Friday, October 21, 2011

Sejarah Pemikiran 2
Akal dan Wahyu, Manhaj Ahli Sunnah, Muktazilah dan Modenisme


Title:
Sejarah Pemikiran 2
Akal dan Wahyu, Manhaj Ahli Sunnah, Muktazilah dan Modenisme

Author:
Prof. Madya Dr. Sulaiman Noordin

Publisher:
Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Description:

Buku ini adalah kesinambungan kepada buku pertama - Sejarah Pemikiran 1 (Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi, dan Orde Baru Dunia). Buku kedua ini memfokuskan pembentangan sebuah hasil kajian yang tidak kurang hebatnya berbanding buku terdahulu bahkan lebih luas lagi. Iaitu sekitar isu pergolakan dunia yang berpunca dari perbezaan manhaj tauhid sepanjang zaman. Sama ada di kalangan orang Islam sendiri dan di antara umat Islam dengan orang-orang kafir. Seterusnya beliau (penulis) berusaha menjelaskan solusi dan jalan keluar dari setiap fitnah yang melanda, iaitu dengan kembali kepada manhaj dan jalan yang digariskan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Cuma sayangnya ramai yang mengabaikan garis panduan tersebut sehingga berlakulah sebagaimana yang berlaku pada hari ini. Beruntunglah orang-orang yang terus teguh bersama-sama di atas jalan tersebut biar apapun yang berlaku.

Secara ringkas dan dalam bentuk point, di antara perbahasan yang dibentangkan oleh penulis adalah:

1 - Peranan wahyu dalam memandu akal dan nafsu.

2 - Perbezaan di antara aliran falsafah, aliran sains, aqlani, mantiq, dan atheis dengan manhaj Rasulullah dalam menetapkan tauhid kepada Allah.

3 - Akidah dan manhaj para Rasul adalah akidah yang dianuti oleh Ahli Sunnah wal-Jama'aah.

4 - Perbezaan di antara bid'ah dan ijtihad.

5 - Permasalahan tahrif (penyelewengan atau pengubahsuaian) serta takwil terhadap ayat-ayat berkaitan sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala.

6 - Perbezaan di antara pegangan akidah Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari dengan madrasah al-Asya'irah zaman kemudian.

7 - Peranan al-Qur'an dan as-Sunnah serta kaedah dalam memahaminya.

8 - Manhaj ahli sunnah dalam mengambil tauhid.

9 - Konsep Nur Muhammad Menurut Islam, suatu kajian terperinci.

10 - Kajian terperinci terhadap Ajaran Batiniyyah dan pemikiran muktazilah gaya baru.

11 - Jin dan bomoh sepanjang zaman.

12 - Konspirasi terancang di sebalik Kegawatan ekonomi dan jalan penyelesaiannya.

13 - Misteri 3 buah pulau.

Serta banyak lagi yang lainnya hasil kajian penulis yang merupakan bekas dekan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Terlalu banyak fakta-fakta berharga hasil kajian penulis sekiranya hendak dimuatkan dalam satu atau dua buah buku, nescaya buku tersebut akan menjadi terlalu tebal. Apa yang diutarakan oleh penulis melalui dua buah buku ini hanyalah sebahagian kecil dari banyak lagi fakta yang masih tersimpan dalam fail-fail kajiannya. Wallahu a'lam...

Semoga buku ini mampu memberikan manfaat berharga dan membuka fikiran kita semua terhadap manhaj beragama yang sahih. Kepada Allah jua kita berharap dan tempat kembali.

Buku ini disemak dan diberi kata-kata aluan oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Haron (Felo Kanan Bersekutu Institut Kajian Rantau Asia Barat, UKM), dan Dr. Azwira Abdul Aziz (Fakulti Pengajian Islam, UKM).

maklumat lanjut :Atsar Enterprise

No comments:

Post a Comment