Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
وتفترق أمتي على ثلاث و سبعين ملة، كلهم في النار إلا ملة واحدة ما أنا عليه و أصحابي.
Dan akan berpecah umatku kepada tujuh puluh tiga kumpulan. Semuanya
(tujuh puluh dua kumpulan) masuk neraka kecuali satu (iaitu) apa yang
aku dan para sahabatku berada di atasnya. [Hadis riwayat Imam
at-Tirmidzi, no, 2641. Dinilai hasan oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih
al-Jami’, no. 9474]
Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (620H) berkata ketika menjelaskan maksud hadis di atas:
فأخبر النبي أن الفرقة الناجية هي التي تكون على ما كان عليه هو وأصحابه فمتبعهم إذا يكون من الفرقة الناجيه لأنه على ما هم عليه ومخالفهم من الاثنتين والسبعين التي في النار.
Maka Nabi mengkhabarkan bahawa golongan yang selamat (al-Firqah an-Najiyyah) adalah yang mengikuti (manhaj) baginda dan para sahabatnya. Jadi, orang yang mengikuti mereka akan menjadi bahagian dari al-Firqah an-Najiyyah kerana dia berada di atas jalan (manhaj) mereka. Sedangkan yang menyelisihi (manhaj) mereka, maka dia termasuk ke dalam tujuh puluh dua golongan yang berada di dalam neraka. [Dzam at-Ta’wil, ms. 29, no. 53]
Manhaj maknanya metod atau cara dalam memahami dan mempraktikkan agama Islam. Ramai golongan sesat di dunia ini juga mengaku berpegang kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Akan tetapi mereka tidak memahami dan mempraktikkan ajaran al-Qur'an dan as-Sunnah menurut kefahaman dan amalan para Sahabat Nabi.
Sebagai contoh golongan tertentu yang mendakwa kononnya mereka amat cinta kepada Nabi. Kecintaan itu mereka buktikan dengan mendendangkan syair rekaan sendiri melalui konsert yang menelan belanja puluhan ribu ringgit di samping mencipta pelbagai tatacara ibadah baharu yang tidak pernah dipraktikkan oleh para sahabat Nabi.
Maka berhati-hatilah dengan golongan ini.
_ Mohd Hairi Nonchi

No comments:
Post a Comment