Pada 12 Mei(2009) yang lalu sebuah seminar dianjurkan atas nama PAS,iaitulah :SEMINAR ISU ANTARABANGSA BANTAHAN PENDUDUKAN 60 TAHUN ISRAEL DI BUMI PALESTIN
Hakikatnya:
IA ADALAH SEBUAH SEMINAR SYIAH!!!!
Penjelasannya:
Web2 IQ, 18 Mei (zain-ys)
- Pada 12 Mei yang lalu khabarnya, satu majlis seminar di hotel Ansar
sempena membantah 60 tahun penjajahan Israel ke atas bumi Palestine
telah diadakan.
Namun, agak musykil kerana majlis itu juga adalah bersempena hari kelahiran Zainab al-Kubro.
Merayakan kelahiran Zainab bukan budaya umat Islam di Malaysia. Ini
bermakna, jika ada orang yang merayakannya juga, pasti ada yang tak kena
dengan orang berkenaan.
Zainab adalah
salah seorang ahlil bait. Golongan yang memuja secara berlebihan
terhadap ahlil bait adalah Syiah. Golongan Ahlus Sunnah juga amat
menyintai Ahlil bait tetapi tidak bersikap melampau.
Apakah penganjur seminar berkenaan adalah kelompok Syiah?
Dugaan ini dikuatkan lagi dengan barisan panelnya yang antaranya:
1.
Zaini Zainal Abidin. Beliau sering menelefon rtm dunia dan melontarkan
idea-idea berbau Syiah. Pernah sekali dua dia diundang untuk rancangan
berkenaan sebagai tetamu.
2. Hasan
Askari. Dari namanya sahaja sudah dapat dicam bahawa beliau adalah
seorang Syiah. Beliau adalah bekas pelajar Qom, Tehran
3. Mohd Nor Daud, Ketua Urusan Ulama MTD PAS Kota Lama
Bila
meneliti isikandungan seminar berkenaan, memang jelas bahawa seminar
berkenaan adalah seminar Syiah Imamiyah. Hal ini tidak dapat ditutup
lagi sekalipun pada penghujung seminar pengerusi majlis berkali-kali
menekankan bahawa mereka adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Menurut sumber yang hadir di seminar berkenaan; “..manakan
mungkin mereka adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Mereka menuduh yang
bukan-bukan terhadap para ulama Ahlus Sunnah. Mereka juga mentohmah para
sahabat Rasulillah s.a.w. Terutamanya Abu Hurairah r.a.”
“Mana mungkin Ahlus Sunnah mentohmah para sahabat!” Sambung sumber ini lagi.
Menurut seorang lagi yang hadir; “..mereka juga cuba menipu para hadirin dengan menyelewengkan beberapa fakta.”
“Contohnya
mereka mengatakan bahawa Hadith Bahtera terdapat di dalam Sahih Muslim
dan Sunan Sittah. Sedangkan hakikatnya hadith berkenaan tidak pernah
wujudpun di dalam kitab-kitab berkenaan.”
Golongan Syiah memang terkenal dan masyhur sebagai golongan yang gemar memalsukan fakta.
Apa
yang menyedihkan ialah seminar berkenaan dianjurkan oleh PAS. Lihat
sendiri logo PAS tertera megah pada poster (lihat gambar).
Pihak
PAS perlu menyiasat tentang hal ini agar ia tidak terus merebak dan
menjadi parah. Jika hal ini tidak diselesaikan segera, adalah dipercayai
ia akan menjadi fitnah terhadap PAS. Juga mengiyakan tuduhan sebahagian
masyarakat bahawa PAS sudah dipengaruhi oleh Syiah Imamiyah yang sesat
itu. (zain-ys 4 web2 IQ)
No comments:
Post a Comment