Friday, August 23, 2013

Peringatan Imam Al-Albani Tentang Manhaj Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

 

 

Peringatan Imam Al-Albani Tentang Manhaj Dr. Yusuf Al-Qaradhawi



Berkata Imam Al-Albani rahimahullah:
القرضاوي دراسته أزهرية، وليست دراسة منهجية على الكتاب والسنَّة، وهو يفتي الناس بفتاوى تُخالف الشريعة، وله فلسفة خطيرة جداً: إذا جاء الشيء محرماً في الشرع يتخلص من التحريم بقوله: ( ليس هناك نص قاطع للتحريم )، فلذلك أباح الغناء وأباح لذلك الإنجليزي الذي كان أسلم وهو من كبار مغنين بريطانيين أن يظّل في مهنته وأن يأكل من كسبه، وادعى القرضاوي بأنه ليس هناك نصّ قاطع لتحريم الغناء أو آلات الطرب، وهذا خلاف إجماع علماء المسلمين أن الأحكام الشرعية لا يُشترط فيها النّص القاطع، بدليل أنهم -ومنهم القرضاوي نفسه- يقول الأدلة: الكتاب والسنّة والإجماع والقياس، والقياس ليس دليلاً قاطعاً لأنه إجتهاد، والاجتهاد معرض للخطأ والصواب كما هو في الحديث الصحيح
لكنه جاء بهذه النغمة: أنه لا يوجد دليل قاطع، لكي يتخلص ويتحلّل من كثير من الأحكام الشرعية
“Al-Qaradhawi ini pengajiannya mengikuti metod al-Azhar. Pengajian beliau bukan mengikuti metodologi Al-Qur’an dan Al-Sunnah. Dan dia berfatwa kepada manusia dengan fatwa yang bercanggah dengan syara’. Dan terdapat satu kaedah yang sangat merbahaya yang dia gunakan. Sekiranya sesuatu perkara itu diharamkan dalam Syara’, dia akan menghilangkan pengharaman itu dengan mengatakan: (tidak ada nas yang muktamad/qath’i yang mengharamkannya). Dengan ini dia menghalalkan nyanyian dan mengharuskan kepada penyanyi Inggeris terkenal di England yang memeluk Islam supaya meneruskan kerjaya nyanyiannya serta makan dari hasilnya.
Al-Qaradhawi mendakwa bahawa tidak ada nas yang muktamad yang mengharamkan nyanyian dan alat muzik. Ini berbeza dengan apa yang disepakati (ijma’) oleh para Ulama Islam bahawa hukum-hakam Syara’ tidak perlu kepada nas yang muktamad. Buktinya adalah mereka -termasuk Al-Qaradhawi sendiri- berpegang kepada Al-Qur’an, Al-Sunnah, ijma’, dan qiyas. Dan qiyas bukanlah dalil yang muktamad kerana ia adalah ijtihad, dan ijtihad boleh jadi salah atau betul seperti yang dijelaskan di dalam hadis sahih.
Tetapi dia membawa dakwaan ini: Bahawa tidak ada dalil yang muktamad, (semua ini adalah) untuk mengelak daripada hukum haram serta melepaskan diri dari sekian banyak hukum syara’.”
Lalu ketika Imam Al-Albani rahimahullah ditanya tentang Al-Qaradhawi yang mewajibkan zakat terhadap mereka yang menerima gaji secara bulanan, beliau rahimahullah mengatakan:
اصرف نظرك عن القرضاوي واقرضه قرضاً، هذه ضد ما قلناه آنفاً , إذا جاءت مسألة في التحريم يقول ليس فيها نصّ قاطع، هنا لا نص لا قاطع ولا ظني، وإنما هو مجرد الرأي، النصوص أن أي مال لا يجب عليه زكاة إلا بشرطين: إذا حال الحول وبلغ النصاب.
فهو يجتهد ويقول: يجب على مال الموظف الشهري أن يُخرج زكاته، ما الدليل على هذا، وضع قاعدة‍، وهي مراد مصلحة الفقراء، أي مراعاة مصلحة الفقراء، هذه ليست قاعدة شرعية، بل هي قاعدة شيوعية لأن الحقيقة: ما وُجِدَ شيوعية إلا لصالح الفقراء ضد الأغنياء، أما الشرع فكان بَينَ ذلك قِوامًا فهو يراعي مصلحة الفريقين مصلحة الفقراء ومصلحة الأغنياء
Palingkanlah pandanganmu daripada Al-Qaradhawi dan tinggalkanlah dia… ini berbeza dengan apa yang kita ucapkan tadi. Sekiranya datang permasalahan tentang pengharaman, dia berkata tidak ada nas yang muktamad. Di sini tidak ada nas yang muktamad mahupun nas yang tidak muktamad. Dan sesungguhnya ia hanya pendapat akal semata-mata. Nas-nas secara jelas menyatakan bahawa tidak wajib zakat kecuali dengan dua syarat: Apabila cukup haul (tempoh setahun) dan cukup nisaab (kiraannya).
Tetapi dia secara ijtihad menyatakan: diwajibkan zakat ke atas mereka yang menerima gaji secara bulanan. Apa dalilnya? Dia meletakkan kaedah “untuk menjaga maslahah orang miskin”. Hakikatnya ini bukan kaedah Syara’ tetapi ia adalah kaedah komunis! Ini kerana tidaklah wujud fahaman komunis melainkan untuk menjaga maslahah orang-orang miskin dengan menentang orang kaya. Adapun Syara’, ia menjaga maslahah kedua-belah pihak, sama ada orang miskin atau kaya.”
Diterjemahkan dari sebahagian Rakaman audio dari Kaset Silsilah Al-Huda wa Al-Nuur, no. 362 – minit 16:30-18:16 dan 24:35-26:00.
Muat Turut: http://www.alalbany.ws/alalbany/huda_noor_audio/362.rm

 Diterjemahkan oleh: Ustaz Abu Omar Idris bin Sulaiman
Artikel berkaitan: http://ustazidrissulaiman.wordpress.com/2013/05/26/dr-yousuf-al-qaradawi/


Artikel Berkaitan:
 DR. YOUSUF AL-QARADAWI
 http://ustazidrissulaiman.wordpress.com/2013/05/26/dr-yousuf-al-qaradawi/


306830_287576331363691_1802321836_n

No comments:

Post a Comment