Terjemahan
Pandangan Ahlul Bait Terhadap Syi`ah 2
Daripada
Zaid bin Musa bin Ja’far daripada ayahnya daripada datuknya a.s.
katanya: Fatimah as-Sughra a.s. telah berkhutbah sekembalinya dari
Karbala dengan berkata:
(Selepas mengemukakan mukaddimah khutbah) beliau berkata:
“Adapun
selepas dari itu, wahai penduduk Kufah! Wahai pembelot dan pengkhianat!
Sesungguhnya kami adalah Ahlul Bait. Allah ta'ala telah menguji kami
dengan kamu dan menguji kamu dengan kami. Lalu Allah menjadikan ujian
kepada kami sebagai satu kebaikan dan memberikan ilmu-Nya kepada kami
dan memberikan kefahaman kepada kami. Kami adalah tempat simpanan
ilmu-Nya, khazanah kefahaman-Nya dan kebijaksanaan-Nya dan hujah-Nya di
muka bumi kepada hamba-hamba-Nya. Allah telah memuliakan kami dengan
kemuliaan-Nya dan mengutamakan kami dengan Nabi-Nya s.a.w.a. melebihi
sekalian makhluk-Nya. Lalu kamu mendustakan kami, engkar terhadap kami
dan kamu berpendapat bahawa membunuh kami adalah halal dan harta kami
adalah barang rampasan (untuk kamu) seolah-olah kami adalah anak-anak
yang ditinggalkan atau tawanan sebagaimana kamu telah membunuh datuk
kami (Ali) kelmarin. Pedang-pedang kamu sentiasa menitiskan darah-darah
kami Ahlul Bait kerana dendam yang lalu. Mata-mata kamu menjadi sejuk
dan hati-hati kamu gembira dengannya (perbuatan tersebut) kerana
keberanian kamu terhadap Allah dan tipu daya yang kamu lakukan dan Allah
sebaik-baik yang membalas tipu daya. Janganlah hati-hati kamu mendorong
kamu untuk bergembira dengan darah-darah kami yang telah kamu tumpahkan
dan harta-harta kami yang telah kamu ambil. Kerana segala
musibah-musibah dahsyat dan bencana besar yang menimpa kami telah
ditentukan sebelum kami menjadikannya. Sesungguhnya yang demikian itu
adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak
bersedih hati akan apa yang telah terlepas daripada kamu dan tidak pula
bergembira (kerana sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada
kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
sombong takabbur serta membanggakan diri.
Binasalah
kamu! Tunggulah la’nat dan azab yang pasti akan menimpa kamu, azab-azab
disebabkan perbuatan kamu akan membinasakan kamu secara berterusan
daripada langit dan sebahagian kamu akan merasai azab sebahagian yang
lain. Kemudian kamu akan kekal di dalam azab yang pedih pada hari kiamat
disebabkan kezaliman yang kamu lakukan terhadap kami. Ketahuilah
sesungguhnya la’nat Allah ke atas orang yang melakukan kezaliman.
Kecelakaan
ke atas kamu! Apakah kamu mengetahui tangan manakah dari kalangan kamu
yang telah menikam kami atau jiwa manakah yang bercita-cita untuk
membunuh kami atau kaki manakah yang telah berjalan kearah kami kerana
mahu memerangi kami? Telah keraslah perasaan kamu, kasar jiwa-jiwa kamu,
telah dicop atas hati-hati kamu, dimeterai pendengaran dan penglihatan
kamu dan syaitan telah memperdayakan kamu, memanjangkan angan-angan kamu
serta menutup mata hati kamu sehingga kamu tidak mendapat petunjuk.
Kecelakaan
ke atas kamu wahai penduduk Kufah! Sudah berapa ramai warisan
Rasulullah s.a.w.a. yang diperolehi oleh kamu dan dendam terhadapnya di
sisi kamu. Kemudian kamu mengkhianati saudaranya Ali bin Abi Thalib a.s.
datukku dan anaknya keturunan Nabi yang suci lagi terpilih.
(Rujukan: Ahmad bin Ali bin Abi Talib at-Thabarsi al-Ihtijaj jil. 2 hal. 302, 303)
Kesimpulan:
- Ahlul Bait iaitu Fatimah as-Sughra tidak mempercayai golongan yang mendakwa pengikutnya iaitu Syi’ah dengan mengatakan mereka adalah golongan pembelot dan pembunuh keluarganya.
- Syi’ah adalah pembunuh Ahlul Bait berdasarkan pengakuan Ahlul Bait sendiri di dalam kitab-kitab Syi’ah sendiri.
- Penganut Syi’ah telah ditimpa kehinaan kerana doa Ahlul Bait ke atas mereka dan kerana itulah mereka melakukan amalan-amalan yang langsung tidak bersesuaian dengan akal dan fitrah yang suci seperti amalan menyiksa diri pada hari Asyura, melakukan seks bebas atas nama mut’ah dan sebagainya.
[2] Yang dimaksudkan dengan penduduk Kufah bila disebutkan secara mutlak ialah golongan Syi’ah.
No comments:
Post a Comment