Thursday, August 29, 2013

Tips Ibu Bapa Genius




~TIPS IBU BAPA GENIUS~

1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah SAW

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Wednesday, August 28, 2013

Ketahuilah beberapa ulama ASWJ di tanah arab mengisytiharkan Saddam mati dalam husnul khatimah...



Ramai yang tahu tentang sejarah hukuman gantung sampai mati terhadap bekas Perdana
Menteri Iraq, Saddam Hussein..

Tapi tak ramai tahu kenapa beliau dihukum gantung..?
Siapakah Nouri Al-Maliki, Perdana Menteri Iraq sekarang..?
Dulu kita tak faham kenapa Saddam Hussain banyak bunuh rakyat Iraq..?
Kenapa Saddam Hussain sembelih ribuanrakyatnya sendiri..?

Rupanya kerana mereka adalah syiah. Kita salah faham kepada Saddam kerana media putar belit dek telunjuk yahudi israel dan Amerika. Masa tu kita hanya ada TV dan surat khabar sebagai agent berita. Zaman tu myspace/friendster yg poyo, fesbuk tak popular lagi.

Saddam sudah tahu akan bahayanya syiah ini. Beliau sudah nampak ancamannya, maka beliau
ambil tindakan menghapuskan etnik syiah yang makin ramai yg imigrasi dari Iran. Bertepatan
dengan hadis nabi yang diriwayatkan dari Saidina Ali, nabi kata kalau jumpa golongan Rafidhah ini, maka bunuhlah mereka. Jadi nabi pesan suruh bunuh sebab nabi tahu mereka akan bawa kerosakan. Akhirnya terbukti sekarang kebangsatan syiah di Syria, Lubnan dan Iraq.

Iraq diperangi kerana Saddam "diktator yg zalim", siapa yang report begitu pada PBB? Iran.
Siapa yg bagi lapangan terbang digunakan tentera amerika? Iran. Siapa yang bagi ruang lautnya dan pelabuhannya digunakan amerika?Iran. Sekarang anda baru tahu dan baru sedar,bukan?

Ketahuilah beberapa ulama ASWJ di tanah arab mengisytiharkan Saddam mati dalam husnul khatimah.
 
Siapa pula Nouri Al-Maliki, Perdana Menteri Iraq sekarang?

Nouri Al-Maliki adalah seorang penganut Syiah yang telah berkuasa di Iraq sekarang. Kita ketahui bersama hubungan Ahmadinejad dengan Nouri Al Maliki adalah dekat sekali. SebabPerdana Menteri Syiah di Iraq ini juga naik atas jasa Tehran. Maka itu, pada 18 Oktober 2010,Maliki terbang ke Tehran pada hari Isnin untuk meminta sokongan bagi masa jabatan barunya,kerana Iran telah mempunyai pengaruh yang signifikan diBaghdad sejak runtuhnya Saddam.

Padahal jelas-jelas Nouri Al Maliki adalah kaki tangan Amerika di Iraq.Sekarang Syria, Iran, Iraq telah dikuasai oleh seorang Pemerintah yang berfahaman Syiah..
 
 

Tuesday, August 27, 2013

APA ITU SALAF?

APA ITU SALAF?

Tuesday, 25 December 2012


Oleh : Abu Farouq

Sesungguhnya kalimah (perkataan) salaf (سلف) telah dikenali sama ada dalam Bahasa Arab atau melalui pengertian syara.[1] Perkataan salaf telah dikenal sejak sekian lama oleh masyarakat Arab antaranya melalui syair-syair Arab yang terkenal.

Salaf menurut bahasa (etimologi) ialah: “Orang-orang yang awal (تقدم) iaitu yang mula-mula atau (سبق) orang-orang yang terdahulu (yang telah berlalu).[2] Dimaksudkan juga pendahulu bagi suatu generasi.[3] Atau:

من تقدمك من آبائك وذوي قرابيك الذين هم فوقك فى السن والفضل.
"Salaf: Sesiapa yang mendahului kamu seperti ibu bapa, kerabat yang lebih tua pada umur atau kedudukan".[4]

Antara yang paling benar (tepat dan rajih) pengertian salaf ialah:

“Orang-orang yang terawal (yang terdahulu) terutama dari para Nabi, para sahabat Nabi, para tabi’in dan mereka yang mengikut jejak (meniti manhaj) mereka-mereka yang telah lalu terutama para imam mujtahid yang empat”.[5]

Yang dimaksudkan dengan salaf ialah: Sahabat, yang mengikut sahabat (tabi’in), yang mengikut tabi’ut at-tabi’in dan a’immatul Islam yang adil, yang disepakati oleh umat tentang keimaman mereka dalam agama, yang hebat peranan mereka pada menegakkan agama, orang-orang Islam menerima kata-kata mereka sama ada dari kalangan salaf atau khalaf, meredai dan menerima mereka. Seperti dua orang Syufiyan, Laith bin Sa’ad, Abdullah bin Mubarak, Ibrahim Nakhi, al-Bukhari, Muslim dan keseluruhan ashabus sunnan rahimahumullah. Dan tidak termasuk mereka yang tertuduh sebagai golongan ahli bid’ah dan menerima gelaran yang tidak diredai seperti Khawarij, Rawafidh, Mu’tazilah, Jabariyah dan semua firqah yang sesat. Maka mazhab Salaf ialah: Sesiapa yang berpegang kepada iktikad yang disandarkan kepada para Salaf as-Soleh.[6]

Telah dinukil dari as-Safarini dari kitab “Al-Lawami’ اللوامع” dari Ibnu Rejab. Ia telah menentukan had zaman yang dinamakan zaman salaf, yang mana beliau berkata:

“Pada ketika ini, penentuan zaman salaf menurut kitab yang termuat kata-kata para a’immah as-Salaf yang menjadi contoh iaitu hanya sampai ke zaman as-Syafie, Ahmad, Ishak dan Abi Ubaid. Namun manusia telah diperingatkan tentang bid’ah selepas mereka kerana akan berlaku selepas mereka bid’ah yang amat banyak”.[7]

Mereka yang ditunjukkan di atas adalah para salaf yang dinasabkan kebaikan dan digelar sebagai Ahli al-Hak. Diikuti (ditaati) athar mereka kerana mereka hidup dikurun yang terbaik sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di beberapa hadis yang sahih.
-----------------------------------------------------------------------------

[1] . Lihat: Penjelasan Nasruddin Al-Albani dalam Majalah as-Solah
No. 9 Syaban 1414.
[2]. Lihat: معجم مقايس اللغة 3/95 Ibnu Faris. Lihat: Al-Mufradat Fi
Gharibil Quran, hlm. 244.
[3]. Lihat: القاموس المحيط Al-Fairuz Abadi.
[4]. Lihat: Lisan 9/159. Ibnu Manzur. 3/2069, Pengertian dinukil oleh
Ibn Mansur dari Ibnu Atsir dalam Gharibil Hadis. Lihat: المفسرون
للمغراوى 1/18. Lihat: القاموس المحيط Al-Fairuz Abadi.
[5] . Lihat: تحفة المريد على جوهر التوحيد hlm. 231. Ibrahim Baijuri.
[6] . Lihat: الغقائد السلفية بادلتها النقلية والعقلية (شرح الدرة السنية فى عقيدة اهل السنة
المرضية 1/11. Ahmad bin Hajar Ali Butami.
[7] . Lihat: لوامع الأنوار البهية 1/26.

Read more: http://penaminangreturn.blogspot.com/2012/12/apa-itu-salaf.html#ixzz2dERl3nog
Follow us: @penaminang on Twitter | penaminangfanpage on Facebook

Monday, August 26, 2013

Pengalaman Lailatul Qadar 1434H\2013


Pengalaman Lailatul Qadar 1434H\2013

Kisah Lailatul Qadar ini dikongsi oleh Tuan Haji Rahmat bin Haji Abd Razak yang merupakan Pengasas TAPEDIRI (Takwa,Pertahanan Diri & Rawatan Islam) berdasarkan pengalaman isteri beliau Puan Zulaikha yang lebih mesra dipanggil Umi.

“SAYA NAK BERKONGSI PENGALAMAN UMI Noor Zulaikha PADA MALAM 27 RAMADAN1434H .”

9.30 malam: tidurkan anak dan tertidur sekali.

11.30 malam: tersadar setelah dikejutkan oleh satu suara bergema yang memenuhi satu rumah.Sebelum itu umi bermimpi dibawa terbang melihat cahaya oren ke unggu, dan suara itu berkata:

“Bangun wahai ahli syurga,
Bangun..…malam ini lailatul qadar.
Bangun bersujud dan berdoa kepada Allah.
Jangan sia-siakan malam ini..
Bangun… bangun…. Bangun……hai ahli syurga.”

Dalam keadaan ketakutan dan mengigil umi bangun dan bergegas keluar rumah melihat langit.

Kelihatan langit benar-benar sebagai mana gambaran di dalam mimpi umi tadi.
Umi masuk semula ke dalam rumah untuk solat tahjud, tarawih, witir, dan buat pengisian ba tha mim.

Setelah itu umi keluar sekali lagi melihat keadaan langit yang masih kemerah-merahan bercampur unggu.

Ketika umi mengangkat tangan berdoa, burung memenuhi di atas bumbung rumah.
Selesai berdoa burung-burung itu pun berterbangan pecah kepada 4 arah yang bertentangan.

Pada malam tersebut umi cuba menghubungi saya
yang pada masa itu berada di Western 114 Damansara.

Telefon saya berada di dalam beg dan tidak terdengar, sedangkan saya pada masa tu sedang memberi tazkirah untuk nbm114.

Di dalam tazkirah, saya ada menyatakan bahawa malam ini adalah malam al Qadar.
Semoga Allah memakbulkan doa-doa kita pada malam tersebut.
Insya Allah…………..

Sunday, August 25, 2013

Syarat Agar Taubat Diterima


Syarat Agar Taubat Diterima
Memang manusia adalah tempatnya salah dan lupa. Namun manusia yang terbaik bukanlah manusia yang tidak pernah melakukan dosa sama sekali, akan tetapi manusia yang terbaik adalah manusia yang ketika dia berbuat kesalahan dia langsung bertaubat kepada Alloh dengan sebenar-benar taubat. Bukan sekedar tobat sesaat yang diiringi niat hati untuk mengulang dosa kembali. Lalu bagaimanakah agar taubat seorang hamba itu diterima?

Syarat Taubat Diterima

Agar taubat seseorang itu diterima, maka dia harus memenuhi tiga hal yaitu:

(1) Menyesal, (2) Berhenti dari dosa, dan (3) Bertekad untuk tidak mengulanginya.

Taubat tidaklah ada tanpa didahului oleh penyesalan terhadap dosa yang dikerjakan. Barang siapa yang tidak menyesal maka menunjukkan bahwa ia senang dengan perbuatan tersebut dan menjadi indikasi bahwa ia akan terus menerus melakukannya. Akankah kita percaya bahwa seseorang itu bertaubat sementara dia dengan ridho masih terus melakukan perbuatan dosa tersebut? Hendaklah ia membangun tekad yang kuat di atas keikhlasan, kesungguhan niat serta tidak main-main. Bahkan ada sebagian ulama yang menambahkan syarat yang keempat, yaitu tidak mengulangi perbuatan dosa tersebut. sehingga kapan saja seseorang mengulangi perbuatan dosanya, jelaslah bahwa taubatnya tidak benar. Akan tetapi sebagian besar para ulama tidak mensyaratkan hal ini.

Tunaikan Hak Anak Adam yang Terzholimi
Jika dosa tersebut berkaitan dengan hak anak Adam, maka ada satu hal lagi yang harus ia lakukan, yakni dia harus meminta maaf kepada saudaranya yang bersangkutan, seperti minta diikhlaskan, mengembalikan atau mengganti suatu barang yang telah dia rusakkan atau curi dan sebagainya.

Namun apabila dosa tersebut berkaitan dengan ghibah (menggunjing), qodzaf (menuduh telah berzina) atau yang semisalnya, yang apabila saudara kita tadi belum mengetahuinya (bahwa dia telah dighibah atau dituduh), maka cukuplah bagi orang telah melakukannya tersebut untuk bertaubat kepada Alloh, mengungkapkan kebaikan-kebaikan saudaranya tadi serta senantiasa mendoakan kebaikan dan memintakan ampun untuk mereka. Sebab dikhawatirkan apabila orang tersebut diharuskan untuk berterus terang kepada saudaranya yang telah ia ghibah atau tuduh justru dapat menimbulkan peselisihan dan perpecahan diantara keduanya.

Nikmat Dibukanya Pintu Taubat

Apabila Alloh menghendaki kebaikan bagi hamba-Nya, maka Alloh bukakan pintu taubat baginya. Sehingga ia benar-benar menyesali kesalahannya, merasa hina dan rendah serta sangat membutuhkan ampunan Alloh. Dan keburukan yang pernah ia lakukan itu merupakan sebab dari rahmat Alloh baginya. Sampai-sampai setan akan berkata, “Duhai, seandainya aku dahulu membiarkannya. Andai dulu aku tidak menjerumuskannya kedalam dosa sampai ia bertaubat dan mendapatkan rahmat Alloh.” Diriwayatkan bahwa seorang salaf berkata, “Sesungguhnya seorang hamba bisa jadi berbuat suatu dosa, tetapi dosa tersebut menyebabkannya masuk surga.” Orang-orang bertanya, “Bagaimana hal itu bisa terjadi?” Dia menjawab, “Dia berbuat suatu dosa, lalu dosa itu senantiasa terpampang di hadapannya. Dia khawatir, takut, menangis, menyesal dan merasa malu kepada Robbnya, menundukkan kepala di hadapan-Nya dengan hati yang khusyu’. Maka dosa tersebut menjadi sebab kebahagiaan dan keberuntungan orang itu, sehingga dosa tersebut lebih bermanfaat baginya daripada ketaatan yang banyak.”

***

Penulis: Abu Hudzaifah Yusuf
Artikel www.muslim.or.id





Perbedaan Taubat dan Istighfar




Perbedaan Taubat dan Istighfar

Kita selalu butuh akan ampunan Allah karena kita adalah hamba yang tidak bisa lepas dari dosa. Dosa ini bisa gugur dengan taubat dan ucapan istighfar. Terlihat kedua amalan ini sama. Namun ada sedikit perbedaan mendasar yang perlu dipahami. Taubat lebih sempurna dan di dalamnya terdapat istighfar. Namun istighfar yang sempurna adalah jika diiringi dengan taubat.

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz –rahimahullah- menjelaskan,
Taubat berarti,
الندم على الماضي والإقلاع منه والعزيمة أن لا يعود فيه
“Menyesali (dosa) yang telah lalu, kembali melakukan ketaatan dan bertekad untuk tidak mengulangi dosa tersebut lagi.” Inilah yang disebut taubat.

Sedangkan istighfar bisa jadi terdapat taubat di dalamnya dan bisa jadi hanya sekedar ucapan di lisan. Ucapan istighfar seperti “Allahummaghfirlii” (Ya Allah, ampunilah aku) atau “Astaghfirullah” (Ya Allah, aku memohon ampun pada-Mu).

Baca selengkapnya >> http://muslim.or.id/tazkiyatun-nufus/perbedaan-taubat-dan-istighfar.html
 

Adab Membaca Al-Quran



 Adab Membaca Al-Quran

Al Qur’anul Karim adalah firman Alloh yang tidak mengandung kebatilan sedikitpun. Al Qur’an memberi petunjuk jalan yang lurus dan memberi bimbingan kepada umat manusia di dalam menempuh perjalanan hidupnya, agar selamat di dunia dan di akhirat, dan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang mendapatkan rahmat dari Alloh Ta’ala. Untuk itulah tiada ilmu yang lebih utama dipelajari oleh seorang muslim melebihi keutamaan mempelajari Al-Qur’an. Sebagaimana sabda Nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam, “Sebaik-baik kamu adalah orang yg mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari)

Ketika membaca Al-Qur’an, maka seorang muslim perlu memperhatikan adab-adab berikut ini untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membaca Al-Qur’an:

1. Membaca dalam keadaan suci, dengan duduk yang sopan dan tenang.
Dalam membaca Al-Qur’an seseorang dianjurkan dalam keadaan suci. Namun, diperbolehkan apabila dia membaca dalam keadaan terkena najis. Imam Haromain berkata, “Orang yang membaca Al-Qur’an dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan hal yang makruh, akan tetapi dia meninggalkan sesuatu yang utama.” (At-Tibyan, hal. 58-59)

2. Membacanya dengan pelan (tartil) dan tidak cepat, agar dapat menghayati ayat yang dibaca.
Rosululloh bersabda, “Siapa saja yang membaca Al-Qur’an (khatam) kurang dari tiga hari, berarti dia tidak memahami.” (HR. Ahmad dan para penyusun kitab-kitab Sunan)

Sebagian sahabat membenci pengkhataman Al-Qur’an sehari semalam, dengan dasar hadits di atas. Rosululloh telah memerintahkan Abdullah Ibnu Umar untuk mengkhatam kan Al-Qur’an setiap satu minggu (7 hari) (HR. Bukhori, Muslim).

Sebagaimana yang dilakukan Abdullah bin Mas’ud, Utsman bin Affan, Zaid bin Tsabit, mereka mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam seminggu.

3. Membaca Al-Qur’an dengan khusyu’, dengan menangis, karena sentuhan pengaruh ayat yang dibaca bisa menyentuh jiwa dan perasaan.

Alloh Ta’ala menjelaskan sebagian dari sifat-sifat hamba-Nya yang shalih, “Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’.” (QS. Al-Isra’: 109). Namun demikian tidaklah disyariatkan bagi seseorang untuk pura-pura menangis dengan tangisan yang dibuat-buat.

4. Membaguskan suara ketika membacanya.
Sebagaimana sabda Rosululloh shollallohu ‘alaihi wa sallam, “Hiasilah Al-Qur’an dengan suaramu.” (HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim). Di dalam hadits lain dijelaskan, “Tidak termasuk umatku orang yang tidak melagukan Al-Qur’an.” (HR. Bukhari dan Muslim). Maksud hadits ini adalah membaca Al-Qur’an dengan susunan bacaan yang jelas dan terang makhroj hurufnya, panjang pendeknya bacaan, tidak sampai keluar dari ketentuan kaidah tajwid. Dan seseorang tidak perlu melenggok-lenggokkan suara di luar kemampuannya.

5. Membaca Al-Qur’an dimulai dengan isti’adzah.
Alloh Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang artinya, “Dan bila kamu akan membaca Al-Qur’an, maka mintalah perlindungan kepada Alloh dari (godaan-godaan) syaithan yang terkutuk.” (QS. An-Nahl: 98)

Membaca Al-Qur’an dengan tidak mengganggu orang yang sedang shalat, dan tidak perlu membacanya dengan suara yang terlalu keras atau di tempat yang banyak orang. Bacalah dengan suara yang lirih secara khusyu’.

Rosululloh shollallohu ‘alaihiwasallam bersabda, “Ingatlah bahwasanya setiap dari kalian bermunajat kepada Rabbnya, maka janganlah salah satu dari kamu mengganggu yang lain, dan salah satu dari kamu tidak boleh bersuara lebih keras daripada yang lain pada saat membaca (Al-Qur’an).” (HR. Abu Dawud, Nasa’i, Baihaqi dan Hakim). Wallohu a’lam.
***
Penulis: Abu Hudzaifah Yusuf
Artikel www.muslim.or.id
 

Friday, August 23, 2013

Siapa Khawarij yang sebenarnya?


Siapa Khawarij yang sebenarnya?

Khawarij adalah merupakan kata jamak daripada perkataan Kharij yang membawa maksud orang yang keluar. Perkataan ini merujuk kepada orang yang keluar daripada barisan khalifah Ali bin Abi Talib r.a setelah Ali menerima tahkim. ( Ab. Latif Muda , 1998: 176 ). Walaupun begitu, puak khawarij ini tidak menggelarkan atau menamakan kumpulan mereka ini sendiri sebagai khawarij.

Sebahagian ahli sejarah ada menyebut bahawa barangsiapa menderhakai imam yang dilantik oleh jamaah ia akan dinamakan khariji sama ada berlaku di zaman sahabat di bawah pimpinan imam-imam al-Rashidin atau sesudah mereka di zaman tabiin atau imam-imam di setiap zaman. ( al- Dhabab, Muhammad Husin, 1993M/1414H: 228). Takrif ini membawa pengenalan nama khawarij yang berpunca daripada penentang-penentang mereka. Nama Khawarij masih kekal sehingga ke hari ini.

Pada asalnya, mereka menamakan kumpulan mereka ini sebagai al-harauriah. Oleh kerana mereka menentang. Mereka juga menamakan kumpulan ini sebagai al-Syurah bermaksud orang yang menjual nyawa kerana mahukan keredhaan Allah sedangkan mereka termasuk dalam ajaran sesat. ( Abdul Hadi Awang, 2008: 61)

Fahaman ini adalah aliran teologi pertama yang muncul dalam dunia Islam. Aliran ini mulai timbul pada abad ke-1 H ( abad ke-8 M ) pada masa pemerintahan Ali bin Abi Talib r.a, khalifah terakhir daripada Khulafa ar-Rasyidin. Kemunculannya dilatarbelakangi oleh adanya pertikaian politik antara Saidina Ali r.a dan Muawiyyah r.a yang pada waktu itu menjawat jawatan gabenor Syam (sekarang Syria ). ( Ensiklopedia Islam, jilid 3, DBP 2004: 46 ).

Kelahiran golongan ini bermula setelah pembunuhan Khalifah Ustman r.a. Ramai di kalangan pengikut Ali r.a ingin membaiah beliau menjadi khalifah. Setelah baiah itu hampir selesai, tiga daripada sahabat Nabi yang terkemuka membantah usaha tersebut. Para sahabat itu ialah Muawiyyah Ibn Abi Sufiyan, Talha Ibn Abdullah dan Zubir Ibn Al-Awam. Saidina Ali r.a dan Muawiyyah r.a masing-masing mempunyai pengikutnya sendiri. Maka berlakulah peperangan yang sengit antara kedua belah pihak yang membawa kemenangan kepada pihak Saidina Ali r.a dan pengikutnya.

Akhirnya terjadilah perang siffin yang menyebabkan tentera Muawiyyah hampir-hampir akan kalah lalu mencari helah untuk memberhentikan perang. Amru Ibn al- as mencadangkan supaya dijulang kitab suci al-Quran di atas tombak. Lalu Muawiyyah mengarahkan askar-askarnya supaya menjulang al-Quran di atas tombak seraya mengajak Khalifah Ali menghentikan perang dan menyelesaikan tahkim antara dua pihak.

Khalifah Ali pada mulanya telah menolak permintaan ini kerana beliau mengetahui perkara tahkim ini hanyalah suatu helah tetapi disebabkan atas desakan sebilangan besar pengikut-pengikutnya maka Saidina Ali mempersetujui majis tahkim tersebut dengan harapan untuk mengembalikan perpaduan sesama Islam.

Keputusan saidina Ali r.a menerima majlis tahkim tersebut menyebabkan perpecahan di kalangan sebahagian pengikut barisan Ali r.a lalu memberontak melawannya. Mereka juga selalu menyuarakan slogan “ Tiada sesiapa pun yang boleh menghukum kecuali Allah dan kami tidak menerima penghakiman seseorang dalam kitab Allah. ( Ibid m/s 289 ).

Mereka telah memilih Haraura iatu sebuah kampung yang terletak di luar Kota Kufah sebagai pusat pergerakan mereka menentang Ali r.a yang diketuai oleh Abdullah Ibn Wahb al-rasibi. Puak inilah yang terkenal dengan nama Khawarij ertinya kaum penderhaka.

Motif sebenar mereka adalah untuk mengelak daripada diburu dan dibunuh balas oleh Muawiyyah yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan khalifah Ustman bin Affan. Ini kerana golongan khawarij ini terlibat dengan pembunuhan Saidina Ustman dan cuba untuk mengelakkan diri dengan bersembunyi sebagai pengikut Saidina Ali bin Abi Talib r.a.

Pembunuh Saidina Ali tidak dapat ditentukan secara tepat kerana jumlah yang mengaku sebagai pembunuh Saidina Ustman adalah terlalu ramai. Perkara ini telah menyebabkan Saidina Ali r.a menangguhkan usaha untuk penghakiman pembunuhan Saidina Ustman sehingga menyebabkan ketidakpuasan hati Muawiyyah dan sebilangan sahabat yang lain.

Apabila puak khawarij ini keluar daripada barisan Ali r.a mereka pun melakukan berbagai-bagai keganasan terhadap Khalifah Ali. Tetapi di atas kebijaksanaan Ali r.a telah Berjaya mengembalikan sebilangan besar daripada mereka kembali kepada jalan yang benar. Akhirnya mereka telah merancang membunuh Ali r.a. Pada suatu pagi sewaktu Khalifah Ali r.a keluar untuk menunaikan sembahyang subuh di Masjid Kufah, tiba-tiba Abdurahman Ibn Muljam menikam beliau sehingga membawa kepada kematiannya. ( Siti Sa’adiah Binti Shafik, 1999).

Fahaman ini pada mulanya berpusat di daerah yang terletak di selatan Iraq. Fahaman ini berbeza daripada fahaman Sunni dan syiah. Mereka juga lebih menitikberatkan mengenai soal perlantikan imamah. Pada asalnya, mereka menentang dalam urusan pemerintahan sahaja. Namun, tindakan mereka melarat kepada persoalan-persoalan akidah yang menyeleweng daripada landasan al-Quran dan sunnah.
 
Setelah kerajaan Umaiyyah ditubuhkan, puak khawarij masih lagi bermaharajalela dalam melakukan penentangan, tetapi segala usaha mereka telah berjaya dipatahkan sehingga munculnya kerajaan Abbasiyyah. Disebabkan itu, peranan puak mereka semakin lemah dan perpecahan semakin merebak lalu terbentuk aliran-aliran yang mencapai bilangan dua puluh semuanya. Setiap aliran ini tidak mempunyai prinsip yang sama tetapi mereka masih lagi berpegang kepada dua prinsip utama iatu mengkafirkan Ali r.a, Uthman r.a dan orang yang terlibat dalam majlis tahkim serta orang yang terlibat dalam peperangan jamal. Persamaan prinsip yang kedua adalah wajib derhaka kepada pemerintah yang tidak adil. Terdapat juga satu lagi prinsip yang banyak diamalkan oleh kumpulan-kumpulan pecahan khawarij ini iatu mengkafirkan mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

 #Dalam pemerintahan, mereka mengaku Abu Bakar dan Umar sebagai khalifah yang sah. Uthman pula pada awalnya sah tetapi mereka mendakwa Uthman berubah pada akhir pemerintahannya. Apabila Uthman berubah, jawatan khalifahnya juga tidak sah, manakala Ali pula diterima sehingga sebelum peperangan Siffin kemudian beliau didakwa melakukan kesalahan semasa Tahkim sehingga kesalahan itu dianggap keluar daripada Islam.

 #Mereka mengecam orang-orang yang terlibat dalam peperangan Jamal. Mereka adalah Thalhah, Zubair, dan Aisyah. Mereka turut mengkafirkan Abu Musa al- Asy’ari dan Amru bin al- Ash. Mereka mendakwa Muawiyyah merampas jawatan khalifah secara kekerasan maka beliau adalah kafir yang wajib diperangi.

 #Jawatan khalifah mesti dipilih secara bebas di kalangan rakyat samada ia Ahli al- Bait seperti pengangan Syiah atau Quraisy seperti pengangan Ahli Sunnah. Apabila khalifah itu zalim,maka beliau wajib dipecat atau diperangi.
#Menurut sebahagian mereka menyatakan bahawa tidak perlu kepada Imam, apabila dirasakan mustahak hukum melantiknya adalah harus.

 #Terlalu mudah untuk mendakwa kafir kepada orang yang melakukan dosa. Bukan sahaja yang melakukan dosa besar,malah ada yang berpendapat dosa kecil juga dihukum terkeluar daripada Islam.

 #Berpegang pada zahir ayat- ayat Quran dan hadith secara mudah tanpa mengkaji secara mendalam menurut kaedah-kaedah asal yang memberi makna yang lebih tepat dan kena bagi tujuan teks.

#Kanak-kanak orang kafir hukumnya kafir sehingga dia baligh dan beriman.

#Berpegang dengan ajaran Muktazilah dalam perkara qadar.

a

Setelah kerajaan Umaiyyah ditubuhkan, puak khawarij masih lagi bermaharajalela dalam melakukan penentangan, tetapi segala usaha mereka telah berjaya dipatahkan sehingga munculnya kerajaan Abbasiyyah. Disebabkan itu, peranan puak mereka semakin lemah dan perpecahan semakin merebak lalu terbentuk aliran-aliran yang mencapai bilangan dua puluh semuanya. Antaranya ialah:

1) Al- Ibadhiah

2) Al- Yazidiah

3) Al-Azraqiah

4) Al- Najadat

5) Al- Hafiziah

6) Al- Harisah

7) Al- Safariah

Al- Ajaridah

9) Al- Maimuniah

10) Al- Hamaziah

Al- Ibadhiah

#Kumpulan ini adalah pengikut Abdullah bin Ibadh at-Tamimi. Fahaman ini mempunyai pengikut yang paling ramai dan masih kekal sehingga ke hari ini seperti di negara Masqat, Oman, dan beberapa daerah di Utara Afrika. Mereka dianggap kumpulan Khawarij yang paling sederhana dan tidak keras seperti kumpulan- kumpulan yang lain. Antara ajarannya ialah:

 #Orang- orang kafir di kalangan umat ini tidak syirik dan beriman. Mereka bukan mukmin dan bukan kafir. Mereka boleh diterima menjadi saksi dan harus berkahwin dengan mereka. Darah- darah mereka haram tetapi halal pada zahirnya.

 #Mereka bertelingkah dalam perkara munafik. Ada yang berkata munafik itu terkeluar daripada syirik dan iman tetapi ada juga yang menyatakan munafik itu adalah dosa besar dan bukannya syirik.

 #Mereka mempunyai perbezaan pendapat dengan ahli Sunnah dalam beberapa hukum fikah. Antaranya, mereka menambah hukum dalam hukuman hudud iatu pesalah diminta bertaubat. Sekiranya tidak bertaubat,mereka dibunuh. Contoh hukuman yang dikenankan kepada pencuri. ( Fahaman & Ideologi umat islam, 65 )

Al – Yazidiah

Pengikut Yazid bin Abi Ubaih al- Kharaji. Dia berasal dari Basrah dan mangikut fahaman Khawari Ibadhiah. Kemudian berpindah keJor yang terletak di Parsi lalu membawa ajaran- ajaran radikal. Antaranya ialah:

1) Di kalangan umat ini ada dua saksi. Salah seorang daripadanya dia sendiri dan seorang lagi tidak diketahui.

2) Agama islam yang sedia ada akan dimansuhkan dengan kelahiran nabi daripada bangsa ‘Ajam yang menganut agama Shobiah. Dia membawa kitab suci selain daripada Al- Quran. Oleh itu, dia mendakwa bahawa Nabi Muhammad untuk bangsa arab dan nabi yang baru untuk bangsa ‘Ajam.

3) Orang- orang yang dikenakan hukuman hudud terkeluar daripada islam dan tiap- tiap dosa besar dan dosa kecil adalah syirik.

Fahaman khawarij ini bukanlah suatu fahaman yang masyarakat Islam boleh mengambil mudah tentang permasalahan ini, ini kerana mazhab khawarij ini pada mulanya hanya berkisar mengenai permasalahan dalam pemerintahan, jawatan imamah atau khalifah, tetapi lama kelamaan puak ini melarat sehingga kepada persoalan akidah yang menyeleweng daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Juga terdapat diantara pegangan mereka yang mengikut fahaman muktazilah dalam perkara qadar.

Mazhab-mazhab akidah yang menyeleweng seperti muktazilah, syiah, murjiah, jabariah,qadariah,ahmadiah dan sebagainya telah memberi banyak kesan dan perpecahan kepada umat Islam. Di atas perpecahan-perpecahan yang berlaku menjadikan umat Islam tidak boleh untuk menggabungkan diri mereka dalam kesatuan ummah lantas menyelesaikan masalah-masalah yang melanda umat. Perpecahan ini juga telah menyebabkan ideologi-ideologi yang bukan islam berjaya mempengaruhi orang Islam itu sendiri seperti liberalism, sekularisme, nasionalisme, asabiyah, dan sebagainya.

Seperti juga fahaman khawarij telah menyebabkan pecah-belah dan huru-hara dalam kalangan umat Islam sendiri semenjak kematian Saidina Uthman r.a Saidina Ali r.a hinggalah zaman khalifah-khalifah lain seterusnya dan umat masa kini. Fahaman Khawarij ini telah menular sehingga sekarang namun perkembangannya tidak seperti fahaman Syiah yang berleluasa dan menguasai ekonomi sesebuah negara. Antara negara yang masih berfahaman ini adalah di Algeria,Oman, dan lain-lain. Tetapi majoriti di negara ini berfahaman khawarij Al-ibadhiah.

Puak khawarij ini juga telah menyebabkan beberapa siri pembunuhan khulafa’ ar-Rasyidin. Antaranya Saidina Othman, Ali dan juga merancang pembunuhan sahabat-sahabat Nabi yang lain berpunca daripada sikap mereka yang tidak berpuas hati terhadap pemerintahan khulafa’ dan ingin menguasai negara mengikut cara mereka sendiri.

Di atas pembunuhan Khalifah ini telah menimbulkan sedikit perpecahan dalam kalangan umat Islam itu sendiri. Kemunculan mazhab Syiah juga berpunca daripada sikap puak Khawarij yang memusuhi Saidina Ali r.a. Puak Syiah ini juga adalah puak pelampau yang terpesong daripada akidah Islam. Sehingga kini masih terdapat aliran pemikiran khawarij dan syiah ini yang berbahaya kepada umat islam.

Jika dikaji dan diteliti rentetan peristiwa majlis tahkim ini berpunca daripada sikap puak khawarij ini yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap pembunuhan Saidina Uthman r.a. Puak inilah yang menyebabkan ketidakpuasan hati Muawiyah terhadap Saidina Ali r.a berpunca daripada mereka yang telah mengapi-apikan Muawiyah untuk menentang Saidina Ali.

Semuanya kerana sikap khawarij yang ingin melepaskan diri daripada hukuman kerana membunuh Saidina Uthman. Dapat dilihat di sini, bahawa khawarij ini adalah punca kepada perpecahan umat Islam sehingga timbulnnya peperangan jamal dan syiffin sehingga membawa kepada majlis tahkim.

Diantara sifat-sifat atau pegangan khawarij ini antaranya terlalu mudah mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi saw. Antaranya Saidina Ali r.a, Othman r.a, Muawiyah Abu Sufyan, Abu Musa Al-Asya’ri dan sebagainya. Kesan daripada mengkafirkan sahabat-sahabat ini telah menyebabkan ramai dikalangan umat Islam yang kurang mengerti atau jahil mengenai sejarah khulafa ar-Rasyidin dan sejarah firqah islam tersalah faham mengenai kedudukan sahabat-sahabat Nabi saw.

Mereka beranggapan bahawa sahabat-sahabat Nabi adalah dikalangan orang yang suka bergaduh,bertelingkah sesama sendiri. Sedangkan kemuliaan para sahabat ini mestilah diakui oleh semua umat Islam. Perpecahan yang berlaku serta peperangan bukanlah berkisar mengenai akidah tetapi lebih kepada urusan pemerintahan.

Tetapi puak khawarij ini telah berjaya memesongkan pemikiran umat Islam sehingga ada yang menyangka bahawa sahabat Nabi saw terutamanya Muawiyah adalah pencetus kepada perpecahan dan pembunuhan Saidina Ali r.a. Sedangkan segala pembunuhan, rancangan masuk ke dalam barisan Ali r.a itu hanyalah helah untuk mengubah pemikiran umat bahawa Muawiyah yang bersalah dan kecuaian Saidina Ali r.a

Fahaman ini juga suka mengkafirkan orang lain yang tidak sependapat dengan mereka. Pegangan mereka ini telah memberi kesan kepada akidah umat Islam yang terikut-ikut turut mengkafirkan orang lain yang tidak mempunyai pendapat yang sama dengan mereka. Tidak semestinya seseorang itu mengaku bahawa dirinya adalah daripada pengikut khawarij maka dia dikira daripada kalangan orang khawarij tetapi jika seseorang yang mempunyai pegangan seperti khawarij maka demikian boleh dikira sebagai termasuk dalam akidah golongan ini yang dikenali dengan pemikiran khawarij moden.

Seperti apa yang berlaku pada situasi politik negara Malaysia yang terdapat ahli politik yang mengkafirkan antara satu sama lain. Kesan daripada sikap kafir mengkafir ini telah mencetus perbalahan antara pemimpin dan ahli-ahli dalam politik yang masing-masing membicarakan hal ini. Masing-masing saling membenci antara satu pihak dengan pihak yang lain.

Ini kerana perkataan kafir ini adalah satu perkataan yang amat berbahaya, yang mana umat Islam harus berhati-hati sebelum mengucapkannya walaupun dia berhak untuk mengucapkannya kepada orang lain memandangkan bahaya perkataan yang dibawa itu kepada orang yang berkata dan dikata di dunia dan di akhirat. Sehubungan itu, kita wajib merujuk kepada nas-nas daripada al-Quran dan Sunnah bagi menetapkan suatu kaedah atau fakta-fakta syari’e yang wajib dipegang dalam membahaskan isu berbahaya berkaitan agama Allah dalam kehidupan manusia seperti kes pengkafiran ini.

Seperti yang diketahui, puak khawarij ini adalah satu puak yang suka mentafsirkan ayat Al-Quran secara zahir sahaja. Seperti firman Allah yang diucapkan mereka kepada Saidina Ali r.a yang bermaksud. Tiada penghukum kecuali Allah. Mereka membawa ayat ini untuk ditujukan kepada Saidina Ali kerana tidak berpuas hati dengan keputusan beliau dalam majlis tahkim.

Keadaan ini menyebabkan mereka mengambil hanya sesetengah nas dan meninggalkan sesetengah yang lain ataupun mengambil nas yang meragukan dan melupakan nas yang tetap. Mereka juga tidak mengambil serta memahami keseluruhan nas. Di atas dasar inilah, ramai umat Islam sekarang yang bertindak menghukum seseorang berpandukan ayat Al-Quran secara zahir dan mentafsirkannya secara sesuka hati.

Timbulnya isu kufur mengkufur ini juga di atas kelalaian umat Islam memahami tafsiran nas-nas dan menterjemah serta mentafsir dan membuat hukum sesuka hati. Akhirnya, akan membawa kepada umat Islam yang mudah mengeluarkan fatwa sendiri sehingga menimbulkan perpecahan kepada umat Islam yang merasakan bahawa sesuatu keputusan itu tidak sesuai dengan nas syarak menyebabkan ramai umat Islam terpesong dan menyangka bahawa agama lain adalah lebih elok. Ini semua kerana sikap umat Islam sendiri yang terlalu mudah menzahirkan ayat Al-Quran mengikut fahaman mereka sendiri.

Selain itu, antara kesan lain yang membawa kepada perpecahan umat adalah muncul banyak pertubuhan-pertubuhan baru yang ingin menggulingkan kerajaan islam yang baik. Tujuan utama pertubuhan ini mahu menggantikan sistem yang terdapat di sesebuah negara dengan sistem khilafah. Bukan bermakna, matlamat yang diperjuangkan salah tapi cara-cara atau jalan untuk mencapai kepada matlamat itu yang boleh membawa kepada perpecahan umat.

Khawarij juga mengajar pada pengikutnya agar memberontak terhadap pemerintah yang zalim atau berbuat maksiat.
Apa yang diajar oleh khawarij adalah helah semata-mata, sebenarnya tujuan mereka hanyalah untuk menguasai tampuk pemerintahan negara berdasarkan apa yang mereka yakini dan bukannya lebih menumpukan perhatian kepada menjaga kebajikan dan kemaslahatan umat Islam.

Mereka juga akan cuba menyebarkan fahaman-fahaman politik mereka agar tersebar dengan luas melalui pelbagai cara. Apa yang dikhuatirkan kekerasan akan dilakukan oleh puak-puak ini untuk mencapai matlamat mereka. Antara pertubuhan yang seakan-akan mengamalkan ajaran khawarij adalah pertubuhan hizbut tahrir.

Pertubuhan ini adalah pertubuhan yang ingin menegakkan sistem khalifah di dalam pemerintahan sesebuah negara dan sekaligus menguasai pentadbiran negara. Fahaman yang mempunyai ‘ala-ala’ khawarij ini telah tersebar hampir ke serata dunia termasuk Malaysia. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1953 di Al-Quds ( Baitul Maqdis ) , Palestin. Kumpulan ini dipelopori oleh Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani, seorang ulama alumni Al-Azhar Mesir, dan pernah menjadi hakim di Mahkamah Syariah di Palestin.

Hizbut Tahrir masuk ke Indonesia pada dekad tahun 1980 an dengan merintis dakwah di kampus-kampus besar di seluruh Indonesia. Pada era 1990 an idea-idea dakwah Hizbut tahrir telah masuk ke Malaysia pada hujung tahun 1990 an ( awal millennium ). Antara perkara yang mereka perjuangkan ialah penyatuan umat dan daulah khilafiah. Coretan mereka mengatakan bahawa penyatuan di seluruh dunia menggambarkan betapa serius kemahuan umat untuk menukar sistem kufur yang ada, yang telah meroskkan kehidupan manusia. Seruan demi seruan dilakukan supaya usaha mereka sentiasa kedengaran.

Selain itu, mereka juga turut memperjuangkan mengenai daulah khilafah sebagai kepimpinan umat bagi seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syariat Islam dan mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia. Daripada dua perkara yang diperjuangkan oleh mereka jelas bahawa Daulah Khilafah adalah hanya satu untuk seluruh dunia kerana nas-nas syara’ memang menunjukkan kewajipan umat Islam untuk bersatu dalam satu institusi negara. Sebaliknya haram ini bagi mereka hidup dalam lebih dari satu negara.

Jika dilihat daripada perjuangan mereka adalah bersesuaian dengan ajaran Islam. Namun, tujuan atau matlamat yang baik mestilah disertakan dengan cara yang baik. Tujuan perjuangan Hizbut tahrir ini adalah baiah namun cara yang digunakan boleh membawa kepada perpercahan umat.

Ini kerana pertubuhan ini sangat mudah memburuk-burukkan pertubuhan Islam yang lain yang tidak sependapat dengan mereka. Cara yang mereka gunakan hampir sama dengan khawarij yang pada mulanya tidak menyenangi pemerintahan Sa
dina Uthman kerana ingin mewujudkan pemerintahan sendiri dan mengubah sistem pentadbiran yang ada.
 

Peringatan Imam Al-Albani Tentang Manhaj Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

 

 

Peringatan Imam Al-Albani Tentang Manhaj Dr. Yusuf Al-Qaradhawi



Berkata Imam Al-Albani rahimahullah:
القرضاوي دراسته أزهرية، وليست دراسة منهجية على الكتاب والسنَّة، وهو يفتي الناس بفتاوى تُخالف الشريعة، وله فلسفة خطيرة جداً: إذا جاء الشيء محرماً في الشرع يتخلص من التحريم بقوله: ( ليس هناك نص قاطع للتحريم )، فلذلك أباح الغناء وأباح لذلك الإنجليزي الذي كان أسلم وهو من كبار مغنين بريطانيين أن يظّل في مهنته وأن يأكل من كسبه، وادعى القرضاوي بأنه ليس هناك نصّ قاطع لتحريم الغناء أو آلات الطرب، وهذا خلاف إجماع علماء المسلمين أن الأحكام الشرعية لا يُشترط فيها النّص القاطع، بدليل أنهم -ومنهم القرضاوي نفسه- يقول الأدلة: الكتاب والسنّة والإجماع والقياس، والقياس ليس دليلاً قاطعاً لأنه إجتهاد، والاجتهاد معرض للخطأ والصواب كما هو في الحديث الصحيح
لكنه جاء بهذه النغمة: أنه لا يوجد دليل قاطع، لكي يتخلص ويتحلّل من كثير من الأحكام الشرعية
“Al-Qaradhawi ini pengajiannya mengikuti metod al-Azhar. Pengajian beliau bukan mengikuti metodologi Al-Qur’an dan Al-Sunnah. Dan dia berfatwa kepada manusia dengan fatwa yang bercanggah dengan syara’. Dan terdapat satu kaedah yang sangat merbahaya yang dia gunakan. Sekiranya sesuatu perkara itu diharamkan dalam Syara’, dia akan menghilangkan pengharaman itu dengan mengatakan: (tidak ada nas yang muktamad/qath’i yang mengharamkannya). Dengan ini dia menghalalkan nyanyian dan mengharuskan kepada penyanyi Inggeris terkenal di England yang memeluk Islam supaya meneruskan kerjaya nyanyiannya serta makan dari hasilnya.
Al-Qaradhawi mendakwa bahawa tidak ada nas yang muktamad yang mengharamkan nyanyian dan alat muzik. Ini berbeza dengan apa yang disepakati (ijma’) oleh para Ulama Islam bahawa hukum-hakam Syara’ tidak perlu kepada nas yang muktamad. Buktinya adalah mereka -termasuk Al-Qaradhawi sendiri- berpegang kepada Al-Qur’an, Al-Sunnah, ijma’, dan qiyas. Dan qiyas bukanlah dalil yang muktamad kerana ia adalah ijtihad, dan ijtihad boleh jadi salah atau betul seperti yang dijelaskan di dalam hadis sahih.
Tetapi dia membawa dakwaan ini: Bahawa tidak ada dalil yang muktamad, (semua ini adalah) untuk mengelak daripada hukum haram serta melepaskan diri dari sekian banyak hukum syara’.”
Lalu ketika Imam Al-Albani rahimahullah ditanya tentang Al-Qaradhawi yang mewajibkan zakat terhadap mereka yang menerima gaji secara bulanan, beliau rahimahullah mengatakan:
اصرف نظرك عن القرضاوي واقرضه قرضاً، هذه ضد ما قلناه آنفاً , إذا جاءت مسألة في التحريم يقول ليس فيها نصّ قاطع، هنا لا نص لا قاطع ولا ظني، وإنما هو مجرد الرأي، النصوص أن أي مال لا يجب عليه زكاة إلا بشرطين: إذا حال الحول وبلغ النصاب.
فهو يجتهد ويقول: يجب على مال الموظف الشهري أن يُخرج زكاته، ما الدليل على هذا، وضع قاعدة‍، وهي مراد مصلحة الفقراء، أي مراعاة مصلحة الفقراء، هذه ليست قاعدة شرعية، بل هي قاعدة شيوعية لأن الحقيقة: ما وُجِدَ شيوعية إلا لصالح الفقراء ضد الأغنياء، أما الشرع فكان بَينَ ذلك قِوامًا فهو يراعي مصلحة الفريقين مصلحة الفقراء ومصلحة الأغنياء
Palingkanlah pandanganmu daripada Al-Qaradhawi dan tinggalkanlah dia… ini berbeza dengan apa yang kita ucapkan tadi. Sekiranya datang permasalahan tentang pengharaman, dia berkata tidak ada nas yang muktamad. Di sini tidak ada nas yang muktamad mahupun nas yang tidak muktamad. Dan sesungguhnya ia hanya pendapat akal semata-mata. Nas-nas secara jelas menyatakan bahawa tidak wajib zakat kecuali dengan dua syarat: Apabila cukup haul (tempoh setahun) dan cukup nisaab (kiraannya).
Tetapi dia secara ijtihad menyatakan: diwajibkan zakat ke atas mereka yang menerima gaji secara bulanan. Apa dalilnya? Dia meletakkan kaedah “untuk menjaga maslahah orang miskin”. Hakikatnya ini bukan kaedah Syara’ tetapi ia adalah kaedah komunis! Ini kerana tidaklah wujud fahaman komunis melainkan untuk menjaga maslahah orang-orang miskin dengan menentang orang kaya. Adapun Syara’, ia menjaga maslahah kedua-belah pihak, sama ada orang miskin atau kaya.”
Diterjemahkan dari sebahagian Rakaman audio dari Kaset Silsilah Al-Huda wa Al-Nuur, no. 362 – minit 16:30-18:16 dan 24:35-26:00.
Muat Turut: http://www.alalbany.ws/alalbany/huda_noor_audio/362.rm

 Diterjemahkan oleh: Ustaz Abu Omar Idris bin Sulaiman
Artikel berkaitan: http://ustazidrissulaiman.wordpress.com/2013/05/26/dr-yousuf-al-qaradawi/


Artikel Berkaitan:
 DR. YOUSUF AL-QARADAWI
 http://ustazidrissulaiman.wordpress.com/2013/05/26/dr-yousuf-al-qaradawi/


306830_287576331363691_1802321836_n

Rahsia kenapa lidah kucing takde kuman tapi banyak pada anjing


Rahsia kenapa lidah kucing takde kuman tapi banyak pada anjing

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis?

Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengiut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

Kuman enterobacter yang tidak merbahaya

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dantaphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
.
.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.

Hadis Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, "Perhatikanlah". Abu Qatadah berkata, "Apakah kamu hairan?" Kabsyah menjawab, "Ya". Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih.

Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu. 
 
Walllahulam.
 

Tuesday, August 20, 2013

Buat Melayu Islam...



Buat Melayu Islam...
Singapura maju pun kerana Malaysia juga?

Saya begitu teruja untuk mengulas pendapat Lee Kuan Yew ketika melancarkan buku terbaharunya bertajuk, One Man's View of the World pada 6 Ogos 2013.

Sebelum itu, nasihat saya bekas Perdana Menteri ini, beritahu anak, jagalah orang Melayu Singapura baik-baik ketika usia emas ini. Pastikan mereka boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Cina di sana. Tidak perlulah banyak komen sangat tentang keadaan politik di Malaysia sehingga menuduh kerajaan Malaysia sanggup korban talent (bakat) semata-mata untuk menaikkan orang Melayu. Ketuanan Melayulah yang menyebabkan Malaysia mundur, kehilangan bakat dan sebagainya.

Asyik-asyik salahkan Melayu. Saya pun ada hak untuk menyalahkan ultra kiasu Cina Singapura, yang menyebabkan Melayu di sana dan Malaysia dikhianati. Tanpa Malaysia, Singapura tidak ke mana-mana jua. Justeru, berterima kasihlah kepada Malaysia.

Sejak dahulu, Kuan Yew tidak pernah berubah, sering menjadi isu hak istimewa orang Melayu atau ketuanan Melayu untuk menghentam Malaysia. Pada beliau, inilah yang menjadi Malaysia tidak maju seperti Singapura. Alah, sekadar menguruskan negara sekangkang kera, sesiapa pun boleh buat. Justeru, janganlah terlalu bongkak. Apa yang berlaku di Singapura, mempunyai kaitan yang rapat dengan kita di Malaysia.

Apa yang menjadi masalah dengan hak istimewa Melayu atau ketuanan Melayu? Adakah dengan hak dan ketuanan ini, bukan Melayu merempat dan menjadi hamba? Tidak juga. Malah, siapa yang lebih hebat hari ini? Melayu yang bergelar 'tuan'? Atau Cina yang bergelar 'hamba'.

Sedarlah isu ini tidak ada apa-apa, melainkan soal kedengkian dan soal hati untuk memadamkan sejarah negara. Sebab, setiap negara ada asal-usulnya. Setiap bangsa ada tanahnya. Jika tidak, tidak adalah nama-nama seperti Tanah Melayu, Tanah China, Tanah India dan tanah-tanah yang lain mengikut bangsa.

Lagi soalan saya kepada Kuan Yew, jika benar-benar mahu mengangkat Melayu, sudah tentu institusi Islam seperti madrasah (sekolah agama) dan masjid diberikan perhatian. Ini tidak, jika umat Islam Singapura tidak mengambil inisiatif sendiri, sudah lama kedua-dua institusi ini terkubur.

Itupun kedudukan institusi Islam semakin menghimpit. Pihak berkuasa Singapura memaksa institusi ini mengikut kehendak mereka. Jika tidak, ia akan ditutup. Tanah akan dirampas. Berapa banyak tanah Melayu telah dirampas (beli) dan dijadikan tanah Cina Singapura?

Akhirnya, untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk, mahu tidak mahu, institusi Islam terpaksa mengikut pihak berkuasa Singapura. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) tidak dapat berbuat apa-apa. Orang agama yang bekerja di situ sudah mati kemelayuan dan keislaman. Cari makanlah katakan. Jika tidak percaya pergilah buat kajian di Madrasah Wak Tanjung. Dengar rintihan mereka.

Bakat-bakat Melayu yang menjadi pak turut disimpan dalam kerajaan. Manakala talent Melayu yang cuba membela Melayu dan Islam Singapura, dibuang jauh-jauh. Ke manakah talent seperti Dr. Lily Zubaidah? Kenapa beliau tidak diberikan tempat?

Kenapa banyak sangat orang Islam yang bukan berwajah Melayu (India Muslim) yang mendapat tempat di Singapura? Hanya Kuan Yew dan anaknya sahaja yang boleh menjawab. Janganlah terlalu menonjolkan diri sendiri hebat. Tanpa Malaysia, Singapura tidak akan ke mana-mana.

Itupun nasib baik saya bukan menjadi PM dalam menyelesaikan isu perebutan Pulau Batu Putih. Jika tidak, pasti saya tidak akan membawa perkara ini ke Mahkamah Antarabangsa (ICJ). Penyelesaian pertikaian pulau ini adalah perang. Malangnya, kita sudah terlepas. Dunia telah menyaksikan hilangnya sebuah pulau milik Melayu terlepas kepada ultra kiasu. Di manakah maruah Melayu? Hari ini Melayu dihina lagi, kita terus diam.

Tersangat jauh bezanya antara layanan kerajaan Malaysia terhadap SJKC dengan kerajaan Singapura terhadap madrasah dan masjid. Jika umat Islam di sana tidak mengambil inisiatif sudah lama institusi ini ditutup. Lihat di Malaysia, SJKC bukan sahaja diberikan keutamaan setanding dengan Sekolah Kebangsaan (Agama).

Hatta, kita pula terpaksa tunduk kepada SJKC. Niat kerajaan untuk menambah masa Bahasa Melayu bagi memandaikan anak Cina terus ditentang. Termasuk Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PIPP). Dong Jiao Zong sedang aktif untuk mendapatkan tandatangan orang Cina seluruh negara bagi menentang PIPP.

Di Singapura, sesiapa yang tidak mengikut arus kebangsaan, bukan sahaja tidak relevan, malah akan dihumban ke penjara. Kita pula asyik melayan kerana mahukan undi dan mengekalkan kuasa kononnya. Apa hasil yang kita dapat? Dapatkah undi dan kuasa itu?

Jika Kuan Yew sangat menginginkan talent dari Malaysia, ambillah orang seperti Namewee, Alvivi dan sebagainya. Malaysia tidak perlukan orang yang kononnya mempunyai talent tersebut.

Kita mahukan talent yang membina bukan talent yang menghancurkan negara. Talent yang mempunyai semangat partriotisme yang tinggi. Bukan talent yang merosakkan negara dan membocorkan rahsia negara. Saya amat bimbang dengan trend pegawai kerajaan yang bekerja di bahagian keselamatan, kerana ramai juga orang seperti Si Kitol dan Mandaliar. Mereka ini ultra kiasu.

Si Kitol dan Mandaliar inilah yang telah melakukan khianat dan membentuk negara Singapura. Mereka tipu pemimpin kita dengan membuat perjanjian air yang tidak langsung munasabah. Atas sangka baik, kita bersetuju. Sehingga kini, air yang dijual kepada Singapura adalah wang Malaysia 0.03 sen setiap 1,000 gelens (4,500 Liter) sehingga tahun 2061. Perjanjian yang amat tidak masuk akal. Bayangkan ketika pemisahan tahun 1965, kita putuskan air, apakah Singapura wujud hari ini?

Berbanding kerajaan China menjual air kepada air kepada negara bangsanya sendiri Hong Kong, suatu ketika dahulu pada harga AS$5.8 setiap 1000 gelen. Saya ringkaskan, Melayu jual kepada Cina air pada kadar 0.03 sen setiap 1000 gelen. Manakala China menjual air kepada Cina pada kadar AS$5.8 setiap 1000 gelen. Siapa sebenar yang baik? Siapa sebenar yang tertipu? Apakah bangunan mereka boleh berdiri megah dengan menggunakan air masin? Sudahlah Kuan Yew, bertaubatlah kamu di akhir usia ini.

Kenapa Malaysia (Melayu) begitu bermurah hati? Inilah soal hati Melayu. Hati mulia Melayu yang saya amat kenali setelah lama berdamping dengan mereka. Hatinya terlalu baik sehingga orang lain mengambil kesempatan. Yang paling saya bimbang, kebaikan hatinya nanti akan menyebabkan negara ini tergadai.

Baru-baru ini, di bulan Ramadan, saya terserempak dengan bekas pegawai tinggi kerajaan sedang berjumpa dengan sekumpulan peniaga Cina pada jam 1.00 pagi di sebuah restoran di ibu kota. Dalam hati sudah dapat mengagak, apa lagi agendanya kalau bukan mahu menjadi 'pak pacak'. Maka akan dilantik menjadi pengerusi syarikat itu dan ini, dengan elaun puluhan ribu ringgit sebulan, bagi tujuan mendapatkan tender atau kontrak kerajaan.

Inilah dilema orang Melayu. Apabila sudah pencen, kerja tiada. Maka mereka akan mencari jalan pintas. Mereka tidak fikir bagaimana membangunkan Melayu. Mereka hanya fikirkan perut. Ultra kiasu akan menggunakan segala ruang dan peluang untuk memanipulasikan keadaan.

Kita hanya boleh berbangga menjadi pengerusi syarikat ini dan itu di bawah telunjuk syarikat Cina. Bila dapat projek kerajaan bernilai jutaan itu, siapa kaya? Melayu menjadi sekaya mana? Apakah kita akan dihargai selepas itu? Inilah pemikiran Kuan Yew.

Lihatlah perjanjian air antara Malaysia-Singapura, langsung tidak boleh diubah. Jika Malaysia bercadang untuk menaikkannya mungkin keadaan lebih buruk akan terjadi. Apakah Singapura atau Kuan Yew pernah berterima kasih kepada kita?

Apa sebenarnya yang Kuan Yew mahu? Beliau tidak pernah berhenti bersuara supaya Malaysia menghapuskan hak istimewa orang Melayu dalam keadaan usia emas beliau? Jawapannya, apabila hak ini dihapuskan dalam Perlembagaan, ketika itulah tidak mustahil, Singapura akan menawarkan diri untuk masuk semula ke dalam Persekutuan Malaysia.

Nasihat saya, Malaysia tidak bodoh lagi. Bakat-bakat di Malaysia sudah tidak boleh lagi dipermainkan dan diperbodohkan.

Oleh : PROF MADYA DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH
 
 

Pergolakan Mesir Titik-Tolak Kemusnahan Islam...




Pergolakan Mesir Titik Tolak Kemusnahan Islam...Kejayaan Buat "The Hidden Hands"

Pergolakan di Timur Tengah sudah diterima sebagai berita rutin sejak berkurun lamanya. Saban hari ada saja pertelingkahan antara puak dan mazhab walaupun secara dasarnya masyarakat di sana merupakan penganut agama Islam. Dari apa yang diceritakan oleh rakyat di sana, negara mereka tidak pernah membezakan mazhab atau puak sebelum persengketaan tercetus. Pertelingkahan antara mazhab dan puak hanya berbangkit beberapa tahun kebelakangan seolah-olah ada yang sengaja mencetuskannya.

Malang sekali, sikap orang-orang Arab itu begitu mudah terpengaruh dan terbawa-bawa dengan emosi. Oleh itu, musuh mudah ‘bermain’ dengan minda mereka, memanipulasi dan menghasut dengan agenda-agenda tertentu bagi membangkitkan kemarahan mereka.

Berikutan dengan itu, pemikiran mereka yang tertutup serta capaian maklumat yang terhad, menyebabkan mereka tidak dapat berfikir panjang serta pantas memilih keganasan untuk melepaskan perasaan dan mencapai matlamat. Maka tidak hairanlah jika negara mereka sering bergolak dan sukar untuk berdamai.

Itulah sebahagian kerja-kerja "The Hidden Hands" yang tidak diketahui oleh rakyat Mesir dan negara Islam amnya.

Mesir, suatu ketika dahulu merupakan pusat ilmu bagi dunia Islam. Disitulah terletaknya Universiti Islam tersohor di dunia iaitu Al-Azhar di mana terkumpulnya Ulama-ulama hebat. Namun, entah kenapa setelah sekian lama, Mesir masih belum mampu menyaingi dunia barat dari segi ilmu. Al-Azhar tidak mampu membantu melahirkan pemimpin Islam yang cukup ramai, yang berpandangan jauh dan berkredibiliti, bagi mengubah pemikiran masyarakat Arab.

Jika sebelum ini rakyat Mesir berbangga dengan kuasa rakyat menukar kerajaan, maka hari ini terbukti sudah bahawa tindakan anarki tidak pernah menghasilkan sesuatu yang baik. AlQuran telah menyatakannya secara jelas, tetapi rakyat Mesir, termasuk Ulama Al-Azharnya telah gagal memahami dan mempraktikkan ajaran AlQuran itu. Akibatnya, Mesir hari ini sekali lagi tenggelam dalam lautan darah yang jauh lebih dalam dari pemberontakan Dataran Tahrir di permulaan Arab Spring.

Lautan darah di Mesir mungkin tidak seluas dan sedalam Syria dan Palestin namun, ia seharusnya mengejutkan umat Islam dari tidur. Sudah sampai masanya kita semua berhenti sejenak dan berfikir bagi mencari di manakah salah kita sebagai satu ummah?

Bukankah umat Islam hari ini ‘jauh lebih Islam’ dari umat Islam terdahulu? Bukankah umat Islam hari ini lebih ‘terserlah keIslamannya’ berbanding dahulu? Bukankah terdapat beratus kali ganda jumlah tahfiz, ustaz dan ulama pada hari ini berbanding dahulu? Jika dahulu, imam hanya membaca surah-surah lazim dalam solat tetapi kini, surah-surahnya cukup panjang. Itu belum lagi dikira dengan tazkirah, ceramah dan kuliah agama yang giat dijalankan di mana-mana saja. Jika dahulu kita hanya menghafal doa-doa asas, tetapi kini kita melakukan semuanya dengan doa dari masuk tidur hinggalah ke masuk ke bilik air.

Tetapi, kenapakah ketika pemerintahan Shah Iran yang isterinya tidak bertudung, Iran lebih aman maju dan makmur berbanding selepas itu? Kenapakah umat Islam di Malaysia lebih jujur, ikhlas, sopan dan beradab di zaman dahulu berbanding hari ini? Sedangkan dahulu, wanita Islam di Malaysia tidak bertudung tetapi hari ini bertudung, berpurdah siap berstokin dan bersarung tangan?

Justeru, kenapakah Dunia Islam semakin tenat jika benar kita semua ‘semakin Islam’?

Apakah ia salah orang Kristian? Atau salah orang Yahudi? Atau salah wanita Islam yang tidak bertudung? Atau salah lelaki Islam yang gemar berjudi dan minum arak? Atau salah pemimpin yang rasuah atau pembangkang yang khianat?

Apakah benar Acheh dilanda tsunami kerana ‘tidak cukup Islam’? Apakah benar umat Islam Bosnia disembelih sebagai balasan kerana ‘tidak mengamalkan cara hidup Islam’?

Jika ditanya para Ulama, jawapannya pastilah berbunyi, ‘kita harus kembali kepada AlQuran’. Namun, seperti apa yang berlaku di Mesir, para Ulama sendiri telah membelakangkan AlQuran kerana ingin menjatuhkan kerajaan.

Malaysia pernah dijulang sebagai satu-satunya negara Islam tulen di zaman Rasulullah SAW di mana semua golongan termasuk bukan Islam mendapat keadilan dan kebebasan secukupnya. Malaysia tidak ekstrem dan tidak juga liberal, sebaliknya menepati ajaran Islam sebenar iaitu ‘bersederhana’. Tiada paksaan dalam Islam di Malaysia sama ada ke atas bukan Islam atau ke atas umat Islam sendiri. Wanita Islam di Malaysia tidak dikongkong atau dilayan seperti kelas dua atau hamba, yang mana membolehkan negara ini maju dan makmur tidak seperti negara-negara Islam lain yang konservatif.

Malaysia pernah menjadi satu-satunya harapan dunia Islam bagi membela nasib mereka. Hari ini, harapan dunia Islam kepada Malaysia masih lagi tinggi.

Justeru, jika kita masih tertanya-tanya di manakah silap kita sebagai ummah, maka tanyalah juga apa yang Malaysia lakukan yang tidak silap, sehingga mampu menjadikan kita sebagai negara Islam contoh. Jawapannya ada di sekeliling kita.

Kemakmuran, kemajuan, keamanan dan kestabilan yang kita nikmati hari ini adalah bukti bahawa kita tidak silap seperti negara-negara Arab, tetapi telah melakukan sesuatu yang tepat.

Sejak kita Merdeka, kerajaan telah meletakkan ilmu sebagai matlamat utama sejajar dengan ajaran AlQuran. Ilmu boleh diperolehi secara percuma. Kerajaan tidak pernah meminggirkan atau mendiskriminasikan wanita atau mana-mana kaum dalam soal ilmu – sejajar dengan ajaran AlQuran juga. Prinsip Malaysia ialah menolak sebarang bentuk ektremisme termasuk dalam amalan agama Islam. Rakyat Malaysia juga terkenal dengan lemah lembut dan adab sopan sekali gus menentang sebarang bentuk keganasan – sejajar dengan ajaran AlQuran juga.

Oleh itu, jika kita mengambil sedikit masa untuk berfikir maka kita akan dapati bahawa empat perkara ini iaitu ‘ilmu’, ‘kedudukan wanita’ ‘kesederhanaan’ dan ‘adab’ merupakan asas kejayaan Malaysia.

Dan jika kita mengambil sedikit masa untuk mengkaji, maka kita akan dapati bahawa empat perkara ini, tidak pernah dipegang oleh negara-negara Arab yang sentiasa bergolak itu.

Malang sekali, terdapat usaha dari beberapa pihak di Malaysia untuk menjadikan negara-negara Arab yang sentiasa bergolak itu sebagai model pula. Kesilapan orang-orang Arab dianggap benar oleh segelintir orang-orang kita. Sedangkan jika kita mengikut jejak langkah mereka, sudah tentu kita juga akan terhumban dalam nasib yang sama.

Hari ini, kita wajar bersyukur kerana Malaysia adalah satu-satunya Negara Islam yang ‘masih waras’ walaupun diasak dari berbagai sudut oleh oleh golongan ekstremis, liberal dan sesat (Syiah).

Malangnya, walaupun Malaysia cukup kukuh sebagai sebuah Negara Islam, namun Malaysia masih belum mampu menghulurkan bantuan yang signifikan bagi memulihkan keadaan di Timur Tengah. Ini bermakna, Malaysia juga masih terlalu jauh dalam mencapai matlamat menjadi ‘Khalifah’ di dunia kerana kita tidak berdaya menyaingi musuh Islam dari segi ketinggian ilmu.

Justeru, Malaysia hanya mampu berdoa kepada rakyat Palestin, Syria dan Mesir tanpa mampu berbuat apa-apa.

Kita hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti, agar umat Islam tidak lagi beretorik mengenai kembali kepada AlQuran, tetapi benar-benar mengotakannya. Kita berdoa agar umat Islam mampu meletakkan ilmu dari langit, bumi dan lautan di tempat tertinggi sepertimana ajaran AlQuran. Kita berdoa agar suatu hari nanti Universiti AlAzhar atau mana-mana Universiti di Malaysia akan berjaya melahirkan para pencipta, pemikir dan saintis yang mampu menyaingi dunia barat dan mengembalikan zaman kegemilangan Islam. Kita berdoa agar ada saintis Islam yang membuktikan bahawa bulan itu pernah terbelah dua dan bukan hanya merujuk kepada kajian saintis bukan Islam.

Kita tidak tahu sampai bila Malaysia mampu bertahan sebagai Negara Islam sebenar, tetapi tidak keterlaluan dikatakan bahawa sekiranya Malaysia turut jatuh, maka hancurlah dunia Islam sepenuhnya.

Percayalah "The Hidden Hands" sudah lama mengatur perancangannya untuk bumi bertuah ini, Tapi mereka hanya merancang, sesungguhnya perancangan Allah adalah terlebih baik. Allah masih lagi menyayangi dan melindungi Tanah Bertuah ini...oleh itu BERSYUKURLAH!