Wednesday, April 30, 2014

Apa Itu Islam Moderate


     


     
  •  Apa Itu Islam Moderate
    1. Kewujudan gerakan Islam tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.

    2. Isu ini berkaitan dengan masa depan gerakan Islam, yang secara langsung mempengaruhi masa depan Islam.

    3. Kita akan mengkaji kajian RAND Corporation yang berperanan besar dalam hala tuju pertembungan antara Islam dan barat.

    4. Selepas kejatuhan Soviet Rusia 1991, Amerika tidak ada musuh kecuali dunia Islam. Lalu mereka mengkaji bagaimana berhadapan dengan dunia Islam.

    5. Selepas peristiwa 11 Sept 2001, Amerika memfokuskan kepada dunia Islam, siapakah musuh sebenar mereka di kalangan umat Islam.

    6. Kumpulan pengkaji mencadangkan agar mereka mengambil pengajaran daripada Perang Dingin (melawan Rusia).

    7. Iaitu membina jaringan dengan kumpulan Islamis yang liberal, sekular (dipanggil muslim moderate) untuk berhadapan dengan kumpulan Islamis yang tulen (dipanggil sebagai ekstrimis).

    8. Moderat itu asalnya milik kita (wasatiyah) tetapi mereka ambil istilah itu untuk kumpulan Islamis yang liberal dan sekular.

    9. Moderate di sisi mereka ialah mereka yang menepati ciri-ciri yang mereka telah tetapkan.

    10. RAND Corporation asalnya badan strategi peperangan Amerika, dibiayai oleh Ford Foundation (Yahudi), mempunyai 1600 penyelidik dan staf, mendapat peruntukan 100-150 juta USD setahun.

    11. Ada beberapa kesilapan Amerika sebelum ini:
    - Tersilap kerana menyokong kumpulan Islamis di Jordan. Pengajarannya ialah perlu mengenal pasti kumpulan Islamis yang bagaimana untuk disokong.
    - Tersilap kerana membiarkan Hamas memenangi ruang demokrasi dalam pilihan raya.

    12. Penubuhan civil society digalakkan. Meskipun kumpulan itu hanya 5 orang dan membawa perjuangan yang salah. Bertujuan sebagai penghubung antara masyarakat dan kerajaan, menuntut apa sahaja yang mereka mahukan.

    13. Liberal semakin laju apabila civil society makin banyak dan makin aktif.

    14. Sebaliknya dalam kerajaan diktator, tiada perhimpunan boleh dianjurkan, kesannya liberal tidak boleh bernafas.

    15. Seorang wartawan Yahudi berpengaruh menulis dalam kolum di Washington Post berkata, kita perlu mewujudkan peperangan di dalam Islam (war within Islam)

    16. Tindakan mereka seterusnya ialah mengenal pasti kumpulan moderat dan liberal sebagai wakil mereka yang akan buat agenda mereka. Tidak perlu mereka sendiri yang bertindak.

    17. Peranan muslim moderate ialah berbincang tentang perkara fundamental dan asas seperti murtad, hudud, hak asasi manusia, kebebasan beragama dan lain-lain.

    18. Ciri-ciri muslim moderate: komitmen kepada demokrasi seperti yang difahami oleh barat.

    19. Mereka mengkaji, orang Islam terbahagi kepada dua dalam menilai demokrasi: iaitu kumpulan memahami demokrasi sebagai nilai universal, satu lagi yang melihat selari dengan konsep syura Islam. Mereka tidak kisah antara dua cara faham demokrasi ini, tetapi yang mereka mahukan ialah result yang memastikan demokrasi itu memihak kepada liberal dan hak asasi manusia.
     


  •  

No comments:

Post a Comment