PERTAMA
Hendaklah peruqyah (orang yang mengubat) dan diruqyah (pesakit) memiliki akidah dan amalan yang bersih daripada unsur syirik, yakni menyekutukan Allah dengan sesuatu seperti mempercayai perkara tahyul dan khurafat, memakai tangkal dan azimat dan lain-lain seumpama. Kedua-duanya juga hendaklah menjaga ibadah-ibadah asas yang diwajibkan oleh agama. Sekiranya ini gagal dipenuhi, maka sesuatu ruqyah tidak mungkin akan beroleh hasil yang positif.
Firman Allah: "Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang
kekuasaan terhadap orang-orang yang BERIMAN dan BERTAWAKKAL kepada Rabb
(Tuhan) mereka. Sesungguhnya kekuasaan Syaitan hanyalah terhadap
orang-orang yang menjadikannya (Syaitan) sebagai pemimpin mereka dan
orang-orang yang dengan sebabnya hasutannya melakukan SYIRIK." [Surah
an-Nahl, ayat 99-100]
KEDUA
Bacalah apa-apa ayat al-Qur'an kerana semua ayat dalam al-Qur'an adalah penawar. Kuat atau tidak sesuatu ayat bukanlah bergantung kepada surah apa dan ayat berapa tetapi kekuatan keyakinan, pengharapan, ketundukan dan tawakkal kita kepada Allah. Paling asas, bacalah isti'azah (berlindung kepada Allah), surah al-Fatihah, 5 ayat pertama surah al-Baqarah, ayat al-Kursi, 2 ayat terakhir surah al-Baqarah dan 3 qul (sambil meletakkan tangan ke ubun-ubun pesakit). Sebaiknya, bacalah keseluruhan surah al-Baqarah kerana ia akan membuat Syaitan lari [Shahih Muslim, no. 780]
KETIGA
Elakkan daripada membaca sesuatu ayat secara beramai-ramai / serentak. Hendaklah hanya seorang sahaja membacanya, sementara yang lain diam dan memerhatikan ayat yang dibaca agar rahmat Allah dicurahkan ke atas mereka.
Firman Allah dalam surah al-A'raaf, ayat 204: "Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarkanlah serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat."
Adapun larangan membaca al-Qur'an secara serentak dan beramai-ramai adalah berdasarkan sabda Rasulullah seperti berikut.
أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبِّهُ، فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا، وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِيْ الْقِرَاءَةِ.
"Ketahuilah, sesungguhnya setiap kamu sedang bermunajat kepada Tuhannya, maka janganlah saling mengganggu satu sama yang lain. Dan janganlah kamu saling mengangkat (menguatkan suara) melebihi yang lainnya dalam membaca (al-Qur'an)." [Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, no. 1332. Lihat Shahih al-Jami’ as-Shagir, no. 2639]
Dalam lafaz yang lain:
وَلَا يَجْهَرْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ بِا الْقُرْآنِ.
"Dan janganlah kamu saling mengeraskan bacaan al-Qur’an." [Hadis riwayat ath-Thabrani dalam al-Ausath, al-Hakim 1/335 dan selainnya. Dinilai sahih oleh Syaikh Salim ‘Ied al-Hilali]
KEEMPAT
Elakkan peruqyah dan yang diruqyah berada di ruang yang terdapat gambar bernyawa di dalamnya kerana Malaikat tidak akan memasukinya.
Wallahua'lam. Sila sebarkan.
_ Mohd Hairi Nonchi

No comments:
Post a Comment