Friday, April 25, 2014

Aspek keadilan- Dr Mahathir


Salam,

Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan melulu yang dikenakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan dengan hudud.

Pertama .

Jangan hanya baca tajuk sahaja, setiap berita memerlukan headline yang cukup kuat untuk menarik pembaca untuk membaca. Tetapi sayang, mereka hanya mainkan dengan menggunakan tajuk utama seperti contoh

http://www.astroawani.com/news/show/tun-m-teguh-dengan-pendirian-tetap-tidak-setuju-dengan-hudud-34695

Tapi kandungannya orang tak peduli pun!

Kedua

Tun Dr Mahathir dari dulu sehingga sekarang sangat konsisten berkenaan dengan hukum hudud. Beliau sendiri percaya hudud memang salah satu syariat Islam (boleh baca artikel dalam Astro Awani itu dan beberapa video-video mengaitkan beliau dengan pendirian beliau terhadap hudud)

Tetapi beliau menekankan aspek keadilan. Beliau sendiri 'mengira' keadilan disebut 43 kali dalam Al Quran. Beliau mempersoalkan adakah manusia boleh berlaku adil dengan membezakan hukuman untuk orang Islam dan bukan Islam?

Nak selesai kes Adun Selinsing , kes Mat Sabu pun ada double standard inikan pula nak implement hudud.

Sejak dulu itu sahaja point untuk beliau mempertahankannya. Malah, faktor tidak kondusif , ketiadaan saksi yang bebas melakukan dosa besar juga menjadi faktor.

Jika nak lakukan hukum hudud, boleh malah saya yakin Tun Dr Mahathir juga setuju jika ia akan berlaku adil. Malah ketika menjadi PM dulu, Tun Mahathir menolak surat kepada TG Nik Aziz meminta TG Nik Aziz untuk meminda undang2 tersebut kerana tidak berlaku adil.

Saya ulang, KEADILAN. Malah, draf undang-undang hudud dua negeri (Kelantan dan Terengganu) pun ada perbezaan, bagaimana pula boleh mengaku ianya adalah Hukum Allah? Tun mengakui hukuman yang ditulis dalam Al-Quran seperti memotong tangan dan sebagainya, tetapi yang dipersoalkan adalah undang-undang ini perlu digunakan keatas seluruh rakyat tanpa mengira agama.

Dalam hudud yang didrafkan oleh PAS, ia mengatakan bahawa undang-undang hudud PAS ini hanya terpakai kepada umat islam. bagi orang kafir, mereka tidak perlu mengikut undang-undang hudud dan boleh mengikut undang-undang sivil. Disinilah berlaku ketidak adilan. Bagaimana boleh satu jenayah yang sama dilakukan oleh dua orang yang berbeza dari segi agama dihukum dengan dua bentuk hukuman yang berbeza. Ini dinamakan tidak adil dan kita tahu bahawa keadilan amat penting dalam islam.

-SSTDMM


No comments:

Post a Comment