Islam tidak melarang umatnya meminta pertolongan kepada sesama manusia dalam hal yang mampu dilakukan oleh mereka.
Adapun memohon pertolongan pada perkara yang hanya Allah sahaja mampu melakukannya, seperti keselamatan dari azab kubur dan seksa neraka, menghindari bencana, memohon rezeki dan lain-lain seumpama, ia adalah urusan Allah. Maka wajib kita memohon terus kepada Allah.
Tidak dibolehkan meminta perkara-perkara seperti ini kepada selain
Allah termasuklah Rasul atau pun Nabi yang telah wafat kerana ini
termasuk perbuatan syirik yang boleh membatalkan keislaman seseorang.
Nabi kini telah tiada. Dalam situasi ketiadaannya ini, baginda hanya memerintahkan kita berselawat kepadanya, selain meneruskan ajaran yang telah ditinggalkannya. Bukannya meminta doa kepadanya persis amalan orang Nasrani yang meminta-minta kepada Nabi Isa 'alaihis salam.
Ingat, doa adalah ibadah dan hanya kepada Allah sahaja doa dipanjatkan. Firman Allah 'Azza wa Jalla:
"Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan." - Surah al-Fatihah, ayat 5.
Sabda Rasulullah: "Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah dan apabila kamu memohon pertolongan, maka mohonlah pertolongan Allah." - Sunan At-Tirmdzi, no. 2516.
~ Mohd Hairi Nonchi

No comments:
Post a Comment