Tuesday, May 31, 2011

Hadis Mutawatir : Setiap Yang Memabukkan Adalah Haram



HADIS MUTAWATIR SETIAP YANG MEMABUKKAN ADALAH HARAM


Rasulullah s.a.w. bersabda:

كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ

Setiap yang memabukkan adalah haram.

Hadis mutawatir ini diriwayatkan oleh ramai sahabat dengan beberapa lafaz. Dalam Sharh al-Muwatta`, al-Zarqani mengatakan hadis ini diriwayatkan dengan banyak jalan dan sanad dengan lafaz yang sama dan ma’na yang sama (walaupun berlainan lafaz) sehingga lebih daripada 30 orang sahabat. Kandungannya itu bermaksud tidak halal mengambil minuman yang memabukkan. (Sharh al-Zarqani, jil. 4, hal. 209)

Pertama: Hadis Abu Musa (al-Bukhari, Abu Dawud, Ibn Majah)

عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ فَسَأَلَهُ عَنْ أَشْرِبَةٍ تُصْنَعُ بِهَا فَقَالَ وَمَا هِيَ قَالَ الْبِتْعُ وَالْمِزْرُ فَقُلْتُ لِأَبِي بُرْدَةَ مَا الْبِتْعُ قَالَ نَبِيذُ الْعَسَلِ وَالْمِزْرُ نَبِيذُ الشَّعِيرِ فَقَالَ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ

Daripada Abu Musa bahawa Rasulullah s.a.w. mengutuskannya ke Yaman lalu beliau bertanya kepada baginda tentang minuman yang dibuat di sana. Beliau menjawab, bit’ dam mirz. Saya (Sa’id bin Abi Burdah) bertanya kepada Abu Burdah, apakah bit’ ? Beliau menjawab peraman madu dan mirz itu ialah peraman barli. Lantas beliau bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram.” (al-Bukhari, 4343)

Kedua: Hadis ‘Aishah (Abu Dawud)

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ وَمَا أَسْكَرَ مِنْهُ الْفَرْقُ فَمِلْءُ الْكَفِّ مِنْهُ حَرَام

Daripada ‘A`ishah katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram. Minum sebanyak farq yang menyebabkan mabuk maka sekadar tapak tangan juga haram.”

Farq ialah satu sukatan yang boleh mengisi sesuatu yang banyak. Sukatan ini menunjukkan kuantiti yang banyak. Maka difahami daripada hadis ini, kuantiti yang sedikit adalah haram sama seperti minum dengan kuantiti yang banyak.

Hadis ketiga: Hadis ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As (Abu Dawud)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَالْكُوبَةِ وَالْغُبَيْرَاءِ وَقَالَ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bahawa Rasulullah s.a.w. daripada minum khamar (arak), judi dan ghubayra` dan baginda bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram.”

Ghubayra` ialah peraman air yang dibuat daripada jagung.

Keempat: Hadis Ibn ‘Umar (al-Nasa`i, Ibn Majah)

عَنْ بْنِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram.”

Tambahan dalam riwayat al-Nasa`i:

وَكُلُّ مُسْكِرٍ خَمْر

“Setiap yang memabukkan adalah khamar.”

Kelima: Hadis Ibn Mas’ud (Ibn Majah)

3379 - حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ عَنْ أَيُّوبَ بْنِ هَانِئٍ عَنْ مَسْرُوقٍ عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ

Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram.”

Keenam: Hadis Mu’awiyah (Ibn Majah)

عَنْ يَعْلَى بْنِ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ سَمِعْتُ مُعَاوِيَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ عَلَى كُلِّ مُؤْمِنٍ

Daripada Ya‘la bin Shaddad bin Aws katanya saya mendengar Mu’awiyah berkata bahawa saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram ke atas setiap orang yang beriman.”

Ketujuh: Hadis Abu Hurayrah (al-Nasa`i, Ibn Majah)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُنْبَذَ فِي النَّقِيرِ وَالْمُزَفَّتِ وَالدُّبَّاءِ وَالْحَنْتَمَةِ وَقَالَ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ

Daripada Abu Hurayrah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram.”

Kelapan: Hadis ‘Ali (al-Daruqutni)

عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم كل مسكر حرام وما أسكر كثيره فقليله حرام وقال رسول الله صلى الله عليه و سلم لا أحل مسكرا

Daripada ‘Ali bin Abi Talib katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram. Apa yang banyaknya itu memabukkan maka sedikitnya juga haram. Dan baginda bersabda: “Aku tidak menghalalkan apa yang memabukkan.”

Kesembilan: Hadis Ibn ‘Abbas (Ahmad, al-Daruqutni, Sharh Ma’ani al-Athar)

عَنْ قَيْسِ بْنِ حَبْتَرٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ الْخَمْرَ وَالْمَيْسِرَ وَالْكُوبَةَ وَقَالَ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ

Daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t. mengharamkan khamar, judi, gendang. Baginda bersabda lagi: “Setiap yang memabukkan adalah haram.”

Kesepuluh: Hadis Jabir (Muslim, al-Nasa`i, Ibn Hibban)

عَنْ جَابِرٍ أَنَّ رَجُلًا قَدِمَ مِنْ جَيْشَانَ وَجَيْشَانُ مِنْ الْيَمَنِ فَسَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ شَرَابٍ يَشْرَبُونَهُ بِأَرْضِهِمْ مِنْ الذُّرَةِ يُقَالُ لَهُ الْمِزْرُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوَ مُسْكِرٌ هُوَ قَالَ نَعَمْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ إِنَّ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ عَهْدًا لِمَنْ يَشْرَبُ الْمُسْكِرَ أَنْ يَسْقِيَهُ مِنْ طِينَةِ الْخَبَالِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا طِينَةُ الْخَبَالِ قَالَ عَرَقُ أَهْلِ النَّارِ أَوْ عُصَارَةُ أَهْلِ النَّارِ

Daripada Jabir katanya seorang lelaki telah datang dari Jayshan, ianya terletak di Yaman lalu dia bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang meinuman yang mereka minum di tempat mereka yang dibuat dari jagung yang dipanggil mirz. Baginda bertanya: “Adakah ia memabukkan? Orang itumenjawab: “Ya”. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram. Sesungguhnya Allah s.w.t. berjanji kepada orang yang meminum apa yang memabukkan untuk diberikan mereka minuman daripda tinah al-khabl. Mereka bertanya apakah itu tinah al-khabl ? Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Ia adalah peluh ahli neraka atau hampas ahli neraka.”

Kesebelas: Hadis ‘Umar (Sharh Ma’ani al-Athar)

عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : كل مسكر حرام

Daripada ‘Umar bin al-Khattab katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram.”

Kedua belas: Hadis Qays bin S’ad (Sharh Ma’ani al-Athar)

عن قيس بن سعد بن عبادة قال سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول : كل مسكر حرام

Daripada Qays bin Sa’d katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram.”

Ketiga belas: Hadis Anas (Musnad Abi Ya’la, Musnad)

عن أنس بن مالك قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهى عن ما يصنع في الظروف والمزفتة وعن الدباء وقالكل مسكر حرام

Daripada Anas bin Malik katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. melarang dari minum yang diperam dalam bekas-bekas arak, bekas yang dilumur tar, labu kering dan baginda bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram.”

Keempat belas: Hadis Ummu Salamah (Ahmad)

عَنْ عَمَّارٍ الدُّهْنِيِّ عَنْ امْرَأَةٍ مِنْهُمْ أَنَّهَا سَأَلَتْ أُمَّ سَلَمَةَ عَنْ النَّبِيذِ فَقَالَتْ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ وَنَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْمُزَفَّتِ وَعَنْ الدُّبَّاءِ وَالْحَنْتَمِ

Daripada ‘Ammar al-Duhni daripada seorang wanita al-Duhni bahawa dia bertanya kepada Ummu Salam tentang nabidh (rendaman tamar setelah beberapa hari). Beliau menjawab: “Setiap yang memabukkan adalah haram. Rasulullah s.a.w. melarang daripada al-muzaffat (bekas yang dilumur tar), al-dubba` (bekas daripada labu kering) dan al-hantum (tempayan-tempayan hijau).


Muhammad Hanief Awang Yahaya,

www.darulkautsar.net

Kelima belas: Hadis Maymunah (Ahmad)

عَنْ مَيْمُونَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الدُّبَّاءِ وَالنَّقِيرِ وَالْجَرِّ وَالْمُقَيَّرِ وَقَالَ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ

Daripada Maymunah katanya Rasulullah s.a.w. melarang daripada al-dubba` (bekas daripada labu kering), al-naqir (bekas yang dibuat dari pangkal kurma bagi mengisi minuman), al-jarr (tempayan) dan al-muqayyar (bekas yang dilumur tar) dan baginda bersabda: “Setiap yang memabukkan adalah haram.”

Keenam belas: Hadis Mu’adh bin Jabal (Sunan al-Darimi)

عن أبي بردة بن أبي موسى عن أبيه قال بعثني رسول الله صلى الله عليه و سلم أنا ومعاذ بن جبل إلى اليمن فقال اشربوا ولا تشربوا مسكرا فإن كل مسكر حرام

Daripada Abu Burdah bin Abu Musa daripada ayahnya katanya: Rasulullah s.a.w. telah mengutuskan saya dan Mu’adh bin Jabal ke Yaman dan bersabda: “minumlah tetapi janganlah minuman apa yang memabukkan kerana sesungguhnya setiap yang memabukkan adalah haram.”


No comments:

Post a Comment