Walaupun
setakat ini belum ada maklumat tentang Syiah di dalam UMNO, namun SJ
nasihatkan agar pihak parti berkenaan berhati-hati kerana tidak mustahil
jika mereka turut menyelinap masuk ke dalam parti itu tanpa disedari
oleh sesiapa. Jangan fikir kalian selamat dari golongan Syiah!
Dalam pada masa yang sama, kita memang
mengetahui tentang kewujudan Syiah dalam Pakatan Rakyat dan hubungan
erat Kerajaan PAS Kelantan dengan Kerajaan Syiah Iran bukanlah suatu
rahsia lagi. Perkara ini pernah saya dedahkan menerusi satu artikel (klik di sini).
Ketika Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012
yang berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Menteri
Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik
Mat telah mengarahkan supaya bahan-bahan berunsur Syiah diturunkan oleh
pihak-pihak yang terbabit dengan ekspo berkenaan. Malangnya, arahan
tersebut tidak dipenuhi sepenuhnya.
Ini
menandakan bahawa penganut ajaran Syiah tidak gerun dengan Menteri
Besar Kelantan itu berkemungkinan kerana mengetahui bahawa pihak PAS
tidak akan mampu menghalang gerakan Syiah yang telah mula mendominasi
parti tersebut.
Dikhabarkan pula bahawa Pengerusi Parti KeADILan Rakyat (PKR) Perlis, Mohammad Faisol Abdul Rahman merupakan seorang penganut ajaran Syiah.
Hal ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat sangat longgar dalam menegakkan ajaran Islam. Tumpuan
serta cita-cita nafsu mengejar pangkat, jawatan dan kedudukan untuk
menguasai arena politik tanahair telah mengaburi pandangan mata hati
mereka hinggakan persoalan akidah tidak menjadi keutamaan.
Diketahui
juga bahawa telah wujud Hauzah Syiah di negeri Perlis, dan ramai di
kalangan masyarakat Kedah dan Perlis yang telah menganut ajaran Syiah.
Anehnya,
negeri yang para Muftinya asyik menyebut tentang soal bidaah itu dan
ini sendiri tidak menyekat gerakan Syiah di Perlis.
Sejarah lampau membuktikan bagaimana
Syiah menjatuhkan kerajaan-kerajaan Islam dengan cara menyelinap masuk
melalui politik negara. bagaimana jatuhnya Kerajaan Islam Abbasiyah yang
hancur akibat Syiah yang mengkhianati kerajaan ketika itu dengan
bekerjasama dengan tentera Mongul demi menghapuskan Ahli Sunnah Wal
Jamaah.
Seharusnya peristiwa ini menjadi
pengajaran buat kita agar tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama.
Syiah sepatutnya di usir dari bumi Malaysia.
Jika ada yang memilih untuk
menjadi Syiah, maka sepatutnya, kerakyatan mereka terbatal secara
automatik. Jika ada yang mahu menganut ajaran Syiah, sewajarnya mereka
harus berani untuk bertindak keluar dari Malaysia dan menetap terus di
Parsi (Iran).
Umat Islam juga bertanggungjawab
untuk mengusir mereka dari negara ini, memboikot syarikat-syarikat
mereka dan tidak mengadakan sebarang urusan dengan puak Syiah.
Ini kerana hasil wang tersebut akan akhirnya digunakan sebagai dana untuk menghapuskan umat Islam di Malaysia.
Ayuh wahai saudaraku, kita hapuskan gerakan mereka hingga tiada seinci tempat bagi Syiah di Malaysia.
No comments:
Post a Comment