Assalamualaikum
w.b.t
Sahabat,
Kita
semua pernah melalui saat, apa yang kita harapkan, tidak ditemui. Ketika kita
sudah berkeyakinan kita akan mencapai sesuatu, tiba-tiba ia pergi begitu sahaja.
Kadang-kala
kita sudah berusaha, tanda-tanda positifnya ada terzahir (atau boleh jadi kita
tidak nampak tanda-tanda negatifnya), tetapi apabila keputusannya keluar, ia
sesuatu yang diluar jangkauan kita.
Kita
terdiam, terpaku, terduduk, sedih, kecewa. Persoalan KENAPA KENAPA dan KENAPA
akan terus hadir dan hadir.
Sahabat,
Pagi
ini aku membuka Syarah Tsalasatul Usul. Ulama' kontemporari yang sungguh aku
kagumi, Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin memberikan komentar yang sangat
indah berkaitan bab qadar. Ia menyejukkan jiwa-jiwa yang sedang kecewa, ia
mengembalikan hati-hati yang lupa untuk kembali kepada Allah yang Esa.
Seandainya Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah dan Shaikh al-Uthaimin
rahimahullah masih hidup, akan aku kucup dahi mereka.
وللإيمان بالقدر ثمرات جليلة منها:
Iman
kepada al-Qadar menghasilkan buah-buahan (kesan) yang sangat indah . Antaranya
ialah:
الأولى:
الاعتماد على الله تعالى، عند فعل الأسباب بحيث لا يعتمد على السبب نفسه لأن كل
شيء بقدر الله تعالى.
Pertama:
Pergantungan secara penuh kepada Allah Ta'ala apabila seseorang melakukan
sesuatu sebab (untuk mencapai sesuatu). Seseorang insan itu tidak akan dapat
bergantung kepada sebab itu sendiri kerana setiap perkara itu berlaku hanya
dengan ketetapan Allah.
الثانية: أن
لا يعجب المرء بنفسه عند حصول مراده، لأن حصوله نعمة من الله تعالى ، بما قدره من
أسباب الخير، والنجاح ، وأعجابه بنفسه ينسيه شكر هذه النعمة.
Kedua:
Seseorang itu tidak akan takjub kepada dirinya sendiri apabila dia memperolehi
apa yang dia kehendaki. Ini kerana kejayaan dia memperolehi hal tersebut
merupakan nikmat daripada Allah Ta'ala. Dia telah mentaqdirkan sebab-sebab yang
membawa kepada kebaikan dan kejayaan. Takjubnya seseorang kepada dirinya
sendiri membuatkan dia lupa untuk bersyukur ke atas nikmat ini.
الثالثة:
الطمأنينة ، والراحة النفسية بما يجرى عليه من أقدار الله تعالى فلا يقلق بفوات
محبوب، أو حصول مكروه، لأن ذلك بقدر الله الذي له ملك السماوات والأرض، وهو كائن
لا محالة
Ketiga:
Ketenangan dan hati yang selesa dengan apa yang berlaku ke atas dirinya yang
merupakan taqdir-taqdir Allah. Dia tidak akan berduka dengan hilangnya sesuatu
yang dicintai, atau memperolehi sesuatu yang tidak disukai. Ini kerana semua
itu berlaku kerana taqdir Allah yang Memiliki langit dan bumi, Dia lah Pencipta
sesuatu tanpa keraguan lagi.
وفي ذلك يقول
الله تعالى: } ما اصاب من مصيبة في الأرض ولا في أنفسكم إلا في كتاب من قبل أن
نبرأها إن ذلك على الله يسير * لكيلا تاسوا على ما فتكم ولا تفرحوا بما ءاتاكم
والله لا يحب كل مختال فخور { {سورة الحديد، الآيتين : 22-23}
Allah
Ta'ala berfirman: Tidaklah sesuatu musibah menimpa bumi dan diri mu melainkan
ia tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya
itu amatlah mudah untuk Allah. Supaya kami tidak terlalu berduka di atas apa
yang hilang daripada mu dan tidak terlalu gembira atas apa yang Ia berikan
kepada kamu. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan meninggi diri.
[al-Hadid : 22-23]
و يقول النبي
صلى الله عليه وسلم: "عجباً لأمر المؤمن إن أمره كله خير، وليس ذلك لأحد إلا
للمؤمن إن اصابته سراء شكر فكان خيراً له، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيراً
له" )رواه مسلم ، كتاب الزهد
والرقائق باب: المؤمن أمره كله خير(
Nabi
Sallallahu 'alaihi wassalam bersabda: Ajaib sungguh urusan orang beriman.
Sesungguhnya urusannya semuanya baik. Ini tidak berlaku kepada seorang pun
kecuali kepada orang beriman. Jika kesenangan datang kepadanya, dia bersyukur,
itu baik untuk nya. Jika kesusahan menimpanya, dia sabar, itu jua baik untuk
nya. [Sahih Muslim, Kitab az-Zuhud dan ar-Raqaiq, Bab Orang Beriman Urusannya
Semua Baik ]
Sahabat,
renunglah
hadis di bawah.
عَنْ أُمِّ
سَلَمَةَ ، أَنَّ أَبَا سَلَمَةَ حَدَّثَهَا ، أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ :
Ummu
Salamah r.a menceritakan bahawa Abu Salamah r.a menceritakan kepadanya bahawa
beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
مَا مِنْ
مُسْلِمٍ يُصَابُ بِمُصِيبَةٍ ، فَيَفْزَعُ إِلَى مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ مِنْ
قَوْلِهِ
Tidaklah
seorang Islam ditimpa musibah, lalu dia terus melakukan apa yang Allah suruh
iaitu dengan mengucapkan:
إِنَّا
لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ، اللَّهُمَّ عِنْدَكَ احْتَسَبْتُ
مُصِيبَتِي فَأْجُرْنِي فِيهَا وَعُضْنِي مِنْهَا
"Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada Nya
kita kembali. Ya Allah, kepada Mu aku serahkan musibah yang menimpa ku, berilah
aku ganjaran untuk nya, dan gantikanlah dengan yang lebih baik daripadanya"
إِلَّا
آجَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهَا وَعَاضَهُ خَيْرًا مِنْهَا
melainkan
Allah akan memberi ganjaran kepadanya dan menggantikan dengan lebih baik
daripada itu.
، قَالَتْ :
فَلَمَّا تُوُفِّيَ أَبُو سَلَمَةَ ، ذَكَرْتُ الَّذِي حَدَّثَنِي عَنْ رَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقُلْتُ : إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا
إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ، اللَّهُمَّ عِنْدَكَ احْتَسَبْتُ مُصِيبَتِي هَذِهِ
فَأْجُرْنِي عَلَيْهَا ،
Ummu
Salamah r.a berkata: Apabila Abu Salamah meninggal dunia, aku teringat kepada
apa yang dia ceritakan kepada ku daripada Rasulullah s.a.w, lalu aku terus
membaca: "Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada Nya kita kembali. Ya
Allah, kepada Mu aku serahkan musibah yang menimpa ku, berilah aku ganjaran untuk
nya"
فَإِذَا
أَرَدْتُ أَنْ أَقُولَ : وَعِضْنِي خَيْرًا مِنْهَا ، قُلْتُ فِي نَفْسِي :
أُعَاضُ خَيْرًا مِنْ أَبِي سَلَمَةَ ، ثُمَّ قُلْتُهَا ، فَعَاضَنِي اللَّهُ
مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَآجَرَنِي فِي مُصِيبَتِي .
Apabila
aku ingin membaca: Gantikan aku yang lebih baik daripadanya, aku berbisik
kepada diri ku: Adakah ada pengganti yang lebih baik daripada Abu Salamah.
Tetapi aku terus membacanya, lalu Allah s.w.t memberikan ganti Muhammad s.a.w
kepada ku, dan memberi pahala untuk musibah yang menimpa diri ku. [Sunan Ibnu
Majah : 1587]
________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services
No comments:
Post a Comment