Tuesday, October 28, 2014

KENAPA PERLU BERDOA?






KENAPA PERLU BERDOA?
 
Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita zahirkan maupun yang kita sembunyikan. Walaupun kita tidak beritahu hajat atau permintaan kita, Allah tetap tahu segalanya. Jadi kenapa perlu lagi kita berdoa?

Kerana berdoa itu satu tugas pengabadian. Kita mengaku ynng kita ini lemah, miskin, jahil. Kita mengaku yang kita memang amat memerlukan Allah lebih dari segala2nya.

Berdoalah kerana Allah sentiasa mendidik hamba2Nya agar selalu berdoa kepadaNya. “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombong diri daroipada menyembahKu akan masuk neraka jahanam denagn keadaan hina-dina.” Surah Al-Ghafir 40:60

Para rasul dan nabi juga mendidik umatnya agar berdoa setiap ketika dan keadaan. Rasulullah s.a.w. khususnya mengajar kita berdoa bermula dari bangun tidur, masuk dan keluar tandaas, memakai baju, makan, inum, menaiki kenderaan, memulaidan mengakhiri majlis, bersin, menguap hinggalah kita tidur semula. Inilah cara hidup yang menjadi tradisi orang2 soleh.

Islam ini unik. Bukan sahaja ketika melaksanaka urusan besar kita berdoa namun untuk urusan yang dipandang remeh-temeh juga kita dianjurkan agar berdoa
   

Dapat dirumuskan ada 6 sebab Doa itu penting.

1. Kita akan mengekalkan hubungan kita dengan Allah setiap masa.
Allah itu Maha Mendengar. Dia mendengar segala rintihan, aduan, kebimbangan, luahan rasa hamba2Nya pada setiap detik waktu, masa, hari tempat dan ketika. Antara suara yang paling Allah s.w.t. cintai selain dari tangisan hamba2Nya yang bertaubat ialah doa dari hamba2Nya yang meminta.
Allah sudi mendengar keluhan, rintihan, permintaan dari hamba2Nya tanpa jemu tanpa mengira pangkat, bangsa, darjat, harta atau rupa. Tak kira samada yang memohon itu seorang raja atau hanya seorang pengemis jalanan.
Sebab itu orang yang selalu berdoa tidak akan stress atau murung kerana ‘talian hayat’ dengan Allah sentiasa bersambung.
Manakala orang yang tiada Allah dalam hatinya akan mati jiwanya, hilang ketenagan, kebahagiaan dan keharmoniaan walaupun dia memiliki segal2nya.

2. Istiqamah dalam melakukan perubahan ke arah kebaikan
Untuk jadi orang yang berjaya, manusia perlu lebih baik dari hari semalam. Untuk itu doa menjadi kunci menggamit pertolongan Allah untuk melakukan perubahan yang dimaksudkan.
Gabungan takdir ( dengan berdoa) dan takbir (dengan berusaha), insyaAllah kita kan berjaya berubah ke arah yang lebih baik.

3. Didampingi Malaikat dan Dijauhi Syaitan
Contoh paling mudah ialah makan. Jika kita terlupa makan maka syaitan akan berkongsi makan dengan kita maka hilang keberkatan makanan itu. Syaitan sentiasa cuba sedaya-upaya menghasut, menimbulkan perasaan takut, was2, riak, tamak dalam hati kita. Syaitan menyajikan seks, arak, judi, dadah, hiburan yang kononnya boleh menghilangan segala kebuntuan. Sebenarnya semua itu akan lebih membawa kepada kehancuran dan memberi ‘kelegaan’ yang sementara sahaja. Untuk menghindari segala ini kita perlu sentiasa berdoa agar malaikat selalu mendampingi kita dan lidah, mata dan semua anggota kita terpelihara dan keputusan dan tindakan yang kita buat lebih rasional dan tepat

4. Rasa berkongsi menghadapi kebuntuan
Fitrah semulajadi manusia apabila dirundung masalah perlu diluahkan agar ‘lega’, tidak kira luahan pada rakan paling rapat atau pada media dsbnya.
Kadang2 kita malu untuk mengadu atau bimbang dengan kreaadibiliti orang yang mendengar luahan hati kita sehingga masalah bersarang di hati menjadi racun memakan diri. Kerapkali orang yang mendengar hanya boleh bersimpati tetapi tidak boleh memberi jalan penyelesaian. Silap pilih orang ia memakan diri.
Dengan berdoa kita seolah-olah ‘berkata-kata’ dengan Allah. Semasa kita merayu, memohon, mengadu dan meluahkan segala2nya pada Allah, kata2 kita semasa itu seperti membentangkan masalah kita di hadapanNYa. Selalunya selepas ‘berdialog’ dengan Allah hati kita kan jadi tenang dan kelegaan pasti dirasai dan masalah kita sudah separuh selesai. Jalan yang buntu sudah terang jalan keluar. “Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.” Surah Al-Ra’d 13:28
Profesor Dr. Hamka pernah berpujangga, “ Ketika pintu di bumi sudah tertutup segalanya, pintu di langit sentiasa terbuka!” Apabila insan tidak lagi boleh diharap untuk mendengar masalah kita, kita masih ada Allah.

5.
Menyalakan jana kuasa dalam dri untuk bertindak

Rasulullah s.a.w. tegaskan dalam hadisnya “ Doa itu senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.” Riwayat al-Hakim no 1218
Semasa berdoa seseorang manusia meningkatkan keupayaan tenaga dalam diri mereka dengan menyerahkan diri kpda sumber tenaga yang tidak terhad. Interaksi dan komunikasi kepada sumber tenaga Yang Maha Hebat ini akan meledakkan satu kuasa baru.
Lihat sajalah pada sumber tenaga dan kuasa yang dimiliki oleh para Rasul apabila berdepan dengan kuasa2 besar yang menghalang kebenaran yang ingin disampaikan. Kuasa impak dari doa2 mereka, Namrud, Firaun, kafir Quraish yang mempunyai kuasa, harta dan bala tentera yang besar tewas apabila berhadapan dengan Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w. Doa antara faktor kejayaan mereka.
Walaupun doa itu satu senjata namun Rasulullah juga sering mendokan agar kaumnya mendapat taufik dan hidayah.

6. Menghindar Penyakit Fizikal.
Sains perubatan terkini berjaya menemukan pelbagai ubat2an yang berjaya melawan virus dan bakteria yang membunuh manusia. Namun ubat2an ini tidak mampu untuk menyekat emosi kerisauan, ketakutan, kebencian, kemurungn yang semakin menular dalam kehidupan kita masa kini. Semua emosi yang negatf itu memberi impak yang besar dan langsung kepada fizikal manusia seperti sakit jantung, kencing manis, malah lumpuh juga. Hanya dengan mengingati dan berharap dengan Allah sahajalah hati akan menjadi tenang sekaligus dapat mengubat hati dan fikiran kita dari sifat2 mazmumah yang menjadi punca kepada penyalkit fizikal.

Berdoalah kerana sifat malas berdoa ialah tanda kekerasan hati dam kesannya akan menyebabkan kita susah di dunia dan azab di akhirat. Sebaliknya dengan berdoa hati akan menjadi lembut, fikiran menjadi cerdas, hati akan menjadi tenang dan anggota menjadi lebih cergas.


~ Legacy Secret Trading

No comments:

Post a Comment