Kata Syeikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin r.h:
Dan di antara yang diketahui bahawa hadis-hadis yang datang berkenaan melakukan solat witir dengan bilangan ini (yakni witir dengan 5, 7,9 rakaat) tidak ada satu hadis pun yang menunjukkan perlu dipisah bilangannya dengan dua-dua rakaat, bahkan menunjukkan bahawa Nabi s.a.w memang sengaja melakukannya sekaligus (dengan satu salam),
Sunnah secara perkataan mahupun perbuatan membezakan antara solat (nafilah) malam dengan solat witir demikian juga Ahli Ilmu telah membezakannya secara hukum dan kaifiat:
Adapun pembezaan antara keduanya di dalam Sunnah secara qauli (perkataan):
Maka dalam hadis Ibn Umar r.huma bahawa seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w berkenaan tatacara solat malam maka jawab baginda:
"مثنى مثنى، فإذا خفت الصبح فأوتر بواحدة"
Maksudnya: "Dua rakaat-dua rakaat, maka jika kamu takut akan masuk subuh maka berwitirlah dengan satu rakaat". [HR al-Bukhari] Lihat al-Fath (Fathul Bari) 3/20.
Adapun pembezaan antara keduanya oleh Sunnah secara perbuatan:
Maka di dalam hadis Aisyah r.ha kata beliau:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي وَأَنَا رَاقِدَةٌ مُعْتَرِضَةً عَلَى فِرَاشِهِ، فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يُوتِرَ أَيْقَظَنِي، فَأَوْتَرْتُ
Maksudnya: "Adalah Nabi s.a.w sedang bersolat sedangkan aku tidur di atas hamparan bagida, maka jika baginda hendak melakukan Witir baginda mengejutkan aku lalu aku turut melakukan solat witir" [*]. [HR al-Bukhari] Lihat al-Fath, 2/487 dan Muslim meriwayatkannya dengan lafaz:
كَانَ يُصَلِّي صَلَاتَهُ بِاللَّيْلِ وَهِيَ مُعْتَرِضَةٌ بَيْنَ يَدَيْهِ، فَإِذَا بَقِيَ الْوِتْرُ أَيْقَظَهَا، فَأَوْتَرَتْ
Maksudnya: "Adalah baginda s.a.w bersolat solatnya di waktu malam sedangkan beliau (Aisyah r.ha) baring di hadapan baginda, maka jika berbagi solat witir baginda akan mengejutkan beliau lalu beliau turut berwitir".
Diriwayatkan juga daripada beliau (Aisyah r.ha) kata beliau:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنَ اللَّيْلِ ثَلَاثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً، يُوتِرُ مِنْ ذَلِكَ بِخَمْسٍ، لَا يَجْلِسُ فِي شَيْءٍ إِلَّا فِي آخِرِهَا
Maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w bersolat pada waktu malam 13 rakaat, baginda melakukannya witir daripada itu dengan 5 rakaat, baginda tidak duduk melainkannya pada akhirnya (rakaat ke-5)". [HR Muslim].
Diriwayatkan juga daripada beliau r.ha ketika ditanya kepada beliau oleh Sa'ad bin Hisyam bin 'Amir: "Beritahu kepada saya berkenaan witir Rasulullah s.a.w? Kata beliau:
وَيُصَلِّي تِسْعَ رَكَعَاتٍ لَا يَجْلِسُ فِيهَا إِلَّا فِي الثَّامِنَةِ، فَيَذْكُرُ اللهَ وَيَحْمَدُهُ وَيَدْعُوهُ، ثُمَّ يَنْهَضُ وَلَا يُسَلِّمُ، ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّ التَّاسِعَةَ، ثُمَّ يَقْعُدُ فَيَذْكُرُ اللهَ وَيَحْمَدُهُ وَيَدْعُوهُ، ثُمَّ يُسَلِّمُ تَسْلِيمًا يُسْمِعُنَا
Maksudnya: "dan baginda bersolat 9 rakaat tidak duduk padanya (untuk Tahiyat) kecuali pada yang ke-8 maka baginda berzikir, memuji ALLAH, dan berdoa kepadaNya (membaca Tahiyat) kemudian baginda bangkit tanpa member salam kemudian baginda solat rakaat yang ke-9 kemudian duduk dan berzikir dan memuji ALLAH dan berdoa kepadaNya kemudian baginda memberi salam yang dapat kami dengari" [HR Muslim].
Adapun pembezaan para Ulama' antara solat malam dengan solat witir secara hukum adalah: "Sesungguhnya para Ulama berbeza pendapat berkenaan wajibnya Witir, maka Abu Hanifah berpendapat Witir adalah Wajib dan ianya satu riwayat daripada Ahmad yang dinyatakan dalam Al-Insaf dan Al-Furuk; Kata Imam Ahmad: "Seseorang yang meninggalkan witir dengan sengaja maka dia seorang yang keji, tidak boleh diterima persaksiannya".
Sedangkan yang masyhur dalam mazhab adalah Sunat dan ia adalah mazhab Malik dan al-Syafii.
Adapun solat malam maka tidak ada perbezaan pendapat seperti ini, di dalam Fathul Bari (3/27) dinyatakan: "dan saya tidak mengetahui ada nukilan berkenaan wajibnya (solat nafilah malam) melainkan daripada sebahagian Tabiin, berkata Ibn Abdul Bar r.h: sebahagian Tabiin syuzuz dengan berpendapat wajibnya Qiyamullail walaupun sekadar (masa) memerah susu kambing, sedangkan Jamaah para Ulama berpendapat ia adalah mandub (sunat)".
Adapun pembezaan para Ulama antara solat malam dengan witir dari segi tatacara adalah: Para Fuqaha' kita al-Hanabilah telah menyatakan bahawa solat malam itu dua rakaat-dua rakaat sedangkan berkenaan witir mereka berkata: jika seseorang melakukan witir dengan 5 atau 7 rakaat maka dia tidak duduk (untuk Tahiyat) melainkan pada rakaat yang terakhir dan jika dia berwitir dengan 9 rakaat maka dia duduk tasyahud pada rakaat kelapan kemudian bangun tanpa memberi salam lalu dia solat untuk rakaat yang kesembilan kemudian dia bertasyahud dan memberi salam, ini apa yang dinyatakan pengarang Zadul Mustaqni'.
---------------------------------
[*] : Hadis Aisyah r.ha bahawa Rasulullah s.a.w apabila sedang bersolat malam (nafilah) Aisyah r.ha tidur di hadapan baginda kemudian hanya apabila hendak melaksanakan witir baharulah baginda mengejutkan Aisyah r.ha kemudian Aisyah r.ha melakukan witir menjadi dalil yg jelas bahawa:
Oleh : FAQIH AL-ZAMAN MUHAMMAD BIN SOLEH AL-UTSAIMIN R.H
MANTAN ANGGOTA MAJLIS ULAMA BESAR ARAB SAUDI
terjemahan : MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI
Sumber: Majmuk Fatawa wa Rasail Ibn Utsaimin, Jil 14, m.s 262-264.
by Muhammad Asrie Sobri , August 22, 2011
No comments:
Post a Comment