Thursday, October 23, 2014

Soalan Lazim Tentang Qasidah dan Jawapan.






Soalan Lazim Tentang Qasidah dan Jawapan.

Soalan # 1:
“Salahkah kami berselawat ke atas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam?”
Jawapan:
Tiada siapa yang menghalangi anda untuk berselawat kerana jelas ia adalah sebahagian daripada perintah Allah dan ajaran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Namun yang menjadi persoalan adalah, bagaimanakah cara yang benar untuk berselawat kepada baginda shallallahu ‘alaihi wasallam?
Jawapannya tidak lain, sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah menerusi hadis-hadisnya yang sahih. Sebagaimana kita tidak dibolehkan mereka cipta tatacara ibadah solat, puasa dan haji, maka demikianlah dengan selawat. Hendaklah kaedah berselawat kita benar-benar berasal daripada ajaran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bukannya suatu yang direka-reka oleh manusia biasa.

Soalan # 2:
“Salah satu tujuan kami berqasidah adalah ingin memohon pertolongan atau syafaat secara terus kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Adakah perbuatan kami ini bercanggah dengan ajaran Islam?”
Jawapan:
Betul, perbuatan kamu adalah bercanggah dengan ajaran Islam jika ditinjau daripada beberapa sisi. Antaranya:
1. Bercanggah dengan Sunnah Rasulullah. Terdapat banyak cara yang diajarkan oleh Rasulullah untuk kita umat Islam mendapatkan syafaatnya pada hari kiamat. Salah satu daripadanya ialah dengan memperbanyakkan selawat ke atasnya. Adapun memohon syafaat baginda melalui qasidah, ia bukanlah ajaran Allah dan Rasul-Nya, bukan juga ajaran para Sahabat dan para Imam terkemuka umat ini.
2. Menggubal syariat Islam. Sebagaimana yang telah ditegaskan di atas bahawa qasidah bukanlah selawat yang disyariatkan di sisi ajaran Islam. Ia hanyalah bait-bair syair yang direkacipta oleh manusia berdasarkan akal dan perasaan mereka lalu mendakwanya sebagai selawat. Dakwaan mereka ini jelas satu pembohongan atas nama agama dan merupakan perombakan ke atas syariat Allah dan Rasul-Nya.
3. Berbaur khurafat dan syirik yang nyata. Terdapat sebahagian lirik-lirik qasidah pada masa kini yang dilihat berunsur mempersekutukan Allah dengan selain-Nya. Antaranya ialah meminta pertolongan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, padahal baginda telah pun wafat. Ini jelas menyalahi ajaran Islam yang memerintahkan umatnya agar berdoa dan memohon pertolongan secara terus kepada Allah, bukannya melalui perantaraan makhluk yang sudah meninggal dunia.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
"Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan." [Surah al-Fatihah, ayat 5]
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
إِذَا سَأَلْتَ فَسْأَلِ اللهَ وَإِذَا سْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ.
"Apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan apabila engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan Allah." [Hadis riwayat at-Tirmidzi dalam Sunan at-Tirmidzi, no. 2516]
Adapun khurafat yang dimaksudkan ialah keyakinan roh Nabi hadir ke dalam majlis qasidah. Sungguh ini adalah pendustaan di siang hari dan merupakan pembodohan terhadap umat Islam.
4. Menyerupai tatacara ibadah orang kafir. Memohon doa kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sambil diiringi dengan muzik merupakan tasyabbuh (penyerupaan) kepada tatacara ibadah orang kafir yang berdoa kepada Nabi Isa ‘alaihi wasallam secara bernyanyi-nyanyi sambil diiringi alunan muzik di gereja.
5. Bercanggah dengan amalan para Salaf.Berselawat dengan cara berqasidah adalah bercanggah dengan amalan para Salaf, khususnya generasi para Sahabat yang mendapat pengiktirafan oleh Rasulullah sebagai sebaik-baik generasi. Mereka ialah barisan manusia yang paling mencintai baginda shallallahu ‘alaihi wasallam. Disebabkan kecintaan yang mendalam terhadap Rasulullah, mereka sanggup mengorbankan harta dan seluruh jiwa dan raga mereka. Namun sehingga kini tidak ditemui satu jua dalil yang sahih bahkan yang maudhu’ (palsu) bahawa mereka melakukan qasidah untuk menunjukkan rasa cinta mereka kepada baginda.
Lihat komen untuk melihat Soalan # 3 dan Soalan # 4.

 
Soalan # 3:


“Kami tidak menyembah pun Rasulullah. Kami hanya menjadikan baginda sebagai perantaraan dalam memohon kepada Allah. Lalu bagaimana kamu boleh menyatakan kami telah melakukan syirik?”

Jawapan:

Hendaklah diinsafi bahawa doa itu adalah ibadah. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ.

"Doa itu adalah ibadah." [Hadis riwayat at-Tirmidzi dalam Shahih Sunan at-Tirmidzi, no. 3372]

Oleh kerana doa adalah ibadah, maka sewajarnyalah ia ditujukan hanya kepada Allah, bukan kepada selainnya. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

"Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu. [Surah an-Nisa’, ayat 36]

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

مَنْ لَمْ يَسْأَل اللهَ يَغْضَبْ عَلَيْهِ.

"Sesiapa yang tidak berdoa kepada Allah maka Allah murka kepadanya." [Hadis riwayat at-Tirmidzi dalam Shahih Sunan at-Tirmidzi, no. 3373]

Adapun alasan kalian bahawa kalian tidak menyembah Rasulullah dan hanya menjadikannya sebagai perantara kepada Allah adalah persis dengan alasannya orang kafir yang telah menghalalkan perbuatan syirik mereka. Perhatikan firman-Nya dalam ayat berikut:

"Dan orang-orang (musyrik) yang mengambil selain Allah menjadi pelindung dan penolong (mereka berkata): Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya." [Surah az-Zumar, ayat 3]

Satu persoalan yang menarik untuk kalian fikirkan: Mengapakah ketika solat kalian boleh meminta secara terus (direct) kepada Allah, namun ketika berada di luar solat kalian memerlukan perantaraan selain Allah untuk be


 
Soalan # 4:

“Bukankah yang mengajak berdoa dan berselawat dengan cara berqasidah juga ialah mereka yang berketurunan Nabi? Mustahil mereka salah! ”


Jawapan:
Sebagaimana mustahil mereka salah, demikian juga mustahil mereka sentiasa betul dalam semua hal. Hakikatnya mereka juga adalah manusia biasa, yang ada nafsu dan kecenderungan berbuat salah. Mereka bukanlah Rasul yang dijanjikan maksum oleh Allah, bukan juga malaikat yang suci daripada dosa.

Perlu ditegaskan bahawa nasab atau keturunan bukanlah penentu benar atau salahnya seseorang, selamat dan sengsaranya dia di sisi Allah. Ukuran yang benar untuk menilai kedudukan seseorang di sisi Allah ialah nilai taqwanya, bukan keturunannya. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu." [Surah al-Hujurat, ayat 13]

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِي الْمُتَّقُوْنَ، مَنْ كَانُوْا حَيْثُ كَانُوْا.

"Sesungguhnya orang yang paling dekat dengan aku adalah orang-orang yang bertaqwa (tidak kira) siapa pun mereka dan di mana sahaja mereka (berada)." [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad, no. 22052]

Siapa pun di dunia ini tetap tertakluk kepada hukum-hakam Allah, termasuklah mereka yang mengaku berketurunan Nabi. Jika mereka berbuat dosa, pastilah balasan buruk yang bakal diterima oleh mereka. Demikian sebaliknya, mereka akan mendapat nikmat keamanan dan kebahagiaan daripada Allah sekiranya mereka berbuat baik di dunia.

Lupakah kalian, bahawa yang menentang para Rasul Allah juga terdiri daripada kerabat terdekat mereka? Apakah para penentang berketurunan Rasul itu semuanya selamat dan mendapat kemuliaan darpada Allah disebabkan oleh nasab atau keturunan mereka?


~ Mohd Hairi Nonchi

 -------------------------------------------------
Mohd Hairi Nonchi Memuji baginda tiada masalah. Namun menganggap qasidah sebagai selawat, roh nabi hadir ketika berqasidah, melampau-lampau memuji baginda, meminta doa dan pertolongan kepada baginda, dan berqasidah sehingga memakan belanja puluhan bahkan ratusan ribu ringgit, ini yang bermasalah. Maka dalil yang dibawa tidak menyokong qasidah mereka. Dalil sahih tapi istidlalnya salah, tiada guna juga. Dalil dieksploitasi untuk menipu orang ramai.
  • Fadil Hisham Hashim Baru ni bumped into a Question and Answer thread antara seorang Ustaz Yahanana dengan seorang penyoal. Dan Ustaz Yahanana tersebut memberi dalil-dalil dari hadis. Memang akan terjebak kalau tidak diselidiki hadis hadis tersebut.
    Alhamdulillah, seorang
    ustaz lain yg bukan saja pakar lughah malah lahir dan membesar di Tanah Arab telah memberi pembetulan terhadap salah faham Ustaz Yahanana ni tentang hadis-hadis yg dia kemukakan. Bukan saja pembetulan dari segi bahasa Arab tetapi jugak dari segi kebudayaan dan resam Arab dan sifat Unta

    Berikut copy paste dari Ustaz Yahanana (Begin copy paste) :

    Ustaz Mustaffa Kamal
    Ustaz, adakah qasidah itu bidaah adakah dalil yg membenarkannya.
    Jawabnya ,
    Tak bidaah sayang, dalilnya banyak tak larat nak tulis,bacalah bawah ni,

    Ketahuilah qasidah adalah merupakan bentuk pujian terhadap baginda s.a.w dan ini digalakkan.Dua af'al Allah terhadap baginda s.a.w. yg tercatat dalam Al Quran iaitu 1- Berselawat kepada baginda s.a.w. Rujuk Surah Ahzab ayat 56
    2- Memuji baginda s.a.w. Rujuk Surah Al Qalam ayat 4.
    Sekiranya Allah sendiri berselawat dan memuji kepada baginda s.a.w. maka dimana salahnya memuji kepada baginda s.a.w. dan mengatakan memuji kepada baginda s.a.w. bukanlah sunnah nabi adalah satu kefahaman yang salah.

    riwayat drp Imam Thobrani dgn sanad yg hasan bahawasanya saidina Abbas bin Abdul Mutalib telah menyusun qasidah tentang kelahiran nabi dan membacanya kepada nabi s.a.w. dan Saidina Abbas berkata kepada nabi s.a.w. " Izinkan aku memujimu " Rasulullah bersabda : " Silakanlah ( Katakanlah ) semoga Allah menjagamu ( gigimu ) daripada segala penyakit'. Saidina Abbas mula berqasidah " sebelum ini iaitu sebelum manusia dimuka bumi ini dikau senang di dalam kenikmatan syurga iaitu ruhmu bersenang disyurga bersama nabi Adam,berada dalam jagaan dengan tampalan daun2 syurga .... sehingga akhir qasidahnya.
    Selepas itu nabi s.a.w. mengatakan " Semoga Allah menjaga mulutmu dari segala penyakit ".Nabi amat gembira mendengar qasidah dari Abbas sambil mengatakan " Benarlah kamu wahai Abbas".

    Daripada Salamah Ibnu Akwa ra.katanya " Kami keluar bersama Nabi s.a.w. menuju Khaibar.Sedang berjalan pada waktu malam maka berkata seorang lelaki daripada kami kpd Amir Ibnu Akwa'.Tidakkah kamu mahu memperdengarkan qasidahmu kpd kami.Maka dia pun mendendangkannya.Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya " Siapakah yg berqasidah itu". Mereka menjawab : Amir Ibnu Al Akwa. Baginda bersabda ;Semoga Allah merahmatimu.
    Riwayat Al Bukhari dalam sohihnya dalam kitab Al Adab,Imam Muslim dalam kitab Al Jihad.

    Daripada Aisyah r.anha; Nabi s.a.w. meletakkan Hassan bin Thabit disebuah mimbar untuk bermegah2 ( memuji-muji ) baginda s.a.w. sehingga Rasulullah s.a.w. bersabda " Sesungguhnya Allah meneguhkan Hassan dengan Roh Ququs ( Jibril ) selama mana dia menyebarkan atau bermegah2 ( memuji-muji ) Baginda s.a.w.".
    Riwayat Muslim dalam sahihnya dalam kitab Kelebihan sahabat.
     
     Hadis yg pertama, kedudukannya bukan hasan tapi dikatakan hasan oleh ustaz yahanana.

    Hadis kedua adalah sahih, tapi terjemahannya adalah salah. Rasulullah Sallallahu'alaihiwassalam tidak bertanya 'Siapa yg berqasidah?' Malah lansung tidak ada perkataan Qasidah dalam text Arab hadis tersebut. Yang sebenarnya Rasulullah bertanya 'Siapa kah yg membawa kami?'

    Hadis yg ketiga jugak sahih, tapi diselewengkan oleh terjemahan yg salag.
    Dalam peperangan ketika zaman itu, resam Arab untuk memulakan peperangan dengan 'perang mulut' terlebih dahulu, sanggah menyanggah, jawab menjawap, kemudian baru dimulakan peperangan senjata.
    Dan Hassan bin Thabit ditugaskan menyanggah 'perang mulut' kafir Musyrikin kerana dia sememangnya terkenal mahir sebagai penyair/pemidato. Bukannya Rasulullah saja-saja suka menyuruh Hasan bin Thabit kedepan untuk memuji muji Baginda.
    Memang celupar kaum yahanana terhadap Rasulullah Sallallahu'alaihiwassalam seolah olah Rasulullah dahagakan pujian.

No comments:

Post a Comment