Membedah Lagi Pemikiran Salafi dan Ikhwani.
Saya orang
yang berada di antara dua golongan. Adakalanya kedua golongan ini
hubungannya baik, dan adakalanya kurang baik. Seperti main tarik tali.
Ada hati yang perlu dijaga, tetapi bukan semua hati mampu untuk dijaga.
Adakalanya perlu untuk menyatakan keteguhan prinsip dan memberi
penegasan yang beradab.
Kredit kepada IM, Tarbiyah Jihad dan Dakwah.
Terjemahan Nasihat Ustaz Hassan al-Banna di atas;Saudara sekalian!
Apakah kalian telah bersedia?
Untuk berlapar supaya manusia kekenyangan?
Untuk berjaga malam supaya manusia dapat tidur lena?
Untuk berpenat-lelah supaya orang lain dapat berehat?
Dan akhirnya mati untuk menghidupkan ummat kamu.
Beginilah cara untuk menjadi orang yang benar haqnya bersama Allah
Saya
teringat ketika usrah di Maghribi, sebuah kalam yang sangat menusuk jiwa
saya, menyebabkan saya terkenangkan apabila ada masalah yang menimpa.
” Adakah agama ini semakin lemah tanpa penjaganya sedangkan dalam masa yang sama aku penuntut ilmunya semakin kuat ?”
Alhamdulillah,
hampir 24 tahun menghirup nafas nikmat dari Allah, kini saya di
platform perjuangan yang berlainan dan sedang berusaha untuk mengharungi
pengalaman baru. Keluar dari platform lama, menjadi ahli persatuan
lainnya yang dahulu pernah bergaduh memang memerlukan kekuatan, belajar
dalam persekitaran yang baru, membuat kawan baru, berinteraksi
dengannya.
Dalam meniti
keadaan yang baru dalam mulut-mulut manusia, aku belajar banyak perkara
tentang ukhuwwah Islam yang sebenar dan pseudo-ukhuwwah. Fikrah daie
yang merentasi jemaah dengan fikrah daie yang selesa dalam jemaah,
sumber yang pelbagai , dan paling penting worldview yang luas.
Ikhwan
Muslimin di Malaysia dan di negara-negara lain berbeza. Di negara Arab,
kuliah-kuliah agama dan pelajaran agama asas cukup terkenal. Sehinggakan
seorang pelajar sekolah menengah bolehlah dikatakan sudah selesai
beberapa pelajaran agamanya yang asas, dan apabila dia menyertai ikhwan,
fikrah tersebut sebagai bonus padanya. Seperti orang yang sudah
mempunyai ilmu dan dengan fikrah Ikhwan itu dia ada semangat untuk
mempertahankan Islam dan sibuk dengan perkara-perkara yang bersifat
haraki.
Boleh dikatakan orang yang mempunyai ilmu bermain pedang, cuma ditambahkan pedang itu untuk berjuang.
Namun di
Malaysia lain halnya, orang yang tidak cukup ilmu agama asas, kemudian
mempelajari ilmu haraki, dia akan boleh jadi rosak. Sebagaimana orang
yang tiada ilmu bermain pedang tetapi bersemangat jiwanya untuk
berperang. Boleh jadi dia akan binasa dalam peperangan.
Sebab itu
ada antara syarat dalam dakwah dan tarbiyah ialah ” Makrifah bi
al-Mabda’ ” iaitu “Pengetahuan tentang Asas. Namun, bukanlah selepas
selesai asas itu, pencarian pengetahuan itu berhenti. Bahkan jalan
pencarian itu mesti sentiasa bergerak ketika seseorang daie itu di tahap
pembinaan manusia, sehingga pembinaan Pemimpin dan akhirnya pembinaan
Negara dan Bangsa.
Berkaitan Gambar : Di dalam Istilah Tafaqquh Fi al-Din, ada 8 ilmu yang wajib dikuasai oleh daie dalam fasa pembinaan dirinya sehingga fasa pembinaan negara dan semuanya bermula dengan Makrifah bi al-Mabda’ (Pengetahuan Ilmu Asas).
InsyaAllah jika seseorang daie itu
mempunyai keazaman untuk mencukupkan pengetahuan asasnya di dalam agama,
seperti cara pengambilan sumber yang benar, maka Allah akan membantu
dan akan memberinya kebaikan-kebaikan yang banyak.
Apa yang saya tulis ini hasil dari
pengalaman saya bersama kumpulan dahulu, bukan kumpulan sekarang.
Alhamdulillah, dalam I***M saya tahu ada pengetahuan level 1, level 2.
Ia satu perkara yang baik, di mana pengetahuan seorang daie itu disukat.
Jika tidak sampai sudah saya bingung dengan pengetahuan daie veteran
yang entah di level mana pengetahuannya(tsaqafahnya).
Saya suka memetik kalam Shaykh Ishaq al-Huwaini,
Dan ketahuilah bahawa fitnah itu akan pergi dengan agama orang lelaki. Maka jadilah kamu orang yang teguh menggigit perkara-perkara yang tsabit dalam agama dan rasikh(faqih) dalam pengetahuan asas.
Terjemah gambar di atas;
Sesungguhnya taqwa itu merupakan satu kalimah yang terhimpun padanya kebaikan keseluruhannya dan hakikat taqwa itu ialah melaksanakan apa yang diwajibkan Allah, dan meninggalkan apa yang diharamkan oleh Allah dengan ikhlas kepadaNya dan cinta dan rasa berharap sangat pada ganjarannya dan rasa waspada terhadap azabnya.
Namun, lain pula keadaannya yang berlaku pada pemuda-pemuda salafi.
Mereka cukup bersemangat pergi ke
kuliah-kuliah agama, mencukupkan pengetahuan asas, tapi sayangnya
ilmu-ilmu itu tidak disertai dengan kehidupan yang realiti hasil dari
pelajaran mereka.
Mereka bercakap tentang perkara-perkara
yang syadid, dari orang-orang yang syadid, yang tujuannya untuk
membataskan diri mereka supaya mereka berada dalam satu kawasan(zone)
yang jelas bebas dari perkara haram, syubhat, perkara yang sia-sia,
namun tujuan itu tidak sampai. Ada di kalangan mereka yang tunduk
membisu ketika kuliah-kuliah raqaiq atau pemurnian jiwa, tetapi bila
keluar dalam kehidupan, mereka tergelak sampai hilang tsiqah, bini ada
yang tidak pakai tudung labuh.
Amalan dan praktikal mereka tidak sampai
kepada “advanced” seperti beberapa asatizah mereka, tetapi mereka
mengambil pendapat asatizah mereka yang syadid. Mereka lagha dan lalai
dengan kekayaan dunia sewaktu beberapa orang ikhwan menjaga diri mereka
dari dunia, hidup sederhana dengannya, sibuk dengan aktiviti dakwah dan
tarbiyah.
Kesimpulannya, masalah
Ikhwan ialah mencukupkan perkara yang asas untuk dijadikan panduan yang
memandu ilmu haraki yang dipelajari oleh mereka. Nak salah mereka tidak
boleh, barangkali faktor perpecahan banyak menyumbang kepada isu
“pemencilan golongan agamawan di dalam kumpulan-kumpulan mereka”. Contoh
termudah boleh dilihat perpecahan antara Kumpulan milik Ustaz-Ustazah
dan Kumpulan milik Golongan Professional.
Masalah pemuda-pemuda salafi pula ialah
mereka menanggung beban ilmu yang kekadang dapat digenggam dengan kuat
atau tidak dalam kehidupan mereka. Sangat susah untuk mengotakan apa
yang dipelajari di dalam kehidupan bersama tentangan dari keluarga atau
saudara yang bersifat kaum tradisionalis.
Menunjukkan keyakinan juga dan
keimanan pada dalil yang dipelajari juga tidak mudah.
Contoh termudah, “agamawan elit” pun akan
fikir 10 kali untuk bercakap benar di hadapan pemimpin-pemimpin walhal
dia tahu sebesar-besar jihad ialah becakap benar di hadapan pemimpin
yang zalim. Inilah yang dikatakan sebagai beban ilmu. Beruntung orang yang ilmunya menjaga dirinya.
1. Dalam IM
ada pangkat Mursyid yang digunakan dalam tariqat kesufian. Dibuktikan
pada sirah fasa awal Ustaz Hasan al-Banna. Dan kebanyakan tariqat pada
hari ini (menurut pendapat Shaykh Uthman al-Khamees al-Kuwaiti) mereka
bukan seperti golongan az-Zuhhad yang ada pada generasi Salafussoleh
dulu-dulu dan banyak persamaan dengan Syiah.
2. Syiah
merupakan mazhab berasaskan politik. Mereka ada fasa-fasa dalam
perkembangan gerakan mereka. Mereka ada tanzim, semangat ketaatan kepada
pemimpin yang nampak sedikit keterlaluan(ditunjukkan oleh orang yang
jahil) seperti wala’ dan ketaatan kepada pemimpin, meletakkan orang2
tertentu pada tugas2 yang tertentu, untuk menguasai medan2 tertentu demi
manfaat yang banyak. Senang cerita, Syiah ambil kaedah bagaimana
gerakan-gerakan Islam bergerak.
3.
Pemuka-pemuka Salafi yang tidak update knowledge dan tsaqafah mereka
dalam menilai IM. Mereka menilai IM dari sejarah pasca kejatuhan
Khilafah. Memang jika dilihat pada zaman itu, semangat zaman (Zeitgeist)
dalam aktivis2 dan figur2 IM dapat dilihat dengan jelas dalam tindakan
dan tulisan mereka. Ya benar, mereka mengajak kepada perpaduan termasuk
perpaduan untuk Sufi dan Syiah. Namun perlu difahami, pada zaman itu,
mereka fokus pada lawan mereka iaitu Barat. Senang cerita pada zaman itu
Islam lawan Barat.
Ini dibuktikan dengan tulisan2 mereka yang ada unsur
Tauhid Hakimiyyah, tulisan tentang Sekularisme, fikrah haraki mereka,
ambil sedikit semangat sufi supaya ada sedikit keteguhan dalam jiwa
dalam keadaan ilmu-ilmu agama itu kurang gerakan pentahqiqan dan
pentajdidan.
4.Mereka
mengambil PAS sebagai contoh terdekat dalam menilai Syiah dan unsur2
Syiah. Senang cerita, apa2 unsur Syiah dalam PAS menyebabkan gerakan IM
itu terpalit sedikit padanya seperti hampir kepada Syiah, mengajak
kepada menjatuhkan pemerintah, menghina pemerintah, wahal tidak sedikit
karya2 figur dan ulama IM yang hampir kepada salafi.
Contoh silibus
usrah mereka yang menggunakan buku Shaykhul Islam Ibnu Taymiyyah, kitab
Ibnu Qayyim dalam raqaiq dan pemurnian jiwa. PAS bukan cerminan sebenar
tentang Ikhwanul Muslimin. Lihat contoh pada ISMA yang tegar membanteras
dakyah Syiah. Tolong fahami majoriti ahli PAS tak ikut usrah pun,
mereka hanya ambil semangat sahaja.
5. Anda
boleh baca buku Ust. Riduan Mohd Nor tentang Gerakan Islam, seolah2
dapat difahami dari bukunya, bahawa hanya PAS satu-satunya gerakan Islam
di Malaysia. Seolah2nya ia menafikan adanya kewujudan gerakan-gerakan
Islam lain yang cenderung pada manhaj Ikhwanul Muslimin.
Wallahua’lam,
barangkali tulisan-tulisan di atas tidak tepat dan masih boleh diolah
dan dinilai lagi. Maklumlah aku masih pemuda yang berbayangkan seribu
satu kekurangan lagi.
bacaan sepenuhnya :
No comments:
Post a Comment