Wednesday, May 14, 2014

Dialog Sheikh Al Bani Dengan Gurunya




DIALOG SYEIKH AL-ALBANI DENGAN GURUNYA

Setelah menamatkan pengajian peringkat Dasar maka Syeikh Nuh Najati membuat keputusan untuk menjalankan sistem talaqi tradisional kepada anaknya, Muhammad Nasiruddin.

Lalu dia menyerahkan anaknya kepada sahabatnya yang menjadi ulama agung mazhab Hanafi di Damsyik; Syeikh Said Al Burhani. Malah Syeikh Said Al Burhani juga di kenal sebagai Murabbi dalam tarikan Sufi.

Syeikh Al Albani mendapati bahawa dalam Tarikh Ibnu Asakir menjelaskan bahawa kubur Nabi Yahya ada di dalam Masjid Agung Damsyik lalu berkata:
"Aku ingin paparkan pendapatan ini kepada sebahagian ulama seperti ayahku dan Syeikh Al Burhani. Pada suatu hari setelah zuhur, aku sampaikan secara rahsia kepada Syeikh Al Burhani bahawa solat di Masjid Agung Damsyik tidak sah. Beliau menyambutku dengan mengatakan: "Tulislah segala sesuatu tentang apa yang engkau temukan dalam masalah ini". Maka aku tulis dalam 3 atau 4 halaman lalu Ku serahkan kepadanya. Beliau berkata: "Aku akan berikan jawaban kepada mu setelah Aidil Fitri"; saat itu kami masih dalam Ramadhan.

Ketika aku mendatanginya (selepas Ramadhan) dia berkata: "Semua tulisan yang engkau paparkan tidak memiliki dasar".
Maka aku bertanya kepadanya dengan kehairanan: "Mengapa demikian?". Maka beliau menjawab: "kerana semua kitab yang engkau jadikan rujukan bukan merupakan sumber rujukan bagi mazhab kami".

Maka Al Albani berkata: "Aku tidak mengerti ucapan mu ini kerana aku menukil dari kitab-kitab mazhab Hanafi seperti Mabariqul Azhar Syarah Masyariqil Anwar, sebuah kitab Hanafi, demikian juga aku nukil dari kitab Mirqatul Mafatih Syarah Misykatil Mashabih karya Mulla Ali Qari, seorang yang bermazhab Hanafi serta nash-nash lainnya. Namun semuanya tidak di endahkan, sama hal nya dengan sikap ayahku (Syeikh Al Haj Nuh Najati)".

~ Abu Amru Radzi Othman

No comments:

Post a Comment