Friday, May 9, 2014

Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim Al Haqqani diharamkan






Walaupun orang yang telah difatwakan sesat itu diberitakan telah mati malam tadi. tetapi pemikiran dan ajarannya masih lagi hidup. dan kematiannya tetap sesuatu peristiwa yang menggembirakan oleh umat Islam khususnya pencinta aqidah yang shahih.

Salamah Bin Syubaib mengatakan: ketika saya bersama Abdur Razzaq ( yaitu As-Shan’any/TABI'UT TABI'IN) datanglah khabar kematian Abdul Majied, lalu beliau (Abdur Razzaq) mengatakan: Segala puji bagi Allah yang telah membebaskan ummat Muhammad Shallallahu alaihi wasallam dari Abdul Majied (lihat kitab Siyar A’lam An-Nubalaa’ 9/435). 

Abdul Majied dia adalah Ibnu Abdil Aziz Bin Abi Rawwad, dan dia adalah seorang tokoh Murji’ah.
Ketika datang khabar kematian Wahab Al-Qurasy – dia adalah seorang yang sesat dan menyesatkan – kepada Abdurrahman Ibnu Mahdi (TABI'UT TABI'IN), beliau berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah membebaskan kaum muslimin darinya”. (lihat kitab Lisanul Mizan Karya Imam Ibnu Hajar, 8/402).


 ~Saufy Jauhary
---------------------------------------------------------------

  • https://scontent-a-kul.xx.fbcdn.net/.../1480569...

    Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani


    Keputusan

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 Apr 2000 telah membincangkan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani. Muzakarah telah memutuskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

    Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

    Rujuk Laman Web JAKIM: http://www.e-fatwa.gov.my/.../tariqat-naqsyabandiah-al...

No comments:

Post a Comment