Oleh: Bahrul Ulum*
KETIKA membuat kajian subuh di sebuah masjid yang terletak di kawasan perumahan elit di wilayah Surabaya Barat, saya tersentak dengan protes seorang jemaah yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang mengatakan bahawa perbezaan di antara Syiah dan Sunni adalah masalah aqidah.
Sebenarnya, kajian pagi itu hanya membahas tentang Pluralisme Agama yang menekankan perbezaan aqidah di antara agama-agama yang ada.
Namun pada sesi soal jawab, salah seorang jemaah menanyakan tentang Syiah dan Sunni di Sampang, Madura, adakah berkaitan dengan persoalan aqidah atau tidak. Maka secara spontan saya menjawab bahawa factor utamanya adalah faktor aqidah.
Ternyata jawapan saya ini diprotes oleh jemaah lain yang tidak bersetuju mengaitkan kes tersebut dengan permasalahan aqidah. Kerana menurutnya, aqidah Syiah dan Sunni sama sahaja, tiada perbezaan.
Kemudian dia mengajukan beberapa hujah untuk memperkuatkan pendapatnya. Di antaranya, pertama dia menyebutkan bahawa Arab Saudi masih menganggap Syiah memiliki aqidah yang benar. Buktinya, negara minyak tersebut masih mengizinkan orang-orang Syiah berhaji di sana. Menurutnya, kalau Syiah berbeza aqidah, tentu kerajaan Arab Saudi tidak akan mengizinkan orang-orang Syiah untuk melakukan haji. Dia juga mengatakan bahawa para ulama hadits Sunni terbukti banyak mengambil perawi dari Syiah. Dia menyebutkan sekitar 100 perawi Syiah yang dipakai dalam kitab-kitab hadits Sunni.
Dengan kedua-dua alasan itulah dia kemudian menegaskan bahawa sebenarnya tidak ada perbezaan antara Syiah dan Sunni dalam masalah aqidah. kerana itu dia tidak bersetuju sekiranya orang-orang Syiah dinilai berbeza aqidah dan kedudukannya sama dengan orang bukan Islam.
Menjawab hujah tersebut, saya menjelaskan bahawa kedua-dua persoalan itu telah pun dijawab oleh para ulama dan cendekiawam Sunni.
Pertama, berkaitan dengan kaum Syiah yang diizinkan berhaji, ianya disebabkan mereka masuk ke Arab Saudi dengan menggunakan pasport beridentiti Muslim. Sudah tentulah kerajaan Arab Saudi tidak akan menolak orang yang mengaku sebagai orang Muslim untuk masuk ke kota Mekah dan Madinah. Lain ceritanya jika mereka menggunakan identiti agamanya sendiri iaitu dengan nama Syiah atau Imamiyah, tentu pihak berkuasa akan menolak.
Padahal dalam kitab-kitab Syiah, ulama mereka menyebut agamanya dengan nama agama Imamiyah. Sebagai contoh, Baqir al-Majlisi yang dikenali sebagai Syaik as-Syuduq (w. 381 H) menyebut agamanya (Syiah) dengan sebutan agama Imamiyah. Dia mengarang buku khusus berjudul Al-I’tiqodat Din al-Imamiyah.
Dalam kitab ini Syaikh As-Syuduq menjelaskan secara jelas tentang aqidah Syiah yang berbeza dengan aqidah Ahlu Sunna wal Jamaah. Hal ini juga diakui oleh At-Thusi (w.460 H) dalam kitabnya al-Farsht hal. 189 dan Rahib al-Asfahani dalam kitabnya ad-Dari’ah ila Makarimi Syariah, juz II, hal. 226.
Pengakuan kedua-dua ulama Syiah ini sudah cukup menjadi bukti bahawa istilah agama Imamiyah sudah sangat dikenali bahkan menjadi aqidah di kalangan orang Syiah. Kerana itu tidak menjadi suatu masalah jika kita menyebut Syiah sebagai agama Imamiyah, dan bukan Islam. Penyebutan ini berdasarkan pengakuan mereka sendiri, bukan direka-reka.
Sekiranya jujur, seharusnya kaum Syiah yang pergi ke Mekah menggunakan nama Imamiyah dalam passport mereka ketika masuk ke Arab Saudi, bukan Islam. Namun, jika mereka tidak melakukan, ianya sudah tentu seperti yang kita sedia maklum, bahawa mereka menggunakan pakai taktik Taqiyah (berpura-pura).
Taqiyah didefinisikan oleh salah seorang ulama Syiah, Muhammad Jawaad Mughniyah, sebagai berikut: "Taqiyah iaitu kamu mengatakan atau melakukan (sesuatu), berlainan dengan apa yang kamu yakini untuk menolak bahaya dari dirimu atau hartamu atau untuk menjaga kehormatanmu" (Muhammad Jawaad Mughniyah, As Syi'ah fil Mizaan, hal : 48)
Ajaran Taqiyah ini merupakan sebahagian dari aqidah Syiah. Al-Kulaini menisbahkan kepada Imam Ja’far Shodiq yang berkata "Wahai Abu Umar sesungguhnya sembilan persepuluh (sembilan puluh peratus) agama ini terletak pada (akidah) Taqiyah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak melakukan Taqiyah. Taqiyah ada pada setiap sesuatu kecuali di nabidz (korma yang direndam dalam air untuk membuat arak) dan pada menyapu khuuf (kaus atau kulit)." Dan dinukilnya juga dari Abi Abdillah ia berkata : "Jagalah agama kalian dan tutuplah agama itu dengan Taqiyah, kerana tidak ada iman bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyah." (Usul al-Kafi, hal: 482-483)
Merujuk kepada dalil di atas, Syiah memandang bahawa Taqiyah itu sebagai sesuatu yang fardu (wajib), sebab tidak akan berdirinya mazhab ini kecuali dengan Taqiyah, dan mereka menerima dasar-dasar mazhab secara sembunyi-sembunyi dan terang-terangan. Mereka selalu melakukann Taqiyah ini di waktu keadaan yang dilihat boleh mengancam mereka.
Kedua, berkaitan dengan perawi Syiah yang ada di kitab-kitab Sunni, juga dijelaskan oleh para ulama bahawa hal tersebut dilakukan oleh para muhaditsin dalam rangka memperkuatkan kedudukan hadits tersebut. Para ulama hadits memang sengaja tidak mengambil dari perawi Sunni seperti Imam Malik, Imam Syafi’i, Imam Ahmad, atau bahkan Imam Ja’far as-Shadiq karena memiliki pemahaman yang sama dengan para ulama hadits seperti Bukhari dan Muslim. Hadits-hadits yang dikeluarkan oleh para Imam tersebut sependapat dengan hadits para muhaditsin.
Periwayatan dari para imam tersebut hanya sedikit yang diambil oleh para muhaditsin. Contohnya, Imam Bukhari yang tidak lain adalah murid Imam Ahmad, hanya sedikit sahaja diambil periwayatan dari gurunya tersebut. Hal yang sama juga mereka lakukan terhadap para imam lainnya. Tetapi jika mereka mengambil periwayatan dari orang yang tidak sefahaman, tentu hal ini akan menjadi bukti yang kuat bahawa hadits yang dikeluarkan adalah benar dan sahih.
Inilah rahasia kenapa para imam hadits Sunni mencari periwayatan dari orang-orang yang dianggap Syiah, Khawarij, Nasibi dan sebagainya. Namun penerimaan tersebut dengan syarat-syarat tertentu, iaitu riwayat yang dikemukakan bukan dalam rangka mendukung golongan mereka dan tidak menyeru orang lain masuk ke kelompoknya. (As-Sakhowi, Fatkhul Mughis, juz I, hal. 332). Jika hal itu terjadi, maka para muhaditsin tidak akan menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh ahli bid'ah seperti itu.
Inilah salah satu keteletian para ulama Islam. Mereka sengaja menggunakan kaedah seperti itu agar hadits yang diriwayatkan tidak dicela pada kemudian harinya. Boleh jadi orang-orang di luar Sunni akan menolak hadits-hadits Sunni jika hanya diriwayatkan oleh ulama Sunni sendiri.*[hdy].
*Peniliti pada Institut Pemikiran dan Peradaban Islam (InPAS) Surabaya
Sumber: http://www.syiahindonesia.com/index.php/syubhat-a-bantahan/885-menjawab-dua-argumen-klasik-syiah-

No comments:
Post a Comment