Ensiklopedi Hadits Kutubus Sittah (6 Kitab Hadits Utama) Judul: Ensiklopedia Hadits Kutubus Sittah (6 Kitab Hadits: Shahih Al-Bukhari, Muslim, Sunan Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasaa’i, & Ibnu Majah) | Kitab Asal: Dari rangkaian 6 Kitab Hadis Paling Utama Penerbit: Al-Mahira Berat: 22.6kg Muka Surat: 8 Jilid lengkap (Termasuk rak kayu).
Al-Qur’an dan as-Sunnah (hadis) merupakan dua sumber utama dalam menetapkan syari’at Islam. Dua sumber ini diwariskan oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada kaum Muslimin agar tetap menempuh jalan yang diredhai Allah sepanjang zaman. Sebagai sumber syari’at, keaslian teks al-Qur’an tetap terjaga sampai sekarang. Hal itu kerana sistem periwayatan al-Qur’an dari Rasulullah dilakukan secara mutawatir, sama ada teks mahupun makna.
Menjadi semakin terjaga, apabila teks al-Qur’an berjaya dikumpulkan mejadi satu mushaf pada masa kekhalifahan ‘Utsman B. ‘Affan. Saat itu, ramai para sahabat penghafal al-Qur’an yang masih hidup. Sampai sekarang, mushaf al-Qur’an di seluruh dunia memiliki kesamaan teks dan makna.
Berbeza dengan hadis, ia boleh diriwayatkan secara makna, sehingga dibolehkan meriwayatkannya dengan teks yang berbeza-beza walaupun maknanya sama. Orientasi sesebuah hadis amat bergantung kepada para perawi dan jalur periwayatannya.
Maka kemudian dalam ilmu hadis pun dikenali pembahagian antara hadis sahih, hasan, dha’if, maudhu’, dan seterusnya. Sementara hadis yang dapat dijadikan sumber penetapan syari’at atau hukum-hakam adalah hadis yang sahih atau yang maqbul. Iaitu hadis-hadis yang periwayatan sanadnya bersambung (muttashil) sampai kepada Rasulullah, para perawinya dhabit, ‘adil, selamat dari syuyudz, dan selamat dari illat (kecacatan).
Beberapa abad lalu, para ulama telah berusaha menyusun berpuluh-puluh kitab hadis demi untuk memilih, menjelaskan, sekaligus membezakan atau mengasingkan antara hadis-hadis yang sahih dengan yang tidak sahih.
Dalam kehangatan usaha ini, lahirlah kitab-kitab hadis yang ulung dalam sejarah pembukuan hadis iaitu seperti kutubus sittah (rangkaian 6 kitab hadis yang utama), mencakupi Shahih Al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Daud, Jaami’ At-Tirmidzi, Sunan An-Nasaa’i, dan Sunan Ibnu Majah. Menurut para ulama hadis, hadis-hadis yang terhimpun dalam ke-enam-enam kitab tersebut berkualiti sahih, melainkan sedikit sahaja yang tidak memenuhi kriteria hadis sahih.
Enam kitab hadis ini sehingga kini menduduki tempat yang tinggi sebagai rujukan utama dalam bidang hadis, aqidah, hukum, dan pelbagai lagi lainnya berkaitan sumber-sumber asas dalam Islam.
Selain al-Qur’an, kaum muslimin turut memerlukan kitab-kitab hadis sebagai rujukan dan tidak akan dapat lari dari bersandar kepadanya. Kerana tidak akan cukup memahami ajaran Islam tanpa melihat kepada hadis-hadis Nabi. Kerana dari hadis-hadis-lah kita akan melihat tafsiran Al-Qur’an dan Islam yang sebenar.
Bagi merealisasikan dan menyemarakkan semangat kembali kepada al-Qur’an dan hadis, maka penerbit buku Al-Mahira berkenan mengadakan usaha penterjemahan besar-besaran 6 kitab hadis (kutubus sittah) sekaligus.
Dan Alhamdulillah, kini usaha atau projek penterjemahan tersebut telah pun berjaya diterbitkan dan mula beredar di pasaran. Set Ensiklopedi Hadis ini terdiri dari 8 jilid lengkap semuanya dengan 2 jilid yang pertama adalah set Shahih Al-Bukhari, kemudian 2 jilid lengkap Shahih Muslim, jilid ke-5 adalah Sunan Abu Daud, jilid ke-6 Sunan At-Tirmidzi, jilid ke-7 Sunan An-Nasaa’i, sampailah ke jilid-8 adalah Sunan Ibnu Majah. Apabila anda membuka lembaran terjemaham ini, anda akan melihat susunan yang menarik bagi setiap satu-satu halaman yang mana ia dibahagikan menjadi 2 bahagian;
di mana di bahagian kiri halaman menempatkan teks/matan hadis berbahasa arab lengkap dengan sanadnya (termasuk judul kitab, bab, dan no. hadis), manakala di bahagian kanan halaman pula menempatkan hasil terjemahan lengkapnya. Jadi, susun atur seperti ini insyaAllah akan membantu para pembaca dalam membuat semakkan atau membaca sambil merujuk kepada matan/teks asalnya. [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com] Semoga bermanfaat dan dapat dijadikan rujukan sebaiknya.
No comments:
Post a Comment