

Malangnya, ketika menggubal dasar universiti baru-baru ini, markah yang diberikan kepada penerbitan BM amat sedikit berbanding penerbitan BI. Bila saya membangkitkan perkara ini, mereka berkata, BM bersifat lokal, BI bersifat internasional. Apa-apapun BI mesti diberi keutamaan termasuk menjadi bahasa rasmi universiti. Inilah pemikiran Melayu hari ini. Bukan Melayu usahlah cerita. Kalau boleh perkataan Melayu itu sendiri mereka tidak mahu lihat.

Lihatlah apa sudah jadi dengan Universiti Malaya (UM). UM sedang mengalami proses pembaratan. Malah lebih barat daripada universiti barat. KPI atau SOP mereka bukan lagi Malaysia, tetapi barat. Maklumlah mahu jadi internasional. Malangnya, ranking tidak juga naik-naik. Universiti Islam Antarabangsa, sejak awal penubuhannya menggunakan BI, masih lagi merangkak-rangkak mengejar ranking dunia. Begitu juga dengan UiTM yang begitu kuat semangat Melayunya juga menggunakan BI.

Universiti di China, Jepun, Korea, Jerman dan sebagainya, tidak pula mengikuti proses pembaratan dan peInggerisan. Bahasa yang digunakan tetap bahasa ibunda mereka. Kita, yang melanjutkan pelajaran di sana, mesti belajar bahasa mereka. Ranking dunia mereka tetap berada dalam kedudukan amat membanggakan.

Salah di mana sebenarnya? Ikut barat? Atau kembali melihat kualiti dan kekuatan jati diri. Bangunlah wahai semua naib Canselor dan profesor. Sahutlah cabaran TPM tersebut. Kembalilah menghayati sejarah Melayu! Melayu pernah jadi hebat dengan semangat Melayunya. Wahai para Melayu! Kamu tidak akan ke mana-mana sekadar pandai berbahasa Inggeris, jika perangai kamu tidak berubah dan tidak yakin dengan kekuatan diri.

Saya amat mengharapkan TPM dapat menggariskan satu dasar agar BM tidak menjadi bahasa tumpangan sahaja di universiti.

Posted by RIDHUAN TEE

~Faridah Daud

Sunday, October 20, 2013

Para Pencuri Shalat

 

 

Para Pencuri Shalat


Ilustrasi – Muslim AS saat melakukan shalat tarawih. (VOA/ROL)

dakwatuna.com - “Sungguh sejahat-jahatnya pencuri dari kalangan manusia adalah orang yang mencuri shalatnya.” Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud mencuri shalatnya?” Beliau Saw berkata, “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya. Dan sungguh orang yang paling pelit (kikir) adalah orang yang pelit mengucapkan salam. (HR. Thabrani & Hakim)
Shalat adalah salah satu ibadah yang wajib dilakukan oleh muslim yang berakal dan telah baligh. Semua Ulama baik salaf maupun khalaf sepakat akan kewajiban shalat dan menghukuminya fardhu ‘ain, kewajiban yang wajib dilakukan oleh tiap-tiap individu. Shalat termasuk rukun Islam yang kedua dan wajib ditegakkan. Sebegitu wajibnya shalat sampai tidak ada rukhsah (keringanan) untuk meninggalkannya bagi seorang muslim. Kalau terlupa/tertidur kita wajib melaksanakan shalat ketika ingat. Jika tidak ada air untuk berwudhu, kita dapat menggantinya dengan tayamum. Menjaga shalat juga merupakan wasiat Rasulullah sebelum meninggal dunia. “Jagalah shalat, jagalah shalat dan hamba sahayamu”


Pencuri Shalat

Di era modern kini dan di tengah ketatnya persaingan dunia, baik dalam hal bisnis, ekonomi, politik dan sosial budaya, semua orang menginginkan hidup serba instan. Semua ingin dijalankan dengan cepat dan instan serta mudah. Tak terkecuali dalam hal ibadah termasuk shalat.

 Dengan alasan ingin mempersingkat dan mengefektifkan waktu, banyak muslim yang tergesa-gesa dalam melaksanakan shalat. Hal ini telah diingatkan dengan tegas oleh Rasulullah empat belas abad yang lalu dalam redaksi Thabrani dan Hakim.

“Sungguh sejahat-jahatnya pencuri dari kalangan manusia adalah orang yang mencuri shalatnya.” Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud mencuri shalatnya?” Beliau Saw berkata, “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya. Dan sungguh orang yang paling pelit (kikir) adalah orang yang pelit mengucapkan salam.” 

Rasulullah menyebutnya dengan istilah “pencuri yang paling jahat” bagi muslim yang tidak menyempurnakan shalatnya. Tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya. Kita sering marah ketika ada seseorang yang mencuri sandal kita, terlebih lagi jika kita yang menjadi para pencuri shalat karena tergesa-gesa dan tidak menyempurnakan shalat baik dalam rukuk, sujud maupun salamnya.

Dalam redaksi Ahmad & ath-Thayalisi, Dari Abu Hurairah radhiallahu’ anhu berkata: “Kekasihku Rasulullah sallalloohu ‘alaihi wa sallam melarangku bersujud dengan cepat seperti halnya ayam yang mematuk makanan, menoleh-noleh seperti musang dan duduk seperti kera.” Dalam hal ini dapat disimpulkan bahwasanya tergesa-gesa dalam melaksanakan shalat adalah sebuah kesalahan dalam menjalankan shalat. Siapa saja yang mencuri shalat, maka amal ibadahnya menjadi sia-sia di mata Allah. Lebih dahsyat lagi, orang yang mencuri shalat dianggap tidak beragama, “Kamu melihat orang ini, jika dia mati, maka matinya tidak termasuk mengikuti agama Muhammad SAW, dia menyambar shalatnya seperti burung elang menyambar daging.” (HR. Ibnu Huzaimah).

Seorang muslim harus menjaga shalatnya, karena memang amal yang pertama kali dihisab di hari kiamat adalah shalat. Untuk menghindari mencuri dalam shalat, kita perlu mengetahui salah satu rukun dalam shalat yaitu Thuma’ninah.

Ilustrasi. (inet)

Thuma’ninah adalah diam beberapa saat setelah tenangnya anggota-anggota badan. Para Ulama memberi batasan minimal dengan lama waktu yang diperlukan seperti ketika membaca tasbih (Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq: 1/124). Dalam bahasa bebasnya, thuma’ninah dapat diartikan slow motion, pelan-pelan, dihayati, dipahami dan dinikmati.

Diriwayatkan, ada seorang lelaki yang masuk ke dalam masjid di waktu Rasulullah SAW sedang duduk. Lalu orang itu melaksanakan shalat. Setelah itu ia memberi salam kepada Rasulullah SAW., tetapi Nabi menolaknya seraya bersabda, “Ulangi shalatmu, karena (sesungguhnya) kamu belum shalat!” 
Kemudian lelaki itu mengulangi shalatnya. Setelah itu ia datang dan memberi salam kepada Rasulullah, tetapi Nabi SAW menolaknya sambil berkata, “Ulangilah shalatmu, (sebenarnya) kamu belum shalat!”
Laki-laki itu pun mengulangi shalat untuk ketiga kalinya. Selesai shalat ia kembali memberi salam kepada Nabi SAW. Tetapi lagi-lagi beliau menolaknya, dan bersabda, “Ulangilah shalatmu, sebab kamu itu belum melakukan shalat!”

“Demi Dzat yang telah mengutusmu dengan benar wahai Rasulullah, Inilah shalatku yang terbaik. Sungguh, aku tak bisa melakukan lebih dari ini, maka ajarkanlah shalat yang baik kepadaku,” tanya lelaki itu.

“Apabila kamu berdiri (untuk melakukan) shalat, hendaklah dimulai dengan takbir, lalu membaca ayat-ayat Al Qur’an yang engkau anggap paling mudah, lalu rukuklah dengan tenang, kemudian beri’tidallah dengan tegak, lalu sujudlah dengan tenang dan lakukanlah seperti ini pada shalatmu semuanya.” (HR. Bukhari)

Rasulullah benar-benar memperhatikan hal ini, sehingga dengan tegas meminta salah seorang sahabat mengulang shalatnya hingga tiga kali karena meninggalkan ketenangan atau thuma’ninah dalam shalat. Apabila meninggalkan thuma’ninah dalam shalat berarti shalat menjadi tidak sah. Ini sungguh persoalan yang sangat serius. Rasulullah bersabda, “Tidak sah shalat seseorang, sehingga ia menegakkan (meluruskan) punggungnya ketika ruku’ dan sujud” (HR. Abu Dawud: 1/ 533)

Semoga kita senantiasa memperbaiki shalat kita, agar tujuan shalat yang tertuang dalam Al Qur’an surat Al-’Ankabuut ayat 45 benar-benar dapat terwujud. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari perbuatan keji & mungkar. Wallahu a’lam bis showab.

Sumber: http://www.dakwatuna.com/2012/12/05/24937/para-pencuri-shalat/#ixzz2iFHH39IN
Follow us: @dakwatuna on Twitter | dakwatunacom on Facebook

Saturday, October 19, 2013

Dr Johari: Tidak Wujud Syiah, Kalau Mereka Nafi Apa Yang Ada Dalam Kitab...




Dr Johari: Tidak Wujud Syiah, Kalau Mereka Nafi Apa Yang Ada Dalam Kitab Induk Mereka



Kita sering juga dihidangkan dengan penafian golongan Syiah atau simpatisan Syiah terhadap pelbagai tuduhan yang ditujukan kepada Syiah. Tuduhan berkenaan ada yang sampai ke peringkat kufur. Antaranya ialah, mereka mengkafirkan majoriti sahabat termasuk sahabat besar dan para isteri Rasulullah s.a.w. Dan pelbagai tuduhan berat lainnya. Mereka akan menafikan dengan mengatakan ia adalah fitnah.
Tahukah anda bahawa segala pertuduhan berat yang ditujukan kepada Syiah diambil dari kitaab-kitab induk mereka sendiri? Bukan rekaan Ahlus Sunnah.

Tahukah anda apa akan terjadi jika mereka benar-benar menafikan segala tuduhan-tuduhan berkenaan? Jika mereka menafikannya, bermakna Syiah itu tidak wujud dan tidak perlu wujud..

Antara isikandungan video:

1. Dakwaan tentang kesesatan Syiah boleh dibaca sendiri dalam kitab-kitab induk mereka. Ia memang benar-benar wujud di dalam kitab berkenaan. Kalau syiah tak mengakui apa yang ada dalam kitab induk mereka seperti Usul Kafi dll, maka tak wujud apa yang dinamakan Syiah

2. Kenapa orang Malaysia benci sangat dengan Muawiyah dan Yazid? Kerana sejarah Islam tidak ditulis dengan betul.

3. Asyura.. Apa Itu Asyura? Jawab: Bermaksud kesepuluh.
Kenapa buat bubur pada hari Asyura (10 Muharram)? Jawab: Kerana nak mematikan Sunnah berpuasa pada hari berkenaan.

4. Prinsip Syiah Imamiyah: Perlu Lakukan Yang Bertentangan Dengan Ahlus Sunnah
Ulama Syiah bila ditanya: Bagaimana jika seorang Syiah berada di kalangan Ahlus Sunnah mahu bertanya hukum-hakam?

Jawab: Tanyalah ulama Ahlus Sunnah. Kalau mereka menjawab halal, ia bermaksud haram.

Video: 

Dr Johari: Tidak Wujud Syiah, Kalau Mereka Nafi Apa Yang Ada Dalam Kitab Induk Mereka

Video of Dr Johari: Tidak Wujud Syiah, Kalau Mereka Nafi Apa Yang Ada Dalam Kitab Induk Mereka

Solat Subuh Menjadi Penghalang Masuk Neraka ?



SOLAT SUBUH MENJADI PENGHALANG MASUK NERAKA?

Rasulullah SAW bersabda : "Tidaklah akan masuk neraka orang yang melaksanakan solat sebelum terbitnya matahari (yaitu solat subuh) dan solat sebelum tenggelamnya matahari (yaitu solat asar)." (H.R. Muslim no. 634)

SOLAT SUBUH JAMINAN MASUK SYURGA

Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang mengerjakan solat bardain (yaitu solat subuh dan asar) maka dia akan masuk syurga." (H.R. Bukhari no. 574 - Muslim no. 635)

SOLAT SUBUH DAPAT PAHALA SEPERTI SOLAT SEMALAMAN

Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang solat isya' berjamaah maka seolah-olah dia telah solat malam selama separuh malam. Dan barangsiapa yang solat shubuh berjamaah maka seolah-olah dia telah solat seluruh malamnya." (H.R. Muslim no. 656)

SOLAT SUBUH MENDAPAT JAMINAN KESELAMATAN

Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah. Oleh karena itu jangan sampai Allah menuntut sesuatu kepada kalian dari jaminan-Nya. Kerana siapa yang Allah menuntutnya dengan sesuatu dari jaminan-Nya, maka Allah pasti akan menemukannya, dan akan menelungkupkannya di atas wajahnya dalam neraka jahannam." (H.R. Muslim no. 163)

BERCAHAYA DI HARI KIAMAT

Rasulullah SAW bersabda : "Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan dalam kegelapan (Isya' dan Subuh) menuju Masjid, dengan cahaya yang sangat terang pada hari Kiamat kelak."
(H.R. Ibnu Majah - Tirmidzi)

SOLAT SUBUH LEBIH BAIK DARI DUNIA DAN ISINYA

Rasulullah SAW bersabda :
"Dua rakaat solat subuh itu lebih baik dari dunia beserta isinya." (H.R. Muslim - Ahmad)

PARA MALAIKAT MENYAKSIKAN

Allah SWA berfirman : "Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat Subuh tu disaksikan (oleh malaikat)." (Q.S. Al-Isra' 78)

Rasulullah SAW bersabda : "Dan para malaikat malam dan malaikat siang berkumpul pada shalat fajar (subuh)." (H.R. Bukhari no. 137 - Muslim no. 632)

SubhanAllah...
Begitu banyak keistimewaan yang tersembunyi dibalik solat subuh. Sungguh merugilah kita yang telah sengaja meninggalkan serta melalaikannya.

Semoga kita tetap menjadi Umat Nabi Muhammad SAW yang senantiasa istiqamah dalam melaksanakannya. Niscaya kita akan termasuk golongan orang-orang yang beruntung di dunia juga di akhirat kelak. InsyaAllah.

Semoga catatan ini bermanfaat untuk kita semua. Dan menjadikan kita sebagai insan yang selalu istiqamah menjalankan solat subuh...

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin...

Follow @ Like : Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

[Admin] MD Akmal

Monday, October 14, 2013

Top 10 superfoods for women



Top 10 superfoods for women

(NaturalNews) Rushed. That's how women feel in the modern age. In a hurry to get the house cleaned, the shopping done, the kids to school, that presentation for work ready. No one expects more from us than we expect from ourselves. Trying to cram 30 hours of ToDos into each day means we are bound to cut corners. The corners we most often cut are those we need for our own health. We are accustomed to 'sucking it up.' Always planning for 'when things settle down,' we aren't willing to accept that chaos is the new normal.

If you find yourself thinking you'll wait until the kids are older before you get back to the gym, or feeling guilty about swinging through the drive-thru one more time, consider this: 80 percent of your immunity comes from you gut, and therefore, your diet. Your physical and mental performance is directly affected by what you eat. If you need more energy and brainpower, you've got to make your diet more of a priority.

The nutrients you need to run on 'optimum'
Everyone, including women, need to eat nutrient-rich foods to maintain their health. One area in your budget you should probably try to increase is your food budget. We all spend money on our health. It is a toxic, crowded world and there is no escape from that expense. You can choose if you spend less money on food and more on medicine, or more on better food and supplements and less on medicine. With the latter, you'll have a better quality of life, but it does take more time and effort.

The nutrients we need our food to be rich in include:

• Protein for muscle and strength

• Iron for our blood

• Folic acid for the formation of both red and white blood cells

• Chromium for healthy blood sugar

• Calcium for bones and teeth

• Magnesium for many things including healthy organs

• Vitamin D for heart and bone health

• Vitamin C for immunity and antioxidants

• B vitamins for adrenal health and to fight stress

• Enzymes for digestion and nutrient absorption

• Fiber to get the most out of your food and help fight disease

• Essential fatty acids to nourish your brain and vascular system

• Lots of good, clean water

Superfoods provide optimum nutrition
The best way to get all of these nutrients every day is to incorporate foods into your diet that will do double duty. Superfoods usually provide more than just a few vitamins and minerals. They nourish your body with essential vitamins and minerals, while also helping to fight disease, providing you with balanced health.

The top 10 superfoods for women:

1. Dark green leafy vegetables. This is what humans were designed to eat as the main portion of our diet, and what Americans don't get enough of - things like kale and Swiss chard. The nutrients are too numerous to list, but include lots of vitamins, minerals, amino acids, antioxidants, powerful phytochemicals, and more that will ensure optimum functioning for your body. This is where you'll get your folic acid, hormone support, liver support, disease prevention, proper pH, and even some iron and protein. Cruciferous vegetables such as broccoli and brussel sprouts are invaluable as well.

2. Lean meat, beans, and legumes. You must have a clean, healthy source of protein and iron. Grass-fed beef or lamb are good choices, as are many beans and lentils. Low in fat, high in fiber beans are very nutritious and a staple in vegetarian diets. Garbanzo beans, red kidney beans, black beans; easy to cook, inexpensive, versatile.

3. Whole grains. Important for fiber and energy, carbohydrates are downright dangerous to your health when they are over-processed and from GMO sources. Whole wheat does not mean whole grain. Consider some of the less used (and processed) ancient grains such as quinoa, spelt, and amaranth.

4. Fresh organic fruit. Full of flavonoids, antioxidants, enzymes, fiber (eat the peel!), and vitamins, fruit is the 'sweets' you were designed to eat (not sugar). On the superfood list: blueberries, goji berries, cranberries, cherries, kiwis, etc.

5. Nuts and seeds. EFAs, ALAs, fiber, good fats, these superfoods are disease fighters. Chia seeds and flax seeds (and meal) have lignans that fight breast cancer by inhibiting the growth and development of tumors. Almonds, walnuts, pistachios, and other nuts provide healthy fats necessary for everything from a healthy heart to healthy joints.

6. Avocado. Full of healthy fats, antioxidants, and phytonutrients, avocados will lower triglycerides, nourish your brain, and prevent wrinkles. One of the best anti-aging foods you can consume, avocados are versatile - add to a smoothie, spread on a sandwich, or top a wrap with slices.

7. Fish. The essential fatty acids (EFAs) found in fish such as wild-caught salmon and sardines are essential to your health. They are also a good source of low-fat protein. If you are concerned about the health of our oceans, you can get your EFAs from things like flax and walnuts.

8. Chocolate. That's right. If you stick to this list, you'll need a reward. Why not some antioxidant-rich dark chocolate? A good-for-you treat, a little goes a long way and will help satisfy your sweet tooth.

9. Spice it up. Cooking at home allows you control over the ingredients you consume, and the opportunity to make your food extra nutritious by adding some time-honored flavorings known for their health benefits. Cook with garlic, onion, mushrooms, cinnamon, turmeric, rosemary, and others. All have wonderful flavors and immune-boosting properties.

10. Spirulina and chlorella. Not necessarily easy to eat, these amazing superfoods are worth their weight in gold to your health. Add to smoothies or take as a supplement to fight and prevent disease and maintain optimum health. For more information, check out the links below.

Additional guidelines
Ask yourself before you eat if the food you are looking at is nutrient-rich or nutrient-poor, and eat accordingly. Try to eat at least eight different colored foods each day. Raw foods are the only way to get enzymes, which are the key to good digestion and fewer allergies. You must grow your own food or buy organic food to get enzymes, or take supplements, as all other foods are irradiated which kills them. You also need probiotics for good gut health. Eat fermented foods such as sauerkraut or yogurt, especially after taking pharmaceutical antibiotics. Make and take your food rather than eating out; that's the best way to know what you're getting and to avoid the time crunch that ends up with you at the drive-thru window. Don't forget to address underlying emotional issues because they will affect your health in the long-run. Lastly, do invest some time in top quality whole-food based vitamins and supplements for those days when you don't get enough superfoods.

Sources for this article include:

http://www.fitnessmagazine.com

http://www.health.com/health/gallery/0,,20331905,00.html

http://www.totalbeauty.com/content/gallery/must-eat-superfoods

http://www.cookinglight.com

http://www.naturalnews.com/035763_avocado_superfood_anti-aging.html

http://www.naturalnews.com/036086_chlorella_superfood_algae.html

http://www.naturalnews.com/036101_spirulina_superfood_nutrients.html

Learn more: http://www.naturalnews.com/042436_superfoods_women_optimum_nutrition.html#ixzz2hg5j6LWM

~Friday, October 11, 2013 by: Willow Tohi

 http://www.naturalnews.com/042436_superfoods_women_optimum_nutrition.html#ixzz2hQlJIUVv

Sunday, October 13, 2013

Derajat Tinggi bagi yang Berhaji

 
 DERAJAT TINGGI BAGI YANG BERHAJI

Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

فَإِنَّّ لَهُ حِينَ يَخْرُجُ مِنْ بَيْتِهِ أَنَّ رَاحِلَتَهُ لَا تَخْطُو خُطْوَةً إِلَّا كُتِبَ لَهُ بِهَا حَسَنَةٌ أَوْ حُطَّت عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةٌ فَإِذَا وَقَفَ بِعَرَفَةَ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: انْظُرُوا إِلَى عِبَادِي شُعثاً غُبراً اشْهَدُوا أَنِّي [ص: ٣٥٧] قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ ذُنُوبَهُمْ وَإِنْ كَانَ عَدَدَ قَطْرِ السَّمَاءِ وَرَمْلِ عالجٍ وَإِذَا رَمَى الْجِمَارَ لَا يَدْرِي أَحَدٌ مَا لَهُ حَتَّى يُوَفَّاهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَإِذَا حَلَقَ رَأْسَهُ فَلَهُ بِكُلِّ شَعْرَةٍ سَقَطَتْ مِنْ رَأْسِهِ نُورٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَإِذَا قَضَى آخِرَ طَوَافِهِ بِالْبَيْتِ خَرَجَ مِنْ ذُنُوبِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أمه)

"Sesungguhnya baginya semenjak ia (seorang yg berhaji) keluar dari rumahnya, bahwasanya tidaklah hewan tunggangannya melangkahkan kakinya selangkah kecuali dicatat baginya sebuah kebaikan atau dihapuskan baginya satu keburukan. Jika ia wuquf di Arofah maka Allah turun ke langit dunia lalu Allah berkata : Lihatlah hamba-hambaKu datang memenuhi panggilanKu dalam kondisi rambut semerawut dan penuh dengan debu, maka saksikanlah (wahai para malaikat) sesungguhnya aku telah mengampuni dosa-dosa mereka meskipun sebanyak butiran-butiran air hujan, meskipun sebanyak butiran-butiran pasir yang menjulang.

Jika ia melempar jamarot maka ia tidak tahu apa ganjaran yang akan ia peroleh hingga Allah akan memenuhi ganjarannya pada hari kiamat. Jika ia menggundul kepalanya maka setiap helai rambut yang jatuh dari kepalanya akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat. Jika ia telah selesai dari putaran towafnya yang terakhir maka ia keluar dari dosa-dosanya sebagaimana hari ia dilahirkan oleh ibunya" (Shahih Ibni Khuzaimah no 1984, dinyatakan oleh Syaikh Al-Albani : Hasan ligoirihi)

Faedah hadits ;

1, Tingginya derajat orang yang melaksanakan haji, karena setiap langkahnya akan meninggikan derajatnya dan menggugurkan dosanya

2, Banyaknya sebab ampunan dosa bagi seorang haji, langkah kakinya, wuqufnya, gundulnya, dan juga thowafnya

3, Keutamaan mencukur gundul kepala, berbeda dengan yang hanya mencukur pendek meskipun merata di seluruh kepala, apalagi yanga hanya mencukur sedikit helai rambut

4, Seorang yang haji dengan naik kendaraan tidak mengurangi pahala sang haji, langkah kaki hewan tunggangannya seperti langkah kakinya.  Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam berhaji dengan naik onta, bahkan beliau jugu wuquf sambil di atas onta beliau.

5, Allah membanggakan para jama'ah haji dihadapan para malaikat, bahkan Allah mempersaksikan kpd para malaikat bahwa Allah telah mengampuni para jama'ah haji di padang Arofah

6, Sebagian ganjaran tdk dijelaskan oleh Nabi -seperti ganjaran melempar jamarot-, Nabi hanya menyatakan bahwa ganjaran tersebut hanya bisa diketahui pada hari kiamat. Ini menunjukkan besarnya ganjara tersebut

7, Dzohir sabda Nabi "hari dilahirkan dari perut ibunya" menunjukan seluruh dosa -termasuk dosa besar- akan diampuni oleh Allah

Semoga Allah memudahkan para jama'ah haji dan menerima ibadah mereka.

By: Ust. Firanda Andirja
 

Friday, October 11, 2013

Tanah Haram pada tanahnya, bukan orangnya...

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131009/re_05/Tanah-Haram-pada-tanahnya-bukan-orangnya

Tanah Haram pada tanahnya, bukan orangnya...


DALAM jutaan jemaah haji ke Tanah Haram Mekah ini bukan semuanya ikhlas yang datang untuk beribadah. Seorang Arab di sini berkata kepada saya: "Tanahnya ialah Haram, orangnya tidak haram. Di sini semua boleh jadi."

Namun bagi kita orang Asia Tenggara - saya sebut Asia Tenggara - insya-Allah kita masih terdiri daripada golongan jemaah yang paling lemah-lembut, pemurah, pembeli-belah tegar dan ikhlas dalam tujuan datang ke sini untuk beribadat.

Bagi hamba Allah yang lain pula, saya melihat mereka beribadat mengikut cara masing-masing. Ada yang terlalu ekstrem, kasar dan tidak pedulikan orang lain. Ia boleh dilihat semasa bertawaf.

Apa yang saya ingin tekankan di sini minggu ini ialah tentang kejadian kecurian. Rupa-rupanya banyak juga yang panjang tangan di sini. Pencuri ini tidak kisah sama ada ia dilakukan di Tanah Haram, Tanah Suci atau Tanah Halal. Itu adalah pekerjaan mereka sebagai pencuri.

Mereka datang ada sebab, iaitu mencuri dan taktik mereka cukup licik. Seorang pegawai Tabung Haji berkata kepada saya "mereka ini adalah sindiket".

Jika saya katakan mereka ini tidak kisah ia berlaku di Tanah Haram Mekah, mereka juga tidak kisah jika perbuatan itu dilakukan di dalam masjid paling suci di dunia orang Islam iaitu di Masjidil Haram.

Akhbar Saudi Gazette Jumaat lalu melaporkan para pegawai keselamatan Masjidil Haram menahan seorang lelaki yang didakwa mencuri dompet duit seorang wanita semasa waktu solat. Pegawai juga menemui pada badannya wang tunai 26,000 riyal (kira-kira RM22,000) dan sejumlah telefon bimbit. Pencuri itu mengaku mencuri daripada pelbagai jemaah haji yang sedang sibuk beribadah.

Sebagaimana saya nyatakan, itu adalah pekerjaan mereka. Mereka datang bermusim dan tindak-tanduk mereka cukup hebat. Rata-rata jemaah Malaysia yang saya temui mempunyai pengalaman tersendiri, kena curi.

"Kalau saya jumpa lagi perempuan hitam itu mahu saya tempeleng dia. Wajah dia masih terbayang-bayang," kata seorang jemaah kepada saya semalam.

Dia hilang wang tunai 500 riyal apabila perempuan itu dalam beberapa orang menghimpitnya dan menyeluk ke poket jubahnya. Yang hairan, perempuan itu tahu pula di dalam poketnya ada wang tunai.

Seorang lagi jemaah lelaki kita baru menukar wangnya di premis tukaran mata wang. Semasa berjalan, taktik yang sama dilakukan oleh sekumpulan wanita dan poketnya ditetas. Wang tunainya sebanyak 3,000 riyal lesap.
Kejadian yang sama berlaku kepada isteri saya malam semalam, selepas solat Isyak di Dataran Masjidil Haram. Telefonnya diambil orang daripada 'beg terkenal' jemaah haji muasasah Malaysia musim ini - beg sandang berwarna kuning - tajaan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Selepas solat selesai, beribu-ribu jemaah berebut-rebut beredar dan ketika isteri saya menuju ke arah saya, saya sedar seorang wanita Afrika berjubah hitam masih mengikutinya dan hanya beredar setelah kami bersama.

Ketika itu terlintas di hati saya sesuatu dan saya berkata kepada isteri saya secara spontan "jaga baik-baik beg galas itu" bimbang nanti ada yang seluk.

Kebimbangan saya terjawab apabila dia mencari telefonnya, telefon itu sudah lesap. Isteri saya tidak sedar langsung yang begnya diusik.

Mungkin kerana naluri seorang suami, saya ada memberitahunya semasa kami hendak keluar dari hotel ke masjid semasa Asar, supaya jangan bawa beg kuning itu. Tetapi alasannya, "macam-macam ada di dalam beg itu."

Semasa saya singgah makan di sebuah kedai makan Malaysia selepas kejadian itu dan kebetulan berjanji dengan rakan sepasang suami isteri yang baru tiba, saya bertanya kepada mereka "apa ada di dalam beg itu?"
 Rakan saya itu berkata, "Semua ada. Dompet, dokumen, telefon semua ada."

Bagi saya itulah yang juga ada dalam fikiran pencuri-pencuri itu. Mereka tahu dalam "beg kuning" jemaah haji Malaysia itu "semua ada" dan itulah sasaran mereka.

Seloroh seorang jemaah, beg itu beg BSN. "Nama beg pun bank, mestilah banyak duit..."

Semasa berjalan ke masjid waktu Subuh semalam, saya membuat sedikit ujian. Saya melihat orang Malaysia begitu bersahaja membawa beg kuningnya silang ke belakang. Saya menarik beg salah seorang jemaah. Dia terkejut. Saya mohon maaf dan menerangkan tujuan saya. Saya tanya apa ada dalam beg itu. Dia juga kata "macam-macam ada".

Pada subuh itu juga semasa keluar dari lif hotel, seorang lelaki mengadu beg kuningnya sudah lesap di masjid. Semalam dia membuat laporan kepada pihak Tabung Haji.

Mulai sekarang pihak Tabung Haji harus memberitahu jemaah supaya berhati-hati kerana "beg kuning" itu sudah menjadi "sasaran" pencuri.

Seorang sahabat saya yang juga warganegara Arab Saudi ketika kami berkunjung makan malam di rumahnya beberapa malam lalu, serius berkata:
"Kejadian mencuri menjadi-jadi semasa musim haji. Ia lebih teruk sekarang apabila kerajaan Arab Saudi sudah melonggarkan peraturan potong tangan kepada pesalah mencuri."

Pihak Tabung Haji juga menerima banyak laporan kehilangan wang tunai oleh jemaah haji kita.
Notis peringatan dilekatkan di dalam lif-lif hotel masing-masing. "Banyak kejadian kehilangan wang tunai dilaporkan ketika berada di masjid. Elakkan membawa wang dalam jumlah yang besar."
Benar, Tanah Haram adalah bagi kita orang Islam di Asia Tenggara.

Kita acap kali dipesan oleh mutawif, jika jumpa barang yang tercicir, jangan ambil. Biarkan sahaja. Ini adalah Tanah Haram.
Jika hilang selipar itu bukan cerita lagi. Saya sempat perhati semasa selesai umrah baru-baru ini, ramai jemaah tercari-cari selipar mereka yang lesap "diambil orang" dalam kumpulan yang besar dari rak kasut. Selipar saya pun hilang.

Bagi warga negara lain, kelakuan mereka sukar dijangka. Ada yang tidak tahu menjaga kebersihan. Berebut-rebut. Meludah di dataran masjid, dan solat ikut suka di mana-mana sekali pun.

Pihak keselamatan masjid yang saya perhatikan amat pening dengan perangai itu, sehingga tersembur di mulut mereka "astagfirullahhh..."
Sejuta satu macam kelakuan dan perlakuan dapat dilihat di Tanah Haram ini.

Sebagai seorang wartawan yang dilatih menggunakan ketajaman pancaindera, saya dapat menzahirkannya melalui tulisan ini.
Orang lain hanya boleh sekadar merungut dan berkata-kata sahaja.

Memang benar, cabaran di Tanah Haram ini sungguh hebat sekali. Tempat ini amat sukar dijangka. Ia seperti kisah Seribu Satu Malam. Sesuatu boleh berlaku hanya dengan berkata-kata di hati sahaja.
Memang benar di sini ialah Tanah Haram. Di sini juga ada orang yang baik dan jahat. Yang putih dan hitam. Yang ikhlas dan munafik.

Memang benar tanahnya yang Haram, orangnya tidak.
Bukan sahaja pencuri, yang mengambil kesempatan pun ramai. Pemandu teksinya pun bukan semuanya amanah. Peniaga pun ada yang cuba mengaut untung yang besar.

Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau Maha Besar, Kaulah juga Yang Maha Mengetahui dari sekecil-kecil zarah, sehinggalah sebesar-besar perkara. Allahualam.