Tuesday, May 3, 2011

Imam Ali Ar-Ridha- Golongan Syi’ah Berbohong Mendakwa Cintakan Ali r.a

Imam Ali Ar-Ridha- Golongan Syi’ah Berbohong Mendakwa Cintakan Ali R.A.









Terjemahan


Musa bin Bakr al-Wasithi katanya, Abu al-Hasan (Imam Ali ar-Ridha) a.s. berkata


: “Kalau aku mengklasifikasikan Syi’ahku, pasti aku tidak akan dapati mereka kecuali orang-orang yang mendakwa sahaja (yang mereka cintakan Ahl al-Bait).


Kalau aku hendak menguji mereka pasti aku tidak akan temui kecuali orang-orang yang murtad.


Kalau aku mahu membersihkan mereka (daripada dakwaan mereka) tentu tidak akan tinggal walaupun seorang daripada seribu.


Kalau aku mahu menyelidiki keadaan mereka (yang sebenar) pasti tidak akan tinggal dari kalangan mereka kecuali aku dapati mereka sambil berbaring di atas sofa-sofa (dengan sombong) mengatakan bahawa kami adalah Syi’ah Ali sedangkan Syi’ah Ali yang sebenar ialah orang yang perbuatannya membenarkan kata-katanya”.

(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 228)

Kesimpulan:

Ø Imam Ali Ar-Ridha (Imam Ahl al-Bait yang ke 8 di sisi Syiah) di dalam kitab utama golongan Syiah (ar-Raudhah min al-Kafi) mengatakan bahawa golongan Syi’ah pada hakikatnya hanya mendakwa sahaja cintakan Ahl al-Bait tetapi sebenarnya mereka membenci Ahl al-Bait

Ø Imam Ahl al-Bait sendiri mengatakan bahawa Syi’ah adalah golongan yang murtad.

Ø Imam Ahl al-Bait sendiri mengatakan bahawa golongan Syi’ah hanya pandai berkata-kata sahaja padahal pada hakikatnya perbuatan mereka bercanggah dengan dakwaan mereka.

No comments:

Post a Comment