Sabda Rasulullah:
بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيْبًا، وَسَيَعُوْدُ كَمَا بَدَأَ غَرِيْبًا، فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاءِ.
Islam awalnya asing dan kelak akan kembali menjadi asing sebagaimana
awalnya maka beruntunglah bagi al-Ghuraba' (orang-orang yang asing).
[Shahih Muslim, no. 145]
'Abdullah bin 'Amr Al-'Ash radhiallahu‘anhu meriwayatkan bahawa pada suatu ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya mengenai makna al-Ghuraba', baginda shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab dengan sabdanya:
أُنَاسٌ صَالِحُوْنَ فِي أُنَاسِ سُوْءٍ كَثِيْرٍ مِنْ يَعْصِيْهِمْ أَكْثَرُ مِمَّنْ يُطِيْعُهُمْ.
Orang-orang soleh yang berada di tengah banyaknya orang-orang yang buruk, orang yang menderhakai (menentang) mereka lebih banyak daripada mentaati mereka. [Musnad Imam Ahmad, no. 6650]
Dalam riwayat yang lain:
الَّذِيْنَ يُصْلِحُوْنَ مَا أَفْسَدَ النَّاسُ مِنْ بَعْدِيْ مِنْ سُنَّتِيْ.
Iaitu orang-orang yang memperbaiki sunnahku (sunnah Rasulullah) setelah (kewafatan)ku sesudah dirosakkan oleh manusia. [Sunan at-Tirmidzi, no. 2630]
Kesimpulannya, orang yang asing ialah:
1- Mereka yang kekal dalam ketaatan kepada Allah dan Rasulullah di kala kebanyakan manusia tidak lagi taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
2- Jumlah orang yang taat kepada seruan / dakwah mereka sangat sedikit berbanding dengan jumlah orang-orang yang menentang mereka.
3- Mereka ialah orang-orang yang cuba mengembalikan ajaran Islam kepada asalnya yakni berdasarkan Sunnah Rasulullah yang sahih setelah ia dicemari oleh pelbagai tokok tambah dan ubahsuai daripada manusia (bid'ah).
_ Mohd Hairi Nonchi

No comments:
Post a Comment