Ambil iktibar daripada tragedi yang melanda Mesir
Oleh Azman Anuar
KRISIS politik di Mesir memuncak pada Rabu lalu apabila kira-kira 2,200
orang maut selepas polis dan tentera menggempur lokasi ahli Ikhwanul
Muslimin dan penyokong bekas Presiden Muhammad Mursi di Kaherah.
Kekejaman pasukan keselamatan Mesir itu membangkitkan kecaman dan
kutukan daripada pemimpin dan masyarakat dunia.
Walaupun jauh
beribu kilometer dari Kaherah, tetapi kita dapat melihat kesan dan
iktibar apabila rebutan kuasa politik akhirnya boleh memudaratkan
kehidupan rakyat.
Paling membimbangkan jika perang saudara antara kumpulan penyokong Mursi dengan pihak anti-Mursi tercetus.
Sentimen balas dendam bakal menjadi faktor utama dalam pergolakan di
Mesir selepas ini, mungkin sama dengan apa yang berlaku kepada Iraq dan
Syria sekarang.
Dalam situasi ini, bagaimana nasib lebih 3,000 rakyat dan pelajar Malaysia di sana?
Ketika pergolakan menjatuhkan Hosni Mubarak pada 2011, atas arahan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Kerajaan Malaysia
menyediakan pengangkutan udara untuk membawa pelajar dan rakyat kita
pulang ke tanah air. Syukur, hampir semua pelajar kita yang pulang
terselamat daripada tindakan perusuh ketika itu.
Kita tidak
lupa bagaimana tindakan sesetengah pihak dan suara-suara sumbang
daripada kalangan pemimpin pembangkang yang mempertikaikan bantuan
kerajaan itu.
Kali ini, jika operasi menyelamat dan membawa
keluar rakyat Malaysia dari Mesir dilakukan, utamakan mereka yang sedia
menerima bantuan sahaja. Jangan dipaksa ahli dan penyokong parti
pembangkang yang berada di Mesir untuk turut serta.
Bukalah
mata dan fikiran kita seluas-luasnya. Apa yang berlaku di Syria untuk
menjatuhkan Presiden Bashar Assad sejak dua tahun lalu menyebabkan
rakyat negara itu hilang rasa selamat. Sekarang rakyat Mesir sedang
melalui apa yang dirasai oleh rakyat Iraq dan Syria. Keamanan dan
kemakmuran negara mereka sudah diragut oleh dua kumpulan yang saling
bermusuhan dan berbunuhan.
Apakah yang berlaku di Mesir, Syria,
Iraq dan negara Islam lain hendak dibiarkan berlaku di Malaysia?
Rusuhan, demonstrasi dan menentang undang-undang negara adalah suasana
yang digemari oleh penyokong Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang.
Bersyukurlah kita kerana pasukan polis dan tentera Malaysia tidak
sekejam pasukan keselamatan negara lain yang telah kita saksikan cara
mereka menyelesaikan penentang kerajaan.
Bersyukur juga kita
kerana bermacam-macam strategi dan perhimpunan haram yang diatur oleh
hulubalang parti pembangkang berkesudahan dengan kegagalan.
Beberapa kali usaha dan gerakan menghimpunkan ratusan ribu rakyat negara
ini seperti yang berlaku di negara Asia Barat tidak berjaya malah
ditolak oleh rakyat Malaysia yang mengutamakan keamanan dan kestabilan
politik daripada kepentingan peribadi pemimpin pembangkang.
Sungguhpun begitu, puak-puak pembangkang tidak pernah putus asa meracuni
pemikiran rakyat. Oleh itu, kerajaan Barisan Nasional yang terus diberi
mandat kali ke-13 untuk mentadbir kerajaan Malaysia diharap - jangan
berlembut dan terlalu beri muka kepada mana-mana pihak terutama dalam
soal keselamatan negara.
Kita yakin, jika dibuat pungutan suara
sekalipun, rakyat tidak tergamak untuk bersekongkol meletakkan Malaysia
dalam keadaan huru-hara seperti di Mesir atau negara Arab yang
bergolak.
Namun ada kegusaran bermain dalam minda rakyat.
Selama ini pembunuh paling tinggi di Malaysia antaranya ialah kemalangan
maut jalan raya. Tempat itu mungkin diambil alih tidak lama lagi jika
kawalan dan pencegahan jenayah pembunuhan tidak dibendung.
Sebelum ini kita cuma tertanya-tanya tentang insiden tembak yang
membunuh orang awam di Amerika Syarikat. Tetapi sejak April lalu, kes
pembunuhan bagaikan sudah menular ke negara kita pula. Mangsa yang
dibunuh pula bukan sahaja berprofil tinggi malah orang biasa seperti
guru dan peniaga kecil.
Rakyat amat-amat mengharapkan
penyelesaian kes-kes tembak ini dengan segera. Polis kena kuatkan
kerja-kerja risikan dan siasatan.
Iktibar daripada tragedi di
Mesir dan kes tembak di negara kita, maka kerajaan perlu undang-undang
yang lebih tegas untuk menjaga keselamatan diri dan nyawa rakyat
Malaysia.
Kerajaan bukan tidak pernah menarik balik
undang-undang demi memenuhi kehendak rakyat dan pemimpin pembangkang.
Oleh itu, atas faktor utama keselamatan dalam segala aspek maka eloklah
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO)
diperkenalkan semula.
Tak usah kerajaan berasa malu kerana
bersikap buruk siku. Matlamat utama adalah untuk menyelesaikan krisis
jenayah pembunuhan bersenjata api dan membendung jenayah dan gerakan
yang menggugat keselamatan awam.
Undang-undang itu sebelum
dimansuhkan, bukan bersifat zalim atau disalahgunakan untuk kepentingan
pihak tertentu. Kita tahu kebaikannya dan kini kita sedar keburukannya
apabila ia ditiadakan.
Oleh Azman Anuar
KRISIS politik di Mesir memuncak pada Rabu lalu apabila kira-kira 2,200 orang maut selepas polis dan tentera menggempur lokasi ahli Ikhwanul Muslimin dan penyokong bekas Presiden Muhammad Mursi di Kaherah. Kekejaman pasukan keselamatan Mesir itu membangkitkan kecaman dan kutukan daripada pemimpin dan masyarakat dunia.
Walaupun jauh beribu kilometer dari Kaherah, tetapi kita dapat melihat kesan dan iktibar apabila rebutan kuasa politik akhirnya boleh memudaratkan kehidupan rakyat.
Paling membimbangkan jika perang saudara antara kumpulan penyokong Mursi dengan pihak anti-Mursi tercetus.
Sentimen balas dendam bakal menjadi faktor utama dalam pergolakan di Mesir selepas ini, mungkin sama dengan apa yang berlaku kepada Iraq dan Syria sekarang.
Dalam situasi ini, bagaimana nasib lebih 3,000 rakyat dan pelajar Malaysia di sana?
Ketika pergolakan menjatuhkan Hosni Mubarak pada 2011, atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Kerajaan Malaysia menyediakan pengangkutan udara untuk membawa pelajar dan rakyat kita pulang ke tanah air. Syukur, hampir semua pelajar kita yang pulang terselamat daripada tindakan perusuh ketika itu.
Kita tidak lupa bagaimana tindakan sesetengah pihak dan suara-suara sumbang daripada kalangan pemimpin pembangkang yang mempertikaikan bantuan kerajaan itu.
Kali ini, jika operasi menyelamat dan membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir dilakukan, utamakan mereka yang sedia menerima bantuan sahaja. Jangan dipaksa ahli dan penyokong parti pembangkang yang berada di Mesir untuk turut serta.
Bukalah mata dan fikiran kita seluas-luasnya. Apa yang berlaku di Syria untuk menjatuhkan Presiden Bashar Assad sejak dua tahun lalu menyebabkan rakyat negara itu hilang rasa selamat. Sekarang rakyat Mesir sedang melalui apa yang dirasai oleh rakyat Iraq dan Syria. Keamanan dan kemakmuran negara mereka sudah diragut oleh dua kumpulan yang saling bermusuhan dan berbunuhan.
Apakah yang berlaku di Mesir, Syria, Iraq dan negara Islam lain hendak dibiarkan berlaku di Malaysia? Rusuhan, demonstrasi dan menentang undang-undang negara adalah suasana yang digemari oleh penyokong Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang.
Bersyukurlah kita kerana pasukan polis dan tentera Malaysia tidak sekejam pasukan keselamatan negara lain yang telah kita saksikan cara mereka menyelesaikan penentang kerajaan.
Bersyukur juga kita kerana bermacam-macam strategi dan perhimpunan haram yang diatur oleh hulubalang parti pembangkang berkesudahan dengan kegagalan.
Beberapa kali usaha dan gerakan menghimpunkan ratusan ribu rakyat negara ini seperti yang berlaku di negara Asia Barat tidak berjaya malah ditolak oleh rakyat Malaysia yang mengutamakan keamanan dan kestabilan politik daripada kepentingan peribadi pemimpin pembangkang.
Sungguhpun begitu, puak-puak pembangkang tidak pernah putus asa meracuni pemikiran rakyat. Oleh itu, kerajaan Barisan Nasional yang terus diberi mandat kali ke-13 untuk mentadbir kerajaan Malaysia diharap - jangan berlembut dan terlalu beri muka kepada mana-mana pihak terutama dalam soal keselamatan negara.
Kita yakin, jika dibuat pungutan suara sekalipun, rakyat tidak tergamak untuk bersekongkol meletakkan Malaysia dalam keadaan huru-hara seperti di Mesir atau negara Arab yang bergolak.
Namun ada kegusaran bermain dalam minda rakyat. Selama ini pembunuh paling tinggi di Malaysia antaranya ialah kemalangan maut jalan raya. Tempat itu mungkin diambil alih tidak lama lagi jika kawalan dan pencegahan jenayah pembunuhan tidak dibendung.
Sebelum ini kita cuma tertanya-tanya tentang insiden tembak yang membunuh orang awam di Amerika Syarikat. Tetapi sejak April lalu, kes pembunuhan bagaikan sudah menular ke negara kita pula. Mangsa yang dibunuh pula bukan sahaja berprofil tinggi malah orang biasa seperti guru dan peniaga kecil.
Rakyat amat-amat mengharapkan penyelesaian kes-kes tembak ini dengan segera. Polis kena kuatkan kerja-kerja risikan dan siasatan.
Iktibar daripada tragedi di Mesir dan kes tembak di negara kita, maka kerajaan perlu undang-undang yang lebih tegas untuk menjaga keselamatan diri dan nyawa rakyat Malaysia.
Kerajaan bukan tidak pernah menarik balik undang-undang demi memenuhi kehendak rakyat dan pemimpin pembangkang. Oleh itu, atas faktor utama keselamatan dalam segala aspek maka eloklah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) diperkenalkan semula.
Tak usah kerajaan berasa malu kerana bersikap buruk siku. Matlamat utama adalah untuk menyelesaikan krisis jenayah pembunuhan bersenjata api dan membendung jenayah dan gerakan yang menggugat keselamatan awam.
Undang-undang itu sebelum dimansuhkan, bukan bersifat zalim atau disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu. Kita tahu kebaikannya dan kini kita sedar keburukannya apabila ia ditiadakan.
No comments:
Post a Comment