Sunday, March 10, 2013

Mahathir dan Perang.


Mahathir dan Perang.

Ketika orang Arab Palestin meletup kan diri di pasar dan di hentian Bas di Israel , satu waktu dahulu, Tun mahathir ada menegur dan boleh di kata kan mengecam juga tindakan itu , kerana tidak bersetuju dengan cara orang Palestin melaku kan sebegitu.

Tetapi akibat emosi kebencian rakyat Malaysia kepada Israel, maka Tun Mahathir di hentam oleh sebaghagian besar orang orang PAS dan ulama nya.Kerana amat seronok melihat kematian ramai orang Israel.

Tun Mahathir walau pun di tuduh sekular , tetapi berpandangan lebih Islam dari para ulama dan pemimpin PAS.
 
Malah beliau memetik tentang ajaran nabi melalui ayat Quran tentang undang undang peperangan di dalam Islam.

Untuk itu, Islam menetapkan agar pembunuhan hanya di medan perang dan tidak boleh diperluaskan ke luar medan. Hanya yang terbabit dalam peperangan dibunuh. Adapun golongan musuh yang tidak menyertai peperangan, mereka tidak dibunuh selagi tidak menzahirkan permusuhan dan penentangan bersenjata.

"Sesungguhnya seorang wanita didapati terbunuh dalam satu peperangan (yang disertai Nabi saw), maka baginda pun melarang membunuh wanita dan kanak-kanak." (Riwayat al-Bukhariy dan Muslim). Kata al-Imam al-Syafiie dalam kitab al-Umm, jilid 4, "Tidak diharuskan sesiapa pun di kalangan Muslimin untuk sengaja membunuh wanita dan kanak-kanak (dalam peperangan), kerana Rasulullah saw melarang membunuh mereka

Tun Mahathir ketika itu menegur tentang betapa letupan diri itu di lakukan sebagai "membunuh diri" dan yang terbunuh di pasar dan di hentian bas itu ada lah wanita , kanak kanak dan orang Tua. Mereka yang "non-combatant" dan bukan golongan zalim atau melampaui batas.

Pada hal penceroboh dari Sulu ini segala syarat untuk mem bunuh oleh Polis dan askar Malaysia sudah menjadi harus malah wajib kerana telah melanggari syarat.Itu sebab nya Tun Mahathir beri pandangan boleh hapus kan sahaja atau serang habis habisan.

Petikan ayat ini boleh di rujuk-
"Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu) maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang zalim". Al-Baqarah, ayat 193.

Mereka selain menipu dan berhelah menipu bendera putih telah melakukan kezaliman terhadap jenazah kepada anggota Polis kita.

Di dalam Islam secara ringkas nya ada undang undang Perang, ia itu tidak boleh membunuh Kanak kanak, wanita, dan orang tua yang uzur.Selain itu mereka yang berlindung di rumah ibadat , tidak kira agama apa pun.Dan selebih nya mereka yang istihar kalah.

Pada Convention Geneva selepas perang dunia kedua syarat moden peperangan antara nya ada lah , tidak boleh membunuh Prisoners of War, mereka yang kibar bendera putih, mereka yang sedang turun dengan payung terjun sehingga menjejak kaki ke tanah dengan syarat mengangkat tangan (surrender).

Selain itu mana mana pihak berperang tidak boleh menyerang ambulan atau menembak mereka yang memakai lencana "medic" dan mana mana doktor dari pihak mana akan tetap kena selamat kan yang cedera walau pun musuh nya.
~

No comments:

Post a Comment