Wednesday, October 19, 2011

HUKUM IBADAH KORBAN


Wednesday, October 19, 2011
Ibadah korban merujuk kepada ibadah penyembelihan binatang ternakan "al-An'am" iaitu Unta, lembu dan kambing pada hari raya Idil Adha dan 3 hari Tasyriq (iaitu 10-13 Zulhijjah) dengan niat mendekatkan diri kepada Allah.

Ibadah korban merupakan ibadah yang paling afdhal dilaksanakan pada hari raya Idil Adha. Ia bersandarkan kepada sabda Nabi SAW:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Bermaksud: "Tiada amalan anak Adam pada hari raya Idil Adha yang lebih dicintai oleh Allah berbanding menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya ia pasti datang pada hari Qiamat dengan tanduk-tanduk, bulu-bulu dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah tersebut pasti tumpah daripada Allah di satu tempat sebelum ia tumpah ke bumi. Oleh itu berbahagialah jiwa dengan sembelihan korban tersebut.” hadis riwayat Tirmizi No 1413, juz 5, hlm. 444.

Ibadah korban merupakan syiar Islam yang sangat wajar dibesar-besarkan pada hari-hari tersebut. Mazhab Syafie berpandangan ianya Sunnah Muakkadah bersandhttp://www.blogger.com/img/blank.gifarkan beberapa hadis.

Ia menjadi Sunah Kifayah bagi sebuah keluarga dengan maksud sekiranya salah seorang ahli keluarga samada suami atau isteri atau anak melaksanakan ibadah korban, pahalanya akan diperolehi oleh semua ahli keluarga.


Menurut Imam Malik, berkorban hukumnya wajib bagi mereka yang berkelapangan rezki pada hari tersebut. Sementara Imam Abu Hanifah menghukum ianya sebagai wajib bagi orang yang berkelapangan dan bermukim pada hari tersebut.

syeikh-takiri.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment