http://sailingdaie.blogspot.com/2012/08/zikir-amalan-mengelak-fitnah-dajjal.html#more
http://sailingdaie.blogspot.com/2012/08/zikir-amalan-mengelak-fitnah-dajjal.html#more
ZIKIR & AMALAN MENGELAK FITNAH DAJJAL
Zikir bukan
sahaja santapan rohani tetapi juga merupakan makanan untuk jasmani kita
terutamanya diakhir zaman menghampiri Kiamat ini. Percaya atau tidak dengan
berzikir boleh membuatkan kita hilang lapar, cuba banyakkan berzikir apabila
berpuasa dan lihat kesannya. Dikatakan didalam sebuah hadits apabila Al-Masih
Dajjal muncul ramai orang yang lemah iman mereka akan mengikuti dan menjadi
pengikut Dajjal kerana Dajjal memegang kunci ekonomi dan rezeki.
Dari Abi
Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan
kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda
telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang
paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang
diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi
yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak
mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan
aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi
setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga
dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
Mereka yang
menjadi pengikut Dajjal akan dilimpahi rezeki yg melimpah ruah sedangkan mereka
yg tidak mahu mengikut Dajjal akan menjadi miskin dan kebuluran. Orang yang
beriman dikenyangkan hanya dengan berzikir kepada Allah SWT. Bukankah Allah SWT
yang menciptakan lapar & kenyang, bukannya disebabkan oleh makanan.
Pada masa
itu orang mukmin yang enggan mengakui Dajjal sebagai tuhan akan disekat bekalan
makanan (tanah mereka terbiar, kering kontang dan tiada tumbuhan untuk
dimakan). Namun mereka tetap kenyang dengan bertasbih iaitu berzikir dengan
mengucapkan “Subhanallah“.
Rasulullah
s.a.w. bersabda “Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para
malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Sesiapa di zaman itu
memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan
kelaparannya”
Orang yang
berzikir hidup disisi Allah SWT dan orang yg tidak berzikir seumpama orang yg
mati disisi Allah SWT. Sedangkan haiwan dan tumbuhan serta makhluk lain juga
sentiasa berzikir kepada Allah SWT, apabila mereka berhenti berzikir disitulah
berakhirnya riwayat mereka.
Semua
Makhluk Berzikir dan Bertasbih.
"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya,
sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih
dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya
Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al- Israa Ayat 44)
Semut dan
katak juga berzikir kepada Allah.
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya pernah
seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya
membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah
hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat
yang selalu membaca tasbih?
Rasulullah
s.a.w. bersabda “suara katak itu tasbih, memuji Allah“ (Riwayat An-Nasai)
Fitnah
Dajjal amat hebat dan kita mungkin tewas dan tidak mampu melawan kehebatan
fitnah ini. Kerana itu kita harus mempersiapkan diri dengan menguatkan keimanan
dan keyakinan kita kepada Allah SWT agar kita tidak terkesan dengan fitnah
Dajjal yang amat hebat ini. Hanya Allah SWT sahaja dapat memelihara kita dari
fitnah dan ujian ini.
Untuk
menyelamatkan kita dari fitnah ini Nabi SAW menggalakkan kita agar
menghafal/membaca 10 ayat permulaan dan 10 ayat terakhir dari Surah Al-Kahfi.
Kita juga digalakkan untuk mengamalkan Zikir harian seperti yang disarankan
oleh ulama.
Sebagai
orang awam, zikir harian yang di’prescribe’kan oleh Ulama adalah :-
1. Istighfar – Sebagai tanda kita
kasihkan diri kita yg berdosa ini
2. Selawat – Sebagai tanda kita
kasihkan Nabi Muhammad SAW
3. Tasbihat – Subhanallah Alhamdulillah
Laailaha illallah Allahu Akbar sebagai tanda kita kasihkan Allah dan bersyukur
diatas segala nikmatNya.
Setiap Zikir
diatas dibaca 100 kali pagi dan petang insyaallah memadai buat kita agar kita
tidak termasuk didalam orang yang lalai. Zikir menghidupkan hati kita, amalkan
selama setahun dgn istiqamah dan lihat perubahan jiwa & rohani kita. Antara
zikir lain termasuk membaca Al-Quran dan juga Doa Masnun iaitu Doa Harian.
Semoga Allah
SWT menghindarkan kita dari fitnah Dajjal ini dan matikan kita sebagai orang
yang beriman. Marilah kita amalkan Zikir Harian dan 10 ayat didalam Surah Kahfi
serta doa didalam Tahiyyat Akhir sebelum salam yang dianjurkan oleh Nabi
Muhammad SAW :-
No comments:
Post a Comment