Tujuan utama dalam pengajian Aqidah Tauhid adalah :
1) Mengenal makna TAUHID [*] serta mempelajari ilmu berkaitan TAUHID..
- Mengetahui bahawa Tauhid adalah kewajipan pertama bagi setiap hamba di muka bumi ini.
- Mengenal maksud dan pengertian bagi kalimah TAUHID (La Ilaha Illa Allah)
- Keperluan berilmu dengan Aqidah Tauhid serta beramal dengannya (Teori dan juga Praktikal)
2) Mempraktikkan Tauhid dalam kehidupan seharian
- Mengikut Rasulullah SAW dengan mentaati perintah RASUL sesuai dalam merealisasikan kalimah : Muhammad(itu adalah) Rasul (pesuruh ) Allah
- Mengikut jalan dan garis panduan orang Mukmin yang telah diberi kepercayaan oleh Allah Taala danoleh Rasulullah SAW (Iaitu para sahabat nabi SAW, dan para Salaf As-Salih dan mereka yang telah melalui jalan ini dari kalangan Ahli Ilmi yang Rabbani)
- Menolak segala perkara atau syubahat yang boleh memesongkan tauhid serta dalam masa yang sama menjauhkan kaum muslimin daripada : (1) keterpesongan Ahli Mujtahid dari kalangan pemuja Aqal dan; (2) juga dari Ahli Ibadat yang melampau dalam Ibadahnya serta juga ; (3)dari kelompok yang membenci seruan kepada Kitab dan Sunnah atas pemahaman Salaf As-Salih.
3) Bersatu dan berpaut di bawah Panji Tauhid serta memurnikan Ukhuwwah atas keshahihan Tauhid..
- Mengenali siapa itu Ahli Tauhid dan hubungan kesaudaraan dan pembina ukhuwwah agar kesatuan yang dibina itu akan utuh..
- Mencintai Ahli Tauhid antara satu sama lain dan bantu membantu dalam memurnikan Agama Allah Taala serta berkasih sayang sesama mereka (رحماء بينهم)..
- Mendengar dan Mentaati Pemerintah dari kalangan kaum muslimin pada segala suruhan kebaikan ; pada masa yang sama membenci segala kejahatan dan kemaksiatan mereka ; serta MENASIHATI mereka dengan cara yang betul bukan dengan emosi dan kebencian terhadap PEMERINTAH..
- Berlepas diri dari kaum yang Kafir serta mereka yang tidak beriman dengan seruan TAUHID dari kalangan kaum musyrikin, atheis, dan kelompok-kelompok yang terkeluar daripada MANHAJ AQIDAH Ahli Sunnah Wal-Jamaah serta TIDAK MENGAMBIL MEREKA SEBAGAI TEMAN & RAKAN TAULAN (Juga menjelaskan kebathilan mereka agar ummah terhindar daripada doktrin virus suntikan mereka)..
4) Seruan kepada pemurnian Tauhid dan meninggalkan segala taqlid buta dan taksub jahil pada kelompok-kelompok tertentu (Memberitahu kepada mereka agar patuh kepada DALIL dan juga menimbang pendapat yang datang daripada SARJANA @ USTAZ @ TOK LEBAI dengan Syara')- Sebelum menerima maupun menolakknya.
- Berilmu dalam berdakwah mengajak manusia kepada kebenaran.
- Memiliki hikmah dalam mengajak manusia kembali kepada Al-Qur'an dan Hadis kerana terlalu sukar untuk manusia menerima perkara yang telah sebati dalam darah daging mereka apa yang telah mereka pegangi sebelum ini..
- Kesabaran, Tawakkal pada Allah Taala serta memohon hidayah dan petunjuk untuk Umat Islam agar mereka diberi kefahaman terhadap agama ini sesuai dengan kefahaman Kurun Awal Islam..
Akhir sekali,, aku memohon agar dikurniakan taufiq dan kefahaman dalam beragama,, kerana engkaulah Allah Taala yang pemberi hidayah pada sekalian manusia dan juga tuhan yang tiada sekutu dengan apa jua sekalipun, Segala puji bagi Allah Taala Tuhan yang layak mendapat pujian dan kemuliaan sebagaimana engkaulah jua adalah penerima taubat bagi setiap kesalahan hambaNYA yang lemah.
Wallahu A'lam.
*Abu Urwah Al-Athari Al-Madani,
Thullab Syaikh Dr Abdul Razak Al-Badr,
dan Syaikh Dr. Salih bin Sa'ad As-Suhaimi,
& Syaikh Dr. Ibrahim bin Amir Ar-Ruhaili,
Universiti Islam Madinah Munawwarah,1432 H
credit to : Gomo Ppuah, May 10, 2011
No comments:
Post a Comment