Tuesday, May 27, 2014

Kenduri Tahlil :


Tafsir Ibn Katsir  Surah 53  Ayat 38~39 : 
"Dari ayat ini pula Imam Syafi'i dan para pengikutnya menyimpulkan bahwa pengiriman pahala bacaan AlQur'an itu TIDAK sampai kepada orang yang sudah meninggal dunia."


Kenduri Tahlil :
Walaupun tiada yang meratap atau menangis, menyediakan makanan sudah dikira "meratap" mengikut hadith ini :


Telah berkata Imam Ibn Qadamah dalam kitabnya al-Mughni, juz 3, ms. 496-497 (cetakan baru ditahqiq oleh Syeikh Abdullah bin Abdul Muhsin al-Turki):

فأما صنع أهل الميت طعاما للناس فمكروه لأن فيه زيادة على مصيبتهم وشغلا لهم إلى شغلهم وتشبها بصنيع أهل الجاهلية. وروي أن جريرا وفد على عمر فقال: هل يناح على ميتكم؟ قال: لا. قال: فهل يجتمعون عند أهل الميت ويجعلون الطعام؟ قال: نعم. قال: ذاك النوح.

"Adapun ahli keluarga si mati membuatkan makanan untuk orang ramai maka itu satu hal yang dibenci (haram).


Kerana akan menambah (kesusahan) di atas musibah mereka dan menyibukkan mereka di atas kesibukan mereka dan menyerupai perbuatan jahiliyyah.

Dan telah diriwayatkan bahawasanya Jarir pernah bertemu kepada ‘Umar.

Lalu ‘Umar bertanya : “Apakah mayat kamu diratapi?”

Jawab Jarir : “Tidak!”

‘Umar bertanya lagi : “Apakah mereka berkumpul di rumah si mati dan mereka membuat makanan?”

Jawab Jarir : “Ya!”

Berkata ‘Umar : “Itulah ratapan!."




Telah berkata Imamnya para Ulama, mujtahid mutlak, lautan ilmu, pembela Sunnah,
Al-Imam Asy-Syafi’i di ktabnya ‘Al-Umm” (I/318).

“Aku benci alma'tam yaitu berkumpul-kumpul dirumah ahli mayit meskipun tidak ada tangisan, karena sesungguhnya yang demikian itu akan memperbaharui kesedihan".

No comments:

Post a Comment