"Biar lah di akhir hayat saya , saya curah kan bakti saya kepada masyarakat" begitu kata nya kepada sekelompok penduduk Kampung Baru di dalam siri "walkabout" nya.Oleh sebab The Chulan mengundi di parlimen Titiwangsa P119, maka tentu sekali mahu mengenali hati budi calon ini.
Orang kata kalau mahu kaya masuk politik atau pun masuk UMNO, namun bagi calon ini dia tidak pula jatuh dari golongan ahli politik yang sebegini. "Ada orang kata apa guna saya dah berjaya dan senang begini mahu susah kan diri masuk politik?, tapi saya mahu membantu masyarakat kerana saya tahu apa itu erti susah" kata nya lanjut.
"Emak saya belajar sampai darjah 3 sahaja, dan ayah saya sehingga darjah 6, adik beradik 6 orang, tentu sekali kehidupan kami susah, jangan cerita tentang kesusahan dengan saya, saya tahu apa makna nya, tapi saya belajar dengan pasarana yang di siap kan oleh kerajaan sehingga saya berjaya sampai ke luar negara" begitu cerita nya lagi."Baju uniform sekolah saya yang putih tu selagi belum kuning tak ada lah nak ganti kerana mak ayah saya tiada wang", itu kisah yang di sampai kan oleh calon P119 Titiwangsa untuk menyakin kan penduduk betapa dia faham kesusahan masyarakat.
Kini siapa yang tidak kenal dengan Datuk Johari atau di kalangan masyarakat Kg Baru dan Kg Datuk Keramat sebagai Datuk Jo.Beliau mencerita kan semenjak kawasan Titiwangsa kehilangan wakil rakyat dari Parti PAS,beliau lah yang memikul tanggung jawap dalam membantu setiap masalah yang di hadapi penduduk di kawasan ini. "Ikut rekod dan buku perkhidmatan yang ada di pejabat UMNO yang saya menjadi penyelaras nya, sudah hampir 15,000 masalah penduduk yang telah berjaya di selesai kan dalam masa 2 setengah tahun".
Dalam perbualan dan dailog sesama penduduk Datuk Jo sempat bercerita tentang masalah tanah , wang dan bermacam macam lagi termasuk lah hal peniga yang turut hadir bersama.
Datuk Jo akan di tentang oleh calon PAS Ahmad Zamri Asaad seorang peguam.TheChulan mendapat sedikit maklumat bahawa ayah calon PAS ini pernah bekerja dengan Allahyarham Datuk Azman Attar orang kuat UMNO satu waktu dulu.
Jika ketika Tsunami politik melanda tanahair pun BN tewas dengan majoriti sedikti, maka inysallah pada PRU13 ini peluang untuk Datuk Jo akan bertambah cerah apalagi dengan populariti Datuk Jo yang sentiasa turun padang.Kelihatan Datuk Jo tidak kekok untuk kemana mana kawasan penduduk sekitar atas sebab sebelum di calon kan pun sudah kerap berada di kawasan ini.
Isu paling di hati Datuk Jo untuk penduduk Kg Baru ada lah hal tanah.Dan dalam siri "walkabout" nya dapat lah di terang kan apa yang paling di risau kan oleh penduduk berkenaaan status tanah mereka, satu jaminan yang TC sempat dengar ada lah "selagi saya ada dan menjadi wakil penduduk tiada siapa pun akan merampas tanah penduduk baik dengan cara apa sekali pun, itu jaminan saya".Ini di khabar kan akibat kabar angin dan berita yang tidak betul serta fitnah pihak tertentu terhadap status tanah Kg Baru.
Selain itu beliau sempat mengata kan apa sahaja yang di janji kan oleh DS Najib melalui manifesto BN akan di pasti kan terlaksana di kawasan yang dia menjadi wakil nya.
Begitu lah tegas nya, seorang budak berasal dari kawasan setinggan berhampiran lombong yang hidup susah kini menjadi tokoh koperat yang berjaya dengan perniagaan bernilai berbillion ringgit, jika mahu kata kan beliau mahukan kekayaan , beliau sudah pun menikmati nya sekarang.
Dengan ikhlas hati kata nya serta mengenang jasa ibu dan ayah, beliau hanya mahu menolong masyarakat , itu sahaja niat ikhlas di hati.
~ http://thechulan.blogspot.com/2013/04/jutawan-yang-berasal-dari-kawasan.html
No comments:
Post a Comment