Saturday, March 2, 2013

Jin Takut Kepada Manusia...


Jin Takut Kepada Manusia...

Sebenarnya di antara tabiat jin itu adalah merasa takut kepada manusia kecuali jika manusia itu tersangat bodoh, maka ia akan menjadi sebaliknya.

Mujahid dan Ibn Hatim berkata, “Sesungguhnya jin itu sangat takut kepada manusia sebagaimana manusia juga takut kepada mereka. Demikian dengan syaitan yang lebih takut kepada salah seorang daripada kamu (yang berimn).

Kerana itu jika ia memperlihatkan dirinya kepada kamu janganlah kamu takut kerana memikirkan ia lebih berkuasa dari kamu, tetapi bersikap keraslah terhadap mereka nescaya mereka akan pergi.” Rasa takut manusia seolah-olah memberi kekuatan atau membantu syaitan memperlihatkan diri dalam bentuk yang menakutkan manusia.

Demikian juga bila seseorang itu jauh dari berzikir kepada Allah, lalai dari melaksanakan tuntutan syariat, dalam hadas, berjalan ditempat-tempat sunyi atau di kuburan pada malam hari tanpa teman. 
 
Nabi SAW pernah jatuh dari keledainya. Maka seorang sahabat berkata, “Ini angkara syaitan.” (nafsasy-syaitan). ” Maka janganlah kamu berkata, musibah itu (atau sebarang penyakit) disebabkan oleh jin/syaitan kerana apabila engkau mengucapkan nafsasy-syaitan, maka ia bertambah angkuh. 
 
Lalu syaitan berkata, “Dengan kekuatan akulah, aku dapat membantingnya. Akan tetapi apabila engkau mengucapkan Bismillah pastilah ia menjadi semakin kecil iaitu sebesar lalat.”

IMAM AHMAD dengan isnad Jayyid.
 

No comments:

Post a Comment