Saturday, May 14, 2011

Al Arqam Hancur Selepas Doa Mubahalah




















Arqam Hancur Selepas Doa Mubahalah
-Zabidi Mohamed (Bekas Penasihat Undang Undang Al-Arqam


Apabila Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin meminta kedua dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya 'bermubahalah’ atau bersumpah, ada yang sangsi adakah cara ini dapat menyelesaikan masalah.

Namun, bagi bekas Penasihat Undang-Undang Kumpulan AI-Arqam, Zabidi Mohamed, kaedah ini pilihan yang sangat baik kerana mengikut pengamatan beliau, inilah penyelesaian yang Allah berikan semasa isu berkaitan ajaran Al-Arqam melanda Negara satu ketika dulu.

“Allah SWT telah memberikan jawapan-NYA kepada sembahyang Hajat dan Doa Mubahallah yang telah kami lakukan di seluruh markas-markas al Arqam di mana para wartawan turut menyaksikannya ketika itu," ujar beliau semasa ditemui di ibu negara baru-baru ini."


Menurut Zabidi, dalam sembahyang hajat dan doa Mubahallah yang dilakukan pada 30 Jun 1994 itu, semua pengikut kumpulan al-Arqam telah memohon kepada Allah agar segera tunjukkan di dunia lagi bahawa 'kebenaran' itu benar- benar kebenaran. Manakala yang 'batil' itu benar-benar kebatilan.

Ketika itu semua pengikut al-Arqam sangat yakin berada di pihak yang
benar. Sebab itu mereka memohon bersungguh-sungguh agar Allah SWT
menunjukkan di dunia lagi supaya yang benar itu dimuliakan. Begitu juga
sebaliknya, bagi siapa yang berada di pihak yang batil, clihinakan mereka dengan segera.

"Malah dalam doa mubahalah itu, Ustaz Ashaari dan kami telah memin­ta Allah berikan jawapan segera dalam tempoh tiga bulan dari tarikh doa tersebut dilakukan, agar yang batil segera di­hukum dan dihina di dunia lagi," jelas Zabidi.

Doa Mubahalah

Menurut Zabidi, transkrip Doa Mubahallah tersebut yang dikarang sendiri oleh Ustaz Ashaari tanpa campur tangan daripada mana-mana pemimpin al-Arqam lainnya, telah beliau bukukan dalam buku karya beliau; Arqam Ter­sungkur di Pintu 'Syurga' yang sehingga kini telah dicetak sepuluh kali cetak dan terjual sebanyak lebih 40 ribu naskah

Butiran doa tersebut adalah:
"Marilah kita pada malam malam Isnin dan Jumaat berkum­pul untuk bertahlil di setiap markas dan perkampungan al Arqam di selu­ruh dunia. Sesuai dengan waktu ini kita sedang dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan oleh pihak tertentu. Maka marilah kita beramai-ramai sebagai orang Islam yang yakin Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Penyelesai segala masalah, sama-sama mengadu kepa­da Allah sungguh sungguh, agar den­gan itu segala fitnah yang sedang me­landa umat Islam segera selesai. Oleh kerana tidak ada lagi tempat untuk kita mengadu di bumi ini maka kepada Allah tempat yang paling tepat dan layak untuk kita mengadu. Bila kita mengadu dengan Allah itu Tu­han kita bersama.

"Marilah kita pasang niat sungguh­ sungguh pada malam-malam tersebut kepada Allah agar Allah tunjukkan ke­benaran itu kebenaran dan batil itu ke­batilan. Siapa yang benar biarlah Al­lah tunjukkan di dunia lagi supaya dia dimuliakan. Begitu juga sebaliknya, ba­gi orang yang bersalah atau batil biarlah di dunia lagi mereka terhina. Andai kata kita yang membawa kebatilan itu, mu­dah-mudahan dengan kebatilan itu kita dapat membaiki diri dan bertaubat. Agar dapat kita selamatkan diri dari azab Ner­aka Allah.
"Begitu juga sebaliknya, jika mer­eka yang menuduh itu yang membawa kebatilan, moga-moga mereka insaf dan sempat pula bertaubat. Kita harap mu­lai tarikh ini hingga sekitar tiga bulan yang akan datang, Allah akan beri jawa­pan. Supaya dengan jawapan itu, orang ramai tidak tertipu dengan mana-mana pihak. Dan mereka dapat menetapkan pendirian di pihak yang benar.

"Kalau ada pula pihak-pihak lain yang tidak senang dengan kami, dan mer­eka ingin membuat majlis seumpama ini, kami juga sanggup untuk turut ser­ta menadahkan tangan berdoa bersama­ sama mereka. Kalau Pusat Islam, Jabatan Agama atau ABIM, hendak mengadakan majlis seumpama ini dan meminta kami ikut Berta meramaikan majlis itu, insya Allah kami juga sanggup ikut bersama­ sama berdoa menadah tangan.

"Sekiranya kamilah yang bersalah, mudahlah untuk kami bertaubat. Ini­lah caranya Mubahallah yang dapat ki­ta buat dengan mengadu kepada Allah Taala. Oleh itu marilah kita sama-sama menadahkan tangan mengadu dengan Allah sepenuh hati. Kami rela wahai Tu­han, kalau kami lah yang bersalah, Eng­kau tunjuklah kesalahan kami supaya kami dapat bertaubat. Begitu juga ka­lau sebaliknya, moga-moga mereka juga akan bertaubat.

"Wahai Tuhan, Engkaulah tempat kami mengadu. Engkaulah sebaik-balk Penghukum, Engkaulah yang Maha Adil dan Engkau yang akan menyelesaikan segala masalah".

Jawapan Allah SWT

Menurut Zabidi:
Allah kemudian­nya telah memberikan jawapan-Nya. Tetapi kerana taasub pengikut al-Arqam tidak menyedarinya kerana mereka telah buta mata dan buta hati. "Saya telah senaraikan apa. yang Al­lah telah tunjukkan berlaku dalam tem­poh tiga bulan seperti yang diminta oleh Ustaz Ashaari," tegas beliau.


2 Julai 1994- Ustaz Ashaari dan rombongannya ketika sampai di Changi International Airport telah dilarang me­masuki Singapura. Ustaz Ashaari terpak­sa bermalam di lapangan terbang tersebut dan kemudiannya telah diarah oleh kerajaan Singapura meninggalkan Singa­pura dan kembali ke Thailand. Peristiwa ini memeranjatkan Ustaz Ashaari kerana dia tidak pernah dihalang memasuki ses­ebuah negara sebelum ini.

5 Ogos 1994- Majlis Fatwa Kebang­saan telah mengisytiharkan Fatwa peng­haraman ke atas Aurad Muhammadi­ah serta amalan-amalan yang berkaitan dengannya. Pengisytiharan ini telah dibuat secara langsung melalui televisy­en kepada. rakyat Malaysia.

24 Ogos 1994- Pertubuhan al-Ar­qam diharamkan oleh Pendaftar Per­tubuhan dan pihak polis memulakan tindakan menyerbu premis dan perkam­pungan al-Arkam di seluruh negara.

2 September 1994- Ustaz Asaari di­tangkap di bawah Seksyen 73 (1) Akta Ke­

selamatan Dalam Negeri (I.S.A).

"Semuanya berlaku dalam tem­poh tiga bulan seperti yang diminta oleh Ustaz Asaari. Allah SWT telah memberi­kan Jawapan-Nya," jelas Zabidi lagi.


Menurut beliau, hakikatnya Allah sendiri yang hancurkan al-Arqam. Sebab itulah mengapa sejarah menyaksikan al­Arqam hancur sebegitu rupa dan sebegi­tu tragis hingga lenyap dari muka bumi ini.

Tragedi umat abad ke 21 . Kesalahan Ustaz Ashaari dan al-Arqam bukan se­takat dengan kerajaan dan rakyat Malay­sia, malah yang paling besar kesalahan­nya adalah dengan Tuhan.

Iktikad salah yang menjadi pegangan yang telah difat­wakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebang­saan seumpama 'Pintu syurga' yang di­damkan selama ini rupa-rupanya adalah 'Pintu neraka.'

Bagi Zabidi apabila Ustaz Ashaari ti­dak bertaubat sebagaimana yang dijanji­kannya dalam doa mubahalah, sehingga berlaku tangkapan kali kedua dalam je­maah al-Arqam. Kesan doa Mubahalah itu masih terus berlaku. Ini dapat dilihat kesukaran demi kesukaran yang ditang­gung Ustaz Ashaari selepas itu.


"Saya melihat dalam al-Arqam ter­dapat ahli-ahli yang ikhlas yang datang kerana dorongan untuk memperbaiki diri dan berkorban demi kemuliaan Is­lam. Saya yakin doa mereka diterima Al­lah. Malangnya Ustaz Ashaari tidak se­dar dan memanipulasi keadaan tersebut dalam 'agenda tersembunyinya' yang terkandung dalam fahaman fahaman yang difatwakan salah oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Merujuk kenyataan dan tulisan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang menggambarkan kesan Mubahalah kepada fizikal dan pemikiran pelakunya, Zabidi amat bersetuju. Menurut Zabidi, kesan itulah yang ditanggung oleh bekas pemimpin tertinggi al-Arqam.

Katanya, sebagai contoh, Ustaz Ashaari dulunya seorang penulis yang banyak menulis buku-buku yang mam­pu membangkit semangat pengikutnya. Namun selepas pengharaman al-Arqlam, buku karangan beliau yang bertajuk Na­sihat untuk Bekas-Bekas Arqam' mem­perlihatkan kekecewaan beliau dan menggambarkan beliau sebagai seorang yang kalah dan lemah. Buku karangan is­terinya Khadijah Am bertajuk 'Pemimpin Ajaib' tidak mampu menaikkan imej Ustaz Ashaari seperti sebelumnya.

"Saya melihat juga perubahan fizikal beliau. Dari seorang pemimpin yang berkarisma menjadi seorang yang sangat uzur. Saya mendapat khabar, pa­da. tahun 1997 beliau diserang angin ah­mar dan terjatuh di bilik air. Kemudian sukar untuk bercakap dan sejak itu kesi­hatannya semakin menurun. Hari ini be­liau menggunakan kerusi roda dan me­makai lampin pakai buang," ujar Zabidi yang meyakini doa Mubahalah sangat berkesan mencari kebenaran di sebalik kekeliruan yang timbul. [Ustaz Ashaari Muhammad, meninggal 2o1o ]


Sumber:http://grenbara.bravejournal.com/entry/27615

3 comments:

  1. Muhd Izham said...

    Assalamualaikum,
    Walaupun Jemaah Al-Arqam telah diharamkan bersabit dengan beberapa hal berkaitan Aqidah, tetapi jasanya pada perkembangan Islam di negara ini amat besar

    Saya setuju dengan pandangan tuan..kelahiran Jemaah Al-Arqam telah mencetus revolusi dan peradaban baru dalam perkembangan Islam di Malaysia ini, khususnya di tahun saya di besarkan sekitar 80-an.

    Perginya Ust Ashaari Muhammad merupakan satu kehilangan pencetus dan pemikir Islam yang hebat dalam aspek mendidik insan menuju Allah, konsep As Sunnah yang digambarkan begitu terasa manis dan jelas..

    Malajah An-Nasihah, Al-Ain, Anak Soleh, antara wadah mendidik jiwa yang hebat bagi saya..amat indah suatau masa dulu. Wadah dakwah melalui nasyid, bermula dengan OVA-Oudio Video Al-Arqam yang membawa suara Putera Puteri Al-Arqam, kehebatan ketika itu mereka telah menguasai 100% ilmu audio, pengadunan bunyi dan kejuruteraan audia..mengatasi umat Islam lain di sini..

    Dengan harga kaset RM6 tetapi berkuliti RM25, Nadamurni dilahirkan melalui Album komersial KELAHIRAN..memuatkan puisi-puisi indah, Zikrullah,pentomin kematian dan alunan nasyid..

    lahirlah insan-insan suara seni Islam yang hebat tetapi tawadhu' seperti Allahyarham Ust Asri Ibrahim (nadamurni-Rabbani), Allahyarham Osman (Nadamurni-Hijjaz), Allahyarham Zarie/Azhari (The Zirk-Raihan) dan wajah-wajah seni yang masih hebat seperti Munif, Isman (penggubah lagu/lirik-Nadamurni-Hijjaz), Nazeri Johani (Raihan), Farihin, Pahrol Md Juoi..

    Asuhan tarbiah Ashaari telah melahirkan insan-insan yang menjiwai Islam, menjiwai Ramadhan Al-Mbarak, mengasihi Rasulullah dan mengindahkan Rabiul Awwal, memantapkan ruh perjuangan, menghadapi jihad..seolah-olah jika kita belajar Sirah Nubuwwah..mirip zaman itu cuba di zahirkan kembali..
    SUBHANALLAH..

    kini..selepas Rufaqa'..Ikhwan Global..masih adakah lagi model indah di perkampungan Sungai Penchala seperti suatu masa dahulu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana setuju dengan saudara yang memberika komen....

      Delete
  2. Sayang bagi manusia yang dahulunya mendapat cahaya tetapi buta akhirnya..... tapi masih ramai yang masih tercari-cari cahaya itu. Ilmu dan olahan pemikiran tetap sama tetapi kenapa tak terpimpin.

    ReplyDelete