Monday, October 29, 2012

TAHLILAN, YASINAN DAN KENDURI ARWAH DAN BERSEDEKAHKAN AL FATIHAH KEPADA ORANG YANG TELAH MATI

TAHLILAN, YASINAN DAN KENDURI ARWAH DAN BERSEDEKAHKAN AL FATIHAH KEPADA ORANG YANG TELAH MATI
 
Saya perasan bahawa ramai di kalangan umat Islam di Singapura sering mengamalkan tahlilan , yasinan , kenduri arwah dan bersedekahkan al fatihah kepada orang
yang telah mati. Mereka membuat klaim bahawa mereka ini penganut madzhab Imam asy-Syafi'i rahimahullah . Ramai Ustadz Ustadz di Singapura ini juga yang membuat klaim bermadzhab Imam Syafi'i dan turut mengamalkan perkara perkara tersebut. Akan tetapi apa yang ada di dalam madzhab asy- Syafi'i tidak seperti apa yang dikatakan oleh mereka. Saya akan memberi bukti dan dalil dari perkataan Imam Syafi'i rahimahullah dan juga 'Ulama2 terbesar madzhab Asy Syafi'i yang membantah amalam amalan tersebut.
 
Di dalam kitab I’anatu at-Talibin juz 2. hlm. 146, Imam Syafi'i berkata : “Dan dilarang menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburan”.
 
“Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul dirumah keluarga si Mati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan bid’ah yang mungkar”. (Lihat: I’anatu at-Talibin juz 2 hlm. 145)
 
Di dalam kitab I’anatu at-Talibin jld. 2. hlm. 146 dan di halaman 147, Imam Syafie berkata :'“Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan yang disediakan oleh ahli si Mati kerana ia adalah sesuatu yang keji dan ia adalah bid’ah”.
 
“Antara bid’ah yang mungkar ialah kebiasaan orang yang melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) dihari keempat puluh (empat pulu harinya) pada hal semuanya ini adalah haram”.
 
Imam Asy-Syairaziy As-Syafie, beliau berkata: “Dibenci berkumpul (di rumah si Mati) dengan alasan untuk takziyah, kerana itu adalah mengada-adakan yang baru, sedangkan mengada-adakan yang baru itu adalah bid’ah”. (Al-Majmu Syarah Muhazzab, hlm. 305-306)
 
al-Allamah Ahmad Zaini bin Dahlan menukil: “Tidak diragukan lagi bahawa mencegah manusia dari perbuatan bid’ah yang mungkar demi untuk menghidupkan sunnah dan mematikan bid’ah, membuka banyak pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu keburukan, (jika dibiarkan bid’ah) setiap orang akan terdedah kepada kemungkaran sehingga memaksa diri mereka melakukan perkara yang haram”. (I’anatu at-Talibin juz 2. hlm. 145-146)
 
Imam Nawawi, Imam Ibn Kathir, Imam ar-Ramli mereka menukil fatwa Imam as-Syafie: "Dan aku telah memakruhkan (mengharamkan – makruh pada kalam as-Syafie adalah haram) makan, iaitu berkumpul di rumah (si Mati) walaupun bukan untuk tangisan (ratapan)".
 
Imam Ibn Hajar al-Asqalani(Penulis Fathul Bari): "Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si Mati dan berkumpul beramai-ramai di rumah (si Mati) tersebut maka itu adalah bid'ah bukan sunnah"
Dan lagi "Apa yang telah menjadi kebiasaan manusia menjemput orang dan menyediakan hidangan makanan oleh keluarga si Mati adalah bid’ah yang dibenci, termasuklah dalam hal ini berkumpul beramai-ramai di rumah keluarga si Mati kerana terdapat hadis sahih dari Jarir bin Abdullah berkata: 
Kami menganggap berkumpul beramai-ramai (berkenduri arwah) di rumah si Mati dan menyiapkan makanan sebagai ratapan". H/R Ahmad 2/204 dan Ibn Majah 1612 dengan sanad yang sahih dari jalan Ismail bin Abi Khalid dari Qais bin Abi Hazim. Lihat: I’anatu at-Talibin juz. 2 hlm. 146
 
Ada jugak Ustadz2 yang akan membawa hadith ini untuk membuktikan bahawa Yasinan itu Sunnah Rasulullah s.a.w. : 
“Barangsiapa yang menziarahi kubur orang tuanya atau salah seorang dari keduanya pada hari Jumaat, kemudian membacakan surah Yasin, maka akan diampunkan dosanya".
  
 Hadis ini batil, palsu dan tidak ada asal usulnya. Dalam sanadnya ada si 'Amar pemalsu hadis, yang mana banyak meriwayatkan hadis batil. 
Daraqutni berkata: "Amar adalah seorang pemalsu hadis". Lihat: Kitab Al-Maudu’at, Juz 3 hlm. 239. I’anatu at-Talibin. Juz 2. Hlm. 146.
 
Ibn Taimiyah juga menjelaskan: “Bukan menjadi suatu kebiasaan bagi para Salaf as-Soleh apabila mereka mengerjakan solat-solat sunnah, berpuasa, haji dan membaca al-Quran lalu pahalanya dihadiahkan kepada si Mati” Lihat kitab Ali Abdul al-Kafi as-Subki “Takmilatul Majmu”. Syarah Muhazzab jld. 10 hlm. 417.
Al-Haitami menjelaskan: “Mayat tidak boleh dibacakan al-Quran sebagaimana keterangan yang ditetapkan oleh orang-orang terdahulu, bacaan al-Quran pahalanya tidak sampai kepada si Mati, lantaran pahala bacaan hanya untuk si Pembaca. Pahala amalan tidak boleh dipindah-pindahkan dari si Pembuat berdasarkan firman Allah Ta’ala: 
Dan manusia tidak memperolehi pahala kecuali dari amalan yang dikerjakannya sendiri”. (al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyah)
Ghuraba' Fi Zamani 
 Copy dari: Mohamed Haikal

No comments:

Post a Comment